Anda di halaman 1dari 8

KEMAHIRAN ASAS HOKI

12:30 AM

Mat King

No comments

KEMAHIRAN ASAS
Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran-kemahiran
yang menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan mencabar.

Bagi

memastikan keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari kemahiran-kemahiran asas


dahulu. Pada tajuk ini, guru pelatih akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas
seperti menggelecek, memukul, menguis dan lain-lain lagi.
4.1

MENGGELECEK

Menggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya pemain dapat
mengawal bola dengan baik. Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu:
CARA MENGGELECEK

BUTIRAN MENGGELECEK
Tangan kiri di hujung kayu hoki
dengan belakang tangan menghadap
ke

luar.

Longgarkan

sedikit

pegangan tangan kanan.


Badan dibongkokkan sedikit dan lutut
menggelecek longgar

dibengkokkan.
Mata

memandang

bola

ketika

membuat tolakan.
Bola hoki harus berada disebelah
kanan dan di hadapan kaki kanan.
Kedudukan kayu hoki 45 ke tanah
Pegangan

seperti

menggelecek

longgar.
Badan

juga

seperti

menggelecek

longgar
Mata sentiasa memandang ke arah

menggelecek rapat

bola dan sekilas kepada pemain yang


akan

bergerak

sambil

mengkaji

situasi padang.
Bola harus berada ke kanan dan
dihadapan kaki kanan pemain serta
sentiasa menyentuh kayu hoki.
Pemain menukar pegangan dengan
membiarkan kayu hoki berpusing di
dalam tangan kiri ke posisi yang lebih
selesa. Tangan kiri memutarkan kayu
menggelecek Indian

sambil meletakkan ibu jari tangan kiri


ke arah bawah kayu hoki. Tangan
kanan memegang dengan longgar.
Bola berada di hadapan pemain dan
bergerak dalam arah sisian lebih
kurang saiz bahu.
Mata seperti menggelecek rapat.
Badan mengikut pergerakan bola.
Apabila

kaki

menyentuh

tanah,

ketukan bola dari kiri ke kanan dan


dari kanan ke kiri pada masa kanan
menyentuh tanah.
Bagi peringkat pelajar sekolah rendah, kemahiran menggelecek longgar lebih
praktikal untuk diajar. Hal ini kerana kemahiran ini lebih mudah untuk dipelajari dan
senang untuk difahami.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGGELECEK LONGGAR

1. Pelajar perlu untuk menggelecek bola mengikut garisan lurus. Gunakan hanya
satu biji bola.

2. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan sama


rata.

3. Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10 meter di atas satu garisan yang
lurus.

4. Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui garisan sambil menggelecek bola.


Pelajar perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus.

5. Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola sebelum pelajar daripada


kumpulan B memperoleh bola tersebut.

A --------------10 meter-------------- B

6. Teruskan latihan dengan menambah jarak antara dua kumpulan tersebut


sehingga pelajar benar-benar mahir.

7. Tingkatkan kemahiran pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel.


8. Pelajar dikehendaki berbaris satu garisan dengan skitel berjarak 10 meter.
9. Pelajar pertama akan menggelecek bola hoki ke arah skitel dan membuat
membuat pusingan lalu patah balik ke arah kumpulan pelajar.

10.

Pelajar tersebut perlu mengawal bola itu dan memastikan pelajar kedua

memperoleh bola tersebut.

11.Pelajar kedua mengulang semula perlakuan pelajar pertama dan begitulah


seterusnya sehingga pelajar terakhir di dalam kumpulan tersebut melakukan
aktiviti ini.

4.2

MEMUKUL

Kemahiran memukul merupakan kemahiran yang penting berbanding kemahirankemahiran lain di dalam kemahiran asas hoki. Kelebihan kemahiran memukul ialah
bola boleh digerakkan dalam keadaan laju dan jauh. Jurulatih perlu memastikan
ketepatan pukulan oleh pemain.
MEKANIK MEMUKUL

BUTIRAN MENGAJAR
Letakkankepala kayu hoki di atas
tanah
Tangan kiri diletakkan di hujung kayu
dan digenggam secara longgar

Pegangan

Tangan kanan diletakkan di bawah


tangan kiri.
Kedua-dua tangan akan membentuk
bentuk V apabila ibu jari dan jari
telunjuk

kedua-dua

tangan

selari

dengan jari kayu hoki.


Bahu kiri menghadap sasaran atau
arah pukulan.
Cara berdiri

Kedudukan badan seimbang.


Kaki dijarakkan lebih kurang lebar
bahu.
Jari

kaki

kanan

bersudut

tegak

dengan bahu manakala jari kaki kiri

lebih kurang 30 - 40.


Kedudukan bola selari dengan jari
Bola

kaki dan berjarak selesa.


Pukulan lurus, ayunan bermula dari
ayunan belakang ke ayunan bawah
dan ikut lajak.
Pada masa kayu hoki dihayun ke
belakang, pinggul berputar dan berat

Ayunan

badan dipindahkan dari kaki belakang


ke kai hadapan sambil bola dipukul.
Kayu hoki mesti memukul bola hoki
dengan kuat dan rata agar bola
bergerak ke tempat yang dituju.
Pada masa bola dipukul, berat badan

Badan

berada pada kaki kiri begitu juga


semasa badan kita ikut lajak.
Tumit

kanan

dinaikkan

dengan

putaran di atas jari kaki.


Momentum badan dan pemindahan
berat badan perlu tepat agar kuasa
untuk memukul lebih tinggi.
Selain

daripada

momentum

dan

pemindahan berat badan, kekuatan


bahu dan lengan, kelajuan dengan
Kuasa untuk memukul bola

pecutan

ayunan

ke

bawah

dan

kekunci pergelangan tangan pada


masa bola dipukul juga menjadi faktor
penting untuk memperoleh kuasa
untuk memukul bola hoki.

Bagi memantapkan kemahiran memukul, pelajar perlu didedahkan dengan


latihan ansur maju terlebih dahulu.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MEMUKUL

1. Berdiri satu langkah di belakang bola. Pelajar mengambil satu langkah ke


hadapan lalu memukul bola kepada pasangan. Tambahkan langkah kepada dua
atau tiga.

2. Ulang semula seperti (1), tetapi dalam keadaan berlari.


3. Menolak bola, kemudian berlari dan seterusnya memukul bola kepada
pasangan.

4. Berdiri dengan bola tiga langkah di hadapan dan di luar kawasan D. Kemudian,
tolak bola masuk ke dalam kawasan D lalu mengejarnya. Pukul bola ke dalam
gol kira-kira di garisan D atau beberapa sentimeter di dalam kawasan D.

5. Memukul bola yang bergerak dari kanan.


a) Secara berempat:
A menolak bola ke B
B memukul bola ke C
C menolak bola ke D
D memukul bola ke A
Selepas melakukan 10 pukulan A menukar tempatnya dengan B dan C bertukar tempat
dengan D.
B

b) Berdua di kawasan D, pemain di sebelah kanan barisan A menolak bola kepada


pasangannya di barisan B yang akan memukul bola ke dalam gol.
c) Seperti di (b), cuma tukarkan arah iaitu tolakan dari arah kiri. Namun, pastikan pelajar
mahir dengan aktiviti pukulan dari arah kanan agar tidak menimbulkan sebarang
masalah ketika membuat latihan seperti di (c).

6. Pelajar memukul bola satu demi satu sebanyak 5 biji di hadapan pintu gol.

4.3

MENGUIT/MENGUIS
Kemahiran ini selalunya dipraktikkan oleh penjaring sesuatu pasukan.

Kemahiran adalah strok tolakan yang dinaikkan dan berpusing. Cara memegang kayu
hoki bagi kemahiran ini hampir sama seperti kemahiran menolak iaitu cara pegangan,
pergerakan tolakan, tidak ada ayunan kerana kayu hoki berada di belakang bola hoki,
memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan mengikut lajak dengan baik.
Kedudukan bola berada di hadapan kaki hadapan. Berat badan bagi seorang
pemain hoki ketika menguis berada di kaki belakang sebelum dipindahkan ke kaki
hadapan supaya bola mendapat peluncuran yang baik. Pergelangan tangan turut
memutar dengan cepat supays kuitan itu berputar dan menyukarkan penjaga gol untuk
mengawal kehadiran bola dari arah hadapan.
Semasa menyentuh bola, kayu hoki perlulah menghadap ke atas sedikit.
Namun, bahagian paling sukar untuk kemahiran ini ialah ketika melakukan putaran.
Bagi memastikan putaran terjadi, kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama
yang boleh dengan menyentuh sebelah kanan bola terlebih dahulu kemudian sebelah
bawah bola. Seterusnya, kayu hoki menyentuh sebelah kiri bola lalu menguit bola
dengan jari kayu hoki.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGUIT/MENGUIS

1. Satu garisan 60 cm dari lantai ke dinding dilukis dan melakukan latihan menguit
di atas garisan pada dinding tersebut.

2. Berdiri dengan kaki rapat, kemudian melangkah dengan kaki kiri ke hadapan lalu
kuit bola yang berada di hadapan.

3. Berjalan 3 atau 4 langkah ke arah bola dan lakukan kuitan.


4. Seperti di (3), tetapi melakukan larian ke arah bola tersebut.
5. Gelecek bola lebih kurang dalam 3 5 langkah lalu menguit bola. Peringatan.
Berhenti sebentar antara menggelecek dengan menguit. Namun, selepas latihan
yang berulangan, pelajar akan mengurangkan masa itu sehingga mereka tidak
teragak-agak untuk lakukan kemahiran ini tanpa berhenti.

Anda mungkin juga menyukai