Anda di halaman 1dari 33

Tajuk:

LATAR BELAKANG TEORI

Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang


dipelopori oleh Sigmund Freud.

Teori ini terhasil semasa Sigmund Freud dan Josef


Breurer membuat satu penyelidikan melalui kaedah
hipnosis yang dijalankan semasa membuat rawatan
terhadap pesakit-pesakit histeria.
Psikoanalisis diiktirafkan sebagai satu kaedah
bagi merawati seseorang individu yang
meminta bantuan masalah emosinya.

Psikoanalisis boleh merawati individu yang


terdapat masalah personaliti yang sungguh
tertekan dan mendalam.

Ia kurang sesuai untuk mengatasi kesulitan yang


dialami seharian.
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA
Manusia dilahirkan dengan dorongan naluri
kebinatangan. Naluri ini telah dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu :

-Naluri seksual atau eros (naluri hidup)

-Naluri pembinasaan atau thanatos (naluri mati).


PANDANGAN TERHADAP MANUSIA
Semua kuasa naluri disimpan dalam tenaga yang tidak
bertambah. Tenaga ini akan wujud dalam bentuk yang
dikenali sebagai tenaga determinisme psikik. {tenaga
penyebab yang mengakibatkan tingkah laku fizikal dan
mental manusia}

Tenaga ini juga merupakan kuasa penggerak kepada


segala perilaku manusia dan mempunyai hubungan
dengan naluri seksual dan libido(nafsu).
KONSEP ASAS

3 TAHAP KESEDARAN:
Alam Sedar (Concious)

Alam Pra Sedar (Preconcious)

Alam Tidak Sedar (Unconcious)


ALAM SEDAR
Apa- apa sahaja yang seseorang itu sedari tentang
perkara-perkara tertentu.

Pemikiran, sensasi(mengigil), perasaan, dan ingatan.

Kata lain : Apa yang kita sedang rasakan, ingatkan


dan fikirkan pada masa kini.

Contoh: gembira, marah, sepi, lapar, kenyang,


ALAM PRASEDAR
Mengandungi ingatan-ingatan yang tidak disedari pada masa kini,
tetapi sebenarnya ingatan-ingatan tersebut dapat dan boleh disedari
melalui proses memberi perhatian dan mengingat semula.

Kita tidak ingat apa warna baju yang telah kita pakai semalam, tetapi
perkara ini sebenarnya kita boleh ketahui dengan mengingat semula,
kesannya proses ingatan itu dapat membuatkan diri kita sedar.

Alam pra sedar ini berada pada tahap di antara tahap alam sedar
dan alam tidak sedar.
ALAM TIDAK SEDAR
Tahap yang paling penting.

Ingatan-ingatan yang tersimpan pada waktu dahulu disisihkan daripada


tahap sedar disebabkan oleh kerana tidak membuatkan seseorang
selesa dan membawa kebimbangan, sesuatu perkara boleh
menyebabkan perubahan- perubahan yang berlaku di dalam emosi.

Mengandungi kesemua naluri (seksualiti) dan keinginan yang tidak


dibenarkan masuk ke alam sedar.
STRUKTUR PERSONALITI

3 SISTEM :

ID

Ego

Superego
ID
Berlandaskan prinsip kenikmatan
dengan mencari kepuasan dan mengelak
kesakitan.

Bertindak berbuat apa sahaja yang


mereka kehendaki.

Terdiri daripada naluri seperti seksual,


gesaan biologikal, impuls kelangsangan dan
juga kehancuran
NALURI-NALURI YANG TERDAPAT PADA
SISTEM ID:

Naluri hidup Naluri mati


(eros) (thanatos)

Naluri seperti Naluri penghancur


seksual, lapar dan
sebagainya

Membantu manusia Manusia mempunyai


untuk terus hidup hasrat dan
(survival) kehendak untuk
mati.
Tidak semuanya naluri dapat dipuaskan, kesannya
timbul ketegangan dan pergelutan.

Bagi mengurangkan ketegangan tersebut, id


menggunakan proses pemikiran asas atau premier
(primery process) dengan cara membentuk dan
membayangkan objek yang diingini.
EGO

Personaliti yang mempunyai sifat realistik, rasional dan logikal.

Berlandaskan kepada prinsip realistik kerana ia perlu mencari jalan


yang realistik dan pertimbangan wajar dalam memenuhi keperluan dan
dalam masa yang sama cuba mengelak masalah yang disebabkan oleh
fikiran dan tingkah laku yang bersifat mementingkan diri sendiri.

CTH: Apabila kita rasa mengantuk, ego yang ada pada diri kita akan
membuat keputusan yang kita harus perlu pergi membasuh muka,
meminum air kopi ataupun membuatsenaman ringan bagi
menghilangkan rasa mengantuk.
SUPER EGO
Sistem personaliti yang ketiga, ia merupakan komponen
personaliti yang mempunyai nilai moral

Dibahagikan kepada dua komponen:

-Hati nurani (conscience)

-Ego ideal
SUPER EGO
HATI MURNI EGO IDEAL

Kesemua tingkah Tingkah laku yang


laku yang menyebabkan kanak-
menyebabkan kanak dipuji dan
kanak-kanak diberi ganjaran,
dihukum dan kesannya mereka
kesannya mereka akan berasa bangga
berasa bersalah. dan mendapat
kepuasan.
PUNCA MASALAH
Pengalaman negatif

Konflik masa silam dengan ibu bapa

Tersekat di peringkat perkembangan


(perubahan tingkah laku mental)

Terlalu ikut nafsu


MATLAMAT KAUNSELING
Teliti pengalaman lepas klien dari segi hubungan
dengan ibu bapa dan ahli keluarga, kenal pasti
konflik terpendam serta punca.

Menjelmakan wawasan psikologi kepada akal


pemikiran kliennya.

Menyedari kederiaan pemikiran mindanya serta


afektifnya secara mendalam hingga berupaya
mewujudkan suatu pemilihan yang wajar untuk
kebahagiaan dirinya.
PERANAN KAUNSELOR
a. Kaunselor berfungsi sebagai fasilitator.

- Kaunselor mewujudkan suasana teraputik iaitu suasana yang


tenang, selesa dan sesuai.

- Dapat menggalakkan klien mengalami suatu rasa bebas untuk


meneroka dan mengalami cabang-cabang hidup yang disangkalnya.

- Oleh itu klien dapat dibantu supaya tidak bersifat defensif.

- Kaunselor harus menganggap klien sama taraf dengan kaunselor


dan berusaha mengenali masalahnya.
b. Kaunselor bersedia menerima tanpa syarat, prasangka
dan tidak beranggapan buruk terhadap klien. Kaunselor
harus berempati bagi merasai dan mengalami apa yang
dirasai dan dialami oleh klien.

c. Kaunselor haruslah memperlihatkan kepada kliennya yang


ia dianggap sebagai sama taraf dengan dirinya dan secara
bersama mereka akan berusaha untuk mengenali masalah
klien dan mengatasinya.
d. Kaunselor tidak akan mendiagnos masalah klien. Ia hanya
menjadi sebagai cermin yang akan membantu klien melihat
dirinya dan masalahnya dengan jelas.

e. Kaunselor haruslah bersifat jujur, ikhlas dan terbuka

f. Klien haruslah dapat melihat dan merasai sifat-sifat dan


kebolehan-kebolehan di atas yang ada pada kaunselor
PERANAN KLIEN

a. Klien haruslah memutuskan bahawa dia memerlukan khidmat


kaunseling dan datang secara sukarela dan bukan atas dasar
paksaan atau disuruh oleh orang lain

b. Klien harus merasa bersedia untuk berbincang apabila merasa


diterima dan dapat menghayati perhubungan kaunselor dengan
klien

c. Klien merasa lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaan.


d. Klien akan menentukan pilihan dan tindakannya
sendiri. Kaunselor hanya bertindak membantu klien
dalam membuat pilihan.

e. Klien berupaya dan bersedia untuk berubah.

f. Klien bersedia untuk terus berkembang dalam


usaha mencari matlamat baru
PROSES KAUNSELING
2 HALA:
- Menerima kliennya secara ikhlas dan reda.(Penerimaan dengan
reda)

- Klien duduk selesa di atas kerusi

- Rintangan perbualan dan berinteraksi merupakan pokok yang


digunakan oleh kaunselor bagi mendapat maklumat tentang tahap
sedar klien.
- Keupayaan dan kefahaman membuat analisis tentang struktur
tahap bawah sedar klien merupakan permulaan bagi merawat klien
tersebut.

- Membantu klien menimbulkan ke tahap bawah sedar kliennya.


TEKNIK KAUNSELING

Perkaitan bebas

Klien meluahkan apa sahaja yang terlintas dalam pemikirannya


tanpa menapis susunan logik perbualannya dengan kaunselor .
Tujuan :
1. mengingat semula pengalaman serta emosi yang lampau
yang pernah dialami oleh klien.
2. melepaskan ke tahap sedar pendaman yang lama sehingga
dapat diluahkan.
Transferens

- Memberi galakan kepada klien bahawa


kaunselor sememangnya bersedia untuk
memberi bantuan.

- Melalui proses ini, klien dapat menghidupkan


semula tanpa disedari segala tingkah laku
kepada kaunselor.
Kauntertransferens

- Kaunselor yang mengalami


ingatan minda bahawa
kilennya orang signifikan lain
dalam pengalaman hidupnya.
Pentafsiran

-Menimbulkan wawasan psikologi diri klien.

-Pengalaman dan kefahaman baru perlu diganti


dengan kesedaran ego baru dan gerak ke
penerimaan superego yang lebih sesuai.
KELEBIHAN PSIKOANALIS
a)Freud membuat jelasan bahawa manusia sering berprilaku dengan
dorongan yang tidak mereka mengakui.

b) Freud mengidentifikasikan pengaruh ini bentuk perkembangan


kepribadian yang berimplikasi pada perkembangan anak.

c) Psikoanalisis adalah satu sistem yang memiliki kesesuaian yang tinggi


antara teori dan teknik.

d)Teori psikoanalisis menjelaskan kepribadian manusia secara


komprehensif dan kompleks.
LIMITASI TEORI PSIKOANALITIK

Terlalu panjang sehingga memakan masa 2 hingga 5


tahun untuk menyelesasikan 1 kes.

Tidak sesuai untuk digunakan bagi melayan jumlah klien


yang ramai.

Terlalu menekankan tentang naluri seks manusia,


pendapat atau pandangan freud.

Tidak sesuai digunakan untuk klien yang menghadapi


masalah krisis yang memerlukan penyelesaian segera.
Terima
Kasih

Anda mungkin juga menyukai