Anda di halaman 1dari 1

NURUL FATIN NAJWA BINTI SHAHARIN DB160061

REFLEKSI
CABARAN UNTUK BUANG SIKAP SUKA MARAH

Cabaran dilaksanakan selama seminggu bermula 30 September hingga 6 Oktober. Saya


mencabar diri saya untuk membuang sikap suka marah selama seminggu. Setelah seminggu
berlalu, saya mendapati cabaran ini amat sukar. Saya hanya berjaya pada hari pertama, kedua,
dan ketiga sahaja. Itu pun sipi-sipi je lagi nak gagal. Pada hari berikutnya saya terus gagal
mengawal emosi kerana begitu banyak ujian dan dugaan yang datang menyakitkan hati saya.
Semakin saya cuba, semakin teruk saya marah dan semakin tak terkawal emosi saya.
Sedangkan sebelum ini saya okay je. Marah gitu-gitu je. Tetapi cabaran selama seminggu ini
betul-betul menguji mental saya. Hari pertama, kedua, dan ketiga tiada apa sangat yang
berlaku. Masuk hari keempat, saya dah mula marah sebab ada orang ambil tempat saya dalam
kelas. Benda simple je, tapi tak tahu kenapa saya rasa bengang sangat. Saya tak pasti saya patut
marah atau tak tentang perkara tu. Tapi saya peliklah. Minggu pertama budak tu tak nak pun
duduk depan, dah minggu ke-4 baru dapat kesedaran nak duduk depan. Dapat kesedaran tu dah
bagus, yang tak bagusnya bila dia ambil tempat duduk saya hingga saya terpaksa duduk di
belakang sekali dengan keadaan mata saya yang rabun ni. Sakit hati saya dibuatnya. Terus
gagal cabaran saya pada hari keempat. Pada hari kelima pula, saya diuji dengan masalah
keluarga. Maaf saya tak dapat ceritakan lebih mendalam tetapi cukuplah dengan mengatakan
yang saya sangat marah. Hari keenam saya putus asa sebab perasaan marah belum reda. Hari
ketujuh saya anggap saya dah gagal jelah. Sedih sebab susah sangat nak kawal emosi. Atas
nasihat kawan saya, mereka menyuruh saya untuk segera menyebutkan doa ringkas di bawah
setiap kali rasa nak marah. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai