Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi atas rahmat dan izin-Nya ,dapat saya menyiapkan tugasan
yang diberi kepada saya dalam menghasilkan kerja kursus ini.Saya telah diberi mandat
dalam menghasilkan tugasan yang bertemakan Aspek Kecenderungan Belia Di Malaysia
Dalam Melakukan Kesalahan Kesantunan Lisan Dan Penulisan Sehingga Nilai Tersebut
Semakin Tipis Pada Masa Kini.

Pertama sekali , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
bagi kursus ini, Puan Nor Ildahayati Bt Ilias atas segala bantuan , bimbingan serta tunjuk
ajar kepada saya di sepanjang tempoh masa yang diberikan bagi menyiapkan tugasan ini
.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sentiasa meluangkan masa untuk berkongsi
maklumat serta tunjuk ajar bagi melaksanakan tugasan ini .Saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan serta motivasi
kepada saya dalam usaha menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada saya ini .

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung kerana sanggup membantu dan bekerjasama dengan
saya untuk menyempurnakan tugasan ini .

1
2.0 PENGENALAN

Kesantunan amat penting dan perlu ada pada setiap individu. Namun,apakah maksud atau
takrif yang sebenar bagi kesantunan ini ? Menurut Kamus Dewan (1984), kesantunan
merujuk kepada perihal (sifat dan sebagainya) santun,kesopanan,kehalusan (budi bahasa
atau budi pekerti). Contohnya seperti bersopan-santun ketika berbual-bual atau bercakap
dengan orang yang lebih tua daripada kita.

Namun demikan,Asmah Haji Omar (2000) pula mentakrif kesantunan ini kepada dua
jenis iaitu kesantunan asas dan kesantunan berkala . Kesantunan asas ini adalah
kesantunan sedia ada dalam masyarakat yang dijadikan pedoman dalam pergaulan seperti
yang diberi penekanan dalam ajaran agama.Seterusnya,kesantunan berkala pula adalah
kesantunan yang menggambar ucapan yang dilakukan dalam masyarakat berdasarkan
situasi tertentu. Contohnya, berinteraksi antara seorang indiviu dengan individu yang lain.

Menurut tokoh yang lain pula iaitu Hamka (2002), beliau mentakrifkan bahawa
kesantunan ini merujuk kepada adab dan ketinggian ilmu seseorang. Ini menunjukkan
bahawa kesantunan ini bukan terletak pada wajah dan pakaian seseorang. Kesantunan ini
tidak dilihat dari segi wajah yang cantik dan pakaian yang menawan .Tidak bergunalah jika
seseorang itu memiliki rupa yang cantik dan pakaian yang menawan tetapi tidak mempunyai
adab dan ilmu kesantunannya di dalam diri mereka.

Maka, telah dapat kita ketahui maksud atau takrif kesantunan ini yang sebenar.
Kesantunan ini amatlah penting sesama manusia. Tanpa kesantunan,keharmonian hidup
antara masyarakat adalah tidak terjamin .Lebih-lebih lagi masyarakat dalam Negara ini yang
mengamalkan konsep masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada masyarakat
Melayu,Cina dan India. Kesantunan ini penting dalam setiap masyarakat agar dapat
mewujudkan masyarakat yang hidup dalam harmoni dan sejahtera.

2
3.0 ISI PENULISAN

Apakah yang dimaksudkan dengan belia ? Secara pengetahuannya, belia adalah generasi
harapan bangsa dan negara untuk masa kini dan masa akan datang. Mereka adalah
pewaris kepimpinan dan tunjang dalam pembangunan dalam merealisasikan matlamat
negara dalam apa jua aspek-aspek penting yang boleh menyumbangkan kepada bangsa
dan tanah air. Belia ini terdiri daripada golongan remaja dan dewasa .

Namun demikian,sejak akhir-akhir ini isu dalam kalangan belia sering diperkatakan di
sidang akhbar , media massa mahupun di kaca televisyen . Antara isu-isu yang timbul dalam
kalangan belia ini adalah kecenderungan belia di Negara ini dalam melakukan kesalahan
kesantunan secara lisan dan penulisan. Contohnya, kesalahan mereka dalam penulisan
ketika mereka berhubung bersama rakan mereka melalui aplikasi yang terdapat di dalam
telefon bimbit seperti aplikasi WhatsApp dan Instagram.

Hal ini menimbulkan kerisauan pelbagai pihak yang memandang serius dalam
perkara ini dan berharap agar perkara ini perlu ditangani dengan segera .Hal ini kerana
sekiranya mereka iaitu remaja kerap melakukan dan cenderung dalam melakukan
kesalahan kesantunan ini, nilai kesantunan dalam diri mereka akan berkurang. Oleh itu, isu
ini harus diselesaikan agar kesalahan kesantunan secara lisan dan penulisan yang
dilakukan oleh golongan belia ini dapat ditangani.

3
3.1 Aspek Kecenderungan Belia Di Malaysia Dari Segi Lisan Dan Penulisan Dalam
Melakukan Kesalahan Kesantunan Lisan Dan Penulisan

Kesantunan lisan ini sebenarnya merujuk kepada penggunaan bahasa atau kata yang
beradab,sopan dan baik ketika bertutur.Kesantunan ini bukan sahaja hanya digunakan
ketika bertutur dengan seseorang individu yang sama umur iaitu sebaya ataupun dengan
orang yang sama taraf,namun hendaklah digunakan setiap kali hendak bertutur dengan
seseorang.

Pertuturan ini diliputi dengan semua bentuk aspek. Aspek-aspek tersebut adalah
secara formal dan tidak formal. Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi secara
formal? Maksud komunikasi formal adalah komunikasi yang bertujuan untuk menyampaikan
sesuatu maklumat kepada sejumlah pendengar. Contohnya, ucapan di khalayak
ramai,berpidato dan berbahas.Komunikasi tidak formal pula ialah perbualan antara orang
yang kita kenali atau tidak kenali.

Namun demikian,penggunaan bahasa dalam pertuturan secara lisan dan penulisan


pada masa ini semakin teruk terutama golongan belia yang bergelar remaja. Mereka saban
hari menggunakan bahasa dengan cara yang salah. Contohnya penggunaan bahasa ketika
berbual-bual bersama rakan diaplikasi WhatsApp dengan menggunakan perkataan yang
singkat seperti “ weyh,ko tgh wtpe ? Jom kluar gi mkn .. “.Hal seperti ini harus dielakkan dan
dibanteras kerana perkara ini akan memakan diri sendiri .Maksudnya, ia akan menyebabkan
diri kita lebih kerap menggunakan bahasa atau perkataan seperti itu ketika dalam perbualan
di laman sosial.

Antara aspek remaja cenderung dalam melakukan kesalahan dari segi lisan dan
penulisan ialah diri sendiri.Hal ini kerana melaui diri sendiri juga akan menyebabkan
kesantunan dalam lisan dan penulisan berkurang. Contohnya seseorang remaja itu mudah
terpengaruh dengan percakapan daripada orang tua yang menggunakan bahasa kesat
seperti “ bodoh, otak kau, bangang “ dan sebagainya.

Terdapat contoh yang dapat dilihat iaitu kesalahan penggunaan bahasa yang kesat yang
digunakan di media sosial oleh segelintir masyarakat. ( Rujuk Lampiran di m/s 8 )

Seterusnya, penggunaan bahasa rojak dalam pertuturan juga menyebabkan nilai


kesantunan lisan dan penulisan berkurang . Bahasa rojak ini adalah dimana dua bahasa
digabungkan ketika pertuturan dan penulisan.Contohnya gabungan bahasa Inggeris dan
bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa lisan dan pertuturan seperti “ If kau nak pergi
kantin,pergila dulu..nanti aku follow ..

4
Selain itu, aspek keluarga juga antara penyebab kesalahan kesantunan lisan dan
penulisan yang dilakukan dalam kalangan belia . Setiap keluarga mempunyai latar belakang
yang berbeza contohnya tempat asal,dimana setiap tempat asal itu mempunyai dialeknya
yang tersendiri. Antaranya negeri Kelantan , Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan
Melaka yang mempunyai bahasa dan dialek yang berbeza.

Hal ini akan menyebabkan seseorang individu itu melakukan kesalahan kesantunan
lisan dan penulisan. Contohnya ,seorang individu yang berasal dari Melaka berbual dengan
seorang individu yang berasal dari Kelantan. Hal ini akan menimbulkan kesan yang positif
dan negatif semasa perbualan antara mereka dijalankan.Contohnya ,penggunaan bahasa
yang agak kasar digunakan seperti “hawau” yang digunakan oleh individu dari Melaka ini
akan menyinggung perasaan individu dari Kelantan.Walhal,penggunaan bahasa seperti itu
kerap kali digunakan oleh masyarakat di Melaka .

Akhir sekali, aspek rakan-rakan.Rakan-rakan juga menjadi penyebab kepada


golongan belia ini dalam melakukan kesalahan kesantunan lisan dan penulisan.Contohnya
penggunaan bahasa ringkas seperti “ geraklu pape roger “, “ leklu,sapkok lu…”.Perkara
seperti ini akan menyebabkan Belia lebih cenderung dalam melakukan kesalahan ini
terutama ketika bertutur di tempat awam. Ini akan menyebabkan golongan ini akan
dipandang hina di mata masyarakat kerana tidak menggunakan bahasa dan kata dengan
betul ketika bertutur secara lisan.

5
3.2 Cara-Cara Mengembalikan Kesantunan Dalam Kalangan Belia Di Malaysia

Semua pihak mestilah memainkan peranan masing-masing dalam memastikan


kesantunanan golongan belia ini terjaga dan tidak hilang. Terdapat beberapa langkah dan
cara yang perlu dilakukan dalam mengembalikan kesantunan dalam kalangan belia ini .

Antaranya ialah golongan belia ini perlulah bijak dalam memilih rakan. Dipetik
daripada kata-kata dalam sepotong Hadith Nabi SAW yang bermaksud, “Pilihlah rakan yang
betul. Sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi nescaya bauan
kasturinya akan terkena kepada kamu. Tetapi, apabila kamu bersahabat dengan seorang
tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit juga kepada dirimu. Demikianlah betapa
pentingnya pengaruh rakan dalam kehidupan kita. Jelaslah bahawa memilih rakan yang
betul adalah salah satu tuntutan daripada rasulullah SAW. Dengan itu,secara tidak langsung
dapat mengembalikan kesantunan dalam kalangan belia seperti selalu menggunakan
bahasa yang baik dan sopan ketika bertutur secara lisan dan juga dalam penulisan.

Seterusnya, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam mengembalikan
kesantunan dalam golongan belia iaitu anak-anak mereka sendiri.Ibu bapa perlu menjadi
contoh iaitu “ role model “ terhadap anak-anak mereka.Contohnya ,sentiasa mengajar dan
mendidik anak-anak sejak daripada kecil dalam menggunakan bahasa yang baik ketika
pergaulan dan bertutur dengan orang lain.Oleh itu, imej keluarga dapat dijaga dan secara
tidak langsung dapat mengekalkan kesantunan dalam golongan belia.

Selain itu, pihak sekolah juga merupakan antara pihak yang terpenting dalam
mengembalikan kesantunan dalam belia ini.Pihak sekolah seperti Bimbingan Kauseling
Sekolah boleh mengadakan aktiviti seperti Ceramah tentang “ Kebaikan Mengamalkan
Kesantunan Dalam Diri “.Hal ini dapat menyedarkan diri pelajar yang terdiri daripada
golongan belia ini betapa pentingnya kita dalam mengamalkan kesantunan dalam diri .

Akhir sekali, pihak kerajaan bertanggungjawab dalam memastikan kesantunan


dalam golongan belia ini kekal. Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran
bahawa pentingnya kesantunan dalam diri masyarakat terutama golongan belia.Kempen
kesedaran seperti ini perlu melibatkan golongan belia ini hal ini kerana merekalah yang
mencorakkan dan menaikkan nama serta imej negara pada suatu hari nanti. Melalui
kempen ini, golongan belia dapat dididik dan melatih diri untuk lebih santun dalam
pertuturan dan penulisan.Kesannya, imej negara dapat dijaga .Contohnya ,pelancong luar
negara akan memandang tinggi negara kita disebabkan rakyatnya yang sentiasa
menggunakan bahasa yang baik apabila bertutur secara lisan.

6
4.0 RUMUSAN

Jelaslah bahawa setiap individu itu memainkan peranan penting dalam memastikan bahasa
yang digunakan dalam golongan belia ini adalah hanya penggunaan bahasa yang baik
sahaja.Apabila setiap belia di negara ini mempunyai dan menggunakan kesantunan bahasa
dengan baik, keharmonian dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan.Hal ini kerana
dengan menggunakan bahasa yang sopan, sebarang pergaduhan atau perasaan dan
perkara negatif dapat dielakkan.Oleh itu, sama-samalah kita menggunakan bahasa yang
sopan agar mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri, keluarga,masyarakat dan negara.

7
5.0 LAMPIRAN

8
6.0 RUJUKAN

Asmah Haji Omar.(2000).Wacana,Perbincangan,Perbahasan,Dan Perundingan Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka .

Apa itu BELIA ? . Kgbaru.pi1m.my. http://kgbaru.pi1m.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-


pi1m/belia-harapan-bangsa/161-apa-itu-belia . Diakses pada Khamis,2 Ogos 2018

Dr.Faridah binti Nazir,Ratna Laila binti Shahidin,Faiziah binti Shamsudin .


(2014) .Kesantunan Masyarakat Malaysia. Selangor.Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Hamka . (2002) . Merantau Ke Deli , Kuala Lumpur : Crescent News .

Kamus Dewan .(1984) .Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka .

Anda mungkin juga menyukai