Anda di halaman 1dari 11

http://www.cicinta.com/2013/03/personaliti-ekstrovert-introvert-dan.

html

http://ppakrab.blogspot.my/

Pengenalan
Setiap individu yang wujud di permukaan bumi ini mempunyai sifat, sikap,
gaya, dan personaliti tersendiri. Dikalangan individu juga berbeza beza,
maksudnya tidak ada individu yang benar benar sama dari sifat sifatnya dan
setiap individu adalah unik, tetapi berkongsi sama beberapa sifat tertentu
dengan orang lain. Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri ciri
keperibadian seseorang individu itu, dan sememangnya mencirikan perbezaan
seorang manusia dengan manusia yang lain. Dua konsep yang perlu diberikan
penekanan iaitu tipikal dan berbeza. Personaliti seseorang adalah mengandungi
kesemua ciri psikologi yang secara relatifnya tidak berubah, yang tipikal (yang
biasa terdapat) pada orang tersebut. Contohnya mereka mempunyai tipikal yang
pemurah, pemalu, impulif dan lain lain. Penekanan kedua terhadap istilah
berbeza. Pola pola unik tipikal cara bertindak, berfikir, dan merasa setiap orang
adalah yang menyebabkannya berbeza daripada orang lain.
Personaliti dan perkataan Inggeris person adalah dua perkataan yang
berkait rapat. Pada umumnya, personaliti akan memperihalkan seseorang
individu tersebut tetapi secara khusus, personaliti adalah sifat sifat yang ada
pada seseorang individu seperti cara ia berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi
dan lain lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Oleh itu,
personaliti akan memperihalkan sifat sifat fizikal, emosi, dan kognitif seseorang
individu.

Faktor Yang Mempengaruhi Personaliti


Personaliti berkembang atau membentuk kerana ia dipengaruhi oleh tiga faktor,
antaranya ialah :
1. Perwarisan.
2. Pengalaman.
3. Budaya.

Perwarisan
Kajian untuk membuktikan kesan perwarian ke atas personaliti ialah
melalui kajian kembar seiras, dimana kembar seiras dibesar di dalam
persekitaran yang berbeza, tetapi masih mempunyai banyak kesamaan yang
nyata pada kembar seiras. Dengan kajian ini menunjukkan bahawa sesetengah
ciri pesonaliti adalah diwarisi melalui genetik atau biologikal.
Pengalaman

Personaliti juga dipengaruhi oleh kesan daripada pandangan dengan ibu


bapa, kawan sepermainan, saudara mara dan orang lain. Namun demikian,
pengalaman awal kanak kanak adalah penting dalam mempengaruhi
personaliti mereka seterusnya, antaranya ialah :
Perhubungan emosi awal : Kebanyakan ahli psikologi percaya dengan
perhubungan emosi awal kerana ibu ibu menghabiskan banyak masa dengan
anak anak mereka, maka mereka mempunyai peluang yang besar untuk
mempengaruhi emosi anak anak dan tingkah laku seterusnya. Ibu juga
merupakan model kepada anak anak mereka.
Penyusuan botol dan penyusuan ibu : Masih terdapat debat tentang mana
yang lebih baik penyusuan botol atau penyusuan ibu. Kebanyakan ibu masih
memilih penyusuan ibu kerana mereka percaya ia boleh mewujudkan
perhubungan yang lebih hangat, mesra dan kasih sayang dengan anaknya.
Namun ahli psikologi lebih menekankan cara penyusuan anak, dimana tidak kira
yang diberi itu susu botol atau susu ibu, jika semasa penyusuan itu ibu tidak
menunjukkan kemesraan, kasih sayang kepada anak, maka ini akan
menghasilkan anak anak yang mempunyai personaliti yang kurang sihat.
Rutin amalan pemeliharaan anak : Cara ibu menceraikan susu anak,
latihan membuang air besar dan kecil dan amalan lain yang rutin adalah
mempengaruhi pembentukan personaliti bayi. Sekiranya ibu bapa adalah
bertanggungjawab, konsisten, dan memahami, anak anak mereka akan mampu
membentuk sikap dan konfiden yang positif, yang membawa kepada
pembentukan personaliti yang seimbang dan mudah penyesuaian.
Ibu bapa kucar kacir dan anak anak mereka : Sekiranya ibu bapa
mewujudkan rumahtangga yang tidak selamat, begitu juga sekiranya
menunjukkan tingkah laku yang tidak konsisten kepada anak- -anak, saling
membenci, maka anak anak akan membentuk kebimbangan. Rumahtangga
yang kucar kacir lebih cenderung menghasilkan anak anak yang tidak
gembira.
Keluarga yang autokratik berbanding demokratik : Sesetengah ahli
psikologi percaya bahawa cara pemiliharan anak, sama ada secara autokratik
(ibu bapa menggunakan kuasa untuk memberi arahan dan anak anak hanya
menerima arahan) atau demokratik (dimana anak anak diberi kebebasan
secara berpanduan) adalah mempengaruhi perkembangan personaliti anak
anak.

Budaya
Tingkah laku boleh disalurkan daripada ibu bapa, komuniti, masyarakat
kepada ahli ahlinya yang baru. Anak anak adalah cenderung meniru tingkah
laku mereka yang terdekat dengan mereka. Faktor faktor persekitaran baik
fizikal, budaya mahu pun sosial boleh membentuk personaliti ahli ahlinya.
Kelompok agama, kelompok etnik, komuniti dan malahan kelompok sosial seperti
kelab dan organisasi adalah di antara contoh faktor persekitaran yang
berperanan penting dalam mempengaruhi pembentukan personaliti.

Teori Humanistik
Teori humanistik atau kemanusiaan dikenali sebagai kuasa ketiga di alam
psikologi. Teori ini menumpukan perhatian kepada manusia sebagai insan yang
baik, murni dan sentiasa berkembang ke arah kebaikan. Pakar pakar psikologi
kemanusiaan seperti Carl Ransom Rogers dan Abraham H. Maslow selalu
menekankan yang perkembangan diri ke arah kesempurnaan kendiri individu
sebagai pengacara bagi pelbagai tenaga yang bertugas untuk membentuk
personaliti seseorang.

TEORI KAMANUSIAAN CARL ROGERS


Teori Humanistik Mengikut Pandangan Carl Rogers
Carl Rogers adalah satu satunya pakar yang amat mementingkan
manusia sebagai manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat
manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar.
Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat
semua manusia sebagai entiti entiti yang baik dan mulia. Semua tingkah laku
mereka didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri.
Ada beberapa suasana atau keadaan yang dapat membantu manusia
untuk berkembang secara positif. Amir Awang (1987) mencatatkan tiga suasana
tersebut, iaitu :
1. Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran.
2. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat.
3. Kefahaman yang mendalam.
Jikalau semua faktor ini ada pada setiap manusia, maka perkembangan
diri yang positif ke arah kesempurnaan kendiri akan berjalan dengan lebih lancar.
Dalam membentuk teori personaliti kemanusiaan, Rogers memberi
tumpuan kepada individu dan kendirinya. Mengikut pendapatnya lagi, seseorang
itu mempersepsikan objek serta pengalaman pengalaman dan memberi makna
kepadanya. Sistem persepsi dan pemberian makna yang berkeseluruhan ini
membentuk ruang fenomenal individu berkenaan dan dalamnya, ada peristiwa
yang disedari serta ada yang tidak disedarinya.

Kendiri pula adalah satu organisasi atau aturan persepsi atau gestalt yang
konsisten, termasuklah sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta
hubungan dengan entiti lain seseorang itu yang dilihatnya sebagai aku, saya
atau diri. Pada masa yang sama, Rogers menyatakan dalam setiap individu
wujud satu konsep yang digelar sebagai diri unggul, iaitu bentuk dan konsep
kendiri yang amat diingini oleh individu berkenaan. Diri unggul mempunyai
kompenan- kompenan seperti persepsi dan makna yang releven pada individu
tersebut serta sesuatu yang amat bernilai pada dirinya.

Konsep kendiri yang disarankan oleh Rogers adalah definisi diri yang individu
sendiri berikan kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan
perkataan saya atau aku. Ada beberapa fakta yang menarik berkenaan
dengan konsep - kendiri Rogers, antaranya ialah :
1. Pandangan Rogers terhadap kendiri sama seperti kefahaman umum psikologi
terhadap persepsi.
2. Kendiri mengandungi sifat configurational, gabungan mewakili satu yang
terurus dan konsisten secara keseluruhan.
3. Kendiri tidak homunculus. Kendiri tidak berbuat apa apa. Seseorang individu
tidak mempunyai satu kendiri yang mengawasi tingkah lakunya, sebaliknya dia
mempunyai satu gabungan pengalaman yang digambarkan sebagai kendiri.
4. Gabungan pengalaman dan persepsi, dikenali sebagai kendiri, pola timbul
dalam kesedaran. Jika definisi kendiri terlibat dengan ukuran yang tidak sedar,
sukar dioperationaliskan untuk membut kajian.
Walau bagaimanapun, pergerakan individu ke arah kesempurnaan kendiri
tidaklah selalunya lancar seperti yang diharapkan oleh setiap individu. Dimana
manusia terpaksa melalui beberapa rintangan, terutama sekali yang berkaitan
dengan hal konsistensi kendiri dan kongruens untuk mencapai matlamat.
Maksud konsistensi kendiri adalah kecenderungan organisma mengekalkan
struktur dirinya iaitu kesamaan persepsi diri yang dilihat dari luar, tidak pula dari
dalam seperti yang ada pada konsep kendiri.

Manakala kongruens pula bermaksud suasana yang nyaman dan konsisten


yang wujud diantara kendiri dengan pengalaman seseorang. Walau
bagaimanapun, seseorang sering mengalami keadaan tak kongruens, dimana
kedaaan ini berlaku apabila wujud ketidaksamaan di antara kendiri yang
dipersepsikan dengan kendiri yang sebenar. Keadaan ini akan menimbulkan
kebingungan, ketidakselesaan dan ketegangan dalam diri individu. Jikalau
keadaan ini berpanjangan, individu akan mengalami anxieti, iaitu hasil
ketidaksamaan di antara pengalaman dan persepsi kendiri. Terdapat dua cara
untuk mengatasi keadaan tak kongruens :
1. Dengan cara menafikan kewujudan pengalaman yang tidak konsisten dan cara
ini akan mengekalkan konsep dan struktur - kendiri yang sedia ada pada individu
berkenaan.
2. Menggunakan kaedah pertahanan yang lebih kerap iaitu pengherotan.
Pengherotan bermaksud individu akan mengherot makna pengalaman yang
dirasai dan individu berkenaan akan hanya membenarkan sesuatu pengalaman
yang konsisten dan tidak bercanggah dengan konsep kendiri, iaitu ke dalam
kesedaran.
Pada masa yang sama, manusia juga memerlukan perhatian yang positif,
iaitu keperluan disayangi, disukai, dihormati, disanjung, diterima dan dikasihi
oleh orang lain. Namun, manusia tidak sentiasa mendapat perhatian yang positif
yang amat diperlukan.

Oleh itu, Rogers menekankan kepentingan kongruens antara diri yang


dipersepsi dengan diri yang dialami supaya seseorang dapat berkembang ke
arah kesempurnaan kendiri. Ini bermakna individu harus menerima diri dan
pengalamannya dan menjadikan diri berfungsi sepenuhnya bagi mencapai
kesempurnaan kendiri yang didamkan

Rumusan Metodologi
Kendiri pula adalah satu organisasi atau aturan persepsi atau gestalt yang
konsisten, termasuklah sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta
hubungan dengan entiti lain seseorang itu yang dilihatnya sebagai aku, saya
atau diri. (Rogers, 1959). Pada masa yang sama, Rogers menyatakan dalam
setiap individu wujud satu konsep yang digelar sebagai diri unggul, iaitu bentuk
dan konsep kendiri yang amat diingini oleh individu berkenaan. (Patterson,
1984).
Konsep kendiri yang disarankan oleh Rogers adalah definisi diri yang individu
sendiri berikan kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan
perkataan saya atau aku. (Rychlak, 1973).
Rogers mengatakan yang sesuatu organisma mempunyai satu kecenderungan
asas iaitu untuk menyempurnakan, mengekal dan menambah pengalamannya.
(1951).
Sistem ini bukanlah bertujuan untuk mendapatkan nikmat atau untuk
mengelakkan kesakitan, tetapi hanya untuk mengekalkan struktur yang sedia
ada. (Pervin, 1984).
Pengherotan bermaksud individu akan mengherot makna pengalaman yang
dirasai dan individu berkenaan akan hanya membenarkan sesuatu pengalaman
yang konsisten dan tidak bercanggah dengan konsep kendiri, iaitu ke dalam
kesedaran. (Rogers, 1951).
Pada masa yang sama, manusia juga memerlukan perhatian yang positif.
(Rogers, 1959).

Kritikan
Walaupun pengalaman subjektif merupakan sumbangan ia juga merupakan
limitasi kajian saintifik. Kelemahan yang dihadapi ialah :
Tiada definisi jelas bagi personaliti.
Sukar mengoperasikan konsep konsep untuk diuji.
Masalah menerima laporan kendiri sebagai bukti.
Kekurangan arahan dalam kaunseling menyusahkan sesetengah individu.

TEORI KEPERLUAN ABRAHAM MASLOW

Teori Humanistik Mengikut Pandangan Abraham Maslow


Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan
penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan
sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu
menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan
menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau
menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian
daripada individu.
Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana
tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap,
individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini
dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa
mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.
Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan
individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi.
Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow
berpendapat
sebilangan
keperluan
dalaman
yang
menggerak
serta
mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang
ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki.
Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi
harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap
kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika
keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.
Maslow juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat
bawah dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya :

Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan
kewujudannya secara beransur ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu
ianya lebih istimewa kepada individu tersebut.
Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia.
Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa.
Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur.
Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang
mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di peringkat
tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan
pertumbuhan.

Keperluan keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya


dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.

1. Keperluan Fisiologi

Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan
udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama
dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan
selagi kehendak asas ini dipenuhi.
2. Keperluan Keselamatan
Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup,
kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang undang serta membebaskan diri
daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat
diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup.
3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan
Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan
dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu
kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini
sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.
4. Keperluan Penghargaan Kendiri
Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu
berkuasa, sekurang kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama,
kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya
manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup.
5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri
Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai
kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi
terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri.

Ciri Ciri Individu Yang Telah Mencapai Kesempurnaan Kendiri


Mengikut Maslow manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan
manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah
dapat menrealisasikan pontesinya. Ciri ciri personaliti manusia yang telah
mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah, antaranya :

1. Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan


kebajikan orang lain.
2. Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan.
3. Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada
apa yang dipercayainya walaupun tidak popular.
4. Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti
fesyen, adat resam, dan seumpamanya.
5. Seronok bersama kawan kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka.

6. Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru.


7. Bersikap objektif.

Rumusan Metadologi
Maslow (1968) melihat manusia sebagai insan yang baik serta mulia dan
mempunyai dorongan sejadi untuk berkembang ke arah kesempurnaan kendiri.
Pencapaian keperluan penghargaan kendiri akan membolehkan manusia rasa
punyai harga diri, berkebolehan, berguna dan boleh berjasa kepada masyarakat
(Maslow, 1954).
Maslow (1954) menyatakan bahawa jikalau seseorang berupaya mencapai tahap
kesempurnaan kendiri tetapi tidak berusaha ke arahnya, maka ia akan
mengalami kegelisahan dan keresahan dalam hidup.

Kritikan
Teori Maslow sungguh terkenal dalam bidang psikologi dan juga bidang bidang
lain seperti bidang pengurusan, bidang kejururawatan dan bidang pendidikan.
Hierarki keperluan yang dikemukakan oleh Maslow dianggap sebagai sesuatu
yang logik dan mudah. Tetapi ianya dianggap kompleks apabila kemungkinan
wujud tingkah laku secara sedar.

Bibliografi

Mahmood Nazar Mohamed, 1960. Pengantar Psikologi : Satu pengenalan Asas


Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia : Dewan bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur (2001).
Dr. Marof Redzuan & Pn. Haslinda Abdullah. Psikologi : Fakulti Ekologi Manusia,
Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor (2001).
Wan Abdul Kader & Fatimah Yusooff. Program Jarak Jauh Jabatan Psikologi :
Pusat Pengajian Luar Kampus, Universiti Kebangsaan Malaysia

Extrovert Atau Introvert, Mana Kepribadian Yang Lebih Baik?

Kata ekstrovert dan introvert adalah kata yang mungkin sudah lumayan
umum kita dengar. Kebanyakan orang sering menggunakannya untuk menyebut
orang-orang yang memiliki karakteristik dalam pergaulan sosial tertentu.
Misalnya, orang-orang yang mudah bergaul dengan orang lain dan cenderung
terlihat ceria didepan banyak orang disebut ekstrovert, Lalu, orang-orang yang
tidak mudah bergaul dengan orang lain dan lebih sering menghabiskan waktu
dengan dirinya sendiri disebut dengan introvert.

Penggunaan tersebut tidak salah, bahkan cenderung tepat. Kata


ekstrovert dan introvert dalam teori psikologi sebenarnya adalah tipe-tipe
kepribadian menurut Carl Jung. Salah satu tokoh penting dalam ilmu psikologi,
dia pernah menjadi partner Freud walaupun akhirnya berpisah dengannya karena
tidak setuju dengan pandangan-pandangan Freud. Penulis mungkin akan
membahas tentang tokoh ini dalam artikel lain. Kembali pada tipe kepribadian
ekstrovert dan introvert, menurut Jung ada beberapa orang yang lebih
mendapatkan energi dari dunia luar (orang-orang ekstrovert) dan ada juga

orang-orang yang lebih mendapatkan energi dari dunia dalam diri mereka sendiri
(orang-orang introvert)

Orang-orang ekstrover itu akan tidak bersemangat ketika mereka harus


menghabiskan waktu sendiri sementara orang introvert adalah kebalikannya
Introvert, adalah orang-orang yang cenderung lebih merasa nyaman
dengan dunia mereka sendiri, mereka adalah pemikir dan sering tenggelam
dalam alam pikiran dan perasaan mereka, mereka akan melihat dunia sebagai
sesuatu yang mempengaruhi mereka. Orang-orang introvert cenderung lebih
nyaman hidup sendiri dan mandiri, walaupun mereka tinggal bersama orangorang itu pun hanya orang-orang tertentu saja yang mereka anggap dekat.
Mereka adalah orang-orang yang harus memiliki waktu untuk menyendiri
agar energi mereka pulih kembali. Kelebihan mereka adalah mereka pemikir,
tenang, dan orang-orang yang sering introspeksi diri. Sementara kelemahan
mereka adalah mereka memiliki teman yang sedikit, dan karena mereka adalah
pemikir ada kemungkinan mereka untuk kehilangan kontak dengan lingkungan
mereka, atau dengan kata lain kehilangan kontak dengan dunia luar.
Ekstrovert, kebalikannya mereka merasa nyaman ketika bersama-sama
dengan orang lain, dan mereka lebih melihat bahwa dunia adalah sesuatu yang
dipengaruhi oleh mereka. Orang-orang ekstrovert adalah orang-orang yang
sering terlibat dengan dunia luar dan orang-orang, mereka lebih sering
bersosialisasi. Mereka lebih aktif dan cenderung lebih sadar dengan apa yang
terjadi disekeliling mereka.
Orang-orang ekstrovert adalah orang-orang yang suka untuk tergabung
kedalam grup-grup tertentu, komunitas, dan memiliki banyak teman. Kelebihan
mereka, mereka adalah orang-orang yang secara aktif bersosialisasi dan mereka
akan memiliki banyak teman. Sementara kelemahannya adalah mereka sangat
takut sendirian, karena jarang instropeksi mereka terkadang merasa tidak kenal
dengan diri mereka sendiri dan mereka tidak tahu apa yang harus mereka
lakukan ketika mereka berada dalam kesendirian.
Dari uraian diatas kita kembali pada judul, kalau begitu mana kepribadian
yang lebih baik? ekstrovert atau introvert? Mengenai hal ini Jung mengatakan
bahwa sebenarnya tidak ada orang-orang yang secara khusus memiliki satu
kepribadian. Tidak ada orang yang secara utuh memiliki kepribadian ekstrovert
atau seseorang yang hanya memiliki kepribadian introvert. Setiap orang memiliki
dua kepribadian ini secara bersamaan, tapi memang ada yang lebih dominan
dan lebih sering "dipakai" oleh orang yang bersangkutan. Jung mengatakan :

"Jika kamu menemukan seseorang yang ekstrovert, maka kamu akan


menemukan bahwa secara tidak sadar dia adalah seorang yang memiliki kualitas
introvert, karena kepribadian ekstrovertnya berada di alam sadar dan dia
menekan kepribadian introvernya ke alam bahwa sadar"

Dari kata-kata diatas, hal yang perlu dicatat adalah orang itu tidak pernah
secara utuh berkepribadian ekstrovert atau introvert. Jadi sekali lagi mana
kepribadian yang lebih baik? jawabannya adalah tidak ada kepribadian yang
lebih baik, keperibadian ekstrovert dan introvert dua-duanya dibutuhkan oleh
seseorang. Kepribadian yang lebih baik menurut Jung adalah seseorang yang
bisa menyeimbangkan kecenderungan ekstrovert maupun introvertnya.
Sebagai contoh, orang-orang ekstrovert itu adalah orang-orang yang
bergantung pada dunia luar, mereka bergantung pada teman-temannya. Tapi
pada kehidupan sebenarnya terkadang kita dihadapkan pada situasi-situasi
dimana orang ekstrovert harus bisa introspeksi. Seperti dalam kondisi dimana
mereka harus berjuang sendiri, seperti untuk mencapai prestasi dalam jenjang
pendidikan, pekerjaan, bahkan situasi sosial ketika mereka sedang sendiri.
Introspeksi bisa menghindarkan mereka dari kecemasan dan kegelisahan ketika
mereka merasa sendiri.
Sama halnya seperti orang-orang intovert, mereka juga tidak lebih baik.
Orang-orang introvert terlalu tergantung dengan dunia dalam dirinya, terlalu
mengandalkan pikiran dan perasaan mereka. Padahal terkadang ada masalahmasalah yang tidak bisa diselesaikan oleh diri mereka sendiri, ada masalahmasalah yang hanya bisa diselesaikan dengan cara mengkomunikasikan pikiranpikiran mereka. Dengan merubah paradigma menjadi seorang ekstrovert untuk
sementara mereka akan bisa untuk menyelesaikan lebih banyak masalah, dan
mereka akan terhindar dari depresi karena mereka tidak mampu
mengkomunikasikan pikiran-pikiran mereka.
Intinya adalah, ketika seorang introvert mengaktifkan sisi ekstrovert yang
selama ini berada di alam bawah sadarnya, mereka akan mampu menyelesaikan
masalah dengan mengkomunikasinnya. Atau, ketika situasi menuntut mereka
untuk introspeksi, maka orang-orang ekstrovert harus mengaktifkan sisi
introvertnya sehingga si masalah bisa terselesaikan dengan rencana yang sudah
dipikirkan dan sudah matang.
Bisa menyeimbangkan antara kepribadian ekstrovert dan introvert pada
diri kita adalah kunci untuk memiliki mental yang lebih sehat dan terhindar dari
gangguan-gangguan, seperti gangguan kecemasan maupun depresi.Kita harus
sadar bahwa kedua kualitas ini selalu ada dalam diri kita dan tergantung kita
mau memanfaatkannya atau tidak.

Anda mungkin juga menyukai