Anda di halaman 1dari 1

1.

8 DEFINISI ISTILAH/OPERASIONAL
Definisi terminologi
Terdapat beberapa istilah yang digunakan di dalam penulisan kajian ini. Berikut merupakan
penerangan kepada istilah yang digunakan:
a) Motosikal
Menurut dewan Bahasa dan pustaka kamus pelajar edisi kedua, motosikal bermaksud sebuah
kenderaan yang beroda dua dan dikendalikan oleh sebuah motor.
b) Kemalangan
Menurut dewan Bahasa dan pustaka kamus pelajar edisi kedua, kemalangan membawa
maksud sesuatu bencana yang berlaku dengan tidak disangka-sangka dan kejadian yang
berlaku dengan tidak diduga seperti kecelakaan dan ditimpa bencana.
c) Keselamatan
Mengikut kamus dewan, keselamatan ialah suatu perkara atau langkah yang perlu diambil
bagi mengelakkan berlakunya peristiwa yang tidak diingini seperti kecederaan atau
kehilangan nyawa.
d) Penumpang
Penumpang adalah seseorang (individu) dan satu perusahaan (kelompok) yang menggunakan
kenderaan untuk suatu perjalanan tertentu dengan mengeluarkan sejumlah wang sebagai upah
bagi pengangkut dengan kata lain dapat didefinisikan orang telah membeli tiket iaitu orang
yang melakukan perjalanan dengan menggunakan alat pengangkutan yang disediakan oleh
pihak pengangkutan dan terikat kontrak dan persetujuan seperti yang tertera di dalam tiket.1
1
http://www.psychologymania.com/2013/06/pengertian-penumpang.html diakses pada tarikh 14
Mac 2020 jam 3.21pm.

Anda mungkin juga menyukai