Anda di halaman 1dari 2

THE GREEN RIVER KILLER.

SINOPSIS

Mengisahkan tentang tindakan polis di Washington State yang berunding dengan


pembunuh berantai iaitu Ted Bundy untuk membantunya menangkap The Green River Killer.
Berdasarkan unsur kehidupan sebenar yang berlaku pada tahun 1984, siasatan berkaitan
pembunuhan bersiri yang dilakukan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Gandingan antara
Robert Keppel,  Dave Reichert dan Ted bundy, telah berjaya membuat identifikasi tentang
kebarangkalian prilaku pemangsa.  

TANGKAPAN

Gary Leon Ridgway.

SABITAN

49 kes bunuh dan rogol, menjadikannya pembunuh bersiri kedua paling produktif dalam
sejarah Amerika Syarikat. Masih

MANGSA

1. Wanita pekerja seks yang mana tidak mempunyai keluarga dan hidup tidak dipedulikan
oleh masyarakat.
2. Remaja wanita yang melarikan diri dari rumah.
3. Wanita yang merantau bersendirian/gelandangan.

PENJELASAN BERDASARKAN TEORI VICTIMOLOGY.


1. Passive Precipitation
Gary merupakan seorang yang kuat agama, dan dia tidak menyukai pekerja yang
menawarkan khidmat seks. Oleh yang demikian secara pasif, pekerja seks ini telah
menjadi sasaran.
2. Teori Gaya Hidup (Lifestyle Theory)
a. Kehidupan pekerja Seks yang sentiasa terdedah dengan bahaya, Gary
memaklumkan bahawa pekerja seks akan ikut apa sahaja kemahuannya dan
apabila dalam tidak sedar, Gary akan membunuh mereka.
b. Remaja yang bergelandangan/lari dari rumah, sudah semestinya tidak
mempunyai sesiapa yang mengambil berat dan kadang akan berseorangan.
Ini memberi peluang yang sangat tinggi untuk menjadi mangsa.
3. Deviant Place Theory
a. Kawasan tempat kejadian yang tidak sihat yang mana tempat pekerja seks
mencari pelanggan dengan kawalan pihak berkuasa yang tidak kuat.

4. Teori Aktiviti Harian (Routine Activities Theory)


a. Remaja yang menjadi mangsa terdiri daripada remaja yang bermasalah dan
suka keluar dari rumah dan lari dari kehidupan berkeluarga.
b. Pekerja seks dan remaja yang lari rumah adalah mangsa yang sesuai kerana
mereka merupakan individu yang tidak dipedulikan oleh masyarakat samada
mati atau tidak.
c. Tempat tinggal yang tidak elok, keluar waktu malam
d. Disebabkan tiada wang, mereka mudah terikut dengan sesiapa sahaja yang
boleh memberikan apa yang mereka mahukan.

Anda mungkin juga menyukai