Syukur adalah satu sifat yang sangat penting di dalam diri seseorang.
Tanpa syukur, seorang manusia itu akan lupa daratan dan sentiasa
merasakan diri merekalah yang sebenarnya sempurna dan berkuasa.
Lihat sahaja kepada contoh golongan yang tidak bersyukur yang telah
dinukilkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran sebagai iktibar kepada
hamba-Nya.
Firaun Dan Pengikutnya
Firaun adalah seorang raja yang telah diberikan keistimewaan oleh Allah
S.W.T dengan tidak pernah jatuh sakit sepanjang hidupnya. Di samping
itu juga, dia diberikan sebuah kerajaan yang sagat besar dan kuat iaitu
kerajaan Mesir ketika itu.
Tetapi malangnya, Firaun menjadi sombong dan lupa diri.
Oleh kerana keistimewaanya itu, dia merasakan dirinya adalah Tuhan
yang patut disembah - dia menyuruh seluruh rakyatnya menyembah
dirinya.
Sehinggakan Allah S.W.T mengutuskan Nabi Musa a.s. untuk menjadi
petunjuk ke atas rakyat yang telah dizalimi tadi.
Allah S.W.T juga memberi balasan yang setimpal ke atas perbuatan
angkuh Firaun itu dengan menenggelamkan dia di Laut Merah sewaktu
cuba membunuh Nabi Musa a.s.
Begitu juga yang terjadi ke atas Haman; perdana menteri yang dilantik
ketika pemerintahan Firaun.
Dia banyak menghabiskan duit rakyat dan sentiasa mengampu Firaun
dengan kata-kata manis untuk mengekalkan kedudukannya selaku
Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya
Allah S.W.T ada menyelitkan hikmah di sebalik kedukaan ujian yang
melandanya.
Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan
digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s dinaikkan
darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.
Jesteru ayuh sahabat sekalian, majulah dalam menempuh ujian hidup ini
kerana ada sesuatu yang manis sedang menunggu kita.
Ingatkan teman yang lain dan ingatkan diri kita sendiri.
Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan di
atas amalan yang dilakukan.
"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh
kami, sesungguhnya kami hamba-Mu yang daif dan lemah."
"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."
"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah
dilupakan.
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu
sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."
- Artikel iluvislam.com
2.
3.
Dan nikmat apapun yang kalian dapatkan adalah datang dari Allah.
(An-Nahl: 53)
Dan jika kalian menghitung nikmat Allah niscaya kalian tidak akan
sanggup. (An-Nahl: 18)
Pemberian Allah Subhanahu wa Taala untuk Satu Tujuan yang Mulia