Anda di halaman 1dari 11

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/329733642

GRADUAN DI KALANGAN BANDUAN: PERANAN PROGRAM PENGAJIAN TINGGI


DALAM PEMULIHAN BANDUAN DEWASA

Research Proposal · April 2018


DOI: 10.13140/RG.2.2.23826.91843

CITATIONS READS
0 291

1 author:

Muhammad Jeffery Hizwan Bin Said


Universiti Sains Malaysia
11 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Persepsi Mahasiswa Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Terhadap Isu Palestin-Israel View project

Program Pengajian Tinggi Dalam Pemulihan Banduan: Satu Penilaian Dari Perspektif Banduan View project

All content following this page was uploaded by Muhammad Jeffery Hizwan Bin Said on 18 December 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


KERANGKA OPERASIONAL KAJIAN
JURANG KAJIAN: TAJUK BEKERJA:
Tiada kajian tempatan mengenai impak dan pelaksanaan Graduan di Kalangan Banduan: Peranan Program
program pengajian tinggi ke atas banduan di penjara Pengajian Tinggi Dalam Pemulihan Banduan Dewasa.
Malaysia.

TEORI / KONSEPTUAL / MODEL:


Kajian ini akan menggunakan kerangka teoritikal yang terdiri daripada empat teori utama iaitu:
 Teori sistem ekologi oleh Bronfenbrenner (1977),
 Teori andragogi oleh Knowles, Holton dan Swanson (2012),
 Empat teori koreksional kontemporari iaitu hilang layak (incapacitation), mencegah (deterrence), pembalasan
(retribution) dan pemulihan (rehabilitative) dan;
 Teori Perubahan (Theory of Change) oleh New Philanthrophy Capital melalui inisiatif Prisoner Learning Alliance
(PLA, 2016).

PERMASALAHAN KAJIAN:
1. Potensi program pendidikan dalam pemulihan banduan yang kurang mendapat perhatian.
2. Cabaran-cabaran dalam pelaksanaan program pengajian tinggi di penjara.

OBJEKTIF:
Untuk mengetahui peranan program pengajian tinggi dalam konteks pemulihan banduan dewasa di penjara Malaysia.

PERSOALAN KAJIAN: INSTRUMEN: ANALISIS:


1. Apakah persepsi banduan dewasa 1. Temubual mendalam Pengekodan dan Triangulasi
terhadap program OUM? berstruktur dan separa menggunakan Atlas.ti
2. Apakah aktiviti-aktiviti pembelajaran berstruktur.
yang dijalankan di bawah program 2. Pemerhatian
OUM?
3. Apakah impak program OUM terhadap
kehidupan banduan dewasa semasa
dipenjarakan dan selepas dibebaskan
4. Apakah faktor-faktor yang mendorong
banduan dewasa untuk mengikuti
program OUM?

REKABENTUK KAJIAN: Kajian Kes (Kualitatif)


PERSAMPELAN: Kaedah Persampelan Bertujuan (Purposive Sampling)

SUMBANGAN KEPADA BADAN PENGETAHUAN:


Kajian ini akan dapat memberi gambaran impak atau kesan program pengajian tinggi ke atas pemulihan banduan dewasa
di penjara Malaysia.
MAC 2018

KERTAS IDEA CADANGAN PENYELIDIKAN

GRADUAN DI KALANGAN BANDUAN: PERANAN PROGRAM PENGAJIAN TINGGI


DALAM PEMULIHAN BANDUAN DEWASA

Muhammad Jeffery Hizwan bin Said

1. Pengenalan
Kertas cadangan ini mengandungi perkara-perkara asas dalam penyelidikan yang akan dijalankan.
Menurut Othman Talib (2013), cadangan penyelidikan adalah satu latihan akademik bagi
penulisan tesis walaupun seseorang pelajar siswazah itu sebelumnya hanya mengambil kerja
kursus tetapi tidak menjalankan penyelidikan. Selain itu, kertas cadangan ini juga bertujuan untuk
mengetahui samada kajian yang ingin dijalankan sesuai dengan kepakaran yang ada di
jabatan/fakulti/pusat tempat yang mana permohonan melanjutkan pelajaran dihantar. Oleh yang
demikian, kertas cadangan ini disediakan sebagai permohonan melanjutkan pelajaran di peringkat
pasca-siswazah Jabatan Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia di bawah displin Kriminologi.

2. Latar Belakang Kajian


Menurut Pike (2014), program pengajian tinggi di penjara berpotensi meningkatkan tahap
kesedaran banduan terhadap penilaian risiko setiap kali mereka membuat keputusan. Selain itu,
program tesebut dilihat mampu meningkatkan tahap kemahiran kognitif banduan disamping
memperoleh corak pemikiran yang pro-sosial (Pike, 2014). Ini memberikan banduan yang terlibat
dengan program tersebut keupayaan untuk menonjolkan diri mereka dengan efektif tanpa
melibatkan kekerasan atau keganasan.

Kenyataan ini selari dengan dapatan de Mayer (2001) yang menjelaskan individu dewasa dengan
tahap pendidikan formal yang rendah lebih cenderung terlibat dengan aktiviti jenayah berbanding
individu dewasa dengan tahap pendidikan yang lebih tinggi. Oleh yang demikian program
pendidikan di penjara berpotensi menjadi agen transfomasi dalam mengubah perilaku banduan
dewasa (Andrews,2006; Andrew & Dowden, 2007) selain dapat membantu pengurusan penjara

1
MAC 2018

dalam mengurangkan kadar residivisme1 disamping mempersiapkan banduan sebelum mereka


diserap semula ke dalam masyarakat (Hall, 2015; Esperian, 2010; Schuller, 2009).

Di Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah
berkerjasama dengan universiti tempatan untuk menawarkan program-program pengajian tinggi
kepada banduan-banduan yang berminat yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan mereka.
Program tersebut yang dikenali sebagai Program Open University Malaysia (OUM), menawarkan
kursus-kursus pengajian tinggi di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah
(PhD) kepada banduan-banduan yang berminat (Rozeman & Mohd Ramli, 2014). Kursus-kursus
pengajian yang ditawarkan di penjara adalah sama dengan sukatan pelajaran yang digunakan
Universiti Awam (UA) seperti yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia, Kementerian
Pengajian Tinggi. Dengan ini banduan-banduan yang mengikuti program ini mendapat ilmu
pengetahuan yang sama seperti pelajar-pelajar lain di luar sana. Pada masa yang sama, banduan-
banduan yang mengikuti pengajian ini dapat menyambung pengajian yang sama apabila
dibebaskan kelak tanpa sebarang kesukaran. Pelaksanaan program ini ibarat serampang dua mata
kerana ia bukan sahaja memberi manfaat dan harapan baharu kepada banduan yang juga
mendahagakan ilmu, malahan program sebegini juga dapat menaikkan imej Jabatan Penjara
Malaysia sebagai institusi kerajaan yang bertujuan untuk mendidik dan memulihkan banduan.
Kualiti-kualiti baharu ini juga mampu menjadi penampan kepada stigma masyarakat terhadap
banduan dan memberi mereka peluang kedua untuk diserapkan semula dalam masyarakat apabila
dibebaskan kelak.

Namun begitu, walaupun pada dasarnya pelaksanaan program OUM di penjara Malaysia sejak
tahun 2008 telah melahirkan ramai graduan dalam kalangan banduan baik di peringkat Diploma,
Sarjana Muda dan Sarjana, ianya tidak boleh dianggap berjaya sepenuhnya kerana matlamat utama
pemulihan adalah untuk mengubah kendiri banduan untuk menjadi insan yang berakhlak mulia,
insaf dan bersedia untuk diserap semula ke dalam masyarakat. Antara aspek lain yang perlu diberi
perhatian ialah cabaran yang timbul dalam pelaksanaan program pengajian tinggi di penjara.

1
Residivisme merujuk kepada corak kemasukan semula bekas banduan ke penjara atau keterlibatan mereka semula
ke dalam kancah jenayah dalam sesuatu sistem keadilan jenayah (Schoeman, 2002; Gaum, Hoffman & Venter, 2006).
Residivis pula merujuk kepada individu yang berulang kali melakukan jenayah atau dipenjarakan.

2
MAC 2018

Menurut Moeller, Day, dan Rivera (2004) dalam kajian mereka, terdapat dua cabaran utama dalam
perlaksanaan program pendidikan di penjara iaitu kekurangan sumber (kemudahan pembelajaran)
dan kesukaran mengasingkan banduan yang bermasalah dari kalangan banduan yang benar-benar
ingin belajar yang sering mengakibatkan gangguan dalam proses pembelajaran di bawah program
tersebut. Perkara-perkara ini sudah pastinya memberi kesan kepada pelaksanaan program
pendidikan di dalam penjara. Ini termasuklah kesan kepada keberkesanan program tersebut
sebagai alat pemulihan pesalah.

Justeru itu, kajian ini dicadangkan untuk mengkaji potensi program pengajian tinggi di penjara
Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi banduan dewasa terhadap
program tersebut. Disamping itu, kajian ini juga akan membincangkan aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang dijalankan di bawah program tersebut. Program OUM di Penjara Kajang dipilih
sebagai lokasi kajian memandangkan institusi tersebut adalah perintis kepada program pengajian
tinggi di penjara Malaysia.

3. Objektif Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk menerokai peranan dan impak program OUM terhadap pemulihan
banduan dewasa. Dalam masa yang sama kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti faktor-
faktor yang mendorong banduan dewasa dalam mengikuti program OUM di Penjara. Banduan-
banduan dewasa yang sedang menjalani hukuman lama dan mempunyai keinginan untuk disatukan
semula dengan keluarga dan masyarakat menjadi tumpuan utama kajian ini. Pengkaji beranggapan
banduan-banduan dari kategori ini mendapat manfaat dari pendidikan yang diperolehi untuk
dijadikan bekal kehidupan apabila dibebaskan kelak. Oleh yang demikian, objektif kajian ini
adalah untuk:

1. Menerokai persepsi banduan dewasa yang mengikuti program OUM di penjara dari sudut
bagaimana mereka mendapat manfaat dari program tersebut semasa dipenjarakan dan juga
selepas dibebaskan.
2. Mengetahui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di bawah program OUM.
3. Mengetahui cabaran-cabaran yang dihadapi dalam perlaksanaan program OUM di penjara.

3
MAC 2018

4. Mengenalpasti impak program OUM terhadap kehidupan banduan dewasa semasa


dipenjarakan dan selepas dibebaskan.
5. Mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong banduan dewasa dalam mengikuti program
OUM

4. Persoalan Kajian
Berdasarkan dari objektif kajian diatas, persoalan kajian di bawah menjadi panduan utama di
dalam kajian yang akan dijalankan.

1. Apakah persepsi banduan dewasa terhadap program OUM?


2. Apakah aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di bawah program OUM?
3. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi semasa perlaksanaan program OUM di penjara?
4. Apakah impak program OUM terhadap kehidupan banduan dewasa semasa dipenjarakan
dan selepas dibebaskan?
5. Apakah faktor-faktor yang mendorong banduan dewasa untuk mengikuti program OUM?

5. Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah penting untuk memberi gambaran keberkesanan program tersebut khususnya dari
perspektif banduan itu sendiri. Selain itu, kajian ini diharap boleh dimanfaatkan oleh:

1. Pihak pengurusan Penjara Kajang yang boleh menggunakan dapatan kajian ini sebagai
sumbangan, rujukan dan panduan dalam pengurusan dan penambahbaikan program OUM
di institusi tersebut;
2. Pihak pengurusan OUM yang boleh menggunakan dapatan kajian ini sebagai sumbangan,
rujukan dan panduan dalam pengurusan dan penambahbaikan program yang ditawarkan;
dan
3. Agensi bukan Kerajaan (NGO) atau masyarakat umum yang boleh menggunakan dapatan
kajian ini sebagai sumbangan, rujukan dan panduan dalam usaha membantu pihak penjara
dalam meningkatkan mutu pemulihan banduan di Penjara Malaysia.

7. Batasan Kajian

4
MAC 2018

Kajian ini terhad kepada program OUM yang dijalankan di Penjara Kajang sahaja. Walaupun
terdapat juga program sebegini dijalankan di institusi-institusi kepenjaraan yang lain seperti di
Pusat Koreksional Bentong dan Penjara Pusat Kota Kinabalu, namun pengkaji hanya dapat
menjalankan kajian di Penjara Kajang sahaja.

Oleh yang demikian, dapatan dari kajian ini tidak semestinya dapat digeneralisasikan kepada
penjara-penjara tempatan dan juga luar negara lain yang juga melaksanakan program seumpama
ini. Ini adalah kerana setiap institusi penjara mungkin berbeza dari segi sistem, budaya dan
pengurusan yang mana mempengaruhi program yang dijalankan.

8. Kerangka Teoritikal
Menurut Merriam (2009), kerangka teoritikal dalam sesebuah kajian berfungsi sebagai lensa
tafsiran di mana data-data kajian ini diamati. Kerangka teoritikal adalah penting dalam kajian sains
sosial kerana ianya mengkaji tentang masyarakat dan teori dapat membantu pengkaji dalam
memahami sesuatu peristiwa atau budaya. Oleh yang demikian, dalam kajian ini, empat teori
utama telah dipilih untuk menjadi teori-teori utama dalam kajian ini.

 Teori sistem ekologi oleh Bronfenbrenner (1977) dilihat sebagai sebuah teori yang sesuai
untuk melihat persepsi banduan terhadap program pengajian tinggi di penjara. Mengetahui
latar belakang banduan membantu pengkaji memahami persepsi mereka yang mana ianya
dapat memberi manfaat kepada banduan yang terlibat.
 Teori andragogi yang diperkenalkan oleh Knowles, Holton dan Swanson (2012). Teori
tersebut menggariskan enam prinsip asas dalam pendidikan dewasa yang dikatakan
menjadi asas kepada pengajaran orang dewasa. Teori ini dilihat sesuai untuk meneliti
pengalaman belajar banduan dewasa dalam konteks pendidikan di penjara.
 Empat teori koreksional kontemporari iaitu hilang layak (incapacitation), mencegah
(detterence), pembalasan (retribution) dan pemulihan (rehabilitative). Dan;
 Teori Perubahan (Theory of Change) yang diperkenalkan New Philanthrophy Capital
melalui inisiatif Prisoner Learning Alliance (PLA, 2016). Teori ini menjelaskan hubung
kait diantara program pendidikan di penjara dan perubahan sosial yang berlaku ke atas
banduan yang mengikuti program tersebut. Aturan-aturan kronologi dalam teori

5
MAC 2018

perubahan ini disusun mengikut tema iaitu setiap tema mengkategorikan perubahan-
perubahan sosial yang berpotensi mempengaruhi tingkah laku banduan.

9. Metodologi
Rekabentuk Kajian
Kajian ini berbentuk penyelidikan kajian kes (case study) yang menggunakan pendekatan
kualitatif. Menurut Burn (1995) dan Merriam (1998), kajian kes amat sesuai digunakan apabila
sesuatu kajian melibatkan pemerhatian seseorang individu, atau unit, satu kumpulan manusia,
keluarga, satu kelas, sekolah satu masyarakat, peristiwa atau budaya. Oleh yang demikian, sesuatu
kajian kes haruslah menfokus kepada subjek yang mempunyai sesuatu kriteria atau ciri-ciri yang
ingin dikaji kerana kebiasaannya kajian kes digunakan untuk mengkaji tentang individu atau
peristiwa-peristiwa dalam lingkungan budaya dan persekitaran mereka (Burn, 1998). Perkara ini
dilihat sesuai dengan persoalan utama dalam kajian ini yang memerlukan penyelidikan yang
menyeluruh atau holistik bagi mengetahui peranan program OUM dalam pemulihan banduan
dewasa.

Populasi dan Persampelan


Kajian ini akan melibatkan lima orang banduan yang mengikuti program OUM di Penjara Kajang.
Bagi mendapatkan responden yang sesuai, pengkaji menggunakan kaedah persampelan bertujuan
(purposive sampling) memandangkan keperluan untuk memilih banduan yang sedang menjalani
hukuman yang lama dan dijangka bebas dalam masa dua hingga tiga tahun lagi. Ini adalah kerana
selain ingin mendapatkan data-data responden semasa mereka sedang menjalani hukuman, data-
data selepas dibebaskan juga diperlukan untuk kajian. Oleh yang demikian, kaedah persampelan
bertujuan sesuai unutk mencapai objektif kajian yang mana memilih kes bagi menggambarkan
proses (Silverman, 2000) dan memilih sampel supaya dapat memberikan maklumat dalam kajian
ini (Merriam, 1998).

Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan teknik temubual mendalam berstruktur dan separa
berstruktur sebagai instrumen kajian. Menurut Merriam (1998) penggunaan temubual berstruktur
bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang tepat seperti maklumat sosiodemografik, umur,

6
MAC 2018

pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya. Manakala temubual separa
berstrukur bersifat fleksibel dan kelebihan ini membolehkan responden menghuraikan apa yang
difikirkan secara mendalam kepada pengkaji.

Kaedah Kajian
Pengkaji mensasarkan tempoh kajian diantara dua hingga tiga tahun. Ini adalah kerana pengkaji
merancang untuk membahagikan tempoh kajian kepada dua fasa iaitu fasa pertama yang
melibatkan pengumpulan data-data semasa responden-responden sedang menjalani hukuman
pemenjaraan dan fasa kedua ketika responden-responden telah dibebaskan dan sedang menjalani
kehidupan normal bersama keluarga dan masyarakat.

Memandangkan status pengkaji yang juga banduan di institusi yang sama, pengkaji percaya yang
kelebihan ini mampu membina rappo antara pengkaji dan responden. Menurut Sabitha Marican
(2005), di dalam kajian kualitatif rappo antara pengkaji dan responden adalah penting untuk
mengurangkan kebimbangan dan membina kepercayaan. Selain itu, rappo memudahkan pengkaji
mendapatkan maklumat yang secukupnya untuk penyelidikan yang sedang dijalankan (Sabitha
Marican, 2005).

Melalui kelebihan yang sama, pengkaji juga dapat menggunakan kaedah pemerhatian berperanan
serta dalam kajian ini. Menurut Jasmi (2012), pemerhatian berperanan serta merujuk kepada proses
kajian yang mempersyaratkan interaksi sosial diantara pengkaji dan subjek kajian dalam
lingkungan subjek kajian itu sendiri. Interaksi ini bertujuan untuk memperolehi data dalam bentuk
yang sistematik (Moelong, 1989).

10. Analisa Data


Data-data yang diperolehi akan dianalisis melalui proses penyekodan untuk mengenalpasti
kategori atau tema yang wujud. Kod ini diperolehi daripada frasa, kata kunci, perkataan mahupun
penyataan yang mewakili sesuatu makna yang sama mahupun yang bertentangan dalam temubual
yang dijalankan. Data-data yang diperolehi akan dimasukkan kedalam perisisan Atlas.ti bersama-
sama data pemerhatian dan dokumen bagi tujuan triangulasi. Triangulasi bermaksud integrasi
kaedah yang berbeza bagi mendapatkan lebih dari satu bentuk data supaya dapatan lebih

7
MAC 2018

meyakinkan. Ini kerana triangulasi data merupakan satu perkara penting dalam kajian kualitatif
kerana dapat meningkatkan kesahan data yang dianalisis (Othman Talib, 2013). Rasional mengapa
pengkaji memilih perisian Atlas.ti sebagai analisa data dan triangulasi adalah kerana perisian ini
mempunyai banyak kelebihan khususnya boleh digunakan dalam pelbagai orientasi semasa
menganalisis, membangun dan menguji teori (Silverman, 2000).

11. Kesimpulan
Pengkaji berharap kajian ini dapat menghasilkan dapatan kajian yang baik dan jitu. Ini adalah
kerana sepanjang program OUM dilaksanakan di Penjara Kajang sejak tahun 2008 belum pernah
sebarang kajian seumpama ini dijalankan. Pengkaji juga berharap dapatan kajian ini dapat
memberi gambaran jelas tentang kepentingan program pengajian tinggi untuk banduan dewasa
dalam konteks pemulihan banduan. Sepertimana yang pernah ditulis oleh Plato dalam karya beliau
Allegory of the Cave, pendidikan mampu membebaskan, bukan hanya secara individu, intelektual
dan secara prinsipal malahan dalam bentuk sosial, politik dan etika. Pendidikan menurut Plato
adalah apa yang memungkinkan keadilan itu wujud.

RUJUKAN

Andrews, D. A. (2006). Enhancing adherence to risk-need-responsivity: Making quality a matter


of policy. Criminology and Public Policy, 5, 595-602.

Andrews, D. A. & Dowden, C. (2007). The risk-need-responsitivity model of assesment and


human service in prevention and corrections: Crime prevention jurisprudence. Canadian
Journal of Criminology and Criminal Justice, 49, 439-464.

Bronfenbrenner, U. (1977). ‘Toward an experimental ecology of human development’. American


Psychologist, 32(7): 513-531.

Burn, R. B. (1998). Introduction to Research Method. Melbourne: Longman.

De Maeyer, M. (2001). ‘Education in prison’. Convergence, XXXIV(2-3): 117-129.

Esperian, J. H. (2010). The effect of Prison Education Programs on Recidivism. Journal of


Correctional Education, 61 (4), 316-33

Gaum, G., Hoffman, S. & Venter, J. H. (2006). Factors that influence adult recidivisme: an
explatory study in Pollsmoor Prison. South African Journal of Psychology, 36 (2): 407-
423.

8
MAC 2018

Hall, K. L. (2015). Correctional Education and Recidivism: Toward a Tool for Reduction. Journal
of Correctional Education, 66 (2), 4.

Jasmi, K. A. (2012). Penyelidikan Kualitatif dalam Sains Sosial. Kursus Penyelidikan Kualitatif
Siri 1 di Puteri Resort Melaka 28-29 Mac 2012.

Knowles, M. S., Holton, E. F. & Swanson, R. A. (2012). The adult learner: the definitive classic
in adult education and human resource development. London: Routledge Taylor & Francis
Group.

Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Application in Education (2nd ed).
Thousand Oaks, Califf: Sage.

Moelong, L. (1989). Metodologi Penelitian Kualitatif. Bandung: Remaja Rosdakarya.

Merriam, S. B. (2009). Qualitative Research: a Guide to Design and Implementation. San


Francisco: John Wiley & Sons.

Moeller, M., Day, S. & Rivera, B. (2004). How is education perceived on the inside?: A
preliminary study of adult males in a correctional setting. The Journal of Correctional
Education, (55)1, 40-59.

Othman, T. (2013). Asas Penulisan Tesis Penyelidikan & Statistik. Selangor: Penerbitan Putra
Malaysia.

Pike, A. (2014). Prison-based transformative learning and its role in life after release. PhD thesis
The Open University.

PLA (2016). What is prison education for? A theory of change exploring the value of learning in
prison. UK: Prisoners Education Trust.

Rozeman b. Abu Hassan, & Mohd Ramli. (2014). Lifelong Learning for Inmates. Widyatama
International Seminar (WIS). Dicapai dari: http://repository.widyatama.ac.id

Sabitha Marican (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Pearson Prentice Hall.

Schoeman, M. I. (2002). A Classification System and an Interdisciplinary Action Plan for the
Prevention and Management of Recidivism. D. ed. Thesis. University of Pretoria, Pretoria.

Schuller, T. (2009). Crime and Lifelong Learning. Leicester: National Institute for Adult and
Continuing Learning.

Silverman, D. (2000). Doing Qualitative Research: A Practical Handbook. New Delhi: Sage.

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai