Anda di halaman 1dari 9

PROSES KAUNSELING

FASA 1: SEBELUM PROSES


KAUNSELING

 Pra –persediaan
- Kaji latar belakang klien dan pastikan maklumat klien teratur dan
sistematik

 Tempat Sesi Kaunseling


- Tempat yg selesa dan masa yang sesuai utk berbincang tanpa banyak
gangguan

 Tahap Kemampuan Kaunselor Dengan Klien


- Kemampuan kaunselor: Letih ataupun tidak
- Kemampuan Klien: Tidak lemah atau malas bekerjasama
FASA 2: SEMASA PROSES KAUNSELING

PERINGKAT PROSES KAUNSELING

TAHAP 1: Membina Hubungan


TAHAP 2: Penerokaan/ Mendapatkan Maklumat
TAHAP 3: Mengenalpasti Masalah/ Meluaskan
Penerokaan
TAHAP 4: Alternatif Tindakan/ Mengambil
Keputusan
TAHAP 1: MEMBINA PERHUBUNGAN

Temubual minima antara kaunselor dan klien


Tidak menggunakan soalan-soalan yang menakutkan.
Soalan terbuka boleh mula digunakan bagi
menggalakkan klien bercerita sekiranya klien sukar
bercerita.
Memastikan keadaan tempat sesi, kedudukan badan,
pandangan mata dan jarak antara kaunselor dan klien
perlu disesuaikan
Kaunselor turut melakukan penstrukturan untuk
membolehkan klien selesa dalam melakukan
pendedahan kendiri
TAHAP 2: PENEROKAAN

Kaunselor cuba memahami masalah klien


Kaunselor banyak menggunakan soalan-soalan
terbuka utk membantu klien melihat masalahnya
dan menggalakkan klien terus bercakap
Kemahiran kaunselor dalam mempraktikkan
kemahiran asas kaunseling dapat membantu
kaunselor mendapatkan lebih banyak maklumat
Kaunselor perlu mengelak pendekatan soal-selidik
utk elak klien merasa terancam atau takut
TAHAP 3: MENGENALPASTI MASALAH

Melalui penerokaan yang mendalam terhadap


masalah yang dibincangkan , kaunselor perlu
meluaskan lagi penerokaan utk mengenalpasti apa
permasalahan sebenar klien
Hasil penerokaan membolehkan klien mendapat
satu jawapan terhadap permasalahannya
Kaunselor perlu lebih fokus kpd emosi, kognitif,
tahap masalah, penyelesaian yang pernah dibuat dan
klien perlu bertanggungjawab utk menyelesaikan
masalahnya
TAHAP 4: MENGAMBIL KEPUTUSAN

Hasil perbincangan yang teliti memerlukan klien


memilih salah satu daripada alternatif-alternatif yang
ada
Kaunselor perlu beri keyakinan terhadap pilihan
tersebut setelah mengambil kira segala risiko
Alternatif yang telah dipilih membolehkan kaunselor
membincangkan secara bersama dengan klien tentang
bagaimana cara utk melaksanakan tindakan tersebut
Galakkan klien berfikir tentang bila, bagaimana, siapa
tentang perkara yang akan dilakukan
FASA 3: SELEPAS PROSES KAUNSELING

PENAMATAN
Setelah proses kaunseling telah mencapai matlamat atau
hasil, sesi hendaklah ditamatkan
Penamatan juga boleh berlaku sekiranya klien tidak
mahu bekerjasama, tidak mahu berubah atau atas
permintaan klien sendiri.
Penamatan perlu untuk mengelakkan proses
kebergantungan klien kepada kaunselor
Kaunselor perlu menganalisis keberkesanan strategi dan
teknik yang digunakan, sekiranya tidak berkesan
tindakan susulan akan dilakukan.
FASA 3: SELEPAS PROSES KAUNSELING

TINDAKAN SUSULAN
Kaunselor menyemak perancangan klien selepas proses
penamatan berlaku.
Susulan jangka pendek pada 3 ke enam minggu
Susulan jangka panjang selepas 6 bulan.
Cara:
1. Datang jumpa dalam bentuk sesi.
2. Telefon
3. Surat
4. Pos borang soal selidik kefungsian.

Anda mungkin juga menyukai