Anda di halaman 1dari 1

Kemahiran Menggelecek Menggelecek ialah cara mengawal bola sambil bergerak dan digunakan untuk melepaskan diri dengan

bola daripada kawalan pihak lawan. Terdapat tiga kemahiran iaitu kelecek longgar, kelecek rapat dan kelecek cara India. i. Menggelecek Longgar Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola.

Rajah 4 : Menggelecek longgar sambil berlari ke arah gol ii. Menggelecek Rapat Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar bola kepada rakan.

Rajah 5 : Menggelecek rapat iii. Menggelecek Indian Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan hoki.Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan badandengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan bola. Rajah 6 : Menggelecek Indian

Anda mungkin juga menyukai