Anda di halaman 1dari 1

HAJI WIDA’

1) Haji Wida' atau Haji Wada' atau Hajjatul-Wada' (Bahasa Arab: ‫حجة الوداع‬,
Haji Perpisahan) ialah ibadah haji yang dilakukan oleh Muhammad pada bulan
Zulhijjah 10 Hijrah. Nabi Muhammad menyampaikan khutbah terakhirnya pada
haji terakhir ini sebelum wafat.[1]
2) Haji Wida' adalah satu-satunya ibadah haji yang dikerjakan oleh Nabi
Muhammad selepas dilantik menjadi Rasul. Berita Nabi Muhammad hendak
pergi mengerjakan haji pada 10 Hijrah, maka ramai yang mahu mengikutnya.
Dianggarkan 24 000 orang. Selama 10 tahun Nabi Muhammad tinggal di
Madinah, tidak pernah mengerjakan haji kecuali pada tahun 10 Hijrah. Baginda
bergerak dari Madinah pada hari Sabtu petang selepas Zuhur, Sabtu 25
Zulkaedah 10H bersamaan 22 Februari 632 M. Pada hari Ahad 4 Zulhijah
bersamaan 1 Mac 632M baginda mandi dan melakukan Solat Sunat
Dhuha untuk memasuki kota Makkah. Perjalanan dari Madinah ke Mekah
mengambil masa 9 hari. Pada hari Jumaat 9 Zulhijah bersamaan 6 Mac 632M
mereka meneruskan perjalanan ke Arafah.
3) Antara peserta rombongan Nabi Muhammad ialah Abu Bakar as Siddiq,
Aisyah binti Abu Bakar, Asma binti Abu Bakar, Safuan bin al-Mu'attal, Saad
bin Ubadah, Saudah, Ummu Habibah, Umu Salamah, Safiah, Muawiyah bin
Abi Sufian, Asma' binti Umais dan lain-lain. Isteri Abu Bakar iaitu Asma' binti
Umais telah melahirkan anak lelaki semasa dalam perjalanan ke Mekah iaitu
di Zul Hulaifah. Bayi itu dinamakan Muhammad bin Abu Bakar. Bayi itu turut
mengerjakan haji.[2]
Nabi Muhammad mengerjakan tawaf mengelilingi Baitullah dengan
menunggang unta. Kemudian melambai ke arah Hajar Aswad dengan tongkat.
Baginda pergi ke Telaga Zam-Zamdan minum dalam keadaan berdiri.[3] Nabi
Muhammad berada di Mekah selama 18 hari dan sepanjang hari itu baginda
hanya mengerjakan solat qasar sahaja.
4)

Anda mungkin juga menyukai