Anda di halaman 1dari 15

Konvensyen Kaunseling

Kebangsaan Kali Ke 21
Pendekatan Psiko-Pendidikan dalam Meningkatkan
Pencapaian Akademik Pelajar Asrama di Daerah
Pedalaman Sarawak

Oleh : Aizuddin Bin Ghazali & Zuria Binti Mahmud


Universiti Kebangsaan Malaysia
Psikologi
Pendidikan Pendidikan melalui
pendekatan kaunseling
Latar Belakang Kajian

● 7 orang peserta
● Murid tahun 6
● Lelaki
● Tahap akademik lemah dan sederhana
● Dipilih oleh Guru Besar
● Menetap di asrama
● Status Ekonomi Sosial yang rendah (pendapatan isi rumah
RM1300-RM3000)
● Kajian kualitatif (Pemerhatian dan temubual)
Fokus modul Psikologi Pendidikan yang
dihasilkan

Modul ini sesuai untuk dijalankan bagi individu yang mempunyai isu seperti
;

1) Tahap keyakinan diri yang rendah.


2) Hilang fokus dalam pembelajaran.
3) Sederhana dalam akademik dan berpotensi untuk dibantu ke arah
peningkatan akademik.
Persoalan Kajian
1. Apakah penilaian ahli kelompok terhadap tahap konsep
kendirinya?
2. Apakah tahap pencapaian akademik ahli kelompok yang
terkini?
3. Apakah aktiviti harian yang dilakukan oleh ahli kelompok
4. Apakah modul psikopendidikan ini dapat menyumbang kepada
persepsi ahli mengenai tahap konsep kendirinya pada akhir sesi
kelompok dijalankan?
5. Bagaimanakah perasaan ahli kelompok sebelum dan selepas sesi
kelompok dijalankan?
Tatacara dan proses pelaksanaan modul

Kenalpasti Masalah Proses mengumpul Bina Kelompok


maklumat

1 3 5

2 4 6

Kenalpasti peserta Perancangan strategi Pelaksanaan modul


penyampaian maklumat
Pelaksanaan Modul
Modul sesi

Sesi 1 Sesi 2 Sesi 3 Sesi 4 Sesi 5 Sesi 6

My Daily Hadiah Yang My Journey to


Siapa Saya Schedule Musnah Surat Sayang Cermin Daun success
Perbincangan

- Apakah penilaian ahli kelompok terhadap tahap konsep kendirinya?

Pada awal sesi kebanyakan tahap kendiri ahli kelompok berada pada tahap yang rendah
dan sederhana. Hal ini dipengaruhi oleh status ekonomi keluarga mereka, cara mereka
dibesarkan, perspektif guru dan rakan-rakan mereka mengenai diri mereka yang dianggap
lemah dan tidak ada sebarang pencapaian yang membanggakan dalam hidup mereka
setakat ini. Walaubagaimanapun pada akhir sesi, ada sedikit perubahan terhadap penilaian
untuk konsep kendiri mereka. Mereka melihat diri mereka sebagai seorang yang boleh
berjuang dan akan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kelulusan dalam peperiksaan
nanti.
Apakah tahap pencapaian akademik ahli kelompok?

Semasa perjumpaan pertama dijalankan, pengkaji mendapati kesemua ahli tidak pernah lulus
dalam setiap ujian (3 ujian penilaian telah dijalankan) sejak awal tahun persekolahan tahun
6 bermula. Pada tahun sebelumnya hanya beberapa ahli sahaja yang lulus dalam 2 atau 3
matapelajaran semasa peperiksaan darjah 5 dijalankan.
Apakah aktiviti harian yang dilakukan oleh ahli kelompok?

Ahli banyak meluangkan masa bermain bola, bermain dengan rakan, melukis, bermain telefon
bimbit, menonton televisyen dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan mereka.
Apabila berada di asrama mereka terikat dengan jadual yang telah ditetapkan oleh pihak
pengurusan sekolah dan asrama. Walaubagaimanapun, semasa aktiviti
Apakah modul psikopendidikan ini dapat menyumbang kepada persepsi ahli mengenai tahap
konsep kendirinya pada akhir sesi kelompok dijalankan?

Dari aspek konsep kendiri, modul ini telah menyumbang kepada peningkatan terhadap
keyakinan diri dan penilaian untuk konsep kendiri mereka pada akhir sesi. Ini dilihat melalui
aktiviti surat sayang dan penilaian akhir sesi kelompok dijalankan.
Bagaimanakah perasaan ahli kelompok sebelum dan selepas sesi kelompok dijalankan?

Pada awal sesi, apabila ditanyakan sama ada ahli gembira menghadiri sesi ini, 3 memilih sangat
bersetuju, 2 tidak setuju dan 2 sangat tidak setuju. Ada ahli kelompok yang berasa diri mereka
lebih bersemangat, ada yang berasa sedih kerana tidak dapat lagi melakukan aktiviti-aktiviti
seperti dalam sesi sebelum ini dan terdapat ahli yang berasa sangat gembira kerana mereka
melihat diri mereka sebagai individu yang berpotensi untuk mencapai kejayaan dalam hidup
mereka. 7/7 ahli memilih sangat bersetuju sesi ini membantu mereka untuk menjadi lebih yakin
dan bersemangat serta merancang jadual yang lebih efektif bagi mencapai kecemerlangan
akademik mereka. 7/7 juga berasa gembira kerana terpilih dalam program ini.
Analisis perbandingan pencapaian
penilaian akademik peserta
Sekian, Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai