Anda di halaman 1dari 9

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/319207972

PENGETAHUAN DAN TINGKAH LAKU MURID TERHADAP ALAM SEKITAR: SATU


KAJIAN AWAL

Conference Paper · March 2013

CITATIONS READS

3 6,017

3 authors:

Nurul Hidayah Liew Abdullah Haryati Shafii


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
9 PUBLICATIONS 25 CITATIONS 47 PUBLICATIONS 84 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Seow Ta Wee
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
111 PUBLICATIONS 783 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Nurul Hidayah Liew Abdullah on 22 August 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali ke-4. Anjuran UPSI, Tanjong Malim. 5-6 Mac 2013. 343-
347

PENGETAHUAN DAN TINGKAH LAKU MURID TERHADAP ALAM SEKITAR:


SATU KAJIAN AWAL

Nurul Hidayah Liew Abdullah1, Haryati binti Shafii2 & Seow Ta Wee3
nurul1216@gmail.com1, haryati@uthm.edu.my2 & tawee@uthm.edu.my3
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Johor, Malaysia

Peranan pendidikan sebagai asas untuk mencapai peningkatan kualiti hidup secara umumnya
telah diketahui oleh masyarakat. Pendidikan juga merupakan medium yang penting dalam
meningkatkan pengetahuan dan kesedaran manusia terhadap alam sekitar dan persekitarannya.
Penulisan ini bertujuan untuk meneliti sama ada kurikulum Sains yang diajar di sekolah rendah
dapat meningkatkan pengetahuan dan tingkah laku murid terhadap alam sekitar. Aspek
pengetahuan alam sekitar yang diteliti dalam penulisan ini adalah dengan memfokuskan kepada
pengendalian bahan buangan oleh murid tahun 6, di bawah Unit Interaksi Antara Benda Hidup
berdasarkan kruikulum Sains tahun 6. Hasil kajian mendapati bahawa pengetahuan murid
terhadap alam sekitar adalah tinggi. Namun, pengetahuan murid terhadap alam sekitar dari
aspek metode iaitu kaedah penyampaian oleh guru Sains dan kandungan buku teks Sains tahun 6
masih tidak mencukupi untuk murid bertindak secara positif terhadap alam sekitar. Dapatan
kajian juga menunjukkan wujudnya perkaitan antara persepsi dan sikap murid terhadap alam
sekitar. Kajian lanjutan disarankan untuk mengkaji pengaruh ibu bapa dalam menentukan
keperibadian murid terhadap alam sekitar.
Kata kunci: Pengetahuan, pendidikan alam sekitar, tingkah laku, sikap.

1.1 Pendahuluan

Pendidikan Alam Sekitar (PAS) merentas kurikulum telah lama dilaksanakan di Malaysia iaitu
sejak tahun 1986 lagi, apabila mata pelajaran Alam dan Manusia diperkenalkan kepada murid
tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6) di sekolah rendah. Walau bagaimanapun, PAS merentas kurikulum
secara rasminya diperkenalkan dalam hampir semua mata pelajaran bermula pada tahun 1998 di
peringkat sekolah rendah dan menengah. Mata pelajaran PAS merupakan satu bidang kajian
tentang interaksi manusia dengan alam sekitar dan cara manusia sepatutnya menguruskan alam
sekitar dengan penuh rasa tanggungjawab demi kesejahteraan manusia (KPM, 2001).
Pendidikan telah dipilih sebagai agen perubahan dan penyampai yang utama dalam menyebarkan
pengetahuan tentang alam sekitar. Kepentingan peranannya dalam disiplin ilmu alam sekitar
tidak dapat disangkalkan lagi apabila telah diangkat sebagai agen perubahan dalam perbincangan
nasional dan antarabangsa sejak beberapa dekad yang lalu. Ini kerana melalui pendidikan
sesebuah masyarakat itu dapat dibentuk dengan acuan yang baik supaya menghargai alam
sekitar. Pendidikan juga merupakan agen perubahan yang paling berpengaruh kerana mampu
membawa perubahan dalam sesebuah masyarakat (Haryati Shafii, 2011). Dalam hal ini, PAS
memainkan peranan yang sangat penting supaya masyarakat yang ada pada hari ini dibekalkan

1
Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali ke-4. Anjuran UPSI, Tanjong Malim. 5-6 Mac 2013. 343-
347

dengan pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan tindakan yang betul melalui institusi
pendidikan seperti sekolah (Nurul Hidayah Liew Abdullah, 2012a).

Oleh itu, bagi menjayakan hasrat pendidikan maka kerjasama pelbagai pihak amatlah
diperlukan. Antaranya ialah agen pendidikan itu sendiri iaitu guru yang merupakan watak paling
utama dalam proses penyampaian sesuatu ilmu kepada kumpulan sasaran. Proses interaksi
antara murid dan guru berlaku hampir setiap masa ketika berada di sekolah pada hari
persekolahan. Interaksi antara guru dan murid ketika berada di dalam bilik darjah merupakan
antara masa yang paling sesuai untuk menyampaikan dan menyebarkan PAS. Ini kerana antara
cara pelaksanaan PAS ialah mengintegrasikan PAS dengan pengajaran dalam bilik darjah (Mohd
Zohir dan Nordin, 2007). Selain itu, sekolah, kurikulum, buku teks dan persekitaran sekolah
juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam usaha untuk menjayakan PAS.

2.1 Metodologi Kajian

Kajian awalan ini telah dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai
instrumen utama untuk mendapatkan maklumat terutamanya bagi bahagian pengetahuan,
persepsi, sikap dan tingkah laku murid tehadap alam sekitar yang melibatkan murid tahun 6
sahaja (sekitar 12 tahun). Kajian ini juga turut mengkaji tentang kesesuaian kurikulum Sains
tahun 6 dengan pengetahuan murid terhadap alam sekitar. Selain itu, kajian ini juga ingin
melihat kecukupan pengetahuan alam sekitar yang disampaikan oleh guru Sains tahun 6 dan
buku teks Sains tahun 6. Di samping itu, perkaitan antara pengetahuan dan pemboleh ubah lain
juga dikaji. Sampel kajian awalan ini terdiri daripada 31 orang murid tahun 6 di sebuah sekolah
rendah. Kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah dengan
mengambil kira tiga aras pencapaian akademik murid iaitu cemerlang, sederhana dan lemah.
Kajian ini dijalankan selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Bagi tujuan ini,
penyelidik telah mendapatkan kelulusan daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kelulusan khas. Selain itu,
kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah juga diperoleh untuk
melancarkan kajian kerana masa yang agak terhad. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan
menggunakan SPSS versi 20.0 bagi melihat perkaitan, perhubungan dan peratusan.

3.1 Instrumen kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini melibatkan beberapa bahagian iaitu Bahagian
A mengandungi maklumat demografi murid. Bahagian B mengandungi soalan objektif
berbentuk aneka pilihan berkaitan pengetahuan alam sekitar yang memfokuskan keberkesanan isi
kandungan mata pelajaran Sains Tahun 6. Skop soalan yang disoal merangkumi Unit
Pengendalian Bahan Buangan iaitu bagi tajuk Bahan Buangan, Kesan Bahan Buangan dan
Pereputan Bahan Buangan serta Kemusnahan Alam Sekitar di bawah Unit Interaksi Antara
Benda Hidup berdasarkan kurikulum Sains Tahun 6. Bahagian ini dijalankan untuk mengenal
pasti pengetahuan murid terhadap alam sekitar. Kesahan dan kebolehpercayaan soalan bahagian

2
Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali ke-4. Anjuran UPSI, Tanjong Malim. 5-6 Mac 2013. 343-
347

ini telah disahkan oleh seorang penggubal soalan Sains Tahun 6, seorang guru cemerlang Sains
dan seorang guru Sains berpengalaman merangkap Ketua Panitia. Hasil analisis menggunakan
program SPSS menunjukkan bahawa nilai kebolehpercayaan instrumen pengetahuan ialah 0.789.

Bahagian C mengandungi 15 item yang bertujuan untuk mengukur persepsi murid


terhadap alam sekitar. Item pada bahagian ini berbentuk kenyataan dan responden diminta untuk
memilih mengikut skala Likert 5 mata mengikut persepsi masing-masing iaitu sangat tidak setuju
(STS), tidak setuju (TS), tidak pasti (TP), setuju (S) dan sangat setuju (SS). Skala Likert dipilih
dalam penyelidikan ini kerana skala ini mudah ditadbir, dianalisis, lebih tekal dan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi (Tay, 2003). Item persepsi yang dibangunkan ini lebih menjurus
kepada pengalaman sedia ada murid. Ini membolehkan murid memberi persepsi atau tanggapan
terhadap apa yang dilihat, dialami dan apa yang telah dilakukan sebelum ini terhadap alam
sekitar. Nilai kebolehpercayaan bahagian ini ialah 0.787.

Manakala Bahagian D merupakan 15 item untuk mengukur sikap murid terhadap alam
sekitar. Item bahagian ini telah diadaptasi daripada instrumen New Environmental Paradigm
(NEP) versi 1978 dan versi 2000 yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan diubahsuai
mengikut kesesuaian murid serta situasi dalam negara. Walau bagaimanapun, maksud yang
hendak disampaikan tidak berbeza seperti instrumen asal. Hanya satu item sahaja digugurkan
iaitu “Human were meant to rule over the rest of nature” yang bermaksud “manusia memang
berkuasa ke atas alam semla jadi’ dan digantikan dengan item daripada versi 1978 iaitu
“Terdapat had tertentu perlu diambil kira dalam pembangunan ekonomi”.

Bahagian E pula mengandungi 15 item berupa 12 kenyataan positif dan 3 kenyataan


negatif berkaitan dengan tingkah laku responden terhadap alam sekitar. Pengukuran tingkah
laku terhadap alam sekitar ini lebih kepada laporan kendiri tingkah laku melalui soal selidik yang
telah dibangunkan. Skala Likert lima mata juga digunakan untuk menjawab bahagian ini iaitu
tidak pernah (TP), jarang-jarang (JJ), tidak pasti (TP), kerap (K) dan sangat kerap (SK). Nilai
Cronbach alfa bagi menentukan kebolehpercayaan item bahagian ini ialah 0.663.

4.1 Hasil kajian dan perbincangan

4.1.1 Latar belakang responden

Responden yang terlibat dalam kajian ini merupakan murid-murid tahun 6 yang baru selesai
menghadapi UPSR 2012. Ini bermakna secara teorinya murid-murid ini telah selesai mengikuti
pembelajaran dan pengajaran Sains tahun 6. Secara keseluruhannya, murid yang terlibat sebagai
responden dalam kajian ini adalah seperti Jadual 1.

Jadual 1 menunjukkan seramai 31 orang yang terpilih sebagai responden. Majoriti


responden adalah terdiri daripada murid lelaki iaitu sebanyak 17 orang. Manakala 14 orang lagi
adalah murid perempuan. Bangsa Melayu merupakan paling ramai berbanding dengan bangsa-
bangsa lain.

3
Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali ke-4. Anjuran UPSI, Tanjong Malim. 5-6 Mac 2013. 343-
347

Jadual 1: Perbezaan jantina, bangsa dan penerapan nilai-nilai murni alam sekitar

Responden Kekerapan Peratus Signifikan


Lelaki 17 54.8 .000*
Jantina
Perempuan 14 45.2
murid
Melayu 29 93.6 .000*
Cina 0 0
Bangsa India 1 3.2
Lain-lain 1 3.2

Nota: Aras signifikan yang digunakan 0.05


* Signifikan pada aras .000

4.1.2 Tahap pengetahuan murid tahun 6 terhadap PAS

Penelitian penulisan ini adalah menfokuskan kepada sesetengah tajuk sahaja iaitu Unit
Pengendalian Bahan Buangan iaitu bagi tajuk Bahan Buangan, Kesan Bahan Buangan dan
Pereputan Bahan Buangan serta Kemusnahan Alam Sekitar di bawah Unit Interaksi Antara
Benda Hidup berdasarkan kurikulum Sains Tahun 6. Manakala Tajuk-tajuk lain tiada soalan
dikemukakan dan tidak dilibatkan dalam kajian ini walaupun ada kaitan dengan alam sekitar.
Bagi menentukan tahap pengetahuan alam sekitar murid tahun 6, maka data yang diperoleh telah
dianalisis secara statistik deskriptif berdasarkan skor markah keseluruhan Bahagian B. Markah
penuh bagi bahagian ini ialah 100 peratus. Bagi menentukan tahap pengetahuan sampel maka
Jadual 2 telah digunakan seperti yang digunakan oleh penyelidik yang terdahulu (Chin, 1994;
Siti Baizura Baba, 2004; Chong, 2005 dan Kartini Abdul Mutalib, 2008).

Jadual 2: Peratus julat skor min markah pengetahuan dengan tahap pengetahuan terhadap PAS

Peratus julat skor min markah Tahap pengetahuan terhadap PAS


pengetahuan (100%)
75 – 100 Tinggi
50 – 74 Sederhana
25 – 49 Lemah
0 – 24 Amat lemah
Sumber: Chin (1994), Siti Baizura Baba (2004), Chong (2005) dan Kartini Abdul Mutalib (2008)

4
Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali ke-4. Anjuran UPSI, Tanjong Malim. 5-6 Mac 2013. 343-
347

Merujuk kepada jadual 2 hasil analisis statistik deskriptif terhadap data yang diperoleh
mendapati bahawa nilai min ialah 84.86 dengan nilai minimum 45 peratus dan maksimum 100
peratus. Kajian ini memahami bahawa tahap pengetahuan murid tahun 6 terhadap alam sekitar
(n=31) adalah tinggi. Hasil kajian ini sama dengan kajian yang telah dijalankan oleh Aini et. al.
(2011) terhadap pengetahuan alam sekitar murid 11 tahun.

4.1.3 Pengetahuan alam sekitar yang disampaikan oleh guru Sains tahun 6

Peranan guru dalam menjayakan PAS merentas kurikulum amat besar bagi memastikan murid
boleh bertindak secara positif terhadap alam sekitar. Bagi tujuan ini, analisis kajian telah
dijalankan dan mendapati bahawa majoriti murid menyatakan bahawa pengetahuan yang
disampaikan oleh guru Sains tahun 6 adalah tidak mencukupi. Jadual 3 menunjukkan bahawa
seramai 14 orang (45.2) murid (n=31) tidak setuju dengan kenyataan bahawa pengetahuan alam
sekitar yang disampaikan oleh guru Sains tahun 6 adalah mencukupi. Manakala 6.5 peratus
sangat tidak setuju, 35.5 peratus setuju, 9.7 peratus sangat setuju dan seorang tidak pasti.

Jadual 3: Pandangan murid terhadap pengetahuan alam sekitar yang disampaikan oleh guru
Sains tahun 6 dan buku teks Sains tahun 6

Skala Guru Sains tahun 6 Buku Teks Sains tahun 6


Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
Sangat tidak setuju 2 6.5 2 6.5
Tidak setuju 14 45.2 20 64.5
Tidak pasti 1 3.2 0 0
Setuju 11 35.5 6 19.4
Sangat setuju 3 9.7 3 9.7
Jumlah 31 100.0 31 100.0

Hasil analisis deskriptif terhadap data mendapati bahawa nilai min bagi item ini ialah
2.97. Oleh itu, kajian merumuskan bahawa pengetahuan yang disampaikan oleh guru Sains
tahun 6 semata-mata adalah tidak mencukupi dan masih memerlukan kerjasama pihak-pihak lain.
Jika guru dapat menyampaikan pengetahuan dengan baik dan mencukupi maka dipercayai
pengetahuan dan tingkah laku murid terhadap alam sekitar akan bertambah baik. Ini kerana guru
mempunyai hubungan yang rapat dengan pelajar, isi kurikulum dan aktiviti murid (Asmawati
Suhid & Abdul Rahman Md. Aroff, 2006). Sementara itu, maklum balas daripada murid
memberitahu bahawa masih perlu ada pihak lain yang sama-sama menyumbang ke arah ini
supaya matlamat PAS akan tercapai. Antaranya ialah ibu bapa, televisyen, rakan-rakan dan
masyarakat.

5
Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali ke-4. Anjuran UPSI, Tanjong Malim. 5-6 Mac 2013. 343-
347

4.1.4 Peranan buku teks Sains tahun 6 membekalkan pengetahuan yang mencukupi bagi
tajuk-tajuk alam sekitar kepada murid-murid tahun 6

Analisis statistik deskriptif terhadap data menunjukkan nilai min bagi item ini ialah 2.61. Ini
membuktikan bahawa pengetahuan tentang tajuk alam sekitar yang dibekalkan oleh buku teks
Sains tahun 6 masih tidak mencukupi dan memerlukan sokongan sumber-sumber lain untuk
pengukuhan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 64.5 peratus murid menyatakan
tidak setuju dengan kenyataan tersebut, 6.5 peratus sangat tidak setuju dan yang lain-lain
menyatakan setuju dan sangat setuju seperti pada Jadual 3. Data ini menunjukkan bahawa
sokongan sumber lain seperti kempen, ceramah, iklan dan program yang manfaat terhadap alam
sekitar amat diperlukan untuk menjayakan PAS supaya pengetahuan yang ingin disebarkan
sampai kepada kumpulan sasaran yang telah ditetapkan. Program yang bersifat hands-on
mungkin sesuai diaplikasikan dalam hal ini kerana pengalaman terhadap sesuatu perkara lebih
mudah diserap dalam ingatan manusia.

4.1.4 Perkaitan antara pembolehubah pengetahuan, persepsi, sikap dan tingkah laku
murid terhadap alam sekitar

Bagi menentukan kewujudan perkaitan antara pemboleh ubah terhadap alam sekitar maka
analisis korelasi telah dijalankan ke atas data yang diperoleh. Kajian mendapati bahawa tidak
semua pemboleh ubah mempunyai perkaitan antara satu sama lain seperti pada Jadual 4.

Jadual 4: Analisis korelasi untuk mengenal pasti perkaitan antara pemboleh ubah
Pengetahuan Persepsi Sikap Tingkah
laku
Pekali korelasi 1.000 .201 -.091 .049
Pengetahuan Sig. (2 sisi) . .278 .625 .792
Jumlah sampel 31 31 31 31
.201 1.000 .431* .061
Pekali korelasi
Persepsi
Sig. (2 sisi) .278 . .015 .744
Jumlah sampel 31 31 31 31
Spearman's
rho -.091 .431* 1.000 .111
Pekali korelasi
Sikap
Sig. (2 sisi) .625 .015 . .554
Jumlah sampel 31 31 31 31
.049 .061 .111 1.000
Pekali korelasi
Tingkah laku
Sig. (2 sisi) .792 .744 .554 .
Jumlah sampel 31 31 31 31
* Signifikan pada aras keertian 0.05 (2 sisi).

6
Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali ke-4. Anjuran UPSI, Tanjong Malim. 5-6 Mac 2013. 343-
347

Jadual 4 menunjukkan bahawa perkaitan hanya wujud antara persepsi dan sikap murid
terhadap alam sekitar. Persepsi atau pandangan murid terhadap alam sekitar dikenal pasti
mempunyai pengaruh ke atas sikap murid ke atas alam sekitar. Analisis menunjukkan bahawa
terdapat hubungan yang lemah dan bermakna antara persepsi murid terhadap alam sekitar dan
sikap terhadap alam sekitar (r=.431, p=.015) p<.05. Oleh itu, kajian menyimpulkan bahawa
semakin baik persepsi atau pandangan murid terhadap alam sekitar maka sikapnya terhadap alam
sekitar juga semakin baik. Selain itu, kajian juga menyimpulkan bahawa tiada kaitan yang
signifikan antara pemboleh ubah yang lain selain daripada persepsi dan sikap.

Rumusan dan cadangan

Hasil kajian menunjukkan bahawa pengetahuan murid terhadap alam sekitar (bagi tajuk-tajuk
tertentu berkaitan dengan alam sekitar dalam sukatan pelajaran Sains tahun 6) adalah tinggi.
Penemuan kajian ini menyimpulkan bahawa tahap pengetahuan terhadap alam sekitar adalah
tinggi dengan min skor markah yang tinggi iaitu 84.86. Selain itu, dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa pengetahuan yang disampaikan oleh guru Sains tahun 6 semata-mata
adalah tidak mencukupi untuk murid bertindak secara positif terhadap alam sekitar. Walaupun
penyampaian dan penyebaran ilmu pengetahuan tentang alam sekitar dilaksanakan secara
rentasan kurikulum tetapi masih belum mencukupi untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Begitu juga dengan buku teks Sains tahun 6, kajian juga mendapati pengetahuan
yang hendak disampaikan masih tidak mencukupi bagi tajuk-tajuk yang dipelajari pada sesi
persekolahan tersebut. Ini bermaksud pengetahuan yang disampaikan melalui guru dan buku
teks Sains tahun 6 semata-mata adalah masih tidak cukup untuk membolehkan murid bertindak
secara positif terhadap alam sekitar. Ini kerana selain daripada pengetahuan, masih terdapat
faktor-faktor lain yang mempengaruhi keberkesanan program ini seperti demografi, persepsi,
sikap dan tingkah laku (Nurul Hidayah Liew Abdullah, 2012b). Dalam kajian ini juga, didapati
bahawa terdapat perkaitan signifikan yang lemah dan bermakna bagi persepsi dan sikap murid
terhadap alam sekitar. Manakala tiada perkaitan yang signifikan antara pemboleh ubah-
pemboleh ubah yang lain. Walau bagaimanapun, bagi memperoleh hasil kajian yang lebih tepat
dan komprehensif maka sampel kajian yang lebih besar perlu dilakukan. Selain itu, kaedah
kualitatif juga boleh diaplikasikan dalam kajian lanjut bagi melengkapkan dan menyokong kajian
ini. Kajian terhadap pengaruh ibu bapa dalam menentukan keperibadian murid terhadap alam
sekitar juga boleh dikaji untuk mengukuhkan lagi kajian ini.

Rujukan

Aini, M.S., Nor Azura, S. & Fakhru’l-Razi, A. (2011). Impact of environmental education on
concern, knowledge and sustainable behaviour of primary school children. Health and
the Environmental Journal, 2011, Vol. 2, No. 1. 50-53.

7
Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali ke-4. Anjuran UPSI, Tanjong Malim. 5-6 Mac 2013. 343-
347

Asmawati Suhid & Abdul Rahman Md. Aroff. (2006). Kepentingan persepsi guru dalam
kurikulum adab dan akhlak Islamiah (AAI). Jurnal Pendidikan. Universiti Malaya. 211-
223.

Chin, P. C. (1994). Pengetahuan dan sikap guru-guru pelatih terhadap isu-isu alam sekitar dalam
mata pelajaran alam dan manusia. Tesis Sarjana Fakulti Pendidikan, Universiti Sains
Malaysia.

Chong, M. L. (2005). Perbandingan pengetahuan dan kesedaran alam sekitar pelajar aliran sains
dan sastera tingkatan empat di daerah Klang: Kajian Rintis. Kertas Projek Master Alam
Sekitar, Universiti Putra Malaysia.

Haryati Shafii. (2011). Isu-isu Kualiti Hidup Masyarakat di Bandar. Parit Raja: Penerbit UTHM.

Kartini Abdul Mutalib. (2008). Keberkesanan modul pengajaran Ekosistem Hutan Trapika
dalam meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar. Tesis PhD. Fakulti Pengajian Alam
Sekitar. UPM. Serdang. Tidak diterbitkan

KPM. (2001). Sukatan Pelajaran Pendidikan Alam Sekitar Kursus Diploma Perguruan Malaysia.
Kuala Lumpur: KPM

Mohd Zohir Ahmad & Nordin Abd Razak. (2007). Pendidikan alam sekitar di sekolah:
Komitmen Guru. Pendidikan Lestari. DP Jilid 7(2):74-81.

Nurul Hidayah Liew Abdullah. (2012a). Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum di sekolah
rendah: Satu penilaian awal. International Environment & Health Conference. 6-7 Jun.
Pulau Pinang. 195-204.

Nurul Hidayah Liew Abdullah. (2012b). Kerangka teorikal untuk meningkatkan kesedaran alam
sekitar dalam kalangan murid sekolah rendah. Seminar Antarabangsa ke-5 Ekologi,
Habitat Manusia dan Perubahan Lingkungan di Alam Melayu. 8-9 Oktober. Pekanbaru,
Riau, Indonesia. 477-486.

Siti Baizura Baba, (2004). Persepsi guru terhadap pencemaran sungai mengikut bidang mata
pelajaran di sekolah menengah daerah Alor Gajah Melaka. Kertas Projek Master Alam
Sekitar, Universiti Putra Malaysia.

Tay, M. G. (2003). Satu tinjauan terhadap sikap dan masalah guru Bahasa Melayu di Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan. Jurnal Penyelidikan Maktab Perguruan Batu Lintang
Sarawak. 4: 78-85

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai