Anda di halaman 1dari 2

Penilaian Sesi Kaunseling Individu :

1. Kaunselor (Nur Adilah 826606)


2. Klien (Fitri 826604)

A. PROSES KAUNSELING

1. Menyediakan Pra Sesi Kaunseling


- Kaunselor mengadakan “Social Talk” dengan baik, antaranya bertanya khabar,
keadaan klien.
- Klien selesa dengan pendekatan kaunselor.

2. Membina Hubungan
- Pendekatan kaunselor ketika pra sesi menjadikan klien selesa untuk berkongsi.
- Hubungan professional yang terbina menjadikan klien percaya dengan kaunselor.

3. Meneroka dan Menganalisis Masalah


- Klien menggunakan kemahiran kaunseling dengan baik, antaranya kemahiran
dorongan minima, menyoal, penstrukturan.
- Kaunselor memahami isu utama yang di hadapi klien.

4. Mengenal Pasti Masalah


- Kaunselor mengenalpasti masalah klien iaitu hubungan dengan rakan sebilik.

5. Mengenal Pasti dan Perbincangan Alternatif


- Alternatif yang diberikan oleh klien banyak pilihan, bantuan kaunselor membuat
klien dapat membuat pilihan alternatif yang baik.
- Alternatif tersebut adalah berbincang dengan keluarga rakan sebilik mengenai
masalah yang saya hadapi.

1
6. Mengambil Tindakan
- Kaunselor memberi peluang kepada saya untuk membuat pilihan untuk
meneruskan alternatif yang saya pilih.
- Keterbukaan kaunselor menyebabkan klien selesa dan meletakkan kepercayaan
kepada kaunselor dengan baik.

7. Menamatkan Sesi
- Kaunselor menamatkan sesi dengan membuat rumusan akhir dengan baik.

B. KEMAHIRAN KAUNSELING

- Kemahiran penstrukturan yang digunakan dengan baik dan mudah untuk


difahami oleh klien.
- Kemahiran dorongan minima dan soalan terbuka serta tertutup menyebabkan
klien mudah untuk berkongsi isu yang dihadapinya
- Kemahiran penamatan sesi dan rumusan yang baik menyebabkan pilihan
alternatif bersesuaian dengan klien untuk dilaksanakan.

C. TEORI KAUNSELING
- Pendekatan PERSON CENTRED THERAPY yang digunakan oleh kaunselor
menyebabkan klien timbul kepercayaan dan keselesaan kerana kaunselor
memberikan fokus kepada klien bukan terhadap penyataan masalah klien.
Penguasaan empati, penerimaan tanpa syarat dan kongruen pada kaunselor
menyebabkan sesi kaunseling ini berjalan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai