Anda di halaman 1dari 9

RINGKASAN KAJIAN

Mesin larik merupakan salah satu mesin yang terdapat di dalam bengkel kejuruteraan. Ianya
digunakan bagi kerja memotong, menggerudi, menggerek, melorek, menggilap dan sebagainya.
Kerja pemotongan dilakukan dengan menyuapkan mata alat pemotong kearah benda kerja yang
sedang berputar. Suapan mata alat adalah selari dan bersudut tepat dengan paksi bahan kerja.

Sebelum kurun ke-18, mesin pelarik telah digunakan. Pada tahun 1797, seorang mekanik
Inggeris, Hnery Maudslay telah mencipta mesin pelarik yang boleh memotong ulir. Mesin
ciptaan beliau telah banyak digunakan dalam pembinaan enjin stim kereta api rekaan James Watt
pada awal kurun ke-19 iaitu pada zaman revolusi industri England. Mesin ini telah diperbaiki
mengikut peredaran masa dan ditambah dengan beberapa alatan tambahan supaya dapat
menghasilkan komponen-komponen dengan tepat dan persis. Mesin ini amat popular di Malaysia
sehingga setiap bengkel kejuruteraan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah mesin.

Seseorang itu perlulah berkemahiran untuk menggunakan mesin larik kerana ia amat penting
bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Oleh itu, seseorang individu pelulah mengenali
jenis-jenis mesin larik dan fungsinya dalam proses membentuk sesuatu produk yang ingin
dihasilkan serta mempelajari teknik – teknik mengasah mata alat dan menggunakan peralatan
dengan betul. Aspek keselamatan juga harus diambil bila mengendalikan mesin larik. Antara
proses kerja yang dapat digunakan ketika penghasilan sesuatu produk ialah menampang (facing),
melarik selari (parallel turning), melarik bertingkat (step turning), buang segi (chamfer),
menggerudi pusat (centre drilling), melurah (necking) dan mengukur (measuring).

Para pelajar subjek Kemahiran Pemesinan 1 diberikan tugasan untuk menyiapkan satu produk
yang menggunakan mesin larik. Terdapat banyak proses kerja melarik yang terlibat dalam
pembuatan produk. Para pelajar diberi tempoh hanya 2 minggu bagi menyiapkan produk ini.
Oleh kerana produk yang dihasilkan adalah invididu, setiap daripada mereka perlu bijak dalam
merangka langkah yang terbaik supaya produk ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang
dikehendaki. Mereka perlulah mengenalpasti proses kerja yang perlu dilakukan supaya ianya
tidak memberi kesan kepada tempoh masa yang diberi. Walaubagaimanapun, mereka boleh
merujuk Encik Amin jika ada sebarang masalah dan kemusykilan dalam proses menyiapkan
produk.
GAMBAR 1: LUKISAN PROJEK MELARIK

PROSES PENGENDALIAN MESIN YANG BAIK

Bagi mengendalikan sesebuah mesin itu dengan baik, pengguna perlulah mengetahui fungsi
bahagian-bahagian yang terdapat pada mesin tersebut. Pengguna akan dapat mengenalpasti
punca daripada masalah yang timbul jika pengguna dapat menguasai fungsi bahagian-bahagian
yang terdapat pada mesin. Mesin yang digunakan oleh pelajar bagi penghasilan produk ialah
mesin larik konvensional. Mesin ini dikenali juga sebagai mesin pelarik jentera. Mesin ini
digunakan untuk kerja - kerja melarik am dan juga pelbagai fungsi yang lain. Mata alat mesin ini
boleh ditukar mengikut keperluan produk yang ingin dihasilkan.
GAMBAR 2: MESIN LARIK KONVENSIONAL

Setiap bahagian yang terdapat pada mesin larik mempunyai fungsi dan kepentingannya yang
tersendiri. Antara bahagian yang terdapat pada mesin larik konvensional ialah alatan hadapan,
alatan belakang, pelana/kereta, landasan dan tiang mata alat.

BAHAGIAN FUNGSI
Alatan hadapan  Terletak pada sebelah kiri landasan mesin larik.
 Terdapat tuas-tuas kawalan gear bagi melaraskan kelajuan
mesin
 Dipasang bindu untuk memegang dan mencengkam bahan
kerja
 Bindu yang biasa digunakan ialah bindu jenis tiga rahang
dan bindu jenis empat rahang
Alatan belakang  Terletak pada sebelah kanan mesin larik
 Boleh digerakkan disepanjang landasan
 Berfungsi untuk menyokong bahan kerja yang panjang
semasa kerja melarik
Pelana/kereta  Terletak di antara alatan hadapan dan alatan belakang
 Sela berbentuk H dan boleh digerakkan disepanjang
landasan
 Berfungsi untuk menyokong kedudukan sela, kekesot
lintang dan kekesot bergabung
Landasan  Diperbuat daripada besi tuang bermutu tinggi
 Permukaan landasan bersifat keras, kuat dan kukuh supaya
dapat digunakan dalam tempoh masa yang panjang
 Berfungsi menyokong kedudukan pelana/kereta dan alatan
belakang mesin larik
Tiang mata alat  Berfungsi untuk memegang mata pemotong
 Terdapat empat jenis tiang pemotong iaitu
- Tiang Mata Alat Amerika
- Tiang Mata Alat Indeks
- Tiang Mata Alat Tunggal
- Tiang Mata Alat Tukar Cepat
JADUAL 1: BAHAGIAN DAN FUNGSI MESIN LARIK KONVENSIONAL

GAMBAR 3: BAHAGIAN MESIN LARIK KONVENSIONAL

Kecekapan sesebuah mesin larik bergantung kepada bentuk dan jenis mata alat yang digunakan.
Bahan pada mata alat perlulah bersifat seperti berikut

i. Keras
ii. Mempunyai rintangan kehausan
iii. Tahan pada suhu tinggi semasa kerja memotong
Mata alat yang biasa digunakan bagi kerja melarik adalah:

i. Mata alat melurah


ii. Mata alat membenang
iii. Mata alat jenis sisip
iv. Mata alat menggerek
v. Mata alat pemotongan biasa

Pelbagai aspek perlulah diambil kira semasa memilih mata alat. Bahan mata alat haruslah lebih
keras daripada bahan kerja yang hendak dilarik, tahan lama dan bersesuaian dengan kerja yang
dijalankan. Jadual 2 menunjukkan jenis bahan mata alat yang biasa digunakan dalam kerja
melarik.

BAHAN CIRI-CIRI
Keluli berkarbon tinggi  Mengandungi 0.9% - 1.2% karbon
 Mudah terbakar pada kelajuan tinggi
 Murah, mudah dibentuk dan sesuai digunakan bagi kerja
melarik bahan-bahan lembut
Keluli tahan lasak  Mengandungi campuran 18% tungsten, 4% kromium, 0.6% -
0.8% karbin
 Digunakan dalam pembuatan mata pengisar
 Tahan pada suhu tinggi dan sukar untuk retak
 Kelajuan pemotongan 3 kali ganda daripada keluli
berkarbon tinggi
Pancalogam tuang  Mengandungi 25% - 35% kromium, 25% tungsten, 2%
tanpa besi karbon dan bakinya ialah bahan pengikat kobalt.
 kelajuan pemotongan hampir 3 kali ganda daripada keluli
tahan lasak.
 Mudah rapuh dan tahan kehausan pada suhu tinggi
Karbida  Mengandungi 82% tungsten karbida, 10% titanium dan
tantalum dan 8% bahan pengikat kobalt.
 Terlalu rapuh dan digunakan sebagai mata alat tumpang.
 Kelajuan pemotongannya 3 atau 4 kali ganda kaluli tahan
lasak.
Seramik  Campuran aluminium oksida dan titanium.
 digunakan sebagai mata alat tumpang.
 Digunakan untuk memesin bahan yang lebih keras
 Kelajuan pemotongan hampir 2 kali ganda bahan karbida.
 Tahan lama dan dapat menghasilkan penyudahan yang baik.
Intan  Boleh digunakan pada kadar kelajuan yang tinggi.
 Keras
 Intan asli dan intan tiruan.
 Kos tinggi dan mudah rapuh jika terkena hentakan yang kuat
 Kelajuan pemotongan ialah 2 hingga 10 kali ganda bahan-
bahan yang lain.
JADUAL 2: JENIS BAHAN MATA ALAT

Pengetahuan tentang bahagian mesin dan mata alat sahaja tidak cukup bagi seseorang untuk
mengendalikan sesebuah mesin itu dengan baik. Peraturan dan keselamatan juga perlulah
dipatuhi supaya kemalangan dapat dielakkan dan kerja-kerja dapat dilakukan dengan selamat dan
selesa. Peralatan-peralatan yang terdapat di dalam bengkel seperti angkup vernier hendaklah
diketahui cara penggunaannya supaya produk yang dihasilkan adalah tepat seperti yang
dikehendaki.

KRITIK PROJEK YANG DIHASILKAN DARI ASPEK BAIK DAN LEMAH

Bagi melengkapkan tugasan kajian ini, tiga orang pelajar yang telah menghasilkan produk
tersebut telah ditemubual. Perkara ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui
bagaimanakah proses kerja yang telah mereka jalankan bagi memastikan produk yang dihasilkan
berfungsi dan bertepatan dengan keperluan yang telah ditetapkan oleh pensyarah mereka.

Pelajar 1

Hasil produk yang dihasilkan oleh pelajar ini amat memuaskan setelah melakukan empat kali
percubaan. Bagi cubaan pertama, pemotongan bahan kerja adalah tidak sama dimana lebih
pendek berbanding dengan lukisan yang telah dibuat. Beliau hanyalah merujuk kepada rakan-
rakan dan tidak merujuk kepada lukisan dan perkara ini menyebabkan berlakunya salah faham
mengenai ukuran sebenar. Pada cubaan kedua, pelajar ini mempunyai masalah semasa proses
membunga dimana bahan kerja tidak diikat/dicengkam dengan kuat pada rahang mesin dan ini
menyebabkan bahan kerja tidak berpusing seperti biasa. Perkara ini menyebabkan proses
membunga menjadi tidak efektif dan bahagian yang hendak dibunga menjadi hancur dan tidak
tajam seperti yang dikehendaki oleh pensyarah. Pelajar ini juga berhadapan dengan masalah pada
proses membenang dimana kadar suapan mesin yang digunakan adalah tidak bersesuaian.
Perkara ini menyebabkan benang yang dibuat menjadi tidak seragam. Pelajar ini berjaya
menghasilkan produk ini dengan jayanya setelah empat kali percubaan. Namun, ada sedikit ralat
pada ukuran sebenar pada produk tersebut tetapi tetap diterima oleh pensyarah.

Pelajar 2

Produk yang dihasilkan oleh pelajar ini juga memuaskan walaupun terdapat sedikit perbezaan
ukuran berbanding dengan lukisan. Beliau hanya melakukan dua kali percubaan sahaja semasa
penghasilan produk ini. Beliau gagal untuk membuat bentuk separuh bulat pada cubaan pertama.
Namun, dengan tunjuk ajar Encik Amin, beliau akhirnya dapat juga menyiapkan bentuk tersebut
mengikut ukuran dalam lukisan dan seterusnya beliau dapat menyiapkan produk ini dalam masa
yang ditetapkan. Proses kemasan pada produk amat baik kerana beliau menggunakan kertas pasir
bagi tujuan melicinkan lagi produk.

Pelajar 3

Produk yang dihasilkan oleh pelajar ini sangat memuaskan dan bertepatan dengan ukuran dalam
lukisan. Beliau berjaya menyiapkan produk ini hanya dengan sekali percubaan sahaja. Beliau
amat teliti dan fokus semasa proses menyiapkan produk. Beliau mengambilkira pelbagai aspek
semasa penghasilan produk termasuklah penggunaan mata alat dan kadar suapan mesin. Beliau
hanya menjalankan sedikit kerja kemasan pada produk kerana proses melarik pada benda kerja
yang telah dijalankan oleh beliau licin dan berkilat.

PUNCA-PUNCA PENGHASILAN PROJEK SANGAT BAIK/SANGAT LEMAH


Walaupun terdapat beberapa kekurangan pada produk yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar,
mereka berjaya juga untuk menyiapkan produk tersebut dalam masa yang telah ditetapkan.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan sesuatu produk yang dihasilkan itu baik atau
lemah. Salah satu puncanya ialah bahan. Pemilihan bahan hendaklah sesuai dengan keperluan.
Bahan yang digunakan bagi menyiapkan produk ini ialah aluminium. Aluminium merupakan
logam yang lembut dan ringan menyebabkan ianya mudah untuk dibentuk dan dimesin. Bahan
juga hendaklah mudah diperoleh dan tidak melebihi kos yang diperuntukkan. Walau
bagaimanapun, tiada peruntukan kepada pelajar untuk membeli bahan tersebut dan pelajar perlu
mencari sendiri bahan tersebut jika berlaku kesilapan semasa proses pembuatan produk seperti
berlaku ralat semasa proses melarik, bahan kerja rosak dan sebagainya.

Seterusnya, kemahiran yang ada pada pelajar juga mempengaruhi penghasilan produk ini.
Salah seorang pelajar iaitu pelajar 1 sebelum ini bukanlah daripada aliran mekanikal. Jadi,
amatlah sukar baginya untuk menyesuaikan diri dalam kerja-kerja pemesinan. Beliau perlulah
meningkatkan lagi kemahiran yang sedia ada. Berbeza dengan pelajar 3 dimana beliau dapat
menyiapkan produk dalam masa yang singkat. Kemahiran yang sedia ada telah digunakan
olehnya dengan sebaik mungkin dan perkara ini memberi kelebihan buat dirinya. Kemahiran
yang sedia ada juga perlu dipertingkatkan seiring dengan kemajuan zaman dan teknologi.

Masa juga merupakan salah satu punca penghasilan projek yang baik. Pelajar akan dapat
merancang kerja-kerja yang perlu dilakukan mengikut turutan supaya tidak berlaku kesilapan
yang boleh memberi kesan kepada produk. Pelajar akan berasa tertekan jika masa yang diberikan
adalah singkat kerana mereka juga perlu menyiapkan tugasan bagi subjek-subjek lain. Pelajar
akan menyiapkan produk dengan sambil lewa dan hanya perlu siap sahaja tanpa mengikut
spesifikasi dan ukuran yang telah ditetapkan. Perkara ini seterusnya akan memberi kesan kepada
produk dan markah daripada penghasilan produk tersebut. Selain itu, kekurangan mesin akan
menyebabkan masa penghasilan projek menjadi lama. Hanya beberapa mesin sahaja yang dapat
beroperasi dalam satu-satu masa kerana menjalani proses penyelenggaraan. Ini menyebabkan
pelajar berebut untuk menyiapkan projek mereka kerana masa yang sedia ada tidak mencukupi.

RUMUSAN
Kesimpulannya, setiap proses kerja hendaklah dirancang dengan sebaik mungkin dengan
mengambil kira pendapat daripada pensyarah dan mereka yang lebih berkemahiran supaya
produk yang dihasilkan adalah berkualiti dan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.
Kemahiran pengendalian mesin juga perlulah dipertingkatkan dari semasa ke semasa kerana
mesin akan berubah kearah yang lebih canggih mengikut peredaran masa. Penghasilan projek
yang baik akan memberi kelebihan kepada diri individu tersebut dan mencerahkan lagi peluang
untuk diserap masuk ke dalam industri dengan mudah kerana kelebihan yang ada pada dirinya.
Setiap individu mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Mungkin ada yang lebih mahir
menggunakan mesin kisar berbanding mesin larik. Oleh itu, kita perlu mempelajari dan
meningkatkan kemahiran dalam semua jenis mesin seperti mesin kisar, mesin canai dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai