Anda di halaman 1dari 15

55 55

Tajuk Pidato : Menjaga Alam Sekitar Tanggungjawab Kita


Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif, guru-guru, serta pelajar sekalian. Pada pagi yang berbahagia ini saya ingin menyampaikana pidato berjudul Menjaga Alam Sekitar Tanggungjawab Kita Hadirin yang dihormati. Alam sekitar adalah hadiah daripada Tuhan yang amat bernilai. Di dalamnya kita akan temui khazanah berharga seperti pohon-pohon hijau, pohon Bakau Minyak, Pohon Merbau, tumbuhan herba Tongkat Ali, pelbagai spesis burung, haiwan, tanah tanih, gunung ganang, bahan galian dan sebagainya. Di samping itu, kewujudan sungai sebagai sumber makanan, rezeki dan habitat bagi ikan, kerang, ketam burung dan sebagainya. Oleh kerana kekayaannya, alam sekitar ini tidak ada galang gantinya, maka ala mini perlu dijaga dan dipelihara dengan baik. Menjaga pula bermaksud memelihara dan memulihara atau merapi alam supaya sedia ada seperti asal atau paling minima tidak ada kerosakan dan kemusnahan yang melampau pada segala khazanahnya. Maka tajuk pidato saya ini akan menyentuh bagaimana kita semua memainkan peranan dalam menjaga keselamatan alam sekitar yang indah ini. Hadirin yang dihormati, Usaha menjaga alam sekitar perlu dipupuk sejak dari kecil. Pendidikan tentang kepentingan alam sekitar telah dilaksanakan secara formal di sekolah-sekolah dan secara tidak formal melalui asuhan dan amalan di rumah. Melalui pendidikan formal iaitu, Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar, saya dan rakan-rakan di SMK Taman Kota Jaya Kota Tinggi di dedahkan dengan ilmu pengetahuan, kefahaman untuk mengambil bahagian secara aktif dalam memelihara sumber alam semulajadi secara lestaricontohnya, dalam pendidikan luar bilik darjah lawatan ke Hutan Larut Matang dan Pusat Alam di Kuala Selangor, kami dapat mempelajari kepentingan memelihara sungai sebagai sumber rezeki, pokok bakau sebagai penyelamat dari ancaman bencana tsunami dan sebagai habitat hidupan. Kesannya saya sentiasa menghargai sungai dan menyertai aktiviti menanam pokok bakau. Hadirin yang dihormati sekalian, Sikap prihatin terhadap pohon-pohon hijau yang membekalkan oksigen dan mengawal suhu panas telah mencetuskan idea kepada pihak sekolah melaksanakan Program Lestari Alam Sekitar di peringkat sekolah dengan Tema Seorang Pelajar Sepohon Pokok. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah gotong-royong menanam pokok hiasan, menanam pokok buah-buahan dan pokok herba. Disamping itu kami juga bergotong-royong mengumpul sampah mengikut jenisnya seperti botol-botol plastic, tin-tin aluminium dan kertas-kertas. Manakala barang-barang yang boleh dikitar semula seperti tin minuman, kertas surat khabar dan barang-barang computer yang tidak boleh diguna kami jual. Seterusnya kami menyediakan papan maklumat tentang konsep 3R (reuse, reduce, recycle) di hadapan Koperasi Sekolah. Melalui gambar-gambar yang di paparkan, pelajar-pelajar boleh membaca dan memahami kaedah mengurangkan penggunaan plastik dan poliystyrene, menggunakan semula bahan buangan dan botol-botol plastik serta aktiviti kitar semula. Bagi memastikan aktiviti ini berjalan dan berkesan, pihak sekolah menyediakan tong sampah yang berlainan warna untuk kemudahan pelajar-pelajar. Hadirin hadirat sekalian, Sikap sayang terhadap alam sekitar serta tanggungjawab dengan tidak mecemarkan alam amat dituntut dalam setiap individu. Dalam hal ini, kita perlu bekerjasama dalam setiap kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan dan pihak swasta. Contohnya, Hari Tanpa Beg Plastik Sedunia pada setiap hari sabtu dan Kempen Kitar Semula. Dlam masa yang sama, kita juga perlu peka pada isu-isu alam sekitar seperti melaporkan kesalahan pencemaran alam kepada pihak berkuasa, isu penebangan hutan secara haram dan kilang-kilang yang menghasilkan sisa toksid. Jelaslah, penjagaan alam sekitar menjadi tanggungjawab semua pihak. Sesungguhnya ala mini adalah amanah dari Tuhan yang perlu dijaga dan dipelihara kerana ala mini adalah warisan untuk generasi akan datang. Apabila kita memusnahkannya, bermakna kita berhutang dengan mereka. Sekian, terima kasih.
Luqmanul Hakim Bin Johari 2 Permata Jaya

56

HUTAN PAYA LAUT MATANG KHAZANAH ALAM


Di sini kulihatmu penuh keindahan, kuala khazanah alam Hutan bernama Sonneratia, Avicennia, Rhizophora Bertiang akar lutut, gagah berakar sokong, hitam bertukar emas Taman berlumpur permainan belacak, udang, ketam, biawak dan reptilian rangkak Deruan air sungainya bernyanyi bersama-sama bot-bot nelayan meraih rezeki Melayang jarring dan joran dimamah panas Beruncang-uncang geragau dipungah berhias cencaru, kerapu, kupang Nun di langit Kuala Gula, Bergerombolan burung penghijrah mencari teduhan Tempat bersinggah menghilang lelah Berkampung si camar, bangau, upek, sintar, tiong, kelicap Persidangan seluruh dunia yang damai sebelum merentas benua Bakau dan sungai nadi kehidupan Titipan Tuahn zaman berzaman Belai manjalah ia, jauhilah tangan-tangan ganas yang hitam hatinya Nescaya kita tidak berhutang pada anak cucu masa hadapan.
Hasil Nukilan: Luqmanul Hakim Saputra 2 PMJ

SIFUKU
Guru, Engkaulah yang mendidikku selepas ibu bapaku, Engkau mendidikku tanpa rasa jemu, Engkau tidak pernah mengeluh mendidikku, Guru, Engkau menaburkan ilmu yang berharga, Engkau membuatkan ku dahagakan ilmu, Engkau memberikan kasih sayang mu, Guru, Janganlah engkau bersedih keranaku, Janganlah engkau menyesal mendidikku, Janganlah engkau berkecil hati terhadap diriku ini.

AYAHANDA KU
Ayah, Engkaulah yang tersemat dihatiku, Engkaulah yang terukir dihatiku, Engkaulah yang terbaik untukku, Ayah, Engkaulah penyelamatku, Engkaulah yang menjagaku, Engkaulah yang mendidikku, Ayah, Engkaulah kekuatanku Engkaulah sahabatku, Engkaulah segala-galanya begiku.
From: Nurul Zulyana Bte Zulkifli 2 Permata Kota

From: Nurul Zulyana Bte Zulkifli 2 Permata Kota

57

RAKAN SEPERJUANGAN
Sahabat, Dikaulah teman terbaikku, Dikala susah dan senangku, Dikala tangis dan tawaku, Sahabat, Dikaulah yang menceriakan hidupku, Dikaulah yang membuat hari-hariku berwarna-warni Sahabat, Dikaulah begaikan permata yang tersemat dijiwaku, Dikaulah bagaikan mutiara di hatiku.
From: Nurul Zulyana Bte Zulkifli 2 Permata Kota

58

Muhamad Abdul Qayum Mohd Shahimi 2 Permata Jaya

59

60

61

62

63

64

65

66

67

68

69

Anda mungkin juga menyukai