Anda di halaman 1dari 16

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bab 4

PROSEDUR MENJALANKAN
PROSES KAUNSELING
1. MENYEDIAKAN SESI
 Kaunselor perlu menyediakan diri dengan mengetahui
serba sedikit tentang profil klien.

 Kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien.

 Menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk


berbincang tanpa banyak gangguan.

 Menjadikan klien lebih selesa.

 Kaunselor perlu mengambil kira tahap kemampuan sama


ada dirinya sendiri mahupun klien (BERSEDIA).

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


2. BINA PERHUBUNGAN
 Proses yang pertama ialah proses membina hubungan.

 Pada tahap ini klien mengukur kaunselor sama ada


benar-benar boleh dipercayai sama ada dia mendengar
apa yang klien perkatakan atau sekadar berpura-pura.

 Reaksi lisan dan reaksi bukan lisan kaunselor amatlah


memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan
rasa percaya klien kepada kaunselor dan mengetahui
tentang latar belakang serba sedikit tentang diri klien.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


 Tanggungjawab seorang kaunselor pada tahap ini
perlulah mewujudkan suasana yang mesra dan disenangi
supaya klien terasa dirinya diterima dan dihormati bagi
menimbulkan rasa selesa dan selamat pada diri klien.

 Kaunselor juga perlulah mempunyai sifat keikhlasan,


kemesraan, dan penerimaan tanpa syarat.

 Di samping itu juga, proses membina hubungan ini juga


adalah dilakukan untuk memperjelaskan lagi kepada
klien mengenai tujuan kaunseling dijalankan,
tanggungjawab kaunselor dan klien, pemfokusan dan
limitasi-limitasi tertentu yang terdapat dalam kaunseling.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


3. PENEROKAAN MASALAH
 Penerokaan adalah intipati dalam proses kaunseling dan
nadi dalam mewujudkan kepercayaan, teraputik dan
kejayaan dalam proses menolong

 Permasalahan yang dikemukakan oleh klien perlu


diteroka oleh kaunselor

 Kaunselor akan mengetahui keadaan emosi, pemikiran


dan kestabilan diri klien

 Kaunselor harus membimbing klien meneroka situasi


dirinya kearah jalan penyelesaian

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


 Kaunselor perlu bermatlamat mengumpul sebanyak
mungkin maklumat yang berkaitan permasalahan klien

 Tahap penorakaan adalah tahap yang aktif bagi klien


dan agak pasif bagi kaunselor

 Klien digalakkan lebih banyak bercakap dan meluahkan


perasaan

 Kaunselor hanya mendorong dan menggalakkan klien


terus bercakap

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


4. MENGENAL PASTI PUNCA MASALAH
 Tahap penerokaan yang telah mendorong klien dan
kaunselor memahami isu yang dibincangkan.

 Klien perlu dibantu supaya dia dapat melihat di mana


punca masalah bagi memudahkan proses intervensi
dilakukan

 Ini kerana masalah selalunya kompleks dan berkait-kait


sehingga tidak dapat dipastikan yang mana punca
utama dan yang mana masalah sampingan.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


 Kaunselor dan klien berbincang mengenai pilihan atau
alternatif yang boleh digunakan bagi mencapai
matlamat kaunseling.

 Kaunselor perlu memberi perhatian yang sepenuhnya


kepada penceritaan klien supaya dapat menentukan
masalah utama klien.

Kaunselor : Sepanjang kita berbincang tentang diri ain, Pertama


tadi ain ada mengatakan yang ain ada masalah dengan
pelajaran ain dan yang kedua pula ain telah mengatakan yang
ain mempunyai masalah dengan ibu ain. Antara dua masalah ini
yang mana betul-betul menganggu diri Ifa?

Klien : masalah dengan ibu yang betul-betul menganggu diri saya


buat masa sekarang ini.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


5. MEMBINCANG ALTERNATIVE
ALTERNATIF
Merupakan proses di mana pilihan-pilihan yang mungkin
atau kemungkinan langkah yang boleh diambil bagi
mengendalikan sesuatu perkara.

MEMAHAMI
Alternatif akan dibincangkan selepas klien dan kaunselor
memahami masalah yang dibincangkan dengan jelas.

MERUMUSKAN
Kaunselor akan merumuskan permasalahan dan dipersetujui
oleh klien bahawa itulah tindakan yang perlu diambil.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


POTENSI
Kaunselor perlu melihat kepada potensi yang ada pada diri
klien, kemampuan dan matlamat klien yang ingin dicapai.

TINDAKAN
 Pelan tindakan perlu dibuat bagi menyelesaikan masalah
yang dihadapi.
 Tindakan dilakukan bergantung kepada alternatif yang
dipilih oleh klien.

MATLAMAT
Kaunselor akan bertindak mengikut arah alternatif yang
dipilih supaya dapat mencapai matlamat klien yang
ditentukan pada awal sesi.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


6. MENGAMBIL TINDAKAN
 Proses mengambil tindakan merupakan sebuah pelan
tindakan yang diambil oleh klien dengan bantuan
yang kaunselor telah berikan bagi mencapai matlamat
yang telah ditetapkan oleh klien.

 Sesuatu pelan tindakan yang dipilih haruslah realistik (


boleh dicapai oleh klien)

 Sekiranya terdapat kegagalan, klien perlu menyemak


semula pelan tindakan dan membina pelan tindakan
yang lebih baik
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
 Pelan tindakan tersebut perlulah mencapai limitasi klien
dan keupayaan, realistik dan boleh dicapai.

 Ia juga perlulah mudah difahami dan “fleksible” bagi


menghasilkan tindakan yang positif dan boleh dilakukan
sendiri oleh klien.

 Selepas pelan telah dilaksanakan ke atas dunia realiti,


penilaian perlulah dilakukan sekali lagi supaya tiada
sebarang masalah yang timbul.

 Akhir sekali untuk memperkembangkan pelan tindakan,


kos dan faedah perlulah dibincangkan.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


7. MENAMATKAN SESI
 Membuat penamatan adalah peringkat akhir dalam sesi
kaunseling

 Setelah mendapati klien boleh berdiri dan yakin terhadap


tindakan yang diambil kaunselor berhak menamatkan
sesi yang telah berlangsung antara kaunselor dengan
klien.

 Kaunselor perlu menggunakan peneguhan dengan


tujuan meyakinkan klien dan memastikan klien benar-
benar melaksanakan alternatif yang dipilih.
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
 Kaunselor juga perlu memastikan objektif klien tercapai
dan klien dapat mengaplikasi pembelajaran yang
diperolehi semasa sesi di dalam pergaulan seharian

 Fungsi penamatan sebenarnya adalah untuk


menunjukkan sesuatu yang ingin ditamatkan

 Proses penamatan sesi boleh dibahagikan kepada dua


iaitu:

1) Penamatan sesi untuk sesi lanjutan

2) Penamatan sesi kaunseling keseluruhan.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


PENAMATAN SESI UNTUK SESI LANJUTAN
Setiap sesi kaunseling pada kebiasaannya mengambil
masa 45 hingga 60 minit seorang kaunselor sentiasa
menggalakkan klien bercerita masalah dalam
lingkungan masa yang ditetapkan . lebih kurang 5 minit
sebelum sesi ditamatkan ,kaunselor perlu mengingatkan
klien akan tempoh masa yang masih ada. Peringatan ini
akan memfokuskan isu yang penting.

PENAMATAN SESI KAUNSELING KESELURUHAN


Penamatan proses kaunseling adalah peringkat
akhir iaitu selepas kaunselor dan klien berpuas hati
dengan langkah penyelesaian yang membawa
perubahan dalam diri klien ataupun selepas klien
merasa yakin masalah sudah selesai dan dapat
mengendalikan masalah yang dihadapi secara
sendirian.
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai