Anda di halaman 1dari 16

TUGASAN INDIVIDU

PROSES PEMESINAN (CASE STUDY)

KOD KURSUS BBM30403

TEKNOLOGI PEMESINAN BERBANTU


NAMA KURSUS KOMPUTER

FAKULTI FPTV

NAMA PELAJAR MUHAMMAD ARIF SAFWAN BIN RUSDI


(DB170181)

SEKSYEN 1

NAMA
PENSYARAH Dr. SITI NUR KAMARIAH BINTI RUBANI

0
KAJIAN KES PROJEK MESIN LARIK

Muhammad Arif Safwan Bin Rusdi DB170181

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

db170181@siswa.uthm.edu.my

Ringkasan Kajian

Mesin larik merupakan salah satu mesin yang terdapat di dalam bengkel kejuruteraan.
Ianya digunakan bagi kerja memotong, menggerudi, menggerek, melorek, menggilap dan
sebagainya. Kerja pemotongan dilakukan dengan menyuapkan mata alat pemotong kearah benda
kerja yang sedang berputar. Suapan mata alat adalah selari dan bersudut tepat dengan paksi
bahan kerja.

Sebelum kurun ke-18, mesin pelarik telah digunakan. Pada tahun 1797, seorang mekanik
Inggeris, Hnery Maudslay telah mencipta mesin pelarik yang boleh memotong ulir. Mesin
ciptaan beliau telah banyak digunakan dalam pembinaan enjin stim kereta api rekaan James Watt
pada awal kurun ke-19 iaitu pada zaman revolusi industri England. Mesin ini telah diperbaiki
mengikut peredaran masa dan ditambah dengan beberapa alatan tambahan supaya dapat
menghasilkan komponen-komponen dengan tepat dan persis. Mesin ini amat popular di Malaysia
sehingga setiap bengkel kejuruteraan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah mesin.

Seseorang itu perlulah berkemahiran untuk menggunakan mesin larik kerana ia amat
penting bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Oleh itu, seseorang individu pelulah
mengenali jenis-jenis mesin larik dan fungsinya dalam proses membentuk sesuatu produk yang
ingin dihasilkan serta mempelajari teknik – teknik mengasah mata alat dan menggunakan
peralatan dengan betul. Aspek keselamatan juga harus diambil bila mengendalikan mesin larik.
Antara proses kerja yang dapat digunakan ketika penghasilan sesuatu produk ialah menampang
(facing), melarik selari (parallel turning), melarik bertingkat (step turning), buang segi (chamfer),
menggerudi pusat (centre drilling), melurah (necking) dan mengukur (measuring).

Para pelajar subjek Kemahiran Pemesinan 1 diberikan tugasan untuk menyiapkan satu
produk yang menggunakan mesin larik. Terdapat banyak proses kerja melarik yang terlibat

1
dalam pembuatan produk. Para pelajar diberi tempoh hanya 2 minggu bagi menyiapkan produk
ini. Oleh kerana produk yang dihasilkan adalah invididu, setiap daripada mereka perlu bijak
dalam merangka langkah yang terbaik supaya produk ini dapat disiapkan dalam tempoh masa
yang dikehendaki. Mereka perlulah mengenalpasti proses kerja yang perlu dilakukan supaya
ianya tidak memberi kesan kepada tempoh masa yang diberi. Walaubagaimanapun, mereka
boleh merujuk Encik Amin jika ada sebarang masalah dan kemusykilan dalam proses
menyiapkan produk.

GAMBAR 1: LUKISAN PROJEK MELARIK

Proses Pengendalian Mesin Yang Baik

Bagi mengendalikan sesebuah mesin itu dengan baik, pengguna perlulah mengetahui
fungsi bahagian-bahagian yang terdapat pada mesin tersebut. Pengguna akan dapat
mengenalpasti punca daripada masalah yang timbul jika pengguna dapat menguasai fungsi
bahagian-bahagian yang terdapat pada mesin. Mesin yang digunakan oleh pelajar bagi
penghasilan produk ialah mesin larik konvensional. Mesin ini dikenali juga sebagai mesin

2
pelarik jentera. Mesin ini digunakan untuk kerja - kerja melarik am dan juga pelbagai fungsi
yang lain. Mata alat mesin ini boleh ditukar mengikut keperluan produk yang ingin dihasilkan.

GAMBAR 2: MESIN LARIK KONVENSIONAL

Setiap bahagian yang terdapat pada mesin larik mempunyai fungsi dan kepentingannya
yang tersendiri. Antara bahagian yang terdapat pada mesin larik konvensional ialah alatan
hadapan, alatan belakang, pelana/kereta, landasan dan tiang mata alat.

BAHAGIAN FUNGSI
Alatan hadapan  Terletak pada sebelah kiri landasan mesin larik.
 Terdapat tuas-tuas kawalan gear bagi melaraskan kelajuan
mesin
 Dipasang bindu untuk memegang dan mencengkam bahan
kerja
 Bindu yang biasa digunakan ialah bindu jenis tiga rahang
dan bindu jenis empat rahang
Alatan belakang  Terletak pada sebelah kanan mesin larik
 Boleh digerakkan disepanjang landasan
 Berfungsi untuk menyokong bahan kerja yang panjang
semasa kerja melarik
Pelana/kereta  Terletak di antara alatan hadapan dan alatan belakang
 Sela berbentuk H dan boleh digerakkan disepanjang
landasan
 Berfungsi untuk menyokong kedudukan sela, kekesot

3
lintang dan kekesot bergabung
Landasan  Diperbuat daripada besi tuang bermutu tinggi
 Permukaan landasan bersifat keras, kuat dan kukuh supaya
dapat digunakan dalam tempoh masa yang panjang
 Berfungsi menyokong kedudukan pelana/kereta dan alatan
belakang mesin larik
Tiang mata alat  Berfungsi untuk memegang mata pemotong
 Terdapat empat jenis tiang pemotong iaitu
- Tiang Mata Alat Amerika
- Tiang Mata Alat Indeks
- Tiang Mata Alat Tunggal
- Tiang Mata Alat Tukar Cepat
JADUAL 1: BAHAGIAN DAN FUNGSI MESIN LARIK KONVENSIONAL

GAMBAR 3: BAHAGIAN MESIN LARIK KONVENSIONAL

Kecekapan sesebuah mesin larik bergantung kepada bentuk dan jenis mata alat yang digunakan.
Bahan pada mata alat perlulah bersifat seperti berikut

i. Keras
ii. Mempunyai rintangan kehausan
iii. Tahan pada suhu tinggi semasa kerja memotong

Mata alat yang biasa digunakan bagi kerja melarik adalah:

4
i. Mata alat melurah
ii. Mata alat membenang
iii. Mata alat jenis sisip
iv. Mata alat menggerek
v. Mata alat pemotongan biasa

Pelbagai aspek perlulah diambil kira semasa memilih mata alat. Bahan mata alat haruslah
lebih keras daripada bahan kerja yang hendak dilarik, tahan lama dan bersesuaian dengan kerja
yang dijalankan. Jadual 2 menunjukkan jenis bahan mata alat yang biasa digunakan dalam kerja
melarik.

BAHAN CIRI-CIRI
Keluli berkarbon tinggi  Mengandungi 0.9% - 1.2% karbon
 Mudah terbakar pada kelajuan tinggi
 Murah, mudah dibentuk dan sesuai digunakan bagi kerja
melarik bahan-bahan lembut
Keluli tahan lasak  Mengandungi campuran 18% tungsten, 4% kromium, 0.6% -
0.8% karbin
 Digunakan dalam pembuatan mata pengisar
 Tahan pada suhu tinggi dan sukar untuk retak
 Kelajuan pemotongan 3 kali ganda daripada keluli
berkarbon tinggi
Pancalogam tuang  Mengandungi 25% - 35% kromium, 25% tungsten, 2%
tanpa besi karbon dan bakinya ialah bahan pengikat kobalt.
 kelajuan pemotongan hampir 3 kali ganda daripada keluli
tahan lasak.
 Mudah rapuh dan tahan kehausan pada suhu tinggi
Karbida  Mengandungi 82% tungsten karbida, 10% titanium dan
tantalum dan 8% bahan pengikat kobalt.
 Terlalu rapuh dan digunakan sebagai mata alat tumpang.
 Kelajuan pemotongannya 3 atau 4 kali ganda kaluli tahan
lasak.
Seramik  Campuran aluminium oksida dan titanium.

5
 digunakan sebagai mata alat tumpang.
 Digunakan untuk memesin bahan yang lebih keras
 Kelajuan pemotongan hampir 2 kali ganda bahan karbida.
 Tahan lama dan dapat menghasilkan penyudahan yang baik.
Intan  Boleh digunakan pada kadar kelajuan yang tinggi.
 Keras
 Intan asli dan intan tiruan.
 Kos tinggi dan mudah rapuh jika terkena hentakan yang kuat
 Kelajuan pemotongan ialah 2 hingga 10 kali ganda bahan-
bahan yang lain.
JADUAL 2: JENIS BAHAN MATA ALAT

Pengetahuan tentang bahagian mesin dan mata alat sahaja tidak cukup bagi seseorang
untuk mengendalikan sesebuah mesin itu dengan baik. Peraturan dan keselamatan juga perlulah
dipatuhi supaya kemalangan dapat dielakkan dan kerja-kerja dapat dilakukan dengan selamat dan
selesa. Peralatan-peralatan yang terdapat di dalam bengkel seperti angkup vernier hendaklah
diketahui cara penggunaannya supaya produk yang dihasilkan adalah tepat seperti yang
dikehendaki.

Kritik Projek Yang Dihasilkan Dari Aspek Baik Dan Lemah

Bagi melengkapkan tugasan kajian ini, tiga orang pelajar yang telah menghasilkan

produk tersebut telah ditemubual. Perkara ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui

bagaimanakah proses kerja yang telah mereka jalankan bagi memastikan produk yang dihasilkan

berfungsi dan bertepatan dengan keperluan yang telah ditetapkan oleh pensyarah mereka.

Pelajar 1

Hasil produk yang dihasilkan oleh pelajar ini amat memuaskan setelah melakukan empat

kali percubaan. Bagi cubaan pertama, pemotongan bahan kerja adalah tidak sama dimana lebih

pendek berbanding dengan lukisan yang telah dibuat. Beliau hanyalah merujuk kepada rakan-

6
rakan dan tidak merujuk kepada lukisan dan perkara ini menyebabkan berlakunya salah faham

mengenai ukuran sebenar. Pada cubaan kedua, pelajar ini mempunyai masalah semasa proses

membunga dimana bahan kerja tidak diikat/dicengkam dengan kuat pada rahang mesin dan ini

menyebabkan bahan kerja tidak berpusing seperti biasa. Perkara ini menyebabkan proses

membunga menjadi tidak efektif dan bahagian yang hendak dibunga menjadi hancur dan tidak

tajam seperti yang dikehendaki oleh pensyarah. Pelajar ini juga berhadapan dengan masalah

pada proses membenang dimana kadar suapan mesin yang digunakan adalah tidak bersesuaian.

Perkara ini menyebabkan benang yang dibuat menjadi tidak seragam. Pelajar ini berjaya

menghasilkan produk ini dengan jayanya setelah empat kali percubaan. Namun, ada sedikit ralat

pada ukuran sebenar pada produk tersebut tetapi tetap diterima oleh pensyarah.

Pelajar 2

Produk yang dihasilkan oleh pelajar ini juga memuaskan walaupun terdapat sedikit

perbezaan ukuran berbanding dengan lukisan. Beliau hanya melakukan dua kali percubaan

sahaja semasa penghasilan produk ini. Beliau gagal untuk membuat bentuk separuh bulat pada

cubaan pertama. Namun, dengan tunjuk ajar Encik Amin, beliau akhirnya dapat juga

menyiapkan bentuk tersebut mengikut ukuran dalam lukisan dan seterusnya beliau dapat

menyiapkan produk ini dalam masa yang ditetapkan. Proses kemasan pada produk amat baik

kerana beliau menggunakan kertas pasir bagi tujuan melicinkan lagi produk.

Pelajar 3

Produk yang dihasilkan oleh pelajar ini sangat memuaskan dan bertepatan dengan ukuran

dalam lukisan. Beliau berjaya menyiapkan produk ini hanya dengan sekali percubaan sahaja.

Beliau amat teliti dan fokus semasa proses menyiapkan produk. Beliau mengambilkira pelbagai

aspek semasa penghasilan produk termasuklah penggunaan mata alat dan kadar suapan mesin.

7
Beliau hanya menjalankan sedikit kerja kemasan pada produk kerana proses melarik pada benda

kerja yang telah dijalankan oleh beliau licin dan berkilat.

Punca-Punca Penghasilan Projek Sangat Baik/Sangat Lemah

Walaupun terdapat beberapa kekurangan pada produk yang dihasilkan oleh pelajar-

pelajar, mereka berjaya juga untuk menyiapkan produk tersebut dalam masa yang telah

ditetapkan. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan sesuatu produk yang dihasilkan itu baik

atau lemah. Salah satu puncanya ialah bahan. Pemilihan bahan hendaklah sesuai dengan

keperluan. Bahan yang digunakan bagi menyiapkan produk ini ialah aluminium. Aluminium

merupakan logam yang lembut dan ringan menyebabkan ianya mudah untuk dibentuk dan

dimesin. Bahan juga hendaklah mudah diperoleh dan tidak melebihi kos yang diperuntukkan.

Walau bagaimanapun, tiada peruntukan kepada pelajar untuk membeli bahan tersebut dan

pelajar perlu mencari sendiri bahan tersebut jika berlaku kesilapan semasa proses pembuatan

produk seperti berlaku ralat semasa proses melarik, bahan kerja rosak dan sebagainya.

Seterusnya, kemahiran yang ada pada pelajar juga mempengaruhi penghasilan produk

ini. Salah seorang pelajar iaitu pelajar 1 sebelum ini bukanlah daripada aliran mekanikal. Jadi,

amatlah sukar baginya untuk menyesuaikan diri dalam kerja-kerja pemesinan. Beliau perlulah

meningkatkan lagi kemahiran yang sedia ada. Berbeza dengan pelajar 3 dimana beliau dapat

menyiapkan produk dalam masa yang singkat. Kemahiran yang sedia ada telah digunakan

olehnya dengan sebaik mungkin dan perkara ini memberi kelebihan buat dirinya. Kemahiran

yang sedia ada juga perlu dipertingkatkan seiring dengan kemajuan zaman dan teknologi.

Masa juga merupakan salah satu punca penghasilan projek yang baik. Pelajar akan dapat

merancang kerja-kerja yang perlu dilakukan mengikut turutan supaya tidak berlaku kesilapan

8
yang boleh memberi kesan kepada produk. Pelajar akan berasa tertekan jika masa yang diberikan

adalah singkat kerana mereka juga perlu menyiapkan tugasan bagi subjek-subjek lain. Pelajar

akan menyiapkan produk dengan sambil lewa dan hanya perlu siap sahaja tanpa mengikut

spesifikasi dan ukuran yang telah ditetapkan. Perkara ini seterusnya akan memberi kesan kepada

produk dan markah daripada penghasilan produk tersebut. Selain itu, kekurangan mesin akan

menyebabkan masa penghasilan projek menjadi lama. Hanya beberapa mesin sahaja yang dapat

beroperasi dalam satu-satu masa kerana menjalani proses penyelenggaraan. Ini menyebabkan

pelajar berebut untuk menyiapkan projek mereka kerana masa yang sedia ada tidak mencukupi.

Rumusan

Kesimpulannya, setiap proses kerja hendaklah dirancang dengan sebaik mungkin dengan

mengambil kira pendapat daripada pensyarah dan mereka yang lebih berkemahiran supaya

produk yang dihasilkan adalah berkualiti dan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.

Kemahiran pengendalian mesin juga perlulah dipertingkatkan dari semasa ke semasa kerana

mesin akan berubah kearah yang lebih canggih mengikut peredaran masa. Penghasilan projek

yang baik akan memberi kelebihan kepada diri individu tersebut dan mencerahkan lagi peluang

untuk diserap masuk ke dalam industri dengan mudah kerana kelebihan yang ada pada dirinya.

Setiap individu mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Mungkin ada yang lebih mahir

menggunakan mesin kisar berbanding mesin larik. Oleh itu, kita perlu mempelajari dan

meningkatkan kemahiran dalam semua jenis mesin seperti mesin kisar, mesin canai dan

sebagainya.

LAMPIRAN

9
BORANG PEMERHATIAN

Jadual Pemerhatian Projek Mesin Larik

Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel

Soalan Ya Tidak
1. Adakah anda pernah mempelajari tentang mesin larik? /
2. Adakah anda mengetahui bagaimana konsep pengendalian /
mesin larik?
3. Adakah mesin larik mempunyai dua paksi iaitu paksi-x dan /
paksi-z

Pemerhatian difokuskan kepada kemahiran sampel

Soalan Ya Tidak
1. Adakah anda pernah mengendalikan mesin larik? /
2. Adakah anda berkemahiran dalam dalam penggunaan mesin /
larik?
3. Adakah anda mengetahui cara untuk melaraskan /
kelajuan/kadar suapan mesin larik?

Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel

Soalan Ya Tidak
1. Adakah anda dapat menghasilkan projek mengikut spesifikasi /
dan ukuran yang telah ditetapkan?
2. Adakah anda dapat menentukan kadar suapan mesin larik /
bersesuaian dengan bahan kerja semasa menyiapkan projek?
3. Adakah anda dapat menterjemahkan ukuran dan dimensi /
daripada lukisan kepada benda kerja

10
Soalan Temubual

Bil Soalan Temu Bual Pandangan pelajar


Pendapat saya tugas yg diberikan adalah
Apakah pendapat anda apabila
satu peluang bagi saya untuk mempelajari
1 ditugaskan untuk menyiapkan projek
dengan lebih mendalam untuk mempelajari
secara individu?
mesin larik
Bagaimanakah anda merancang proses- Proses dalam menghasilkan projek itu saya
proses kerja melarik mengikut turutan merancang dengan melihat lukisan projek
2
supaya tidak berlaku ralat ketika secara terperinci untuk mengetahui apa yang
membuatnya? perlu dilakukan dahulu
Bahan apakah yang digunakan bagi
Saya menggunakan aluminum untuk
3 projek tersebut dan mengapa anda
menghasilkan projek itu.
menggunakannya?
Bolehkah anda menceritakan serba
Proses facing, boring , threading dan
4 sedikit proses yang terlibat dalam
finishing
penghasilan projek tersebut?
Ada , dimana tidak mempunyai peralatan
Adakah anda mengalami tekanan ketika
5 yang cukup dan terpaksa menunggu rakan
menyiapkan projek tersebut?
lain menggunakanya dahulu
Betul , ia merupakan faktor yang
Adakah faktor masa menjalankan mesin
menjejaskan projek saya di mana bengkel
atau kekurangan mata alat menjejaskan
6 tersebut tidak mempunyai kelengkapan yang
proses penyiapan projek dan bagaimana
cukup dan terpaksa menggunakan alatan
anda mengatasi masalah tersebut?
dengan bergilir-dengan rakan yang lain

11
BORANG PEMERHATIAN

Jadual Pemerhatian Projek Mesin Larik

Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel

Soalan Ya Tidak
4. Adakah anda pernah mempelajari tentang mesin larik? /
5. Adakah anda mengetahui bagaimana konsep pengendalian /
mesin larik?
6. Adakah mesin larik mempunyai dua paksi iaitu paksi-x dan /
paksi-z

Pemerhatian difokuskan kepada kemahiran sampel

Soalan Ya Tidak
4. Adakah anda pernah mengendalikan mesin larik? /
5. Adakah anda berkemahiran dalam dalam penggunaan mesin /
larik?
6. Adakah anda mengetahui cara untuk melaraskan /
kelajuan/kadar suapan mesin larik?

Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel

Soalan Ya Tidak
4. Adakah anda dapat menghasilkan projek mengikut spesifikasi /
dan ukuran yang telah ditetapkan?
5. Adakah anda dapat menentukan kadar suapan mesin larik /
bersesuaian dengan bahan kerja semasa menyiapkan projek?
6. Adakah anda dapat menterjemahkan ukuran dan dimensi /
daripada lukisan kepada benda kerja

12
Soalan Temubual

Bil Soalan Temu Bual Pandangan pelajar


Apakah pendapat anda apabila Lebih bersemangat untuk menyiapkan
1 ditugaskan untuk menyiapkan projek projek kerana dapat menterjemahkan
secara individu? kemahiran yang sedia ada ke bentuk projek.
Bagaimanakah anda merancang proses- Melihat daripada lukisan bahagian yang
proses kerja melarik mengikut turutan kritikal untuk dihasilkan dan bergantung
2
supaya tidak berlaku ralat ketika keupayaan ragum untuk mengikat benda
membuatnya? kerja.
Bahan apakah yang digunakan bagi
Mild steel kerana mengikut kertas arahan
3 projek tersebut dan mengapa anda
tugasan.
menggunakannya?
Bolehkah anda menceritakan serba
4 sedikit proses yang terlibat dalam Patting, slot, Angle, Part off
penghasilan projek tersebut?
Adakah anda mengalami tekanan ketika
5 Ya kerana terpaksa berebut mesin
menyiapkan projek tersebut?
Adakah faktor masa menjalankan mesin
Ya. Membuat perancangan masa dan
atau kekurangan mata alat menjejaskan
6 menggunakan masa terluang untuk masuk
proses penyiapan projek dan bagaimana
ke bengkel.
anda mengatasi masalah tersebut?

13
BORANG PEMERHATIAN

Jadual Pemerhatian Projek Mesin Larik

Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel

Soalan Ya Tidak
7. Adakah anda pernah mempelajari tentang mesin larik? 
8. Adakah anda mengetahui bagaimana konsep pengendalian 
mesin larik?
9. Adakah mesin larik mempunyai dua paksi iaitu paksi-x dan 
paksi-z

Pemerhatian difokuskan kepada kemahiran sampel

Soalan Ya Tidak
7. Adakah anda pernah mengendalikan mesin larik? 
8. Adakah anda berkemahiran dalam dalam penggunaan mesin 
larik?
9. Adakah anda mengetahui cara untuk melaraskan 
kelajuan/kadar suapan mesin larik?

Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel

Soalan Ya Tidak
7. Adakah anda dapat menghasilkan projek mengikut spesifikasi 
dan ukuran yang telah ditetapkan?
8. Adakah anda dapat menentukan kadar suapan mesin larik 
bersesuaian dengan bahan kerja semasa menyiapkan projek?
9. Adakah anda dapat menterjemahkan ukuran dan dimensi 
daripada lukisan kepada benda kerja

14
Soalan Temubual

Bil Soalan Temu Bual Pandangan pelajar


Saya rasa kurang berkeyakinan dalam
Apakah pendapat anda apabila
menyiapkan tugasan yang diberikan kerana
1 ditugaskan untuk menyiapkan projek
mempunyai banyak kelemahan dalam
secara individu?
mengendalikan mesin larik.
Bagaimanakah anda merancang proses-
proses kerja melarik mengikut turutan Saya membuat tanda terlebih awal tetapi
2
supaya tidak berlaku ralat ketika masih tidak mendapat ukuran yang jitu.
membuatnya?
Saya menggunakan aluminium kerana ianya
Bahan apakah yang digunakan bagi
mudah untuk saya meyiapkan projek saya
3 projek tersebut dan mengapa anda
untuk saya yang tidak beberapa mahir
menggunakannya?
terhadap mesin.
Bolehkah anda menceritakan serba
Saya melakukan proses facing, thread,
4 sedikit proses yang terlibat dalam
boring, dan membunga
penghasilan projek tersebut?
Saya mengalami tekanan kerana peralatan
Adakah anda mengalami tekanan ketika yang tidak mencukupi, selain itu terpaksa
5
menyiapkan projek tersebut? berebut mesin kerana ada mesin yang perlu
diselenggara.
Adakah faktor masa menjalankan mesin
Ya. Saya menunggu giliran sehingga orang
atau kekurangan mata alat menjejaskan
6 itu selesai atau pun saya datang pada hari
proses penyiapan projek dan bagaimana
yang berlainan.
anda mengatasi masalah tersebut?

15

Anda mungkin juga menyukai