Anda di halaman 1dari 5

1.

Teori Psikoanalisis

Teori ini diasaskan oleh Sigmund Freud. Teori ini begitu sinonim dengan konsep
ketulan air batu (iceberg) yang mana tahap sedar manusia diwakili oleh bahagian kecil di atas
air dan tahap tidak sedar manusia berada pada bahagian besar di bawah permukaan air. Hasil
pembentangan rakan-rakan saya dapat Freud menekankan akan kepentingan unusr tidak sedar
sebagai penyumbang besar yang akan mempengaruhi emosi individu seterusnya memberikan
kawalan kepada tingkahlaku sedar.

3 sistem utama yang membentuk struktur personaliti dalam teori ini ialah Id, Ego dan
Superego. Teori ini percaya tahap psikososial yang utama dalam sifat semulajadi manusia
dipengaruhi oleh pengalaman hidup bagi 6 tahun pertama yang dialami manusia. Tahap-tahap
perkembangan yang dialami oleh setiap manusia ialah tahap oral (tahun pertama kehidupan),
tahap anal (umur 1-3 tahun), tahap falik (umur 3-6 tahun), tahap latensi (umur 6-12 tahun)
dan tahap genital (umur 12-18 tahun).

Dalam teori ini terdapat istilah yang disebut sebagai Instinct yang mengenalpasti
tenaga psikik, id. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu instict hidup dan instinct mati.
Instinct hidup seperti lapar, haus, seks dan lain-lain. Instinct ini menggunakan tenaga yang
dikenali sebagai ‘libido’ yang merupakan istilah yang asalnya merujuk kepada tenaga seks
tetapi kini digunaka secara lebih meluas. Instinct mati pula merujuk kepada ciri-ciri ganas
yang ditekankan oleh Freud yang mendorong keada tahap tidak sedar.Tahap tidak sedar ini
adalah kritikal. Bagi membolehkan proses teraputik meneroka klien dengan lebih mendalam,
kaunselor perlu bijak untuk membuka tahap tidak sedar klien ini.

Saya turut didedahkan mengenai mekanisme bela diri ego yang dibentangkan oleh
rakan-rakan saya. Mekanisma bela diri ini tercetus akibat kewujudan daripada 3 perkara iaitu
kebimbangan realiti, kebimbangan neurotik dan kebimbangan moral. Manusia akan
menggunakan mekanisme bela diri ini apabila berhadapan dengan situasi yang mana ego
berada dalam keadaan yang terancam. Antara prinsip yang terdapat dalam mekanisma bela
diri ialah represi, projeksi, reaksi formasi, penafian, rasionalisasi, sublimasi, identifikasi,
intojeksi dan lain-lain lagi. Apabila mekanisme bela diri beroperasi untuk melindungi
seseorang ia akan menjadi penghalang kepada perkembangan diri untuk mendapatkan jalan
keluar daripada sesuatu isu atau situasi yang sedang dihadapi.

Teknik teraputik yang boleh digunakan oleh kaunselor bagi teori ini ialah teknik
interpretasi, analisis mimpi, perkaitan bebas, analisis dan interpretasi penentangan
(resistance), serta analisis dan interpretasi pemindahan (transference)
2. Teori psikologi individu Adler.

Alfred Adler merupakan pengasas bagi teori ini. Beliau percaya manusia
dimotivasikan oleh faktor sosial dan kemahiran interpersonal. Adler turut percaya apa yang
terjadi kepada mana-mana orang dewasa sebahagian besarnya dipengaruhi oleh enam tahun
awal kehidupannya. Namun Adler lebih melihat kepada persepsi seseorang terhadap masa
lalu dan bagaimana ia menginterpretasinya.

Adler turut percaya semua manusia sentiasa berusaha untuk mencapai tahap
superioriti yang menjadi matlamat dalam kehidupan mereka. Teori ini juga mempercayai
mengenai konsep gaya hidup seseorang itu adalah hasil kepada penilaian ang dibuat oleh
individu tentang status kendirinya. Adler menggunakan kaedah imbasan kembali gaya hidup
pada peringkat permulaan kehidupan untuk memahami gaya hidup kliennya.

Pemerhatian terhadap konstelasi keluarga antara komponen penting dan yang popular
bagi teori ini. Adler berpendapat kedudukan dalam susunan adik beradik adalah penentu
penting tentang persepsi manusia terhadap dunia di luar keluarganya. Pengaruh susunan
kelahiran ini dapat dilihat melalui ; anak sulung – seorang yang berjaya pendapat perhatian
yang baik. Anak kedua pula berada pada kedudukan berbeza kerana dia telah berkongsi
perhatian dengan anak sulung selepas dilahirkan. Anak tengah selalu berasa tersepit. Kadang-
kadang anak tengah sentiasa berasa dirinya tertipu dan mula meyakini tentang ketidakadilan
dalam kehidupan. Anak bongsu pula selalu menjadi bayi dalam keluarga dan terlalu
dimanjakan. Dia selalu mempunyai cara tersendiri apabila melakukan sesuatu dalam
hidupnya. Anak tunggal pula mempunyai moral tersendiri. Ia mempunyai persamaan dengan
ciri-ciri anak sulung namu anak tunggal mungkin sedikit sukar untuk berkongsi atau bekerja
bersama-sama orang lain.

Terdapat 4 fasa utama dalam proses kaunseling bagi teori ini. Fasa pertama ialah fasa
membina hubungan. Fasa kedua pula adalah proses meneroka kedinamikan klien. Fasa ini
merupakan fasa untuk menilai gaya hidup klien. Imbauan pada peringkat awal kehidupan
seseorang dan analisis kontelasi keluarga biasanya berlaku pada fasa ini. Rumusan hasil
triangulasi dapatan yang diperolehi akan dibuat oleh kaunselor untuk ke fasa berikutnya. Fasa
ketiga merupakan fasa untuk menggalakkan pemahaman kendiri dan celik akal klien.
Kaunselor akan menekankan kepada gabungan teknik untuk membawa klien mendapat celik
akal. Ia akan berlaku apabila klien mendapat kesedaran tentang matlamatnya yang salah serta
tingkahlaku yang dijalankan yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Kaunselor akan
menggunakan teknik konfrantasi dan interpretasi untuk membina tahap celik akal klien. Fasa
keempat dalam teori ini ialah orientasi semula. Pada fasa terakhir proses teraputik ini,
tindakan yang dikenalpasti merupakan tindakan yang akan mendidik semula dan
mengorientasi klien ke arah mencapai tahap celik akal. Klien digalakkan untuk mengambil
risiko, mencuba tingkahlaku baru dan bertanggungjawab terhadap tindakan yang bakal
diambil untuk kehudpan barunya. Intervensi terpenting dalam proses ini ialah proses
memberikan galakan kepada klien untuk berhadapan dengan perubahan baru dalam
kehidupannya. Kaunselor dan klien akan turut berbincang dan mempertimbangkan alternatif
lain dan kesan yang akan timbul sekiranya ia dilaksanakan oleh klien bagi mendepani
masalahnya.
3. Teori Pemusatan Perorangan

Teori yang diasaskan oleh Carl Rogers ini menekankan akan kepentingan
hubungan antara kaunselor dengan klien dalam sesi terapi. Bagi Rogers, setiap
individu mempunyai kekuatan untuk membimbing dan mengawal diri sendiri. Beliau
menekankan akan pandangannya mengenai sifat semulajadi manusia yang terbahagi
kepada harga dan penghormatan diri, tingkahlaku yang dilihat melalui sudut persepsi,
indvidu cenderung ke arah kesempurnaan kendiri dan setiap manusia adalah baik dan
boleh dipercayai.
Asas teori ini adalah mewujudkan satu perhubungan empatik antara kaunselor
dengan klien bagi membolehkan elemen ketulenan, penerimaan tanpa syarat, reaksi
spontan dan keadaan ‘here and now’. Keadaan ini hanya boleh berlaku dengan
wujudnya hubungan yang kuat antara kaunselor dan klien.
Konsep utama bagi teori ini ialah, semua manusia yang wujud di d
4. Teori Gestalt
5. Teori CT, CBT, REBT
6. Teori Kewujudan (Eksistensial)
7. Teori Realiti
8. Teori Feminis
9. Teori Postmodernis

mk

Anda mungkin juga menyukai