Anda di halaman 1dari 35

1.

0 PENGENALAN

Bimbingan Kaunseling ini pada asasnya mempunyai pelbagai takrifan yang


dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi. Setiap takrifan ini, dihuraikan oleh ahli-ahli
psikologi ini mengikut falsafah dan aliran pemahaman masing-masing. Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159), menjelaskan maksud bimbingan ialah
perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan orang
yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing.

Selain itu Othman Mohamed (2000) juga mendefinisikan bimbingan sebagai


sebahagian daripada proses menolong. Proses ini meliputi bagaimana sesuatu
arahan diberikan secara teratur dan tersusun serta mengandungi maklumat yang
sesuai untuk menentukan pencapaian matlamat oleh orang yang menerima.
Biasanya ia merujuk kepada menentukan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Bantuan yang diberikan oleh seseorang sama ada lelaki atau perempuan
yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu
setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri;
membuat pilihan hidupnya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Takrifan
bimbingan ini merujuk kepada pendapat Crow dan Crow (1960).

Bidang pendidikan memerlukan peranan guru untuk membimbing semua


murid di bawah jagaannya secara efektif. Bimbingan penting dalam pendidikan
kerana dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah ketika proses
pembelajaran. Aspek bimbingan memerlukan guru mengenalpasti murid-murid yang

bermasalah seperti lemah akademik dengan cara mencadangkan murid-murid ini


mengikuti kelas pemulihan bagi meningkatkan tahap pencapaian kendiri dalam
melaksanakan tugasan pembelajaran. Selain itu melalui perkhidmatan bimbingan ia
juga membantu murid yang cemerlang, pandai, berbakat, lembap serta cacat. Proses
bimbingan pendidikan meliputi tujuh aktiviti asas yang dilaksanakan iaitu
memaklumkan, menasihati, kaunseling, menilai, membolehkan, mengesyorkan dan
memberi maklum balas.

Kebiasaannya, murid-murid yang menjalani proses bimbingan mempunyai


masalah seperti berkaitan dengan kandungan kurikulum matapelajaran yang
dipelajari tidak berseuaian dengan tahap perkembangan kognitif murid tersebut,
masalah teknik-teknik pengajaran guru yang tidak difahami dan tidak berkesan,
motivasi, konsep kendiri dan perhubungan social yang rendah menyukarkan murid
tersebut membina hubungan di antara guru atau rakan sebaya, masalah kemiskinan
yang dihadapi murid berkenaan, krisis yang berkaitan dengan perkembangan mental
seperti mudah lupa atau susah untuk mengingati konsep atau formula yang diajar
guru di dalam kelas.

Justeru, para guru perlu bersedia menghadapi semua krisis yang berkaitan
dengan akademik. Krisis ini memberi pengaruh yang kuat terhadap pembelajaran
murid di dalam kelas. Oleh itu, perkhidmatan bimbingan perlu kepada semua
peringkat umur murid-murid termasuk juga perkembangan kerjaya mereka. Masalahmasalah lain yang turut dihadapi oleh murid-murid di sekolah dan perlu diberi
perhatian ialah berkaitan dengan kejutan budaya, krisis keluarga, konflik
persahabatan dan masalah dalam pembelajaran. Murid-murid yang menghadapi

krisis kendiri dan kerjaya perlu diberi keutamaan dalam memberi perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling. Terdapat dua jenis bimbingan dan kaunseling yang
dilakukan iaitu bimbingan individu yang memberi fokus terhadap satu masalah
spesifik atau bimbingan kelompok yang lebih menumpukan kepada isu-isu generik
perkembangan sosial.

2.0 KONSEP, MATLAMAT DAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN


BIMBINGAN & KAUNSELING DI SEKOLAH.
2.1 Konsep Bimbingan & Kaunseling di sekolah

Bimbingan dan kaunseling mempunyai maksud tersendiri yang perlu


diketahui. Berikut merupakan beberapa definisi yang diutarakan oleh tokoh yang
berbeza tetapi terdapat persamaan di antara satu sama lain.

Menurut Mok Soon Sang (2010) melalui buku beliau, Bimbingan dan
Kaunseling Kanak-Kanak, bimbingan, atau dalam istilah Bahasa Inggeris iaitu
guidance, membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Dalam
buku beliau juga, menurut Crow dan Crow (1983), bimbingan, di bawah konteks
pendidikan, merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul
kepada murid yang berkenaan.

Murid yang memerlukan bimbingan merujuk kepada murid yang menghadapi


masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun sosial. Di peringkat
sekolah, masalah-masalah yang dihadapi oleh murid biasanya boleh digolongkan
dalam dua kategori utama, iaitu masalah akademik dan masalah emosi-sosial. Di
dalam proses bimbingan, murid yang berkenaan akan diberi akan diberi panduan
atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu.

Menurut Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian


daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur
serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat
tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan
perkembangan dirinya.

Krumboltz (George & Kristianni, 1990), mengatakan kaunseling merangkumi


aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu
klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan
penyelesian kepada masalah klien.

Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik
tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan
James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses
untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan
bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977)
sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien
diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn
masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling
sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses
membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi
yang ada pada diri individu.

Kesimpulannya,

kaunseling

merupakan

sebahagian

proses

daripada

perkhidmatan bimbingan. Di peringkat institusi pendidikan, kaunseling merupakan


proses pertemuan secara bersemuka antara seorang pengajar yang memainkan
peranan sebagai kaunselor, dengan seorang murid yang disebut sebagai klien yang
menghadapi masalah peribadi atau akademik, bertujuan membawa perubahan
tingkah laku murid itu ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Bimbingan
merupakan segala aspek seperti orientasi, inventori, penempatan, kaunseling, tunjuk
ajar dan nasihat serta tindakan susulan.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994, bimbingan dan


kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan
berterusan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap
penuntut mempunyai peluang bagi bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar
belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.

Berdasarkan definisi serta huraian kepada konsep bimbingan dan kaunseling


yang dinyatakan diatas, dapat dirumuskan bahawa kedua-dua konsep tersebut
mempunyai perkaitan di antara satu sama lain. Sebagaimana yang telah dihuraikan
oleh G.S. Belkin dalam bukunya Practical Counseling in the School, beliau menulis;
Bimbingan merangkumi aspek-aspek orientasi, inventori, maklumat pendidikan dan
kerjaya. Manakala, kaunseling merupakan penempatan dan perkhidmatan.

Disamping itu, jelas bahawa kaunseling merupakan sebahagian daripada


proses perkhidmatan bimbingan yang diberikan. Di peringkat sekolah, kaunseling
merupakan proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang guru bimbingan

yang memainkan peranan sebagai kaunselor, dengan seorang pelajar yang disebut
sebagai klien yang menghadapi masalah peribadi atau akademik, dengan tujuan
membawa perubahan tingkah laku pelajar itu ke arah yang lebih baik serta
menyelesaikan masalah yang telah dihadapinya. Perlu kita tahun bahawa, bimbingan
merangkumi segala aspek seperti orientasi, inventori, penempatan, keunseling,
tunjuk ajar dan nasihat serta tindakan susulan.

Boleh dirumuskan disini bahawa konsep Bimbingan dan Kaunseling yang


sebenar ialah kaunselor hanya perlu mendengar dan memahami masalah yang
dihadapi oleh kliennya, dan membimbingnya memikir penyelesaian masalah dari
pelbagai sudut, demi membolehkannya memahami pelbagai cara yang boleh dipilih
untuk

menyelesaikan

masalah

peribadi,

pembelajaran

atau

kerjaya

yang

dihadapinya.

2.2 Matlamat Bimbingan & Kaunseling di sekolah

Matlamat kaunseling juga adalah untuk membantu manusia itu memahami


serta melihat potensi dirinya dalam mencapai kesejahteraan hidupnya sejajar
dengan falsafah kaunseling itu sendiri.

Bimbingan dan kaunseling adalah satu kaedah yang digunapakai oleh


seorang guru bagi membantu murid untuk membentuk mereka agar lebih bersikap
terbuka dan berkeyakinan dalam menghadapi permasalahan yang mendatang.
Hanya guru yang berkelayakan sahaja yang mempunyai kemahiran dan diberi lesen
dalam membantu murid dari segi kaunseling. Ini bagi memastikan matlamat yang
ingin dicapai dalam sesi bimbingan dan kaunseling itu berkesan.
George dan Christiani 1981 menyatakan matlamat bimbingan ialah :
M
e
n
m
o
a
b
l
m
a
o
ib
n
n
a
k
t
g
ih
u
k
h
p
u
e
m
b
r
a
u
k
b
h
n
e
ia
g
m
h
r
n
a
b
n
d
g
p
k
m
e
a
l
e
n
ir
m
g
l
e
a
b
u
n
k
a
u
t
m
a
n
a
t
n
t
k
s
.
u
e
y
k
k
p
la
m
t
u
a
r
ie
e
u
k
n
n
s
a
g
a
t
e
.n
.n
d
l
a
i
k
a
n
k
h
e
i
d
u
p
a
n
y
a
s
e
n
i
d
r
i
.

Mengubah tingkah laku kepada kehidupan yang lebih produktif dan


memuaskan. Contohnya Shahiran suka lumba haram motosikal di jalan raya.
Kaunseling boleh membantunya mengubah tingkah laku yang bahaya ini seperti
menggalakkan minat Shahiran supaya berlumba di litar lumba motosikal.

Memulakan dan meneruskan hubungan positif. Sebagai contonya Nabilah


rasa diabaikan suaminya. Dia marah dan kecewa. Kaunseling boleh membantu
Nabilah berkomunikasi dengan suaminya tanpa mengeruhkan keadaan dan dapat
mencapai penyelesaian yang terbaik.

Mengurus kendiri dengan efektif apabila dalam kesulitan. Misalnya Mahfuh


kehilangan ibunya dan hal ini menyebabkan pelajarannya tergugat. Kaunseling boleh
membantu mahfuh menerima hakikat kehilangan dan dapat mengurus
pembelajarannya.

Membuat keputusan Rasional. Contohnya Hamka tidak tahu bidang


pengkhususan yang mana patut diambil diperingkat universiti. Kaunseling boleh
membantu Devi dengan mengenali diri dan minatnya terhadap sesuatu bidang.

Bantu klien berkembang secara positif dan mencapai potensi dan minat. Sofie
minat melukis dan suka melukis diwaktu lapangnya. Ibu bapaya menyuruh Sofie
masuk aliran sains yang dia kurang minait. Kaunseling boleh bantu capai resolusi
Sofie dan ibu bapanya.

Kesimpulannya, matlamat bimbingan dan kaunseling adalah untuk


mengembangkan bakat serta mengenal potensi dalam diri serta dapat membantu
klien menguasai pelbagai kemahiran asas untuk penyesuaian diri. Selain itu,
penggunaan kepelbagaian sumber dan potensi juga boleh digunakan bagi
membantu mencapai prestasi yang lebih baik pada masa akan datang. Matlamat
perkhidmatan dan kaunseling di sekolah rendah terutamanya juga dapat membantu
murid mengatasi perkara negative berkaitan perasaan, diri dan pemikiran supaya
mereka boleh tampil lebih yakin dan bangga dengan diri mereka sendiri.

10

2.3 Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah

Sering kali juga persoalan berkaitan mengapa perlunya khidmat kaunseling?


Apakah keperluan yang menyebabkan ia menjadi satu kemestian yang perlu ada
dalam hidup manusia menjadi persoalan di dalam kehidupan manusia. Maka, kita
perlulah mengkaji asas kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini, dimana
dan kepada siapakah perkhidmatan ini diberikan.

Secara

umumnya,

khidmat

kaunseling

dan

bimbingan

adalah

asas

perkhidmatan dalam kemanusiaan yang juga merupakan satu bidang kerjaya


professional pada hari ini. Ia adalah profesian yang membantu manusia di mana kita
telah sedia maklum dari sejak azali lagi fitrah manusia di muka bumi ini memerlukan
pertolongan dan tidak boleh bergantung pada diri sendiri sahaja. Maka keperluan
utama dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini sudah tentu bertindak
sebagai profesion pertolongan yang amat diperlukan oleh manusia.

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang melibatkan bimbingan dan kaunseling di


sekolah ialah;
1. Mengumpul, merekod dan mengemaskini butir-butir maklumat setiap pelajar
dalam segala aspek peribadi dan pencapaian akademiknya
2. Menjalankan kaji selidik, ujian diagnostik dan pentafsiran yang boleh
membantu pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi
3. Memberi maklumat tentang pencapaian, kemajuan serta punca masalah
pembelajaran

pelajar

yang

berkenaan

kepada

guru

yang

perlu

menggunakannya untuk merancang dan menjalankan aktiviti pemulihan

11

4. Mengumpul, menyedia dan menyebarkan maklumat kerjaya dan latihan


melalui edaran risalah dan buletin sekolah, paparkan poster, pameran kerjaya
dan anjuran hari kerjaya
5. Mengurus dan mengelolakan lawatan sambil belajar ke kilang, bengkel,
kawasan industri dan firma-firma serta pusat latihan dan kolej-kolej untuk
pelajar-pelajar
6. Memberi nasihat kepada pelajar untuk memilih mata pelajaran yang sesuai
untuk diambil

dalam peperiksaan PMR, SPM, STPM, jenis aktiviti

kokurikulum, mata pelajaran elektif ataupun kerjaya untuk masa depan


7. Memberi khidmat kaunseling untuk pelajar secara individu atau kelompok
tentang masalah akademik, kokurikulum, hal-hal peribadi, kerjaya dan disiplin
termasuk penyalahgunaan dadah
8. Mengurus dan menganjur ceramah tentang peperiksaan, kerjaya dan
penyalahgunaan dadah serta kem motivasi dengan tujuan meningkatkan
prestasi atau konsep kendiri yang positif bagi sekumpulan pelajar
9. Merancang dan menganjurkan program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa
mereka
10. Merancang dan mengendalikan program kaunselor rakan sebaya dan
program latihannya
11. Berkhidmat sebagai penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling di antara
pihak sekolah dengan PPD, JPN, Kementerian Pendidikan, ajensi-ajensi luar
seperti

Persatuan

Kaunseling

Malaysia,

PEMADAM,

Rakan

Muda,

Befrienders, ABIM, Jabatan Tenaga Rakyat dan sebagainya


12. Berkhidmat sebagai penasihat untuk Kelab Bimbingan dan Kaunseling di
peringkat sekolah

3.0 PERBEZAAN DI ANTARA PERANAN GURU


BIMBINGAN DAN KAUNSELING DENGAN PERANAN
GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING

3.1 Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling


12

3.1.1 Tugas Dan Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling


Guru bimbingan adalah guru yang telah dilatih khas sesuai dengan
peranannya sebagai seorang kaunselor di sekolah. Maka, kaunselor
bertanggungjawab sepenuhnya dalam semua perkara atau hal berkaitan dengan
bimbingan dan kaunseling. Sebagai seorang kaunselor yang mahir, terdapat tugastugas khas yang perlu dipikul dalam menjalankan tugas mereka.

Antara tugas yang paling utama sekali sebagai seorang kaunselor adalah
untuk merancang pogram atau aktiviti bimbingan dan kaunseling untuk sekolah.
Program yang dirancang itu perlulah bersesuaian dan sistematik mengikut prosedurprosedur yang telah ditetapkan. Misalnya, menyediakan kertas kerja yang lengkap
dan tidak tergesa-gesa. Perancangan tersebut juga hendaklah melibatkan dari
pelbagai aspek yang diperlukan.

Selesai menyediakan kertas kerja, kaunselor juga perlulah mengelolakan dan


menjayakan pogram yang telah dirancang. Langkah-langkah dan peraturan haruslah
dipatuhi supaya perjalanan pogram dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan di


sekolah.
Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan sekolah melalui kajian
keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan pentadbir, guru,
pelajar, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
13

Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat Bimbingan kepada semua pelajar


melalui sebarang media yang sesuai.
Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan Kelompok dan tunjukajar
yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.
Merancang, melaksana, mengawalselia Perkhidmatan Bimbingan individu
secara profesional dan beretika.
Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk
semua pelajar.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
Pendidikan Pencegahan Dadah, inhalan, rokok, alkohol dan AIDS.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti mata
pelajaran teras untuk peperiksaan UPSR.
Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang
melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan institusi pengajian
tinggi awam dan swasta dan dalam dan luar negara.
Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti
perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Kerjaya dan Pendidikan
Pencegahan Dadah dan AIDS.

3.1.2 Peranan Guru Bimbingan sebagai Tutor


Untuk memainkan peranan sebagai tutor yang berkesan, iaitu tutor yang
mampu membantu murid mengatasi masalah akademik yang dihadapi, guru
bimbingan harus mengambil beberapa tindakan yang sistematik. Tindakan tersebut
ialah :
1. Merancang strategi perbincangan selaras dengan kehendak tutorial.
2. Menyediakan iklim pembelajaran yang kondusif dan selesa kepada pelajar.

14

3. Mengorganisasi dan menguruskan aktiviti tutorial mengikut langkah-langkah yang


disediakan.
3.1.3 Guru Bimbingan sebagai Pembimbing

Perana Menurut Ibrahim Ahmad (2002), bimbingan merupakan cara membentuk


tingkah laku murid-murid supaya menjadi sempurna dan membawa kesejahteraan
kepada diri dan masyarakat. Terdapat beberapa tugas guru biasa yang boleh
bertindak sebagai guru bimbingan. Berikut adalah peranan guru biasa dalam
program bimbingan:
1. Membantu murid dalam penyesuaian berkaitan peribadi, akademik, sosial,
emosi dan akhlak dengan persekitaran sekolah.
2. Membantu murid berkaitan masalah dan isu di dalam pembelajaran dan kelas.
3. Membantu murid merancang persekolahan sesuai dengan minat, bakat dan
perkembangan setiap murid.
4. Membantu murid menyelesaikan masalah dan memaklumkan kepada
kaunselor untuk tindakan seterusnya.
5. Membantu murid mewujudkan tabiat kerja yang baik serta membentuk dan
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.
6. Mewujudkan kerjasama dengan ibu bapa dan penjaga dalam perkembangan
dan pertumbuhan murid-murid.
7. Membantu murid membuat keputusan dalam hal-hal tertentu supaya
keputusan yang dibuat tepat dan berkesan.
8. Bekerjasama dengan kaunselor sekolah dalam menyumbangkan idea dan
tenaga dalam program yang dilaksanakan untuk kebaikan bersama dan
sekolah.
9. Menyenaraikan dan melaporkan murid yang dirasakan perlu mendapatkan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta mempromosikan kepentingan
perkhidmatan ini kepada murid-murid.
15

3.2 Peranan Guru Biasa Sebagai Pembimbing


Guru biasa yang memainkan peranan sebagai pembimbing haruslah sentiasa
membimbing murid di bawah jagaannya. Guru perlu membimbing murid membuat
penyesuaian peribadi, sosial, emosi dan akademik dengan persekitaran sekolah,
peraturan-peraturan tatatertib dan sebagainya, khasnya dalam awal persekolahan.

Guru pembimbing harus mewujudkan peluang-peluang untuk setiap murid


bagi mengembangkan daya kebolehan mengikut kemampuan dan kebolehan
mereka. Jadi, peranan guru di sini ialah memberi kesedaran kepada murid di
peringkat awal, sehingga mereka berjaya menanamkan sikap suka belajar dalam diri
mereka. Ini akan membawa pencapaian objektif pelajaran dengan berkesan. Untuk
mencapai kejayaan dalam pelajaran, perlulah ada perancangan pelajaran mulai dari
peringkat awal pembelajaran. Dalam hal ini, murid perlu diberi bimbingan untuk
aktiviti pelajaran yang sesuai mengikut kebolehan dan minat masing-masing.
16

Individu sering menghadapi kesulitan yang berpunca dari dalam diri sendiri,
konflik dalam jiwa, kekecewaan, rasa tersingkir, merendah diri dan bosan dalam
kehidupan dan pelajaran. Hal ini merupakan masalah yang memerlukan bimbingan
dan nasihat daripada guru. Masalah atau konflik yang dihadapi oleh murid-murid
perlu mendapat perhatian dan bantuan daripada guru.

Guru juga memainkan peranan sebagai kaunselor. Sebagai seorang


kaunselor yang menguruskan masalah pelajar, guru haruslah bekerjasama dengan
ibu bapa dalam hal perkembangan murid, khasnya dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum. Jadi seoang guru perlu menjalinkan hubungan yang mesra dengan ibu
bapa dan murid supaya dapat mengetahui latar belakang murid sekolahnya. Guru
perlulah menyediakan kad rekod himpunan untuk mengetahui maklumat pelajar
serta latar belakang mereka. Dengan rekod ini, guru dapat mengatur rancangan
pelajaran dan aktiviti kokurikulm yang sesuai untuk murid tersebut. Kad rekod
himpunan merupakan suatu sistem untuk merekod butir-butir murid dari semasa ke
semasa. Ini membolehkan guru mengenali setiap murid dengan lebih dekat dan
memahami masalah mereka serta memudahkan guru memberi bimbingan dan
kaunseling untuk mereka.

17

3.3 Perbezaan Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan Peranan Guru
Biasa sebagai Guru Pembimbing.
Ciri Peranan Guru Bimbingan dan

Ciri Peranan Guru Biasa Sebagai

Kaunseling
Pembentukan personaliti

dititikbertakan.
Keputusan ujian menunjukkan

Kaunseling
Mata pelajaran diberi keutamaan.
Keputusan ujian menentukan aras

potensi pencapaian dalam mata

keperluan peribadi dan pelbagai


halangan untuk membuat

penyesuaian diri.
Gred menunjukkan pelbagai jenis

pelajaran.
Gred merupakan fungsi penilaian bagi

pembelajaran mata pelajaran sahaja.


Hanya murid yang dapat mempelajari
mata pelajaran akan berjaya ke tahap

pencapaian selain pencapaian mata


pelajaran, misalnya pencapaian
sosial, psikologi, estetik dan lain

lain.
Pelbagai cara untuk mencapai
kejayaan bagi pelbagai kecerdasan

amatlah penting.
Beberapa temu bual secara individu

yang tinggi.
Tidak banyak temu bual secara
peribadi dilakukan dengan murid

kecuali tentang masalah akademik.


Jarang merujuk kepada kaunselor atau

guru lain tentang kemajuan murid.


Tidak banyak lawatan ke rumah
dilakukan dan jarang mengadakan
18

diadakan bagi menyelesaikan


masalah peribadi dan masalah

pertemuan dengan ibu bapa di sekolah.


Kurang sensitif terhadap emosi murid.

akademik.
Masalh pelajar sering dibincang
bersama kaunselor dengan guru

lain.
Melakukan lawatan ke rumah dan
menjemput ibu bapa untuk

menghadiri perjumpaan di sekolah.


Sentiasa sensitif terhadp emosi
keseluruhan murid di bilik darjah
dan emosi murid secara individu.

4.0 PANDANGAN SALAH TERHADAP TUGAS-TUGAS GURU


BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH-SEKOLAH

Persepsi manusia adalah berbeza, begitu juga dengan persepsi murid


terhadap guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sering kali tugas mereka
sebagai seorang yang mengambil berat akan kebajikan dan permasalahan murid
disalah anggap. Terdapat beberapa persepsi yang sering berlegar-legar di minda
murid-murid mengenai guru perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini. Menurut
Shertzer dan Stone (1963) dalam buku Muhd Mansur dan Siti Nurdinar (1993),
mendapati bahawa kaunselor sering sangat ditanggap sebagai dua golongan
manusia yang berlainan sama sekali.

Apabila program bimbingan dan kaunseling mula diperkenalkan di sekolahsekolah, ia disambut dingin bukan sahaja di kalangan pelajar, tetapi juga di kalangan

19

pihak sekolah dan ibu bapa. Tugas-tugas mereka sebagai guru bimbingan dan
kaunseling banyak disalah anggap oleh sesetangah pihak.

Antara persepsi salah yang sering diberikan terhadap tugas guru bimbingan
dan kaunseling di sekolah ialah kaunselor dilihat sebagai seorang yang membantu di
dalam bidang pendidikan sahaja dan hanya berupaya membuat keputusan dalam
pemilihan kerjaya sahaja. Murid-murid faham bahawa tanggapan terhadap tugas
tersebut adalah salah kerana tugas guru bimbingan dan kaunseling bukan sematamata menilai kerjaya murid malahan lebih kepada memperkembangkan potensi
setiap murid daripada pelbagai aspek.

Terdapat juga murid-murid yang beranggapan jika seseorang dirujuk kepada


guru kaunseling, maka mereka adalah murid yang sangat bermasalah di sekolah.
Maka, persepsi mereka pada tugas guru bimbingan dan kaunseling hanya menerima
murid yang bermasalah sahaja dan tidak mempedulikan murid yang berada di luar
lingkungan tersebut. Pandangan sebegini adalah tidak benar kerana guru bimbingan
dan kaunseling sebenarnya ditugaskan untuk membantu bukan sahaja murid
bermasalah malah pelbagai pihak di dalam institusi persekolahan itu sendiri.

Bukan murid sahaja kadangkala melemparkan persepsi negatif terhadap


tugas kaunselor, malahan guru di sekolah juga turut melemparkan persepsi sebegitu
dengan mengatakan bahawa kaunselor itu hanya seorang yang melihat kecacatan
dan keburukan mereka dalam pengajaran sahaja. Persepsi seperti ini sebenarnya
hanya membantutkan dan melemahkan institusi persekolahan itu sendiri. Apabila
wujudnya persepsi seperti ini, sudah tentu kerjasama antara guru dan kaunselor

20

tidak sehaluan malahan akan mencacatkan dan memberikan impak negatif dalam
sesuatu aktiviti atau program yang dijalankan. Maka, pihak pentadbir dan kaunselor
sendiri seharusnya menerangkan peranan sebenar kaunselor kepada guru agar
mereka tidak menimbulkan persepsi yang kurang baik demi kebaikan bersama.

Murid-murid yang bermasalah yang berjumpa dengan kaunselor kadangkala


mengharapkan agar masalah yang mereka hadapi itu boleh diselesaikan oleh
kaunselor. Mereka merasakan bahawa tugas seorang kaunselor adalah untuk
menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi. Ini juga merupakan persepsi yang
salah dalam menilai tugas seorang guru bimbingan dan kaunseling. Kaunselor
membantu untuk meneroka perasaan dan pemikiran klien untuk melihat pilihanpilihan yang anda ada untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.Setiap
masalah yang timbul, tidak semuanya boleh diselesaikan dengan begitu mudah.
Menjadi tugas kaunselor untuk membimbing murid yang bermasalah dan membantu
mereka agar mampu menangani situasi tersebut supaya tidak tersilap langkah.

Seringkali murid yang dirujuk kepada kaunselor takut untuk berhadapan


dengan kaunselor kerana mereka berpendapat bahawa hubungan kaunseling adalah
sehala saja. Tugas guru kaunseling adalah memberi nasihat dan mereka wajib untuk
menghadiri sesi yang diadakan. Murid tidak dibenarkan memberi pendapat atau
menceritakan hal sebenar. Kaunselor telah dipupuk agar bersikap lebih terbuka dan
mampu mendengar segala luahan sebelum memberikan cadangan atau pendapat
mereka kepada kliennya. Maka, murid tidak akan berasa tertekan dengan setiap sesi
kaunseling diadakan kerana proses kaunseling itu sendiri mampu menenangkan
perasaan dan diri murid yang menghadapi masalah itu sendiri.

21

5.0 HURAIAN MENGENAI BAGAIMANA GURU BIMBINGAN &


KAUNSELING MENGHADAPI KES KLIEN YANG DIRUJUK TETAPI
ENGGAN MEMBERI KERJASAMA, BERSIKAP PREJUDIS DAN
PASIF

Seorang kaunselor haruslah bersedia dalam menghadapi 1001 tingkah laku


klien yang dirujuk. Kaunselor yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang
berkesan ialah kaunselor yang boleh bertutur dengan jelas, tepat serta berperasaan
empati. Namun begitu, dalam proses interaksi kadangkala konflik berlaku di antara
individu-individu yang terlibat. Bagi kaunselor dan kliennya, konflik pula berlaku
dalam hubungan mereka. Konflik dalam hubungan ini kebanyakann kalinya
ditimbulkan oleh klien sendiri, tetapi kadangkala pula ditimbulkan oleh kaunselor
tanpa kesedarannya.

Kebiasaannya klien yang dirujuk mempunyai pandangan yang berbeza dan


bersikap tidak fleksibel dalam sesi bimbingan dan kaunseling kerana mereka
terpaksa menjalani perkhidmatan kaunseling tanpa kerelaan diri sendiri. Klien seperti
ini kebiasaannya kurang memberikan kerjasama, bersikap prejudis dan pasif dalam
sesi kaunseling dijalankan. Situasi ini memerlukan kaunselor agar membuat

22

persediaan yang lebih rapi. Dalam hal ini, kaunselor mungkin perlu mendapatkan
maklumat daripada klien, iaitu apa yang menyebabkan klien dirujuk kepada
kaunselor. Selepas itu, kaunselor perlu membenarkan klien memilih tajuk
perbincangan yang difikirkan tidak memberi tekanan baginya. Maka, seorang
kaunselor yang berkemahiran seharusnya sudah mengetahui cara mengatasi situasi
ini dengan menggunakan teori tertentu yang telah dipelajari.
Menurut kajian Tan Bee Chu (1984) mendapati 10 punca utama klien enggan
menemui kaunselor mengikut peningkatan ialah;
1. Tidak ada keperluan untuk menerima bantuan
2. Sudah biasa dengan cara membangkang
3. Lebih suka mengekalkan situasi lama supaya boleh terus menerima simpati
dan dikecualikan dari tanggungjawab.
4. Keadaan fizikal bilik kaunseling tidak selesa untuk berkomunikasi secara sulit.
5. Kaunselor mewakili pihak pentadbir.
6. Sukar untuk mengatasi masalah kerana malu, kelemahan bahasa dan takut
terhadap kaunselor
7. Persepsi pelajar terhadap kaunselor negatif
8. Penerimaan bantuan kaunselor bermaksud diri lemah
9. Penghargaan kendiri yang rendah menyebabkan sifat negatif terhadap segala
bantuan
10. Pelajar-pelajar kurang pengetahuan mengenai perkhidmatan B&K yang wujud
di sekolah

Sebelum memulakan sesi kaunseling, Kaunselor haruslah mematuhi etika dan


peraturan yang telah termaktub dalam menjalankan perkhidmatan ini. Beberapa
perkara asas dalam kaunseling perlu di ambil kira bagi memperoleh kepercayaan
dan kerjasama daripada klien.

Setelah mengetahui punca permasalahan yang berlaku, kaunselor


menggunakan teori Rasional Emotive Behavior Theraphy yang telah dipelopori oleh
23

Albert Ellis pada tahun 1955. Teori ini menyatakan bahawa manusia dilahirkan
dengan potensi untuk berfikir secara rasional dan juga tidak rasional. Manusia itu
sendiri mempunyai naluri semulajadi untuk memperbaiki diri dan berkembang ke
arah yang positif. Maka, kaunselor menggunakan teori ini bagi memberi peluang
kepada klien untuk berfikir mengenai tindakan yang sepautunya dilakukan bagi
mengubah tingkahlakunya yang negatif menjadi positif.

Kaunselor haruslah memainkan peranan bagi mengubah klien. Bagi contoh


seorang kaunselor akan mencabar klien agar membetulkan sistem kepercayaan
yang tidak rasional dan tidak realistik. Sekaligus, klien sedikit demi sedikit akan sedar
akan perbuatannya salah dan mula bertindak mengubah sedikit demi sedikit ke arah
yang lebih rasional. Bagi menaplikasikan teknik ini, kaunselor haruslah mempunyai
banyak maklumat dan sentiasa aktif bagi membantu klien.

Selain menerapkan teori-teori bagi menangani masalah murid yang enggan


bekerjasama dalam perkhidmatan kaunseling ini, beliau turut mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan dalam etika kaunseling agar kamal atau klien lebih
mempercayai dan yakin dengan perkhidmatan yang telah dijalankan.

Kemahiran yang perlu ada bagi seorang kaunselor ialah kemahiran membina
perhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling.
Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai
dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap
ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan
memberikan tanggapan pertama yang positif.

24

Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang


meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa
sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik,
ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata,
pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara
duduk dalam kaunseling.

Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi


realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan
bukan lisannya. Dalam erti kata lain, ia bertujuan untuk memperbetulkan dalih
ataupun ketidakseimbangan kenyataan yang diberikan oleh klien.

Namun, kaunselor perlu berhati-hati semasa menggunakan kemahiran ini


kerana sekiranya klien tersebut belum lagi bersedia menghadapi konfrontasi, klien itu
akan merasakan bahawa dirinya terancam. Ini adalah kerana klien itu tidak faham
bahawa konfrontasi yang dibuat sebenarnya bukan bersifat agresif dan menentang,
tetapi bertujuan untuk menyedarkan klien tentang ketidakseimbangan kenyataan
yang diberikannya.

Dalam usaha menjadi kaunselor yang efektif, kaunselor perlu bersedia untuk
mengaplikasikan teori psikologikal dan latihan dalam diri mereka. Kaunselor mesti
mengintegrasi kecekapan pelbagai budaya yang ada dalam bentuk pengetahuan dan
kemahiran. Sementara itu, Patterson & Welfel (2000) menjelaskan ciri ciri
kaunselor yang efektif sebagai mempunyai kestabilan, bersifat harmoni dan

25

mempunyai tujuan. Personaliti kaunselor adalah penting selain daripada penguasaan


ilmu pengetahuan, kemahiran ataupun teknik (Cavanagh, 1990).

Pendidikan sahaja tidak mampu untuk mengubah ciri-ciri individu. Seorang


kaunselor yang efektif akan berkembang sebagai seorang individu dan membantu
individu lain untuk berkembang. Dengan erti kata lain, kaunselor yang efektif adalah
sensitif kepada diri mereka dan orang lain. Kaunselor yang efektif juga memantau
sikap diri, mendengar, bertanya dan meneroka perbezaan budaya dan etnik dalam
cara yang terbuka dan positif (Ford, Harris, & Schurger, 1993).

Zainal Abidin Ahmad dan Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2004) menggariskan
ciri-ciri kaunselor yang efektif seperti kepercayaan bahawa klien adalah individu yang
unik dan berharga, kepercayaan bahawa kliennya berkeupayaan untuk berubah,
memahami dan mengetahui bagaimana individu yang efektif berfungsi, mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu individu yang
terbatas perfungsiannya, mempunyai kesanggupan melibatkan dirinya dalam proses
interpersonal, mengenal diri sendiri dan kemahiran yang ada serta batasannya.
belakang profesional dalam bidang sains tingkah laku telah menyediakan dirinya
untuk membantu klien dalam membuatbpemilihan mengenai perkembangan kerjaya
dan kehidupan peribadi yang diperlukan untuk tingkah laku yang efektif dalam
masyarakat sekarang.

Pengetahuan mengenai psikologi perkembangan, teori pembelajaran,


perkembangan personaliti, sosiologi, seting pendidikan, perkembangan kerjaya dan
penilaian digunakan dalam usaha membantu klien mengenal pasti, menyusun serta

26

membincangkan bahan-bahan yang berkaitan dengan pemilihan klien. Kaunselor


juga berupaya untuk berfungsi dengan klien dari pelbagai sosioekonomi, etnik,
agama dan kumpulan budaya. Di samping itu, kaunselor juga mempercayai bahawa
beliau mempunyai keupayaan untuk membantu klien memodifikasikan tingkah laku.
Pada waktu yang sama, kaunselor mengggunakan segala sumber dalam agensinya
dalam komuniti untuk menyediakan segala bantuan kepada kliennya.

Jika dilihat dalam kes ini, klien seperti dalam kes di atas mungkin mempunyai
perasaan malu hendak bersemuka dengan kaunselar. Untuk menyelesaikan masalah
ini, kaunselar boleh menjalankan sesi kaunseling melalui kaedah e-kaunseling.
Konsep asas e-kaunseling ialah satu proses interaksi antara klien dan kaunselor
yang berada dalam lokasi yang berbeza dan menggunakan kemudahan internet
untuk berkomunikasi (Ainsworth, 2001; Bloom, 1998).

Grohol (1999) menyatakan bahawa e-kaunseling adalah satu kaedah baru


dalam perhubungan menolong. Ia menggunakan kelebihan internet yang
menghubungkan kaunselor dan klien secara synchronous dan asynchronous. Selain
talian internet itu sendiri, peralatan komputer yang semakin canggih membolehkan
sesi e-kaunseling dilakukan secara video-konferens, ruang sembang (Chat), e-mel
mahupun Avatar Chat. Perkhidmatan e-kaunseling ini ditawarkan dalam dua modaliti
iaitu melalui e-mel dan ruang sembang (Amir, 2007; Hall, 2004; Nor Bayah &
Yahaya, 2001; Lily Mastura, 2000; Sussman, 2004; Zaida Nor, 2006).

27

Kaedah pertama ialah e-kaunseling secara e-mel. Perkhidmatan e-kaunseling


melalui e-mel ialah perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan melalui balasan e-mel.
Klien hanya perlu menghubungi kaunselor melalui alamat e-mel yang dibekalkan
dalam laman web. Klien boleh menghantar e-mel kepada kaunselor untuk
menyelesaikan permasalah yang dihadapinya. Balasan dijanjikan dalam tempoh
yang tertentu seperti 24 jam atau 48 jam (ManhalBaugus, 2001; Nor Bayah &
Yahaya, 2001; Lily Mastura, 2000; Sampson et al., 1997; Sanders & Rosenfield,
1998; Tait, 1999; Tate, et al., 2001).

Kaedah e-kaunseling yang kedua ialah kaedah ruang sembang (chatroom).


Kaedah ruang sembang ini ialah apabila klien dan kaunselor bertemu dan
berinteraksi di alam siber dalam waktu yang sama (synchronous). Mereka bertemu
dalam ruang sembang yang ditawarkan di laman web ataupun sistem instant
messaging. Kaunseling dalam ruang sembang pula beroperasi secara langsung
dalam ruang sembang yang disediakan. Klien boleh membuat temujanji tarikh dan
masa bagi membolehkan kedua-dua klien dan kaunselor berinteraksi secara
langsung ataupun terus log masuk dalam waktu bertugas kaunselor. Bagi membantu
klien, jadual bertugas kaunselor disediakan bagi kemudahan klien.

Proses kaunseling melalui ruang sembang boleh dilakukan dengan


menghubungi laman web seseorang kaunselor atau sesuatu organisasi
perkhidmatan kaunseling, membuat temujanji, membayar yuran (sekiranya ada) dan
seterusnya menghadiri sesi dalam ruang sembang yang disediakan (Bloom, 1998;
Colon, 1996; Manhal-Baugus, 2001; Nor Bayah & Yahaya, 2001; Oravec, 2000;
Zaida Nor, 2006). Malah dengan kecanggihan pembinaan perisian laman web, Avatar

28

Chat juga telah dibina bagi membolehkan pengguna menvisualkan ekspresi wajah
dan suara mereka. Kecanggihan web-cam membolehkan ekaunseling dijalankan
secara langsung bersemuka dan membantu kaunselor dan klien memahami luahan
masing-masing. (Grohol, 1999)

29

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, daripada tugasan yang telah disempurnakan ini, saya telah


memperolehi beberapa maklumat yang penting yang boleh digunakan dan
diaplikasikan kepada diri sendiri dalam membantu dan menjadi seorang guru yang
mampu membimbing anak murid pada masa akan datang.

Kaunseling mempunyai pelbagai erti mengikut pendekatan individu yang


memperaktikkannya tetapi intipati tugas seorang kaunselor terhadap kliennya sama
ada dari kelompok kecil atau individu yang bermasalah dan memerlukan pertolongan
adalah sama-sama memikirkan cara penyelesaian kesulitan dan kekusutan yang
dialami seterusnya memilih alternatif-alternatif yang sesuai dan dengan bantuan
kaunselor mereka melaksanakan jalan penyelesaian yang dipilih.

Di dalam tugasan ini, telah dikemukakan konsep berkaitan Perkhidmatan


Bimbingan dan Kaunseling. Dapat disimpulkan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling ini sebenarnya adalah perkhidmatan yang diberikan oleh seorang pakar
yang berkemahiran dalam bidang bimbingan dan kaunseling kepada yang
memerlukan bagi membantu menyelami serta mancari dan memilih penyelesaian
alternatif yang terbaik dalam mengubah kehidupan seseorang ke arah yang lebih
positif.

Tugasan ini juga menyimpulkan tentang perbezaan antara peranan guru


bimbingan dan kaunseling dengan tugas seorang guru biasa yang menjadi
pembimbing. Tugas seorang guru bimbingan dan kaunseling adalah mencabar
30

kerana mereka perlu mempunyai kemahiran dan ilmu dalam bidang tersebut
berbanding dengan guru biasa yang hanya membimbing dan sekiranya masalah
tersebut berlanjutan, ia akan dirujuk kepada kaunselor. Maka, seorang kaunselor
perlulah bersedia dari semua aspek dalam menghadapi segala kemungkinan dan
masalah yang dirujuk.

Kepentingan peranan kaunselor dalam insititusi pendidikan telah menjadi


salah satu tunjang yang penting dalam pembangunan dan pembentukan sahsiah
individu. Walaupun begitu, masih terdapat pihak yang memberikan persepsi negatif
terhadap tugas yang dijalankan oleh kaunselor ini. Bagi mengatasi masalah ini,
institusi pentadbiran perlulah memainkan peranan dalam memperkenalkan dan
mempromosikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada semua pihak agar
ia tidak disalahertikan dan memberikan impak negatif kepada perkhidmatan ini.

31

REFLEKSI

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan tunjuk


ajar pensyarah dan rakan-rakan yang banyak memberikan bantuan dan
menyumbang idea dalam menyempurnakan tugasan ini.

Semasa mula mendapat tugasan ini, saya menyangka bahawa tugasan ini
sukar untuk dilakukan kerana memerlukan kefahaman dalam bidang kaunseling.
Kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini membuatkan saya berasa
tidak mampu untuk menghasilkan tugasan yang baik. Tetapi atas dorongan dan
tunjuk ajar pensyrah pembimbing, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini
dengan dengan mengikut kehendak soalan yang telah dinyatakan.

Semasa membuat tugasan ini, kekurangan dalam bahan rujukan berkaitan


tugasan ini menyebabkan saya kurang keyakinan. Tetapi setelah rakan-rakan
membantu dalam memberikan rujukan yang berlainan daripada buku-buku dan
sumber internet, akhirnya saya mampu meneruskan keazaman untuk menyiapkan
tugasan ini dengan sebaik mungkin.

Banyak perkara yang telah dipelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini di


mana perkara utama saya pelajari adalah betapa pentingnya perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling ini dalam sebuah institusi persekolahan. Pelbagai
konsep,matlamat dan keperluan yang diutarakan telah membuahkan kefahaman dan
menambahkan ilmu pengetahuan saya di dalam bidang ini. Malahan ia amat berguna

32

dan dapat membantu saya untuk menerapkan kemahiran yang ada semasa berada
di sekolah nanti.

Semasa membuat tugasan ini juga, saya mula sedar bahawa tugas seorang
kaunselor bukanlah mudah seperti yang disangkakan oleh sesetengah pihak.
Kaunselor haruslah memiliki sikap yang positif dan terbuka dalam menerima klien
yang memiliki pelbagai ragam. Selain itu, kaunselor juga haruslah memiliki sifat
sabar yang tinggi bagi menghadapi kerenah klien.

Akhir sekali, tugasan ini telah menyedarkan saya bahawa betapa pentingnya
peranan seorang kaunselor di dalam satu institusi itu terutamanya dalam bidang
pendidikan. Ia banyak membantu dan saya berazam mahu melakukan yang terbaik

33

BIBLIOGRAFI

Ramlah Hamzah & Lily Mastura Harun. (2006) Bimbingan dan Kaunseling. Kuala
Lumpur; Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Dr. Maznah Baba & Zainal Madon. (2003) Kaunseling Individu. Kuala
Lumpur; PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar. (1995) Kaunseling
Individu. Shah Alam; Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof. (2002) Kaunseling
Individu.
Petaling Jaya; Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Wan Abdul Kader Wan Ahmad. (1994) Kaunseling Kelompok Berstruktur:
Pengurangan
Kebimbangan Bersosial. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim Ahmad. (2002) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah
Rendah.
Kuala Lumpur; Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012) Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI
Psikologi.
Kuala Lumpur; Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Definisi Bimbingan dan Kaunseling (t.t & t.p). Dicapai pada 26 Ogos 2012, daripada
http://kaunseling.wordpress.com/2008/08/27
Definisi Kaunseling Individu (t.t & t.p). Dicapai pada 26 Ogos 2012, daripada
http://mas-himpunan1001.blogspot.com/2010/02

34

Kaunseling Individu & Kelompok (t.t & t.p). Dicapai pada 23 Ogos 2012, daripada
http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01

35

Anda mungkin juga menyukai