Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
html
Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan
masing-masing.
Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap
arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien,
iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu
adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan
masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas
keputusannya itu.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini
akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat
menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi
bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia
menolong klien memahami dirinya yang sebenar apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan
dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya
langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan
kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran
tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien
itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih
sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat
keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa
kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.
TUJUAN KAUNSELING
Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza tentang
kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir.
Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus
melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi
memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana
sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu
meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut.
Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa yang
panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada
perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri,
individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang
dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan
tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan
dinamik.
Lima tujuan kaunseling iaitu:
1. Menolong mengubah tingkah laku klien.
2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu
bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.
3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat
menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan
tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko
akibat keputusan tersebut.
4. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam
perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep
kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat
menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam
keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan
meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu.
5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan
bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang
individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi
inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan
yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga
akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah
diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat
yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi
seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap
sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan
kaunselor mengikut keperluan klien.
Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien:
Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga menjadi individu
yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup
setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa
setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam
masa yang singkat.
Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkan
masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang
sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini,
tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan
cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan
ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan
situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup. Persoalan-persoalan asas
seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah
aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.
Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan
perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi
kaunselor adalah sebagai pemandu yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien
dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini
tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga
sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan
daripada kaunselor lagi.
PRINSIP KAUNSELING
Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri
kaunseling adalah seperti berikut:
1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengan kehendak
hati klien sendiri. Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk
mengubah tingkah lakunya.
2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah hak individu
Penilaian diri
Jenis-jenis matlamat
Specific
Spesifik
Measuarable
Boleh diukur
Attainable
Boleh dicapai
Reasonable
Berpatutan
Time bound
Jangkamasa
Exciting
Seronok / mengembirakan
Rewarding
Ganjaran
Boleh dijangkakan
Telah ditetapkan
Takut kehilangan / kekalahan
Takut kemenangan
Pengharapan yang terlalu tinggi
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5
Langkah 6
Bila anda telah mencapai matlamat anda tuliskan matlamat baru dan had masa baru. Ikut langkah 2.
Langkah 7
Bila anda telah mencapai matlamat yang terakhir, anda juga adalah kearah mencapai kejayaan yang jitu.
Hilangkan ketakutan
Bagaimana untuk mendapatkan keyakinan diri.
Fasa 1 Kenalpasti diri anda
Langkah 1 : Bina fail kejayaan anda
Langkah 2 : Mempunyai sikap optimistik
Langkah 3 : Tukar sikap anda terhadap kegagalan
Langkah 4 : Berhenti dari menganggap kegagalan dimana-mana
Bersikap positif
Apa itu SIKAP
Sikap adalah tingkahlaku yang lahir dari emosi. Ia adalah kumpulan keterlaluan/perangagi yang
ditunjukan oleh seseorang terhadap orang lain.
Ia merupakan komponen emosi dan salah satu perkara yang sukar di fahami dan diurus.
Air muka
senyum
Budi bahasa
Bersopan santun
Kurang sopan
Nada bahasa
Lembut, marah
Kemas, bersih
Pakaian
Kotor, bersih
Cara berjalan
Posture
Tegap, Bongkok
Ia akan melahirkan emosi yang positif/baik terhadap kerja dan rakan-rakan di sekitar anda
Sikap dan sifat positif dalam pembentukan seseorang. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda
positif kerja di anggap mustahil boleh berjaya.
Tentukan dahulu samada sesuatu masalah itu berpunca dari sikap atau faktor persekitaran. Jika berpunca
dari faktor lain, usaha mengubah sikap tidak perlu dilakukan.
Apakah diri sendiri orang yang paling sesuai untuk melakukannya dan apakah pengaruh yang membawa
kepada perubahan?Apakah kerana pengaruh ganjaran, kepakaran, paksaan, tauladan atau simpati?
Nilai diri apakah komponen yang paling mempengaruhi sikap untuk berubah? Apakah dengan mengubah
persekitaran, pemikiran, pandangan dunia, perasaan, sistem nilai, tingkah laku, dan persekitaran untuk
bertindak?
Tentukan pendekatan yang diperlukan untuk mengubah diri samada dengan secara langsung negatif;
mengancam; mengkritik; menghina; mengenakan dendaan dan paksaan atau secara tidak langsung;
menunjukkan tauladan silaturrahim dan perlakuan.
Mengenal pasti rintangan rintangan yang mungkin dihadapi serta cara mengatasinya, menentukan cara
pengukuhan setelah berlaku perubahan; galakan atau dorongan dan mengubah suai pendekatan
berasaskan kejayaan atau kegagalan.
17. Sikap
Sikap orang yang berjaya