Anda di halaman 1dari 2

1.

DEFINISI KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA


Menurut Corey, Corey dan Callanan (2010), kaunseling pelbagai
budaya merupakan apa sahaja perhubungan kaunseling antara
kaunselor dan klien dari kelompok budaya yang berbeza, pegangan
kepada andaian yang berbeza mengenai realiti sosial dan
pandangan dunia.

2. APA ITU BUDAYA DAN APAKAH ELEMEN-ELEMEN YANG ADA


DALAM BUDAYA.
Definisi Budaya
Perkataan budaya boleh didefinisikan dengan pelbagai cara. Berikut
adalah definisi budaya menurut para ahli :
Axelson ( 1999) menyatakan bahawa budaya bermaksud
sekumpulan manusia yang beridentifikasikan atau berhubung
antara satu sama lain berdasarkan tujuan atau keperluan yang
sama atau kesamaan latar belakang
Matsumoto (1996) mendefinisikan budaya sebagai sikap, nilai,
kepercayaan dan tingkah laku yang dimiliki oleh sekelompok orang.
Ogbu (1990) kebudayaan adalah satu pemahaman manusia secara
keseluruhan kepada sosial, fizikal atau kedua-dua sekali.
Elemen-elemen dalam budaya.
Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam mengatur
kehidupan seharian. Antara elemen-elemen yang terdapat dalam
budaya ialah :
i.

Bahasa dalam sesebuah Negara mungkin ada lebih daripada


satu Bahasa
yang digunakan untuk bertutur. Misalnya, di Malaysia
terdapat penggunaan Bahasa Melayu, Inggeris,
Mandarin, Tamil dan lain-lain. Namun begitu ada juga
Negara yang hanya menggunakan satu bahasa sahaja
seperti di Jepun dan Korea.

ii.

Norma norma adalah peraturan sosial yang menentukan


tingkahlaku yang boleh diterima dan tidak boleh diterima
dalam sesuatu situasi. Ia memberitahu kita apakah yang
boleh , mesti, tidak boleh atau tidak semestinya
dilakukan.

iii.

Nilai dan kepercayaan merupakan andaian dan penilaian


yang dilakukan terhadap bahan, matlamat atau keadaan yang
dianggap penting, diingini dan perlu dicapai.

iv.

Kawalan ganjaran atau hukuman ke atas tingkah laku


bersabit dengan norma social. Cth : kawalan positif diberi
pujian dan ganjaran bagi pelajar yang dapat straight As
dalam SPM. Dihormati oleh rakan-rakan serta peluang ke
menara gading lebih cerah. Kawalan negative pemandu
kenderaan yang tidak membayar tiket letak kereta akan
dikenakan saman.

v.

Pengalaman yang serupa atau dipelajari

Disediakan oleh :
ZURAIDAH BINTI SHAFFIE ( GSK 2484)
MASTER OF COUNSELLING, UMT

Anda mungkin juga menyukai