Anda di halaman 1dari 7

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah rahmat serta nikmat
masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Pada awalnya, saya perlu menghadapi beberapa cabaran untuk siapkan
tugasan ini. Alhamdulillah berkat pertolongan pihak-pihak tertentu membolehkan saya
menyiapkan tugasan yang diberikan pada tempoh masa yang ditetapkan.

Dalam usaha menjayakan tugasan ini, saya ingin memberikan sekalung penghargaan
kepada pensyarah yang saya kasihi, Puan Mageswari Marie kerana telah meluangkan banyak
masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan tugasan ini.

Khas kepada kedua ibu bapa yang tercinta kerana sentiasa mendoakan kejayaan saya
serta sentiasa memberikan sokongan moral kepada saya. Mereka juga telah memberikan
pelbagai kemudahan yang membantu saya untuk menyempurnakan tugasan ini.

Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang banyak memberikan peringatan serta
dorongan kepada saya sepanjang proses untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
membantu saya dengan menjawab serta menjelaskan soalan yang saya ajukan kepada
meraka. Mereka juga turut memberikan maklumat tambahan kepada saya.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
terlibatkan secara langsung atau tidak langsung dalam usaha saya menyiapkan kerja kursus
ini. Sekian, terima kasih.

1
SOALAN TUGASAN

Perbezaan individu merangkumi aspek perbezaan individu dari segi pertumbuhan dan
perkembangan mengikut jantina, fizikal, emosi, nilai tolak ansur, kemahiran sosial serta bakat
dan minat.

Anda diminta membuat pemerhatian dan laporan terhadap perbezaan murid-murid di dalam
sebuah kelas semasa menjalani PBS

Anda dikehendaki memilih dua orang murid dan membuat perbandingan berdasarkan Teori
Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner. Laporkan perbezaan individu yang wujud dan
impliakasi dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sumber rujukan yang relevan.

2
1.0 PEGENALAN

Setiap manusia mempunyai tingkah laku yang berbeza. Hal ini disebut sebagai perbezaan
individu. Perbezaan individu adalah ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara
fizikal, mental, emosi dan sosial yang ada dalam diri individu. Henson et. al (1999)
menerangkan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri manusia yang mempunyai potensi
sama ada memajukan keupayaan seseorang atau membataskan keupayaan seseorang untuk
belajar.

Perbezaan individu ini boleh dikaitkan dengan Teori Kecerdasan Pelbagai yang
diasaskan oleh Howard Gardner. Kecerdasan pelbagai merupakan satu elemen penting yang
perlu dikenalpasti dalam diri pelajar sejak awal persekolahan lagi, matlamatnya ialah bagi
melahirkan modal insan yang sempurna. Kecerdasan pelbagai ini dapat dikenalpasti seawal
peringkat kanak-kanak lagi.

Di sekolah, murid-murid dilihat mempunyai pelbagai jenis ragam. Perbezaan yang


berlaku dalam kalangan murid ini meyebabkan guru-guru perlu mengenalpasti kecerdasan
pelbagai yang ada pada setiap murid. Dalam tugasan ini, saya akan menerangkan perbezaan
individu dalam kalangan murid serta implikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Garner.

2.0 TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER

Menurut Howard Gardner (1983), kecerdasan pelbagai adalah kepakaran kecerdasan


manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani
masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. Teori ini
menyatakan bahawa manusia memiliki kecerdasan pelbagai yang boleh dikembangkan
melalui pendidikan yang menyeluruh.

3
Rajah 1 menunjukkan 9 Kecerdasan yang Terkandung di dalam Teori Kecerdasan
Pelbagai

Berdasarkan Rajah 1, dapat dilihat bahawa Teori Kecerdasan Pelbagai ini lebih
menjurus kepada aspek kognitif serta perkembangan psikologi dan sosiologi. Menurut Chua
Yan Piaw (2014), manusia sekurang-kurangnya mempunyai sembilan kecerdasan asas
merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan atau kemahiran yang wujud secara semula jadi.
Terdapat sembilan kecerdasan yang dimasukkan ke dalam teori ini iaitu verbal linguistik, logik
matematik, visual ruang, spiritual, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan kinestetik.
Kesemua kecerdasan pelbagai ini pada dasarnya merupakan pengembangan dari
kecerdasan otak, kecerdasan emosional dan kecerdasan spiritual.

3.0 PERBEZAAN INDIVIDU DALAM KALANGAN MURID

Setiap individu akan mempunyai perbezaan dari aspek fizikal, emosi dan sosial. Menurut
Khairul Yusri (2007), perbezaan individu adalah ketidaksamaan aspek perkembangan secara
fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Oleh itu, setiap guru perlu memahami
perbezaan individu dalam kalangan murid-murid supaya guru mudah untuk mengawal proses
pengajaran dan pembelajaran. Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS),
saya telah membuat pemerhatian tingkah laku semasa di dalam kelas terhadap dua murid.

Berdasarkan pemerhatian, terdapat beberapa perbezaan tingkah laku di antara murid


A dan murid B. Mengikut Teori Kecerdasan Pelbagai, murid A mempunyai kecerdasan
interpersonal dan verbal-linguistik yang baik berbanding murid B. Kecerdasan interpersonal

4
merupakan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain di mana
individu dapat berkomunikasi dengan baik. (Sharifah Maimunah et. al, 2001). Kecerdasan
Verbal-Linguistik pula adalah kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam
lisan dan penulisan (Hamidah Mohamed, 2012). Murid dilihat dapat mendengar apa yang
diarahkan oleh guru berbanding dengan murid B yang sukar untuk menerima arahan daripada
guru. Murid B pula dilihat mempunyai kecerdasan Visual-Ruang yang sangat baik. Menurut
Sharifah Maimunah et.al (2011), kecerdasan visual-ruang adalah kebolehan mengesan dan
menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan di mana individu dapat membentuk
gambaran dalam minda mereka serta mahir dalam bidang seni. Murid B dilihat lebih
cendurung untuk melakukan aktiviti yang melibatkan seni berbanding aktiviti berbahasa.

Terdapat beberapa persamaan di antara murid A dan murid B antaranya, kedua-dua


mereka mempunyai kecerdasan kinestetik. Menurut Hamidah Mohamed (2012), Kecerdasan
kinestetik adalah kebolehan menggunakan badan untuk aktivit fizikal seperti koordinasi,
fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Individu dalam kecerdasan ini gemar melakukan
aktiviti fizikal seperti menari dan bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran
motor. Murid A dan murid B dilihat dapat melakukan aktiviti senaman dengan baik semasa
PdP dijalankan.

4.0 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)

Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah menimbulkan minat guru-guru dalam


mempelbagaikan strategi pengajaran (Siti Rahayah Ariffin et. al, 2008). Melalui teori ini ,guru
dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran. Hal ini supaya murid tidak berasa bosan sewaktu
PdP .Menurut Shahibudin Ishak (2015), gaya pembelajaran menjadi faktor untuk murid lebih
bersemangat dalam pembelajaran. Guru seharusnya menjadikan diri mereka sebagai
seorang penghibur yang berbakat (Noriati A. Rashid et. al, 2012). Selain itu, guru juga akan
menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan kecerdasan dan potensi murid. Guru boleh
menggunakan pelbagai pendekatan supaya Pdp menjadi lebih seronok dan efektif.

Melalui Teori Kecerdasan Pelbagai juga dapat membantu guru untuk mengenalpasti
kecerdasan murid mengikut tahap masing-masing dengan pengetahuan sedia ada guru. Hal
ini akan memudahkan para guru untuk menilai murid yang mempunyai kecerdasan yang
berbeza. Menurut Chua Yan Piaw (2014), setiap kecerdasan dapat dikembangkan melalui
pendidikan. Dengan ini guru dapat mengembangkan bakat sedia ada murid semasa
mengaplikasikan PdP di dalam bilik darjah.

Seterusnya, guru dapat merancang aktiviti pengajaran dengan baik di mana guru
dapat merancang apa yang patut diberikan kepada murid. Guru perlu menggunakan pelbagai

5
pendekatan semasa PdP (Siti Rahayah Ariffin et. al, 2008). Hal ini demikian kerana guru dapat
mengenalpasti potensi yang ada dalam diri murid sewaktu Pdp dijalankan. Ini juga dapat
membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai ini.

5.0 RUMUSAN

Dapat dirumuskan bahawa Teori Kecerdasan Pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner
mempunyai perkaitan dengan perbezaan individu. Oleh itu, guru-guru perlu mengaplikasi teori
ini semasa PdP. Menurut Ikhsan Othman et. al (2010), proses pengajaran dan pembelajaran
yang mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai mampu mewujudkan suasana pengajaran
yang kondusif untuk berlakunya pembelajaran. Selain itu, proses pengajaran dan
pembelajaran yang mengintegrasikan kepelbagaian unsur adalah selaras dengan konsep
pembelajaran berasaskan minda dan kurikulum bersepadu. Oleh itu, semua guru harus
mengambil pendekatan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran. Ini bertujuan seupaya
murid dapat mengembangkan kecerdasan mereka.

6
6.0 RUJUKAN

Abdullah, S. (2008). Kecerdasan Pelbagai-Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.


PTS Professional.

Chua Yan Piaw. (2014). Kecerdasan Pelbagai Pemimpin Pendidikan: Teori, Amali dan
Penyelidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New York: Basic
Books.

Hamidah Mohamed. (2012). Kecerdasan Pelbagai dalam Kalangan Pelajar BPSP. Universiti
Malaya.

Henson, K. T., & Eller, B. F. (1999). Educational psychology for effective teaching. Belmont,
CA: Wadsworth Pub. Co.

Ikhsan Othman & Rohizani Yaakub. (2010). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam
Pelaksanaan Kurikulum. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 21-32.

Khairul Yusri. (2007). Pelan Induk Pendidikan (PIPP), Kementerian Pelajaran Malaysia,
Malaysia.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhirah. (2012). Murid dan Alam Belajar.
Oxford Fajar

Shahibudin Ishak. (2015). The Impact of Thinking Maps on Enthusiasm, Attitude and Learning
Style: An Action Research Study of Students in Management Course. Science
Journal of Education, 3(5), 107.

Sharifah Maimunah et.al (2011), Modul Pedagogi: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam
Pengajatan dan Pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin & Hafsa Mohamed Makki. (2008). Faktor kontribusi
kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar remaja. Jurnal Pendidikan Malaysia
(Malaysian Journal of Education), 33, 35-46.

Anda mungkin juga menyukai