Anda di halaman 1dari 35

BAB 2:

PENGENALAN
PENGURUSAN
PENGENALAN PENGURUSAN
2.1 Pengenalan Organisasi Dan Pengurusan
a. Definisi Organisasi dan Pengurusan
b. Fungsi Pengurusan
2.2 Peringkat Pengurusan
a. Atasan
b. Pertengahan
c. Bawahan
2.3 Peranan dan Kemahiran Pengurusan
a. Peranan pengurusan
i. Penjalin Hubungan Perorangan
ii. Pembuat Keputusan
iii. Pemberi Maklumat
b. Kemahiran Pengurusan
i. Konseptual
ii. Kemanusiaan
iii. Teknikal
2.1 Pengenalan Organisasi dan Pengurusan
a. Definisi Organisasi Dan Pengurusan

Definisi Organisasi:

Gabungan dua atau lebih


orang yang bekerja secara
sistematik dan berstruktur
untuk mencapai matlamat
organisasi.
A. DEFINISI ORGANISASI DAN PENGURUSAN

Definisi Pengurusan:
Pengurusan ialah pencapaian
matlamat organisasi secara efektif dan
efisien melalui proses merancang,
mengorganisasi, memimpin dan
mengawal sumber-sumber organisasi.
(Richard L. Daft, 2006 m.s 8)
Fungsi pengurusan
•Merancang
•Mengorganisasi
•Memimpin
•Mengawal
i. MERANCANG
Proses di mana pengurus
menentukan matlamat yang
ingin dicapai dan
menentukan tindakan yang
paling sesuai untuk diambil di
semua peringkat organisasi
demi mencapai matlamat
organisasi.
ii. MENGORGANISASI

Proses di mana pengurus


menyusun dan mengagihkan
sumber-sumber organisasi
untuk melaksanakan tugas
yang telah ditetapkan agar
dapat mencapai matlamat
organisasi.
iii. MEMIMPIN
Proses di mana pengurus
cuba mempengaruhi gelagat
pekerja agar mereka dapat
melaksanakan tugas yang
diberikan dengan efektif dan
efisien untuk mencapai
matlamat organisasi.
iv. MENGAWAL
Proses di mana pengurus
memantau prestasi
semasa dan mengambil
tindakan pembaikan
untuk memastikan hasil
akhir kerja tercapai
seperti yang dijangkakan.
2.2 PERINGKAT PENGURUSAN
i. PENGURUSAN ATASAN
 Bertanggungjawab ke atas pengurusan
sesuatu organisasi secara menyeluruh.
 Tumpuan kepada perancangan jangka
panjang/perancangan strategik.
 Menetap dan menggariskan visi, misi, dasar,
polisi dan matlamat organisasi serta
membimbing organisasi agar interaksinya
dengan persekitaran adalah baik.
 Lazimnya dipanggil Ketua Pegawai Eksekutif
(CEO), Presiden, Naib Presiden.
CONTOH PIHAK PENGURUSAN
SYARIKAT DI MALAYSIA:
CEO PETRONAS : Tan Sri Shamsul Azhar Abbas

CEO AIRASIA : Tan Sri Tony Fernandes

CEO CIMB : Dato’ Sri Nazir Razak

MANAGING DIRECTOR SHELL MALAYSIA :


En. Azman Ismail

EXECUTIVE CHAIRMAN OF PROTON GROUP :


Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil
ii. PENGURUSAN PERTENGAHAN
 Pengurusan pertengahan adalah
bertanggungjawab kepada melaksanakan segala
keputusan yang dibuat oleh pengurusan atasan.
 Peringkat pengurusan ini merangka keputusan
jangka sederhana berpandukan objektif
pengurusan atasan.
 Menyelia serta menyelaras aktiviti pengurus
bawahan dan kadangkala bertanggungjawab ke
atas pekerja organisasi.
 Membuat laporan kepada pengurus atasan.
 Cth; Ketua Jabatan Pembangunan Produk,Ketua
Jabatan Sumber Manusia.
iii. PENGURUSAN BAWAHAN
 Bertanggungjawab secara langsung ke atas
pengeluaran produk dan perkhidmatan.
 Bertanggungjawab ke atas pekerja organisasi
bukan pengurusan.
 Tumpuan kepada perancangan jangka pendek.
 Memberi penekanan terhadap tugas penyeliaan
kerja operasi, pelaksanaan tugas harian pekerja
agar matlamat organisasi tercapai.

 Cth; Penyelia Tapak, Ketua Kerani, Penyelia Jualan.


CONTOH CARTA ORGANISASI:

PRESIDEN

NAIB PRESIDEN

PENGURUS PENGURUS PENGURUS


SUMBER MANUSIA PENGELUARAN PEMASARAN

Penyelia Juruteknik Penyelia


Jurujual
2.3 PERANAN DAN KEMAHIRAN
PENGURUSAN

a. Peranan Pengurusan
Definisi Peranan:

Peranan ialah satu set gelagat yang


berkaitan dan bersesuaian dengan
jawatan yang disandang.
PERANAN PENJALIN HUBUNGAN PERORANGAN

Peranan:
•Tunggak
•Pemimpin
•Penghubung
PERANAN PENGURUS SEBAGAI TUNGGAK
(FIGUREHEAD)

 Menjalankanbeberapa tugas
yang berbentuk simbolik atau
upacara.

 Cth:
menghadiri majlis,
menyampaikan sijil dan
anugerah dan menandatangani
dokumen rasmi.
PERANAN PENGURUS SEBAGAI PEMIMPIN
(LEADER)

 Mengarah,mengkoordinasi dan
memotivasikan pekerja
melaksanakan kerja.
 Memastikan kerja-kerja yang
dilaksanakan mematuhi apa
yang telah dirancang.
PEMBUAT KEPUTUSAN
Peranan:
•Usahawan
•Menangani Gangguan
•Pengagih sumber
•Perunding
PERANAN PENGURUS SEBAGAI PENGAWAI
PENGHUBUNG (LIAISON)

 Mengekalkan hubungan jaringan


(networking) sama ada di dalam
atau di luar organisasi; melalui e-
mel,panggilan telefon dan
mesyuarat.

 Cth:
Pengurus berinteraksi dengan
pekerja, pelanggan, pembekal dan
sebagainya.
PERANAN PENGURUS SEBAGAI USAHAWAN
(ENTREPRENEUR)

 Berperanan sebagai perintis


(initiator), pereka dan penggalak
kepada perubahan dan inovasi.
 Cth, CEO sentiasa memperolehi
idea-idea baru dan kreatif untuk
mempertingkatkan prestasi
syarikat.
PERANAN PENGURUS SEBAGAI MENANGANI
GANGGUAN (CRISIS HANDLER)
Membuat keputusan atau tindakan
yang tepat terhadap krisis yang timbul
dalam organisasi supaya persekitaran
organisasi yang bermasalah dapat
diselesaikan.
Cth:Tindakan menyelesaikan konflik
dalam kalangan pekerja seperti
mogok, rungutan pekerja dan
ketidakpuasan hati.
PERANAN PENGURUS SEBAGAI PENGAGIH
SUMBER (RESOURCE ALLOCATOR)

 Menetapkan bagaimana sumber


organisasi yang terhad diagih dan
digunakan oleh semua ahli
organisasi untuk mencapai
matlamat organisasi.
 Cth: Pengurus mengagihkan
sumber-sumber dana, masa,
peralatan dan sumber manusia
mengikut keutamaan.
PERANAN PENGURUS SEBAGAI
PERUNDING (NEGOTIATOR)

 Mewakili
organisasi dalam
perundingan yang melibatkan bidang
kuasa.
 Cth:
CEO berunding dengan wakil
kesatuan pekerja; Pengurus jualan
berunding dengan Jabatan
Pengeluaran untuk mendapatkan
tawaran istimewa bagi pelanggan
utamanya.
PEMBERI MAKLUMAT

Peranan:
•Pemantau
•Menangani Gangguan
•Pengagih sumber
•Perunding
PERANAN PENGURUS SEBAGAI
PEMANTAU (MONITOR)

 Mencari dan menerima maklumat,


mengimbas laporan berkala dan
mengekalkan hubungan perorangan.
 Cth: Pengurus sentiasa memantau keadaan
sekeliling seperti perubahan dasar kerajaan
dan peluang pelaburan baru yang
mempengaruhi organisasinya.
PERANAN PENGURUS SEBAGAI
JURUCAKAP (SPOKESPERSON)

 Mewakili unit/jabatan untuk memberi


maklumat yang jelas kepada pihak
pengurusan atasan dalam organisasi atau
berkomunikasi dengan individu/kesatuan
pekerja di luar organisasi.
 Cth: Pengurus menyampaikan maklumat
kepada ahli organisasi dan orang luar melalui
ucapan, laporan dan memo.
Kemahiran Pengurusan

•Kemahiran konseptual
•Kemahiran kemanusian
•Kemahiran teknikal
i. Kemahiran Konseptual

 Kemampuan untuk melihat organisasi secara


keseluruhan dan mengintegrasikan hubungan
antara bahagian-bahagian dalam organisasi.
 Melibatkan proses perancangan dan
pengurusan strategik untuk mencapai
matlamat organisasi.
 Melibatkan pembuatan keputusan yang
kompleks yang melibatkan kesan jangka
panjang.
ii. Kemahiran Kemanusiaan

 Memimpin, memotivasi, mengurus konflik dan


mempengaruhi individu dengan memahami
perasaan, tingkah laku dan sikap individu
lain.

 Kebolehan
berkomunikasi dengan pelbagai
golongan manusia atau masyarakat seperti
bertemu dengan pelbagai jenis pelanggan,
bermesyuarat dengan pegawai atasan,
berbincang dan berhubung dengan pekerja.
ii. Kemahiran Kemanusiaan
Cth:
Pengurus sumber manusia perlu
berusaha menangani masalah prestasi
pekerja, membekalkan maklumbalas
kepada pekerja, memotivasi pekerja
dan mengawal aktiviti-aktiviti yang
membabitkan pengurusan prestasi
pekerja.
iii. Kemahiran Teknikal

Kebolehan untuk
mengaplikasikan kaedah,
prosedur dan teknik
dalam bidang tertentu.
Mempunyai kaitan yang
rapat dengan aktiviti
harian organisasi.
iii. Kemahiran Teknikal
Penguasaan kemahiran teknikal
membantu pengurusan atasan
untuk merangka polisi, dasar dan
objektif organisasi.
Dapat membantu pengurus
peringkat bawahan untuk memberi
nasihat, penjelasan dan tunjuk ajar
tentang aspek teknikal secara
terperinci kepada
pekerja.
PERKAITAN ANTARA JENIS KEMAHIRAN
DENGAN TAHAP PENGURUSAN
Tingkat Kemahiran Kemahiran Kemahiran
Pengurusan Konseptual Kemanusiaan Teknikal

Pengurus
Atasan

Pengurus
Pertengahan

Pengurus
Bawahan

Anda mungkin juga menyukai