Anda di halaman 1dari 2

Pembelajaran berasaskan Guru

Pdp guru hanya yang berperanan, murid penonton


Komunikasi satu hala
Murid tidak dapat memberikan pendapat
Teknik pengajaran menumpukan fakta-fakta, murid akan menghafal
Interaksi yang pasif
Tidak dapat bezakan perbezaan murid.
Kurang kreatif dan berinisiatif
Pembelajaran berasaskan Murid
Murid yang memainkan peranan yang penting dalam Pdp. Guru hanya membimbing murid
untuk lakukan aktiviti.
Komunikasi 2 Hala
Murid Dibenarkan memberikan pendapat
Nilai murni seperti kerjasama, tolong menolong dan bertolak ansur dapat dipupuk.
Perbezaan murid dapat diberikan perhatian
Murid dapat memupuk sifat kreatif dan berinisiatif
Pembelajaran Tematik
Mengikut tajuk
Menjadikan Pdp lebih bermakna
Murid2 akan berasa seronok
Sifat ingin tahun murid akan meningkat

Terdapat beberapa kelebihan pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan tematik


berbanding pendekatan berpusatkan guru, antaranya, pembelajaran berasaskan murid dan
pembelajaran temamtik menjadikan PdP lebih bermakna berbanding pembelajaran
berasaskan guru. Hal ini demikian kerana, murid dapat meneroka ilmu pengetahuan
berdasarkan aktivti-aktiviti kumpulan. Ini akan memupuk sifat kreatif dan berinisiatif serta
meningkat sifat ingin tahu dalam kalangan murid. Selain itu, pembelajaran Tematik akan
menjadikan murid berasa seronok kerana mereka belajar sesuatu mengikut tema-tema yang
telah disusun dalam DSKP. Hal ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid bukan
sahaja berkaitan mata pelajaran bahkan ilmu di luar kurikulum. Seterusnya, pendekatan
berasaskan murid dapat memberik peluang kepada murid-murid untuk memberikan
pendapat berbanding pendekatan berasakan guru, murid-murid hanya berperanan sebagai
penonton sahaja. Sekiranya murid diberi peluang untuk berkomunikasi, murid dapat
menambahkan lagi keyakinan untuk berkomunikasi serta dapat memantapkan kemahiran
berbahasa. Di samping itu, melalui pendekatan berasaskan murid, guru dapat memupuk
nilai-nilai murni dalam diri murid. Contoh nilai murni yang boleh dipupuk adalah nilai
kerjasama, tolong-menolong dan bertolak ansur. Nilai-nilai ini dapat diperloeh melalui
aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dijalankan oleh guru. Perkara ini tidak dilihat pada
pendekatan berasakan guru di mana pada pendekatan ini, guru-guru hanya menyampaikan
fakta-fakta dan murid hanya perlu menghafal apa yang guru ajar. Jelas sekali terdapat
banyak kelebihan dan kekuatan yang ada pada pendekatan berasaskan murid dan tematik
berbanding pendekatan berasaskan guru. Pendekatan-pendakatan ini mampu membentuk
murid untuk menjadi indvidu yang lebih proaktif.

Anda mungkin juga menyukai