Anda di halaman 1dari 7

NAMA :MUZLIFAH BINTI AZMI

NO MATRIKS :825928
TUGASAN : LAPORAN REFLEKSI DIRI (KAUNSELOR)
PENSYARAH : PROF.DR. NOOR AZNIZA BINTI ISHAK
1. Self-assessment of your individual counseling skills (eg. Discuss the individual counseling skills
that you think you have done well and need to be improved.

Seorang kaunselor perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran asas kaunseling


yang mana ianya amat penting dalam kaunselor menjalankan sesi kaunseling. Kemahiran kemahiran
asas kaunseling yang perlu ada dalam diri seseorang kaunselor antaranya adalah kemahiran prasesi,
kemahiran membina hubungan, kemahiran membina suasana persekitaran, kemahiran menyoal,
kemahiran mendengar, parafrasa atau menyatakan semula, meminta penjelasan, kemahiran
berempati, kemahiran refleksi, kemahiran berkomunikasi, kemahiran merumus dan beberapa lagi
kemahiran asas seperti yang dinyatakan dalam kertas kerja ini. Kaunselor harus mempelajari dan
memahami segala kemahiran yang perlu dalam proses menolong klien mengikut kesesuaian masa dan
tempat. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi
seluruh proses kaunseling sepeti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat
kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor.

Saya dapati kemahiran kaunseling yang perlu diperbaiki oleh saya ialah kemahiran semasa
mengaplikasikan teori-teori yang sesuai semasa sesi kaunseling dijalankan iaitu untuk memahami
penyataan masalah oleh klien.Dari pernyataan masalah juga penceritaan dari klien menyebabkan saya
menjadi keliru teori manakah yang sepatutnya yang akan digunakan dalam membantu klien. ia
menjadi garis panduan kepada para kaunselor dalam mengendalikan kaunseling. Selain daripada
menentukan orientasi kaunseling seseorang kaunselor, teori yang digunakan memberi gambaran
pegangan kaunselor itu tentang sifat semula jadi manusia dalam mengubah persepsi negatif selama
ini yang wujud dalam diri mereka.Contohnya imej diri yang negatif merupakan halangan bagi klien
untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan. Klien seperti ini akan menyekat
perkembangan dan penggunaan potensi dirinya. Kaunselor membimbing klien membentuk imej yang
positif. Di antara lain, klien belajar memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri yang
negatif. Imej dari yang positif menandakan kestabilan personaliti. Aspek penting teori seperti konsep,
pandangan teori tentang sifat manusia, teknik dibincangkan. Aplikasi teori dalam praktif kaunseling
dan psikoterapi dibincangkan dengan keterangan tentang langkah serta teknik yang digunakan dalam
mengendalikan kes.

Selain itu kemahiran menyoal dalam diri saya atau parafrasa di mana untuk menghadapi klien
yang pasif mahu pun aktif dalam mengendalikan sesi kaunseling. Kemahiran menyoal juga boleh
menambahkan keupayaan kaunselor untuk mengumpul maklumat dengan lebih spesifik apa sebenar
masalah klien.Sebagai seorang kaunselor saya perlu saya perlu memahami melalui tingkah laku isi hati
ini untuk dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya. Soalan
terbuka ini lebih kepada bertujuan menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian yang panjang
lebar.Saya perlu mengenalpasti jenis soalan yang sesuai sama ada tertutup atau terbuka bagi
mengenalpasti masalah dengan mendapatkan jawapan dari klien.selalunya saya menggunakan soalan
terbuka iaitu di mana soalan terbuka lebih kepada bertujuan menjemput perbincangan, penjelasan
dan huraian yang panjang lebar. Soalan tertutup lebih kepada soalan yang menghadkan kepada satu
atau beberapa perkataan sahaja dan jawapan ini dapat memberikan maklumat yang khusus.Kadang-
kadang saya tidak sedar mengajukan soalan secara salah dan ini memberi kesan kepada keberkesanan
kaunseling dan juga perhubungan kaunselor dan klien.

Walau bagaimanapun kemahiran penamatan dalam sesi kaunseling memberi cabaran pada
saya di mana kemahiran merumus. Merumus adalah pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi
dan perasaan penting yang telah dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling tersebut. Namun
kebiasannya, rumusan dibuat pada hujung sesi kaunseling, iaitu membuat rumusan keseluruhan. Di
samping itu, kaunselor juga boleh membuat rumusan di tengah-tengah sesi kaunseling itu sekiranya
klien itu sudah hendak masuk ke topik pebincangan yang baru.Dari sini saya perlu tingkatkan
kemahiran saya di mana saya perlu mencelah supaya klien dan kaunselor tidak keliru dan mencampur
adukkan semua topik yang telah diperbincangkan.

Akhir sekali kemahiran berempati.Bagi klien kaunselor merupakan seorang pendengar yang
baik.Kadang-kadang saya tidak memberi fokus emosi klien memahami situasi sebenar yang dialami
mereka.Emosi seseorang tidak mudah difahami oleh pihak kedua. Jadi, untuk menguasai kemahiran
ini terlebih dahulu, kaunselor perlu berupaya untuk membezakan antara emosi dan sikap. Emosi
adalah perasaan yang dialami seseorang, manakala sikap adalah kepercayaaan tentang kejadian
semasa, lepas dan masa depan.
2. Discussion about the challenges, ideas, conflict, and experience as a counselor as well as a client

Dalam kelas kaunseling ini saya telah diberi tugasan mengadakan sesi kaunseling.Dari sesi
kaunseling yang dijalankan memberikan pengalaman baru saya sebagai seorang
kaunselor.Sesungguhnya sebagai seorang kaunselor memberikan cabaran pada saya untuk membina
hubungan yang baik dengan klien di mana mewujudkan suasana yang harmoni. Saya perlu
menerangkan kepada klien peranan seorang kaunselor dan peranan klien supaya klien dpat
memahami serba sedikit tentang perjalanan sesi kaunseling yang mereka hadiri pada mula sesi
ini.Selain itu bukan mudah untuk mendapat kepercayaan daripada klien dalam membantu masalah
mereka.Saya perlu meneroka dengan lebih mendalam masalah sebenar klien itu sendiri.Apabila klien
sudah mula menceritakan masalah di sini konflik yang terpaksa hadapi di mana kadang-kadang jangan
mudah terpengaruh dengan emosi dari mereka iaitu di mana mereka marah,memberontak,sedih ,
menangis dan lain-lain lagi.

Bukan itu sahaja cabaran utama bagi saya ialah hendak mengubah persepsi negatif melalui
pemikiran klien yang sempit. Sebenarnya dari sini saya belajar tanggungjawab kaunselor dalam
membantu klien ialah membimbing klien meneroka situasi dirinya kearah jalan penyelesaian yang
diinginkan oleh klien dengan mendorong dan memberikan sokongan moral pada mereka.Saya perlu
teroka dengan lebih mendalam lagi masalah klien dengan mengaplikasikan kemahiran dan
pendekatan yang sesuai pada klien contohnya kemahiran menyoal dengan soalan yang sesuai supaya
klien menjadi aktif untuk meluahkan masalah yang terbuku di dalam jiwa mereka.

Dari proses penerokaan dari sini saya dapat mengenal pasti masalah utama yang di hadapi
oleh klien. Dalam mengenal pasti masalah klien,kaunselor perlu memberi perhatian yang sepenuhnya
kepada penceritaan klien supaya dapat menentukan masalah utama klien.Cabaran selepas
mengenalpasti masalah iaitu saya perlu membantu klien menentukan matlamat yang ingin
dicapainya.Kadang-kadang sebagai seorang kaunselor kita perlu menahan diri kita dalam
menyelesaikan masalah klien dengan memberi arahan apa yang perlu dibuat dalam membantu
mereka membuat keputusan sebaliknya membuka jalan atau ruang pada mereka supaya mereka
dapat menentukan apa matlamat yang ingin mereka capai. Setelah masalah dikenalpasti kaunselor
dan klien perlulah bersama-sama membina matlamat kaunseling yang telah diinginkan oleh klien.
Apabila sudah berjaya mencari matlamat kaunseling bersama klien saya perlu mendorong
klien membuat perancangan langkah-langkah yang difikirkan sesuai bagi membantu diri klien
mengatasi masalah yang dihadapi olehnya. Sehubungan dengan itu kaunselor perlulah menggariskan
seberapa banyak alternatif yang telah diperolehi daripada klien. Kaunselor perlulah menghuraikan dan
menilai setiap alternatif dengan mengambil kira kesan positif dan kesan negatif, kebaikan dan
keburukan daripada pelaksanaan alternatif yang ingin dilakukan. Sebagai kaunselor saya perlu
membantu klien dengan menghuraikan setiap alternatif yang telah dibuat oleh klien. Selepas itu,
setiap alternatif yang diambil perlulah diwujudkan langkah bagi mencapai alternatif tersebut.Akhir
sekali adakah pilihan alternatif daripada klien iatu sebenarnya memberi halangan atau risiko pada
klien.dari sini saya perlu mewujudkan cara bagi mengatasi halangan risiko yang ingin dilakukan oleh
klien.

Setelah itu,sebagai kaunselor dari sini saya perlu pastikan pelan tindakan yang dipilih oleh
klien itu benar-benar tepat atau sesuai untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.Pelan
tindakan itu mestilah realistik iaitu boleh dicapai oleh klien supaya dapat memudahkan klien
mengambil tindakan. Sekiranya masih terdapat kegagalan selepas klien membuat tindakan, klien
perlulah menyemak semula pelan tindakannya tersebut bagi membina pelan tindakan yang lebih
menarik dan lebih realistik untuk dicapai olehnya.

Setelah saya berasa yakin dengan proses kaunseling ini di mana klien yakin dengan tindakan
yang diambil oleh mereka maka saya sebagai kaunselor berhak menamatkan sesi kaunseling ini.
Sebelum sesi kaunseling ditamatkan sebagai kaunselor saya perlu memastikan matlamat kaunseling
telah dicapai oleh klien dan klien selesa dengannya. Oleh itu rumusan menyeluruh tentang proses
kaunseling perlulah dibuat oleh kaunselor agar klien labih nampak dan jelas tentang apa isu yang telah
dibincangkan dalam sesi. Saya rasa penamatan telah memantapkan perubahan sedia ada yang telah
dicapai dan menunjukkan kemahiran penyelesaian masalah yang telah diperolehi.
3. Talk about your feelings and reactions with respect to the activities, reading materials, and
methods of learning you had experienced in the classroom

Dalam semester ini kelas kaunseling yang dihadiri saya amat berbeza daripada sebelum ini
.Kelas kaunseling individu ini telah diajar oleh Prof.Dr. Noor Azniza Binti Ishak.Prof mengajar kami
secara dengan lebih mendalam dan terperinci jenis-jenis kaunseling individu antaranya ialah
kaunseling akademik,kaunseling kerjaya,kaunseling mpemulihan dan kaunseling individu.Selain itu di
dalam kelas kaunseling kami telah diajar kemahiran kaunseling,kaunseling proses serta teori-teori
berkaitan kaunseling individu ini.Didalam kelas ini aktiviti dalam kumpulan menjadikan lebih seronok
memndangkan saya daripada kos koreksional sains.dalam kumpulan saya kami telah bercampur
dengan pelajar dari kos kaunseling menjadikan sedikit sebanyak membantu kami yang tiada
pengalaman dalam bidang kaunseling.Saya berasa lebih mudah faham dan mudah ingat kerana di
dalam kelas kaunseling ini Prof mengambil pendekatan mudah terhadap pelajar macam saya melalui
contoh lakonan yang mengguna kami sendiri iaitu konsep nyata di hadapan mata sambil menyuruh
kami memberi pendapat masing-masing.jika terdapat kekurangan dan kekeliruan Prof akan
membetulkan sendiri contohnya situasi cara duduk diantara kaunselor dan klien dengan betul,klien
yang enggan memberi kerjasama,masalah atau kesalahan yang ada pada kaunselor ketika sesi
kaunseling di jalankan.

Selain itu,kami telah dibahagikan sebanyak enam kumpulan dalam menghuraikan teori yang
diguna pakai dalam kaunseling individu antaranya ialah teori CBT,Realiti, REBT,Gestalt dan carl
Rogers.Teori ini akan diapikasikan apabila lakonan sesi kaunseling dijalankan di mana para pelajar
perlu memikir teori mana yang sesuai berdasarkan pernyataan masalah yang dinyatakan.Kami juga
belajar proses kaunseling di mana dalam membina hubungan saorang kaunselar dengan klien,cara
penerokaan masalah,mengenalpasti masalah dan menentukan matlamat kaunseling sama ada
kaunseling boleh diteruskan ataupun tidak dan memilih alternatif penyelesaian dan tindakan di mana
bukannya kaunselor menyelesaikan masalah klien sebaliknya klien yang harus menentukan.Akhir
sekali proses kaunseling ialah penamatan dan susulan sama ada seorang klien itu perlu diteruskan sesi
kaunseling ataupun tidak.

Dalam kelas ini saya juga belajar cara mengendalikan klien di mana mereka enggan memberi
kerjasama dan menolak sesi kaunseling,sikap klien yang menganggap mereka hanya betul sahaja
dalam segala hal,pendiam serta panas baran dan lain-lain lagi.Saya juga belajar di mana tidak menjadi
masalah jika seorang kaunselor di mana kliennnya berbeza jantina,etnik dan agama dengan
mengetahui kemahiran serta adab yang sesuai.Walau bagaimanapun prof akan cuba membuka dan
menjawab segala persoalan yang timbul dalam pemikiran pelajarnya walaupun soalan tersebut
dianggap mudah dan bukan-bukan.Dari sini saya akan lebih mudah memahami dan seronok kerana
dapat menimba ilmu dan bertukar fikiran dengan pelajar yang mengambil jurusan kaunseling.

Anda mungkin juga menyukai