Anda di halaman 1dari 93

TEORI-TEORI

KAUNSELING
DEFINISI TEORI
O Satu kenyataan yang mengandungi konsep dan
perkaitan di antaranya yang membolehkan seseorang
memahami, menjelas, menerang, menilai, membuat
ramalan, dan membuat kawalan terhadap fenomena.
O Peta minda yang membantu kaunselor dan guru
memahami permasalahan klien dan memilih strategi
penyelesaian.
MENGAPA TEORI PENTING
KEPADA KAUNSELOR
O Sebagai satu garis panduan dalam proses kaunseling
O Memberi kefahaman terhadap tingkahlaku
klien/pelajar.
O Garis panduan untuk membuat jangkaan terhadap
potensi pencapaian klien.
O Sebagai suatu tanggapan atau rujukan pelan untuk
bertindak
O Alat untuk melengkapkan kaunselor dengan
maklumat yang wajar mengenai hakikat kejadian
manusia
Kaunselor boleh memilih untuk melakukan
pendekatan eklektik, iaitu kombinasi pelbagai
teori ataupun memilih mana-mana satu teori
yang bersesuaian.
PENEKANAN DALAM
TEORI
O Pandangan teori tentang manusia
O Pandangan teori tentang punca masalah
manusia
O Konsep asas teori
O Matlamat teori
O Teknik-teknik yang digunakan
O Aplikasi di sekolah
TEORI PSIKOANALITIK-
SIGMUND FREUD
PANDANGAN TERHADAP
MANUSIA
 Manusia mempunyai ciri-ciri negatif, pesimis, mementingkan
diri sendiri, mengikut kata hati dan tidak rasional.
 Manusia adalah individu yang telah ditentukan masa depannya.
 Tingkahlaku manusia ditentukan oleh naluri biologi (naluri
kebinatangan yang bersifat jahat)
 Tingkahlaku manusia dipengaruhi oleh personaliti yang
terbentuk daripada peristiwa2 psikoseksual dalam 6 tahun
pertama kehidupan mereka
 Keadaan manusia dijelaskan dalam terma minda yang sedar,
pra sedar dan tidak sedar
PANDANGAN TERHADAP
MANUSIA
 Prinsip utama tingkahlaku manusia:
 Prinsip keseronokan – tingkahlaku didorong oleh kehendak untuk
memperoleh keseronokan.
 Prinsip realiti – tingkahlaku manusia terpaksa disesuaikan
mengikut batasan realiti.
 Prinsip mengurangkan ketegangan – Tingkahlaku yang wujud
dalam menangani konflik yang berlaku antara keseronokan dan
realiti. Cth: Menggunakan helah bela diri.
 Prinsip polariti – Tingkahlaku manusia dipengaruhi oleh
pemisahan nilai dalam kehidupannya. Cth: Baik-buruk.
 Prinsip pengulangan aktiviti – tingkahlaku adalah hasil daripada
proses pelaziman (proses yang dibiasakan).
PANDANGAN TERHADAP
PUNCA MASALAH
 Lekatan yang berlaku pada tahap perkembangannya.
 Tidak dapat mengenalpasti tahap pemikirannya.
 Tidak dapat mengenalpasti struktur personaliti antara id,
ego, dan superego.
 Konflik ego dalam mengawal antara id dan superego.
 Terlalu mengikut id atau superego kerana ego tidak kuat.
KONSEP ASAS
1. Tahap Kesedaran Minda
Sedar

Keadaan sedar atas sesuatu yang berlaku disekelilingnya.


Prasedar

Keadaan antara sedar dan tidak terhadap perkara yang


berlaku disekelilingnya kerana tidak memberi perhatian
khusus.
Tidak sedar

Keadaan tidak sedar langsung atas sesuatu yang berlaku


disekelilingnya.
KONSEP ASAS
2. STRUKTUR PERSONALITI
Id
Naluri yang berkaitan keseronokan tanpa mempertimbangkan realiti
dan moral. Matlamat untuk memuaskan nafsu dan naluri semata-mata dan
tidak pernah matang walaupun umur sudah lanjut. Wujud sejak lahir. Id
tidak berfikir hanya merasa dan bertindak.
Ego
Kuasa eksekutif utk mengawal personaliti seseorang dan sebagai
pengawal kepada tindakan yang sesuai dengan norma masyarakat.
Bertindak atas prinsip realiti dan bantu manusia memenuhi keperluan id
dengan cara yang selamat, logik dan sesuai dengan keadaan.
Superego
Bersifat sosial dan bermoral. Bertanggungjawab atas tindakan baik,
buruk, betul atau salah. Menyekat ego daripada mematuhi kehendak id
dan memandu manusia bertingkahlaku yang terbaik, bermoral dan ideal
atas dasar mencapai kesempurnaan.
KONSEP ASAS
3. MEKANISME HELAH BELA DIRI
Represi- Singkirkan pengalaman yang menyakitkan dan
menakutkan
Sublimasi-Melepaskan permasalahan diri kearah yang positif
dan boleh diterima masyarakat
Regresi-Membalikkan diri ke zaman kanak2 utk elak krisis
yang mengancam diri
Identifikasi-mengambil model orang lain dan sifatkan pada
diri
Penyangkalan-Penafian pada realiti
Pembentukan Reaksi-memperlihatkan reaksi yang
bertentangan dengan kejadian
KONSEP ASAS
3. MEKANISME HELAH BELA DIRI
Projeksi- membalikkan peristiwa yang berlaku kepada orang
lain/ salahkan orang lain dan bukan diri sendiri
Penyaluran- melepaskan kemarahan kepada sasaran yang
lebih selamat
Pampasan-Imbangi kelemahan diri kepada sesuatu aktiviti
yang lain
Undoing- Perbaiki sesuatu yang telah rosak dengan harapan
kurangkan rasa bersalah
Penarikan-Menarik diri dari sesuatu yang kurang
menyeronokkan
KONSEP ASAS
4. PERINGKAT PERKEMBANGAN
Oral – Keseronokan dari mulut – kanak2 memenuhi
keperluan makan dan keseronokan, memenuhi keperluan id.
 Incorporative – kepuasan penyusuan – lekatan akan
membentuk personaliti seorang dewasa yang suka makan
dan minum banyak, mengunyah sentiasa, bercakap
banyak, hisap rokok banyak.
 Aggressive – Kepuasan gigitan – lekatan akan
membentuk personaliti dewasa yang suka menyindir,
agresif, mengumpat atau memberi komen yang
menyakitkan. Kanak-kanak yang tidak dilayan dengan
kasih sayang pada peringkat ini akan kelihatan takut,
sentiasa mahukan perhatian, berasa tidak selamat, irihati,
agresif dan kesepian bila dewasa.
KONSEP ASAS
4. PERINGKAT PERKEMBANGAN

Anal – keseronokan dari dubur – kanak2 perlu diberi


peluang untuk mengawal. Pembentukan ego.
Aggressive – Kawalan ketat dalam latihan pembuangan
najis (toilet training) melahirkan tindakbalas menentang
yang akhirnya membentuk personaliti zalim, amarah, tidak
teratur dan ekstrem.
Retentive - Perhatian yang terlalu banyak akan
menghasilkan personaliti dewasa yang suka mengumpul
kekayaan, degil, kedekut dan mementingkan susunan yang
teratur.
KONSEP ASAS
4. TAHAP PERKEMBANGAN PERSONALITI
Falik – Keseronokan dengan lawan jantina.
Mula merasa kepuasan biologi dengan lawan jantina.
Bermula daripada ibu dan bapa. Lekatan – membentuk
personaliti rigid, rasa bersalah, nilai kendiri rendah, kritik
diri, takut mendampingi orang berlainan jantina.
Latensi – Mula berinteraksi dengan dunia baru yang lebih
luas. Belajar memainkan peranan sebagai dewasa.Telah
terbiasa dengan peraturan. Tiada konflik pada masa ini.
Genital – Keseronokan peringkat falik wujud semula dan
telah berpindah kepada individu lawan jantina lain.
Dibataskan oleh nilai moral, agama dan undang-undang.
Lebih sedar tentang realiti kehidupan.
MATLAMAT TERAPI
 Menyedarkan klien tentang tingkahlaku tidak sedar
mereka.
 Membentuk semula watak seseorang individu
 Membantu klien mencari pengalaman masa lampau yang
tidak dapat diselesaikan dan menguatkan ego untuk
berfungsi mengikut prinsip realiti.
 Membantu klien berhadapan dengan realiti masalahnya
tanpa cuba berlindung disebalik mekanisme helah bela
diri.
TEKNIK-TEKNIK
1. PERKAITAN BEBAS
Teknik yang menggalakkan klien luahkan segala isi hati dan
perasaan tidak logik yang berkait juga pada masa lalu. Proses ini
disebut katarsis (penyucian/ pembersihan diri) dan kaunselor
cuba kenalpasti represi yang masih terkunci di alam tidak sedar.
Penggunaan pendekatan hipnosis juga dibolehkan.
2. TAFSIR MIMPI
Teknik ini digunakan bagi mendedahkan perkara-perkara yang
tersimpan dalam minda tidak sedar klien dan memberi celik akal.
Freud beranggapan mimpi adalah alam tidak sedar dan akan
melahirkan impian, keperluan , kebimbingan dsb.
TEKNIK-TEKNIK
3. ANALISA PENAHANAN
Sesetengah masalah cuba dilindungi oleh klien kerana tidak
bersedia utk bercerita. Keadaan tidak mahu atau tidak berupaya
melahirkan perasaan ini dinamakan penahanan. Kaunselor perlu
jelaskan kepada klien utk tidak menahan atau melindungi
sekiranya mahu masalah tersebut dirungkaikan dan konflik yang
dihadapi selesai (mengatasi penahanan).
TEKNIK-TEKNIK
4. ANALISA PEMINDAHAN
Klien pindahkan perasaan dan pengalaman 5 tahun pertama
kepada kaunselor dan kaunselor cuba faham dan tafsir untuk
memberi kesedaran sebab-sebab berlakunya tindakan yang
tidak rasional selama ini.
5. PENTAFSIRAN
Kaunselor menganalisa kesemua teknik diatas dan memberikan
petunjuk, penjelasan dan nasihat tentang makna-makna
tingkahlaku yang digambarkan. Pentafsiran kaunselor
membawa klien kepada celik akal dan sedar tentang perkara
yang dipendamkan dalam dunia tidak sedar selama ini.
APLIKASI DI SEKOLAH
 Pendekatan ini kurang sesuai dilaksanakan di sekolah kerana
memerlukan masa yang lama dan kemahiran khusus.
 Walaubagaimanapun, teori ini dapat membantu guru
memahami motivasi manusia yang terpendam, penggunaan
helah bela diri dan kepentingan masa lampau terhadap
pembentukan personaliti pelajar.
TERAPI ADLERIAN
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

Manusia mempunyai tujuan hidup ke arah sosial


Tingkahlaku manusia dilihat pada peringkat
kesedaran berbanding ketidaksedaran.
Manusia mempunyai pilihan, bertanggungjawab,
mempunyai makna dalam kehidupan dan sentiasa
berusaha memperbaiki diri.
Apa yang ada pada diri tidaklah begitu penting
berbanding dengan apa yang dilakukan.
PANDANGAN TERHADAP PUNCA MASALAH

a) Perasaan rendah diri yang melampau


b) Tanggapan kognitif yang salah
c) Tiada keyakinan
d) Tidak percaya diri
e) Cita-cita/matlamat tak jelas
f) Tiada dorongan
g) Tiada/tidak faham tanggungjawab
h) Tidak dapat memenuhi keperluan minat
bermasyarakat
KONSEP UTAMA

FICTIONAL FINALISME (KETENTUAN YANG


DIADAKAN/JANGKAAN)
- Kehidupan ditentukan oleh idea yang diada-adakan dan
berbentuk fiksyen.
- Manusia bertindak berdasarkan jangkaan dan harapan masa
depan daripada peristiwa masa lampau.
- Manusia cenderung fikir dan mengharapkan sesuatu yang
berlaku dalam kehidupan seperti dalam fiksyen.
- Cth: Setiap penderitaan akan berakhir dengan kebahagiaan.
- Cth: Setiap usaha gigih pasti dibalas dengan hasil yang
lumayan.
- Adler juga berpendapat manusia bertingkahlaku atas keadaan
masa kini dan berdasarkan tujuan dan matlamat.
SAMB

BERUSAHA KE ARAH SUPERIORITI


- Bukan bermaksud berusaha utk mencapai kedudukan yang
tinggi seperti pangkat dan sbgnya tetapi berusaha utk
mencapai nirwana kendiri yang subjektif/ kesempurnaan
- Dorongan yang wujud sejak lahir
- Setiap individu boleh menggunakan potensi dengan gaya dan
cara tersendiri utk mencapai matlamat dan impian masing-
masing.
SAMB

PERASAAN RENDAH DIRI DAN PAMPASAN


- Setiap individu dilahirkan dengan kekurangan yang membawa
kepada perasaan rendah diri.
- Rasa rendah diri tersebut mendorong individu utk berusaha
mengatasinya demi mencapai superioriti dan kesempurnaan
- Proses atasi rasa rendah diri berlaku berterusan dan bila dapat
atasi satu kekurangan, timbul pula rasa rendah diri yang baru.
- Perasaan rendah diri yang berterusan membantu
perkembangan diri individu dengan sentiasa memperbaiki diri
dan berusaha ke arah kesempurnaan.
SAMB

MINAT UTK BERMASYARAKAT


- Minat adalah ciri yang wujud sejak lahir dan perlu dipupuk dan
dibimbing
- Manusia mempunyai hasrat, keinginan dan minat utk bergaul
dengan orang lain utk bekerjasama, bantu membantu, tolong
menolong dan berempati.
- Perasaan ini adalah asas kepada kebahagiaan hidup.
SAMB

GAYA HIDUP
- Dari kelemahan individu berusaha mencapai kesempurnaan
dan semasa menuju kesempurnaan individu tersebut
memperolehi 1 gaya yang tersendiri.
- Gaya hidup adalah berbeza antara individu kerana setiap
individu memberi penekanan yang berbeza dalam proses ke
arah kesempurnaan. Cth: aspek intelektual, bakat, minat dsb
- Gaya hidup terbentuk melalui proses interaksi individu dan
keluarga.
- Individu boleh tentukan gaya hidupnya melalui caranya
mempersepsi dan menilai sesuatu.
SAMB

KENDIRI KREATIF
- Rangsangan yang bertindak pada individu dan gerakbalas
yang dilakukannya.
- Prinsip yang tentukan apa matlamat yang hendak dicapai dan
cara untuk mencapainya.
- Manusia bukan mangsa nasibnya, tetapi penentu kepada
nasibnya.
SAMB

SUSUNAN KELAHIRAN
a)Anak Pertama
- Terima perhatian penuh dari keluarga
- Mengambil tanggungjawab bila ibubapa tiada
- Perhatian akan berkurangan apabila adik lahir. Jadi ibubapa
perlu merangcang bagaimana utk memberi perhatian yang
berterusan pada anak pertama
b)Anak Kedua
- Dicemburui tetapi tidak diberi perhatian seperti anak pertama
- Selalunya lebih bebas, kreatif dan tidak terikat dengan
peraturan sebagaimana anak pertama.
- Tingkahlaku bertentangan dengan anak pertama.
SAMB

c) Anak tengah
- Merasa dilayan tidak adil
- Belajar banyak perkara tentang perkara berkaitan
kekeluargaan dan cara berunding
- Kemahiran digunakan utk dapatkan apa yang diingini

d) Anak Bongsu
- Menerima perhatian penuh dari yang lain
- Tempat bermanja dengan ibubapa
- Kemungkinan besar anak bongsu terlalu manja
- Menjadikan abang dan kakak sebagai role model
SAMB

Anak tunggal
- Matang awal dan ada pencapaian yang tinggi
- Ada daya khayalan atau imaginasi yang tinggi kerana banyak
masa terluang
- Perhatian penuh menyebabkan tiada rasa cemburu dan
persaingan
- Kekurangan ini menyebabkan anak menjadi manja,
mementingkan diri dan tidak pandai bersosial
MATLAMAT TERAPI

Memupuk minat sosial


Membantu klien menangani perasaan kecewa dan rendah
diri
Mengubahsuai pandangan dan matlamat klien dengan
mengubah cara hidup
Mengubah cara hidup
Mengubah motivasi yang salah
Membantu klien berasa sama rata dengan orang lain.
Membantu mereka supaya dapat menyumbang dalam
masyarakat.
PROSES DAN TEKNIK

 KEKALKAN HUBUNGAN EMPATI ANTARA KAUNSELOR DAN KLIEN


- Kaunselor tekankan aspek hormat menghormati, percaya mempercayai
sejak awal sesi
- Hubungan yang baik memudahkan kerjasama utk capai matlamat
- Kaunselor tekankan kelebihan dan kekuatan klien utuk atasi masalah
SAMB

 BANTU KLIEN FAHAMI GAYA HIDUPNYA


- Kaunselor hendaklah meneroka perasaan, kepercayaan dan matlamat
yang ingin dicapai
- Cth: Penerokaan terhadap interaksi keluarga sejak kecil
- Banyak menggunakan soalan terbuka agar kaunselor lebih memahami
kenapa individu bertingkahlaku dan mengambil keputusan sedemikian
dlm hidup
- Peristiwa masa kecil klien turut diselami kerana peristiwa masa kecil
tentukan pandangan, nilai dan sikap klien
SAMB

 MENOLONG KLIEN MEMBINA CELIK AKAL


-Fahamkan klien tentang matlamat dan tingkahlaku yang salah

 BANTU KLIEN MENCARI ALTERNATIF TINDAKAN


- Apabila klien memahami dan menyedari tentang kenapa matlamat
tidak tercapai, tingkahlaku tidak sesuai dsb, klien akan sedia utk
berubah
- Kaunselor bantu klien mencari alternatif tindakan dan membuat pilihan
APLIKASI DI SEKOLAH

Bantu pelajar kenal diri, tentukan matlamat hidup,


membuat pilihan dan bertanggungjawab atas tindakan dan
matlamat yang hendak dicapai.
Bantu pelajar bersosial dengan baik
Membantu pelajar menangani perasaan kecewa dan rendah
diri
Memberi motivasi/dorongan yang betul
Memberi hak dan layanan sama rata kepada pelajar
Membantu mereka supaya dapat menyumbang dalam
masyarakat.
TEORI RASIONAL EMOTIF
TINGKAHLAKU (RET) –
Albert Ellis
PANDANGAN TERHADAP
MANUSIA
 Hubungan emosi dan pemikiran terlalu rapat.
 Manusia berpotensi untuk berfikir secara
rasional dan tidak rasional.
 Manusia mampu untuk memelihara diri,
bergembira, berfikir, sayang menyayang dan
sebagainya tetapi manusia juga cenderung
untuk rosakkan diri sendiri spt tidak mahu
berfikir, tidak sabar, mengulangi kesilapan,
mempercayai tahyul dsb
PANDANGAN TENTANG
PUNCA MASALAH
 Gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh
pemikiran yang tidak rasional.
 Orang bermasalah adalah orang yang suka
memperbesarkan masalah yang kecil dan remeh.
Manusia bermasalah disebabkan sering
menggunakan perkataan “mesti” dan “patut”
dalam kehidupan seharian.
Selalu mengkritik atau menyalahkan diri sendiri.
 ANTARA IDEA-IDEA PEMIKIRAN TIDAK RASIONAL
a) Saya mesti disayangi oleh orang-orang yang signifikan
dengan saya
b) Saya mesti buktikan yang saya mampu dan berkebolehan
c) Apabila seseorang bertindak tidak adil atau tidak patut, kita
mesti menyalahkan, mengutuk dan melihatnya sebagai
seorang yang tidak baik
d) Masa lampau penting kerana ia mempengaruhi kehidupan
kita.
e) Saya harus melihat kehidupan saya sangat teruk jika saya tidak
dapat mencari penyelesaian yang baik kepada kehidupan realiti
f) Saya perlu berpandangan tidak baik sekiranya saya dikecewakan,
disisih atau dilayan tidak adil
g) Sekiranya perkara itu merbahaya dan menakutkan, maka saya
mesti memikirkannya dan risau tentangnya.
CIRI-CIRI KEPERCAYAAN
TIDAK RASIONAL
 RASA MALU YANG TERAMAT
- Cenderung utk rasa malu yang teramat dan individu cuba
perbesarkan masalah, rasa sayu, sedih dsb dan akhirnya
lahir, takut dan bimbang yang bukan2.
 TERLALU MENUNTUT
- Anggap satu2 perkara sbg sesuatu yang mesti dibuat, patut
dan harus berlaku pada diri.
 MERENDAH DIRI YANG TERAMAT
- Suka merendahkan dan memperkecilkan diri/ kebolehan
diri. Akibatnya timbul rasa malu tanpa sebab, kecewa, rasa
bersalah dsb
KONSEP A, B, C, D

O A : Peristiwa yang berlaku


O B: Sistem kepercayaan yang dipegang
O C: Akibat dari penilain A & B
O D: Kaedah berhujah oleh kaunselor
O E: Emosi dan pemikiran menjadi normal
MATLAMAT
O Menunjukkan pada klien bahwa pemikiran
mereka punca utama terjadinya gangguan
emosi dan tingkahlaku.
O Mendorong klien untuk menguji secara kritis
nilai dirinya.
O Menggalakkan klien berfikir secara rasional.
PROSES DAN TEKNIK
O Peringkat 1: Kategorikan Masalah (A)
O Peringkat 2:Kenalpasti Kepercayaan tidak
rasional (B)
: Kenalpasti masalah utama (C)
: Membentuk matlamat
O Peringkat 3: Celik Akal RET
O Peringkat 4: Mengajar perkara rasional (D)
O Peringkat 5: Mewujudkan pemikiran baru (E)
-Aktiviti mencabar
- Aktiviti peneguhan
TEKNIK
 Main Peranan
Klien tunjukkan semula tingkahlaku kebimbangan,
kemarahan dan kemurungan. Kaunselor terangkan
bagaimana ia terjadi. Akhir sekali kaunselor pula ambil
peranan sehingga klien boleh menerangkan semula
bagaimana pemikiran tidak rasional boleh berlaku
 Berhujah tentang Kepercayaan Tidak Rasional
Beri bukti
 Menukarkan Penggunaan Bahasa
Tukarkan perkataan ‘mesti dan patut’ kepada yang lebih
positif
 Gambaran, bayangan atau khayalan
APLIKASI DI SEKOLAH
O Cara yang jelas dan mudah diikuti
O Guru galakkan dan bantu pelajar berfikir
secara rasional.
O Walaubagaimanapun tahap perbahasan
mengikut tahap kefahaman individu.
TERAPI PEMUSATAN INSAN
CARL ROGERS
PANDANGAN TERAPI TERHADAP
MANUSIA
 Manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab
 Manusia boleh membuat keputusan sendiri yang membawa kepada
kebebasan dan berdikari
 Manusia adalah membina, bekerjasama, boleh dipercayai, realistik dan
sanggup bersosial.
Manusia mempunyai sifat-sifat positif dan berkecenderungan untuk
berfungsi sepenuhnya (hidup seberapa berkesan yang boleh).
Ada potensi capai kesempurnaan kendiri (self actualization)
Pandangan seseorang ttg diri dlm konteks persekitaran akan
tentukan tingkahlaku dan kepuasan peribadi.
Klien perlu bertanggungjawab untuk mencari celik akal serta
berusaha ke arah kesedaran yang boleh menguntungkan dirinya.
PANDANGAN TERAPI TERHADAP PUNCA
MASALAH
Emosi-emosi negatif seperti marah dan benci wujud akibat
tidak mendapat kasih sayang, keselamatan dan penerimaan.
Perkembangan semulajadi manusia itu terhalang.
Halangan sebenarnya wujud disebabkan oleh individu itu
sendiri apabila melakukan tingkahlaku yang tidak
bersesuaian bagi mendapatkan respon yang positif daripada
orang lain.
Individu tidak mendapat persekitaran yang menggalakkan,
kasih sayang dan sokongan akan menganggap dirinya tidak
berharga dan orang lain tidak boleh dipercayai.
Pandangan yang salah tentang diri dan persekitarannya.
 Ketidakselarasan antara konsep kendiri dan kendiri ideal.
KONSEP ASAS
1. Konsep kendiri
Konsep kendiri adalah pandangan subjektif seseorang terhadap dirinya
berdasarkan proses kaji diri, persepsi dari perlakuan atau pengalaman diri
atau berdasarkan interaksi kita dengan orang lain

2. Kendiri Ideal
Pandangan yang diinginkan oleh seseorang terhadap dirinya
Terdapat kemungkinan ciri yang diinginkan itu dipunyai atau tidak
dipunyai.

3. Tiga keperluan asas yang diperlukan dalam perhubungan:


1.Kongruen
2.Penerimaan tanpa syarat
3.Pemahaman empatik yang tepat
MATLAMAT
Menjadikan individu berdikari dan bertanggungjawab
kepada diri sendiri.
Membantu individu mencapai perasaan bebas dan
sepadu.
Bantu diri klien menghadapi masalah pada masa kini
dan masa hadapan.
TEKNIK
Kaunselor membantu bukan dengan teknik tertentu, tetapi dengan
menyediakan diri mereka sebagai alat atau agen perubahan yang
memberi semangat dan ruang untuk klien menjadi lebih baik.
Kaunselor membina hubungan yang membantu, yang
membolehkan klien mengalami keadaan yang teraputik dan bebas
meneroka kehidupan yang selama ini tidak dipedulikan ataupun
terpendam.
Tiga suasana positif yang perlu diterapkan oleh kaunselor dalam
membina hubungan yang membantu:
1. Kongruen
2. Penerimaan tanpa syarat
3. Pemahaman empatik yang tepat
KETULENAN SEBENAR ATAU KONGRUEN
- Kongruen: kaunselor menjadi diri dia sebenar tanpa
berselindung atau memakai topeng semasa sesi
dijalankan
- Kaunselor bersifat ikhlas, tidak buruk sangka, tidak
ragu2, tidak pura2 terhadap klien dan perlu ada
kesedaran dan kepercayaan yang tinggi terhadap klien
- Ini kerana tahap kongruen klien bergantung kpd
kebolehn & keupyaan kaunselor
PENERIMAAN POSITIF TANPA SYARAT
- Menerima klien dalam apa jua keadaan.
- Kaunselor akan menghargai diri klien dan tidak
terpengaruh dengan tingkahlaku klien
- Penerimaan akan memberi kesan yang mendalam
kepada klien
EMPATI
- Kebolehan kaunselor utk masuk dalam ruang rujuk klien
dan benarkan klien mengalami proses mental dan emosi
- Empati yang wujud memudahkan penerokaan dan
memahami diri klien dengan lebih mendalam
- Aktif mendengar dan berfikir.
- Menumpukan pada apa yang klien cakap samada secara
lisan atau bukan lisan
- Membantu klien memahami bahawa kaunselor
mendengar dan memahami masalahnya
Tiga kualiti ini menjadikan klien tidak bersifat defensif
malah menggalakkan klien untuk bersifat terbuka dan
berusaha mencapai kesedaran (pemahaman kendiri,
kepuasan kendiri, autonomi, kekuatan kendiri dan
kesempurnaan kendiri)
Penglibatan klien yang aktif dalam menerokai dan
mengatasi masalahnya dan hubungan yang mesra
dengan kaunselor akan menggalakkan perkembangan
yang baik dalam diri klien.
APLIKASI DI SEKOLAH
Pendekatan yang selamat digunakan di sekolah.
Tidak menimbulkan masalah psikologi walaupun
digunakan oleh orang yang belum mahir.
Mempunyai kelebihan untuk digunakan dalam
intervensi kaunseling krisis seperti kes kematian ahli
keluarga, rogol, penganiayaan kanak-kanak.
Memberi keselesan kepada pelajar untuk menceritakan
masalah mereka.
TEORI REALITI- WILLIAM
GLASSER
PANDANGAN TENTANG
MANUSIA
O Manusia mempunyai kebebasan, boleh buat pilihan, dan
bertanggungjawab ke atas pilihan tersebut
O Manusia mempunyai kawalan sepenuhnya kepada dirinya.
O Pemikiran adalah sistem kawalan terhadap tingkahlaku untuk
mendapatkan keperluan diri.
O Manusia dipengaruhi oleh dua keperluan iaitu keperluan fizikal
dan keperluan psikologi.
 Keperluan fizikal :keperluan asas manusia
 Keperluan Psikologi:
a) Rasa Kepunyaan: Rakan, keluarga, kasih sayang
b) Kuasa: Penghargaan kendiri, dihargai dan bersaing
c) Kebebasan: membuat pilihan dan keputusan
d) Keseronokan: Bermain, berehat, ketawa, gembira dsb
O Pietrofesa (1984): berpendapat bahawa
tingkahlaku manusia samada menolong atau
menghalang adalah untuk memenuhi
keperluan asas manusia.
O Tingkahlaku yang dipenuhi dikatakan
bertanggungjawab dan yang gagal adalah
sebaliknya.
O Tingkahlaku tidak bertanggungjawab akan
membentuk identiti gagal dan begitulah
sebaliknya.
PUNCA MANUSIA
BERMASALAH
a) Bagaimana ia melihat dunia ini beroperasi
b) Kebebasan untuk mengawal diri terhalang
c) Tingkahlaku tidak bertanggungjawab tidak
dapat memenuhi keperluan asas seterusnya
akan membentuk identiti gagal
KONSEP UTAMA TEORI
O Teori Kawalan - diri dan permasalahan dipengaruhi oleh
bagaimana kita berfikir dan bertindak.
O Menolak model sakit jiwa (psikoanalisis) – kita yang
bertanggungjawab memilih tingkahlaku sama ada baik
atau buruk.
O Identiti berjaya atau gagal – Orang yang mempunyai
identiti berjaya akan berusaha untuk memenuhi
keperluannya tanpa menyusahkan orang lain. Identiti
gagal pula adalah orang yang sering mengkritik diri dan
tidak berusaha.
KONSEP UTAMA TEORI
O Penekanan kepada tanggungjawab – Orang yang
bertanggungjawab adalah orang yang tahu apa yang
mereka mahukan dalam hidup dan membuat tindakan
untuk memenuhinya.
O Menolak Proses Eksplorasi Masa lampau – memberi
fokus pada penyelesaian masalah pada masa kini.
O Menolak konsep transferens – tidak melihat kepada
masa lepas yang mengecewakan tetapi memberi fokus
kpd hubungan sekarang yang lebih memuaskan dan
berfaedah.
MATLAMAT TEORI
O Membantu klien menentukan matlamat hidupnya secara
bebas tanpa bergantung kepada orang lain. Klien harus
berusaha untuk mencapai autonomi.
O Menggalakkan klien untuk merancang strategi dan langkah-
langkah tertentu bagi mencapai matlamat hidupnya.
O Kaunselor boleh mengemukakan saranan berhubung dengan
matlamat hidup yang bertanggungjawab dan realistik serta
strategi-strategi yang boleh digunakan bagi mencapai
matlamat tersebut. Namun, klien sendiri mesti menentukan
apa yang baik bagi dirinya.
TEKNIK
O W – Wants/kemahuan, keperluan dan persepsi.
O E – Evaluation/penilaian kepada tingkahlaku sama
ada membantu atau sebaliknya. Bantu klien untuk
lihat jika perkara yang dilakukan tidak membantu.
O D - Direction and Doing/arah dan tindakan –
Merancang untuk berubah dan bertindak ke arah
perubahan tersebut.
O P – Planning/perancangan – memilih tingkahlaku
yang baik dan melaksanakan apa yang dirancang
APLIKASI DI SEKOLAH
O Terapi jangka pendek – sangat sesuai diaplikasikan
di sekolah.
O Membantu pelajar yang mempunyai masalah
disiplin – memilih tingkahlaku yang lebih
bertanggungjawab.
O Sangat berkesan dan menjimatkan apabila
dilakukan dalam kelompok.
O Cth: Menulis surat aku janji.
O Boleh juga digunakan untuk masalah jiwa yang
berat namun memerlukan kaunselor perlu mahir
untuk mempamerkan tingkahlaku yang mencabar
namun penuh keprihatinan.
TERAPI GESTALT – FREDERICK PERLS
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

 Manusia Teori gestalt itu berpendapat bahawa manusia itu:


1. dilihat secara total dan menyeluruh
2. adalah satu organisma yang bersepadu terdiri daripada fizikal
(tingkahlaku), mental (fikiran) dan spiritual (perasaan) yang bersatu.
3. asasnya bertanggungjawab, berkebolehan, berbakat dan keupayaan utk
mengurus diri.
4. terdapat suatu kecenderungan untuk mencapai keseimbangan atau
homeostasis.
5. manusia mempunyai naluri seks dan naluri lapar bagi meneruskan
zuriat.
6. setiap manusia mempunyai realiti mereka tersendiri.
7. manusia sentiasa berinteraksi dengan persekitarannya.
PANDANGAN TERHADAP PUNCA MASALAH

a) Konflik antara organisma dengan persekitaran.


b) Teori ini menekankan kepada persoalan ‘ego’
(sistem tindakbalas organisma terhadap
persekitarannya) iaitu samada seseorang itu
mendekati atau menjauhi persekitarannya.
Permasalahan timbul sekiranya gap antara diri
dan persekitarannya jauh.
KONSEP UTAMA

DI SINI DAN SEKARANG


- Orang yang sihat: memberi perhatian pada apa yang
berlaku dan boleh lakukan sekarang, dan menghargai
apa yang dipunyai.
- Orang yang bermasalah: Tidak menghargai apa yang ada
sekarang, terus- menerus menyalahkan apa yang telah
lepas, yang tidak dapat diulang dan diperbaiki. Juga
terlalu memberi perhatian kepada angan-angan masa
hadapan.
KONSEP UTAMA

PERKARA YANG TIDAK SELESAI


- Orang yang sihat: berpandangan perlu meluahkan dan
menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
- Orang yang bermasalah: membiarkan permasalahan itu
tidak selesai, tergantung, tidak terluah sehingga
mengganggu kehidupan dan hubungan dengan orang lain.
KONSEP UTAMA

LAPISAN NEUROSIS
- Orang yang sihat: tidak membina lapisan neurosis.
- Orang yang bermasalah: membina lapisan neurosis.
Terdapat lima lapisan iaitu kepura-puraan, takut,
kebuntuan, kejutan dan peletupan.
KONSEP UTAMA

IT TALK DAN YOU TALK


- Orang yang sihat: menggunakan kata ganti nama ‘I’ iaitu
saya bagi menunjukkan tanggungjawab dan penerimaan
terhadap diri.
- Orang yang bermasalah: cuba lari daripada
tanggungjawab yang diamanahkan kepada dirinya atau
tidak mahu menerima kelemahan diri cenderung
menggunakan kata ganti nama ‘it’ yang bermaksud itu
dan ‘you’ yang bermaksud awak.
- Kenapalah ‘awak’ buat begini…kan dah susah.
Sepatutnya, kenapalah saya buat begini….
MATLAMAT TERAPI

memberi kesedaran kepada individu mengenai


tanggungjawab mereka sendiri.
membantu individu lebih berdikari, tidak bergantung
kepada orang lain, dan menyedarkan mereka bahawa
mereka memang membuat berbagai-bagai perkara
daripada apa yang disangkakan mereka sendiri.
membantu individu agar lebih mengenali diri sendiri dengan
mendalam tanpa perlu berusaha untuk menyesuaikan
dirinya dengan persekitaranya.
MATLAMAT TERAPI

Membantu individu agar dapat merasai dan menyedari


segala perasaan dan pengalaman mereka masing-masing.
Memberi perhatian kepada pola-pola bahasa klien dan
struktur ayat yang digunakan.
PROSES DAN TEKNIK

 Aktiviti berdialog - Teknik ini dilakukan dengan cara klien berdialog antara
dua kecenderungan yang saling bertentangan, yaitu kecenderungan top dog
dan kecenderungan under dog,
 Making the Round - menghadapi, memberanikan dan membuat
pendedahan diri, bereksperimen dengan tingkah laku yang baru dengan
orang lain dalam bentuk bulatan.
 Lafaz Ikrar – membuat pernyataan untuk menerima tanggungjawab.
 Satu rahsia - berkhayal tentang suatu rahsia, membayangkan bagaimana
perasaan mereka jika rahsia itu diketahui dan bagaimana orang lain
bereaksi terhadap rahsia itu.
 Permainan projeksi - klien perlu cuba buat atau merasai perasaan yang
diprojeksikan kepada orang lain.
 Mengekal perasaan – kaunselor mendorong untuk bertahan (tidak
menghindari) dalam menghadapi perasaan yang tidak diingini.
 mentafsir mimpi dan lain-lain
APLIKASI DI SEKOLAH

 Teori ini kurang penggunaannya di sekolah.


 Walaupun kanak-kanak dan remaja belum matang dalam mengupas
lapisan neurosis mereka sendiri, mereka juga belum banyak membina
lapisan neurosis tersebut.
 Mereka juga belum diberi tanggungjawb sepenuhnya dalam membuat
keputusan.
 Walaubagaimanapun, teknik-teknik dalam teori ini sangat menarik dan
boleh digunakan dalam permainan psikologi. Ini kerana teknik tersebut
dapat membantu pelajar membina jati diri dan tanggungjawab sebagai
pelajar.
Imam al-Ghazali
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA
a)Manusia adalah sebaik-baik ciptaan dari dua unsur
material (darah, daging, tulang dsb) dan spiritual (roh,
nafsu, akal)
b)Dlm diri manusia ada dua sifat iaitu kemalaikatan dan
kehaiwanan iaitu manusia boleh jatuh ke martabat
haiwan dan boleh mencapai tahap malaikat
* Menurut Imam Al-Ghazali:-
Dlm diri manusia selain jasad ada unsur spiritual
(hati,roh, nafsu, akal)
Hati sebagai pemerintah kepada jasad dan roh,
nafsu dan akal sbg rakyat yang memberi pengaruh
kepada hati
• Menurut Imam Al-Ghazali:-
- Manusia makhluk yang kompleks, kebendaan, sygkan
kehidupan dan kepandaian
- Manusia juga suka kepada estetika dan benda-benda
yang cantik
- Manusia mengalami dugaan tetapi manusia
dibekalkan dengan hati
- Hati merupakan nadi penggerak manusia. Rosak hati
rosaklah manusia
samb
Berkaitan nafsu Imam Al-Gahzali
mengkategorikannya kepada tiga tahap iaitu:-
a) Nafs al-amarah
b) Nafs al-Lawwamah
c) Nafs al-Mutmainah
Fitrah yg baik, suci, bertauhid, ikhlas dan mampu
memikul amanah.
Mampu jadi hamba dan khalifah.
Mampu tentukan jalan hidup dan
mempertingkatkannya.
Semulia2 kejadian, walaubagaimanapun ada
keterbatasan.
Berpotensi
PUNCA MASALAH
Aspek spiritual yang lemah.
Nafs al-lawamah dan ammarah
Kelemahan dan keterbatasan diri
Gagal menyerahkan diri kpd Allah – tidak percaya
Jauh dari Allah
Membuat pilihan yang salah – tiada panduan
KONSEP
Al-Nafs
Al-Qalb
Ar-Ruh
Al-Aqal
MATLAMAT
Membantu dan memyembuhkan tekanan emosi
berpandukan al Quran dan as Sunnah.
Membantu klien memperolehi kesihatan minda dan
spiritual dengan mengimbangkan diri dengan
tanggungjawab terhadap agama dan masyarakat.
Membantu klien sedar dan percaya kewujudan dan
kekuasaan Allah untuk mengukuhkan keimanan mereka
yang merupakan satu elemen penting dlm penyembuhan.
Menggalakkan keinginan dan kesediaan klien untuk
berubah.
Membantu pertingkatkan kefahaman Islam klien.
Menurut al-Ghazali individu itu perlu dibantu melalui
proses mengenali diri - perjuangan jiwa, latihan jiwa dan
penyucian jiwa – bagi mendapatkan kebahagiaan.
TEKNIK KAUNSELING
Cara Bijaksana (Keadilan, tahan marah, menolak
kejahilan, menegakkan yang benar dsb)

Nasihat Yang Baik (Beri rangsangan utk tinggalkan


keburukan dan yakinkan klien semunya utk kebaikan)

Perbincangan Yang Baik (Tidak menyinggung peribadi,


menghina, menjatuhkan martabat, memahami dan cuba
membantu klien selesaikan masalah)
samb
Takwa
- Permulaan penyucian jiwa dan takwa kepada Allah dpt
menjauhkan diri dari perkara yang mungkar dan beramal
dengan ikhlas

Taubat
- Memohon kemaafan kepada Allah

Tafakur
- Manusia akan mengenal diri sendiri dengan mengenal
penciptanya.
samb
Mengerjakan Solat
-menunaikan solat memperolehi ketenangan hati

Berdoa
-Berdoa berterusan dengan hati yang ikhlas
APLIKASI DI SEKOLAH
Sangat sesuai diaplikasikan dipelbagai peringkat.
Merujuk manusia kepada fitrah asalnya.

Anda mungkin juga menyukai