Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK4)

MASA: 7.30-12.30 Pagi (17/11/2018) .


TEMPAT: Padang SK Seri Gading .
TAJUK : Menggelecek Bola Hoki.

PERALATAN : Kayu Hoki , Bola Hoki dan Kon.


OBJEKTIF: a) Peserta dapat mempelajari kemahiran menggelecek bola hoki dengan lebih
cekap dan lebih professional.
b) Peserta juga dapat memupuk sikap berkerjasama antara ahli kumpulan dalam
aktiviti tersebut.

PENGENALAN : Kemahiran mengelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil melepasi
pemain lawan. Aspek yang perlu dititik beratkan semasa melakukan kemahiran ini ialah
kepantasan dan kemahiran mengacah dengan menggunakan pergerakan badan dan kayu. Bola
sentiasa berada di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke sisi. Terdapat 3 cara dalam
menggelecek bola .
 CARA PERTAMA : Menggelecek longgar .
 Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat
dan pihak lawan berada jauh dari bola.
Cara untuk mengelecek longgar :
 Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar.
 Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.
 Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.
 Mata memandang bola ketika membuat tolakan.
 Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan. Kedudukan kayu hoki
45° ke tanah.

 CARA KEDUA : Menggelecek longgar.


 Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat
dan pihak lawan berada jauh dari bola.
Cara untuk mengelecek longgar :
 Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar.
 Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.
 Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan
 Mata memandang bola ketika membuat tolakan.
 Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.Kedudukan kayu hoki
45° ke tanah.

 CARA KETIGA :Menggelecek Indian .


 Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan
hoki.Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan
badandengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan muka
kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu manakala tangan kanan
membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan bola.
Cara untuk menggelecek Indian :
 Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri
ke posisi yang lebih selesa. Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari
tangan kiri ke arah bawah kayu hoki. Tangan kanan memegang dengan longgar.
 Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu.
 Mata seperti menggelecek rapat.
 Badan mengikut pergerakan bola.
 Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada
masa kanan menyentuh tanah.
PROSEDUR :
1-Peserta berada dalam satu barisan dan memperkenalkan nama kumpulan . Setiap peserta
memperkenalkan nama dan membuat sorakan kumpulan setelah tiba .
2-Fasilitator akan memberi taklimat ringkas tentang menggelecek dalam hoki dan tentang
pertandingan akan dipertandingkan semasa aktiviti tersebut berlangsung .
3-Dalam aktiviti tersebut mempunyai 3 station iaitu yang pertama menggelecek rapat dan diikuti
dengan menggelecek longgar dan akhir sekali menggelecek Indian .
4-Setelah selesai taklimat ringkas tersebut , Ketua Fasilitator akan membuat demo cara
menggelecek rapat,longgar dan Indian .
5-Peserta akan melakukan aktiviti tersebut dan fasilitator akan mencatat masa setiap peserta untuk
dijadikan pemenang antara peserta tersebut .Peserta yang mencatat masa paling pantas dan
membuat dengan sempurna akan dikira pemenang bagi pertandingan tersebut .
6-Setelah selesai semua peserta melakukan aktiviti tersebut , Fasilitator akan mengumumkan
nama pemenang dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan saguhati kepada peserta
yang kurang bernasib baik .
7-Sebelum semua peserta bergerak ke LDK yang berikutnya , peserta dikehendaki membuat
sorakan kumpulan dengan penuh bersemangat .
FALSAFAH ;
1-Berkerjasama dalam melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan akan menghasilkan impak
yang positif dan cukup baik .Untuk meningkatkan diri dalam sukan , perlulah mempunyai
kemahiran asas sukan tersebut .

Anda mungkin juga menyukai