Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 20/4/2020

Sukan : Hoki

Kemahiran :

Memukul

1) Pegang kayu dengan kuat. Tangan kiri di atas tangan kanan.Bahu kiri menghadap
sasaran. Bola berada selari dengan kaki kiri. Mulakan aksi dengan hayunan ke
belakang
2) Hayun kayu ke arah bola dan pindahkan berat badan ke kaki depan. Bengkokkan
lutut semasa melakukannya. Mata memandang bola. Kontak bahagian belakang bola
3) Ikut lajak, kayu dituju sehala dengan sasaran. Berat badan dipindahkan ke hadapan

Menggelecek

a) Menggelecek longgar
1) Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar.
Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.
2) Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.
3) Mata memandang bola ketika membuat tolakan.
4) Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.
5) Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah

b) Menggelecek rapat
1) Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar.
Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.
2) Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.
3) Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan
bergerak sambil mengkaji situasi padang.
4) Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa
menyentuh kayu hoki

c) Menggelecek Indian
1) Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam
tangan kiri ke posisi yang lebih selesa. Tangan kiri memutarkan kayu sambil
meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki. Tangan kanan memegang
dengan longgar.
2) Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz
bahu.
3) Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan
bergerak sambil mengkaji situasi padang.
4) Badan mengikut pergerakan bola.
5) Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri
pada masa kanan menyentuh tanah

Anda mungkin juga menyukai