Anda di halaman 1dari 1

SUMBANGAN

Teori psikoanalisis adalah merupakan salah satu teori kaunseling yang telah diperkenalkan oleh Sigmund
Freud. Sumbangan teori ini bermanfaat dalam menangani masalah yang dihadapi oleh seseorang individu.
Emosi dalaman dan mental individu akan dapat difahami dengan lebih jelas serta dapat mengelakkan
masalah yang berpunca daripada emosi dan mental individu daripada berulang. Kita akan dapat
mengetahui apakah perkara yang bermain di dalam jiwa dan fikiran yang menyebabkan kepada
berlakunya kerisauan dan ini membantu kita untuk memahami perkara tersebut seterusnya kita dapat
mengawal tingkah laku agar permasalahan-permasalahan yang timbul dapat diselesaikan. Pendekatan
psikoanalisis ini berperanan untuk mencari penyelesaian dari ketidaksedaran individu tersebut seperti
mimpi. Teori psikoanalisis amat membantu dalam menangani masalah yang dihadapi oleh individu
kerana kaunselor dapat menganalisis tindakan dan perilaku klien seterusnya memilih pendekatan yang
sesuai bagi menangani masalah yang berlaku dalam konteks kaunseling.

Anda mungkin juga menyukai