Anda di halaman 1dari 16

TRANSFORMASI

MINDA
PENGURUSAN
PERNIAGAAN 2
BAB 1:
PENGELUARAN
1. Jelaskan tiga rekabentuk pengeluaran. [6 markah]
a) Simplification
 Menekan pengurangan usaha dalam bilangan, bahagian, pemasangan atau pilihan agar dapt
memudahkan dan mempercepatkan penghasilan produk.
 Contoh, pengeluar kereta tidak perlu menghasilkan pintu kereta sendiri, sebaliknya akan
menggunakan pintu kereta yang telah siap untuk dipasang pada kereta.
b) Modular
 Melibatkan gabungan komponen atau modul standard dalam pelbagai cara untuk
menghasilkan beberapa produk yang unik.
 Bahagian produk atau komponen dibina dalam bentuk modul boleh diganti atau ditukar
ganti dengan mudah agar dapat meningkatkan fleksibiliti dalam pengeluaran dan pemasaran
serta keupayaan memenuhi kehendak pelanggan.
 Contohnya, Harley Davidson menggunakan beberapa jenis enjin, casis dan tangki gas untuk
menghasilkan pelbagai jenis motosikal.
c) Standardization
 Standardization merupakan proses pengeluaran yang menghasilkan produk yang seragam
dari aspek produk, saiz dan kualiti.
 Standardization membolehkan penggunaan bahagian pemasangan sedia ada, standard atau
boleh ditukar ganti dalam kalangan produk dengan tujuan mengurangkan tahap inventori,
kos dan masa latihan, memudahkan prosedur pembelian dan pengendalian bahan.
 En Husyairi menghasilkan coklat yang seragam dari segi saiz, bahan mentah dll.
2. Dengan menggunakan contoh, terangkan secara ringkas empat jenis pengeluaran.
[8 markah]
a)Massa
 Ia merupakan kaedah pengeluaran secara besar-besaran untuk menghasilkan barangan
yang sama .
 Ciri utama kaedah ini ialah kadar pengeluarannya yang tinggi, peralatan yang digunakan
adalah khusus untuk membuat sesuatu barangan dan kadar permintaan terhadap
barangan adalah sangat tinggi, stabil, kualiti yang sama dan dapat diramal.
 Bahan mentah disimpan sebagai inventori bagi merendahkan kos pengeluaran kerana
pengeluaran secara besar-besaran.
 Syarikat akan menyimpan stok untuk memenuhi permintaan segera dan dapat
meminimumkan masa penghantaran.
 Contohnya, penghasilan alat penghawa dingin dalam kuantiti yang banyak, menggunakan
peralatan yang khusus.
 
a)Selanjar
 Pengeluaran jenis ini umumnya beroperasi 24 jam berterusan tanpa henti, berulangkali
dan besar.
 Kebiasaannya hanya satu jenis produk sahaja yang dihasilkan tetapi dalam volum yang
amat tinggi. Produk mempunyai pempiawaian yang amat tinggi, maka aliran pengeluaran
adalah secara lini dan sukar diubah.
 Menggunakan peralatan yang sama dalam jangka masa yang lama
 Contoh: Pemprosesan air bersih/terawat dgn volum pengeluaran yang sangat besar.
2. Dengan menggunakan contoh, terangkan secara ringkas empat jenis
pengeluaran. [8 markah]
 
b)Kelompok
 Sistem pengeluaran kelompok ialah di mana barangan diproses di dalam kumpulan-
kumpulan atau lot-lot tertentu.
 Pengeluaran adalah mengikut jumlah permintaan yang pelbagai.
 Sesuai utk produk bermusim dan bersifat fleksibel untuk memenuhi citarasa
pelanggan yang pelbagai.
 Volum pengeluaran boleh jadi kecil atau besar bergantung permintaan yg berubah-
ubah
 Contohnya penghasilan rak buku dibuat mengikut citarasa pelanggan yang pelbagai
dalam kumpulan tiga tingkat.
 
c)Tempahan
 Pengeluaran ini melibatkan penghasilan produk spesifik yang mengikut tempahan
pengguna dalam kuantiti yang kecil.
 Produk yang dikeluarkan adalah unik, (kerana mengikut spesifikasi), mempunyai nilai
tinggi dan melibatkan tempoh yang tidak menentu.
 Memerlukan modal yang besar kerana melibatkan penggunaan tenaga pakar dalam
sesuatu bidang dan teknologi yang canggih.
 Contohnya, tempahan kek harijadi untuk kanak-kanak bertemakan fantasi.
3. Huraikan jenis susun atur yang berikut:
a) Susun atur tetap [2 markah]
 Merupakan kaedah mengumpulkan aktiviti pengeluaran seperti sumber manusia, bahan mentah dan peralatan di
lokasi di mana pengeluaran hendak dibuat.
 Disebabkan oleh saiz yang besar & berat barangan tersebut terletak tetap di tempat pembuatan. Peralatan, mesin,
bahan mentah, jentera dan pekerja di bawa ke kedudukan yang telah ditentukan untuk melakukan proses-proses
pembuatan.
 Sesuai bagi produk yang mudah rosak, mudah pecah, pukal atau terlalu berat untuk dialihkan.
 Kedudukan produk yg dihasilkan tetap manakala sumber-sumber pengeluaran dibawa ke lokasi.
 Contoh: Membina bangunan Burj Khalifa Tower memerlukan peralatan seperti mesin pembancuh simen, kren,
pekerja dll di tempatkan di lokasi pembinaan sehingga selesai.
 
b) Susun atur proses [2 markah]
 Aktiviti pengeluaran disusun dengan mengumpulkan manusia dan alatan yang sama fungsinya dalam satu tempat.
 Ia melibatkan pelaburan yang sedikit kerana peralatan dan mesin boleh dikongsi guna serta tidak terhad untuk
pengeluaran satu jenis produk sahaja.
 Produk akan bergerak dari satu bahagian kerja ke bahagian lain untuk disiapkan.
 Contoh: Perkhidmatan salun kecantikan bermula dengan pendaftaran, mencuci muka, merawat kuku dll.
 
c)Susun atur selular [2 markah]
 Susun atur yang mengumpulkan mesin atau elemen kerja yang berbeza ke dalam pusat-pusat kerja atau sel-sel kerja
yang kecil.
 Tujuannya untuk menghasilkan suatu famili bahagian dengan ciri-ciri rekabentuk dan keperluan proses yang serupa.
 Contoh: pembuatan kerusi,cip komputer, enjin diesel dan lain-lain dibuat dalam pusat-pusat kerja yang khas
mengikut proses pengeluaran tertentu.
4. Berikut ialah maklumat tentang inventori di Syarikat GSB
Jualan tahunan = 100,000 unit
Harga belian seunit inventori = RM50.00
Kos pegangan ialah 20% daripada harga belian inventori
Kos pesanan = RM50.00 setiap pesanan
Masa tunggu = Satu minggu
(Andaikan 1 tahun = 52 minggu)
Syarikat GSB ingin mengetahui:
a) Kuantiti pesanan ekonomi [3 markah]

= √2Ds
h

= √2 X 100,000 X 50
20% X 50

= √1,000,000

= 1,000 unit
b) Berapa kali pesanan setahun perlu dibuat? [2 markah]
= D
Q
= 100,000
1,000
= 100,000 kali
 
c) Titik pesanan semula [2 markah]
= Permintaan Harian X Bilangan Hari Masa Lopor Bagi Satu Pesanan
Baru
= 100,000 X 7
52 X 7
= 1923 unit
 
d) Berapakah jumlah kos inventori tahunannya? [3 markah]\
= (Qh) + (DS)
2 Q
= 10(1,000) + 100,000 X 50
2 1,000
= 5,000 + 5,000
= RM 10,000
5. Anda baru sahaja mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan universiti luar negara dan bercadang untuk
membuka kilang kerepek ubi.
a) Huraikan bagaimana proses kawalan kualiti dalam pengeluaran kilang anda nanti. [12 markah]
i. Rancang
 Tumpu pada operasi semasa, pengumpulan maklumat serta pendapat, membincangkan alternatif penyelesaian,
analisis data, cadangan penambahbaikan atau tindakan pembetulan dan merancang perubahan.
 Saya merancang melakukan inovasi pada bentuk/saiz/perisa/bahan penghasilan kerepek melalui maklumat dan
pendapat dari orang awam.
ii. Buat
 Melaksanakan perubahan operasi, penambahbaikan, menyelaras prosedur kerja, dan kutipan data secara
sistematik untuk tujuan penilaian.
 Saya melaksanakan inovasi pada proses penghasilan kerepek melalui maklumat dan pendapat dari orang awam
menggunakan resepi/bahan baharu.
iii. Semak
 Memantau operasi dan meneliti segala perubahan sebenar yang berlaku.
 Menyemak kesannya serta menganalis prestasi operasi dan kerja untuk menentukan sama ada prestasi adalah
seperti diharapkan.
 Saya akan memantau proses kerja menggunakan resepi/bahan baharu dll samada efektif/produktif seperti
dirancang.
iv. Tindakan
5. Mengambil tindakan pembetulan atau penambahbaikan. Jika prestasi telah bertambah baik, piawaikan prosedur
kerja yang baru untuk operasi itu.
6. Saya mengenalpasti kelemahan pada resepi/bahan baharu dll dan membuat penambahbaikan serta menetapkan
piawaian prosedur kerja baharu
b) Jadual berikut menunjukkan proses aliran kerja yang dibangunkan oleh United Holding Sdn.
Bhd. bagi projek membina rumah untuk mangsa kebakaran di Melaka. Berdasarkan
maklumat di bawah, lakarkan Carta PERT. [9 markah]
Aktiviti Aktiviti Masa (Minggu)
Terdahulu
A (Mencari pembekal) - 3
B (membeli bahan) A 1
C (Membersih tapak) A 6
D (Membina tapak) B, C 8
E (Memasang bumbung) D 5
F (Memasang dinding) D 9
G (Mengecat) E, F 4

1 8 5
3 4
B D E
MULA A G TAMAT
6 9
C F
(i)Tentukan masa untuk setiap laluan [3 markah]
 A – B – D – E – G = 3 + 1 + 8 + 5 + 4 = 21 minggu
 A – C – D – E – G = 3 + 6 + 8 + 5 + 4 = 26 minggu
 A – C – D – F – G = 3 + 6 + 8 + 9 + 4 = 30 minggu
 
(ii)Tentukan laluan kritikal [1 markah]
Laluan A – C – D – F – G
 
(iii)Tentukan masa slak [3 markah]
 A – B – D – E – G = 30 – 21 = 9 minggu
 A – C – D – E – G = 30 – 26 = 4 minggu
 A – C – D – F – G = 30 – 30 = 0 minggu
6. Syarikat Hang Jebat merupakan pengeluar kopi yang mempunyai hasil jualan mencecah jutaan ringgit. Pasarannya
meluas meliputi beberapa negara di Eropah dan Asia Tengah.
a) Jelaskan tiga langkah dalam proses pengeluaran kopi oleh Syarikat Hang Jebat. [6 markah]
(i) Input
 Sumber-sumber yang dikenali sebagai faktor-faktor pengeluaran yang digunakan sebagai bahan
dalam proses pengeluaran.
 Contohnya, bagi pengeluaran produk kopi, pengilang memerlukan kopi (bahan mentah) untuk
diproses, manusia (tenaga buruh/pekerja) untuk menyelenggarakan mesin, wang (modal) untuk
membeli bahan mentah, mesin dan membayar upah pekerja dan juga kemahiran (usahawan) untuk
mengagih sumber-sumber tersebut.
 
(ii) Transformasi
(i) Merupakan proses asas untuk mengubah bahan mentah (input) kepada produk siap, bahagian-
bahagian atau komponen (output).
(ii) Ia juga merupakan proses tambah nilai dalam proses penukaran input dari segi bentuk, warna, rasa,
saiz dan rupa kepada produk lain yang dikenali sebagai output.
(iii) Transformasi melibatkan proses-proses seperti proses kimia, proses fabrikasi, proses pengkeranian
dan proses pengangkutan.
(iv) Proses penghasilan kopi bermula dengan pengasingan biji kopi dgn kulitnya, mengeringkan,
mengisar sehingga proses membungkus.
(iii) Output
 Merupakan hasil yang diperoleh daripada proses transformasi yang terdiri daripada barang siap atau
barang separuh siap.
 Contohnya; Output (iaitu kopi) terhasil daripada proses pengeluaran yang dilakukan ke atas biji kopi
(bahan mentah).
b) Kenalpasti dan terangkan jenis proses pengeluaran yang paling sesuai digunakan oleh Syarikat
Hang Jebat beserta contoh [3 markah]
Jenis pengeluaran massa.
• Pengeluaran adalah stabil/tinggi
• Peralatan untuk memproses kopi adalah khusus.
• Permintaan adalah tetap daripada pelanggan/sangat tinggi, stabil dan dapat diramal.
• Produk kopi yang dikeluarkan adalah seragam.
• Kopi mempunyai kualiti yang sama.
• Bahan mentah (kopi, susu, gula, perisa dll) disimpan sebagai inventori bagi merendahkan
kos pengeluaran.
• Kaedah pengeluaran kopi adalah konsisten.
• Kos pengeluaran kopi adalah murah kerana pengeluaran secara besar-besaran.
• Kopi yang dihasilkan boleh disimpan sebagai inventori.
• Pengeluaran kopi dibuat/ dikeluarkan secara berperingkat untuk dijual kepada
pemborong atau pelanggan dari masa ke masa
• Pengeluaran kopi adalah secara pukal
• Keperluan dan kehendak pelanggan terhadap kopi adalah boleh diramal
b) Kenalpasti dan huraikan jenis susun atur pengeluaran yang paling sesuai digunakan oleh
Syarikat Hang Jebat beserta contoh [3 markah]
Susun atur produk
 Melibatkan penyusunan semua peralatan dan mesin serta aktiviti pengeluaran
mengikut urutan proses pengeluaran bagi memastikan operasi pengeluaran berjalan
dengan lancar dan sistematik.
 Biasanya satu jenis mesin atau jentera akan digunakan secara khusus untuk
mengeluarkan sesuatu produk dalam kilang.
 Dalam susunatur jenis ini, komponen berpindah dari satu stesyen kerja ke satu
stesyen yang lain sehinggalah ianya siap dihasilkan.
 Susun atur produk amat sesuai digunakan oleh kilang yang menghasilkan satu jenis
produk sahaja secara berulangan berdasarkan standard atau piawai yang telah
ditetapkan oleh pihak pengurusan.
 Susun atur produk boleh berbentuk S, L, U atau O.
 Contoh: Penghasilan kopi dilakukan mengikut urutan proses iaitu pengasingan biji
kopi dgn kulitnya, mengeringkan, mengisar sehingga proses membungkus.
d) Bincangkan tiga faktor yang perlu diambilkira oleh Syarikat Hang Jebat sekiranya merancang untuk
membuka kilang baharu di kawasan industri Nusa Jaya Johor Bahru [9
markah]
(i) Bekalan tenaga buruh
 Mudah untuk mendapatkan sumber tenaga buruh merangkumi buruh mahir, separuh
mahir dan kurang mahir serta kos upah buruh yang berpatutan.
 Contohnya terdapat tenaga pekerja seperti operator pengeluaran yang ramai dan
mudah diperolehi kerana berdekatan dengan bandar, kawasan perumahan dan
sekolah/institusi pendidikan di sekitar bandaraya Johor Bahru.

(ii) Berdekatan dengan sumber bahan mentah


 Sebagai jaminan bekalan bahan mentah tidak terputus serta meminimumkan kos
penghantaran.
 Contohnya banyak kilang dan pusat jualan bahan mentah (Seperti kopi, gula, susu,
krimer dll) di sekitar kawasan kilang.
 
(iii) Berhampiran dengan pengguna dan pasaran
(i) Organisasi harus memberi tumpuan kepada saiz pasaran besar yang menjanjikan
pulangan keuntungan maksimum.
(ii) Memudahkan dan mempercepatkan pengedaran produk kepada pengguna dan
meminimumkan kos pengedaran.
(iii)Contohnya berdekatan dengan kawasan berpenduduk berkepadatan tinggi seperti di
bandaraya Johor Bahru dan negara Singapura.
(iv) Kemudahan infrastruktur
 Kemudahan infrastruktur yang lengkap menjadi pertimbangan utama kepada firma dalam pemilihan lokasi tapak.
 Kemudahan seperti bekalan air, elektrik, sistem komunikasi dan sistem perhubungan dapat memudahkan proses
pengeluaran.
 Contohnya kawasan kilang terletak di kawasan perniagaan Nusa Jaya yang maju dan lengkap dengan segala
kemudahan asas
(v) Kemudahan khidmat sokongan
 Kemudahan seperti subkontraktor dan institusi kewangan dapat membantu firma mendapatkan khidmat seperti
penyelenggaraan, bekalan, sumber pembiayaan dan urusan pembayaran.
 Contohnya kawasan kilang terletak di kawasan perniagaan Nusa Jaya yang maju dan lengkap dengan institusi
perbankan, khidmat penyelenggaraan, bekalan, sumber pembiayaan dan pembayaran
(vi) Sistem pengangkutan dan logistik
 Kemudahan jaringan pengangkutan darat, udara dan laut seperti jalan raya, lebuh raya, landasan keretapi,
lapangan terbang dan pelabuhan memudahkan urusan logistik.
 Memudahkan bahan mentah dihantar ke pusat operasi pengeluaran dengan segera dan kerap sekaligus dapat
mengurangkan kos penyimpanan inventori.
 Mempercepatkan proses penghantaran produk ke pasaran.
 Contohnya kawasan kilang terletak di kawasan yang berhampiran dengan jalan raya/lebuhraya yang baik dan
strategik.
(vii) Politik dan undang-undang
 Kestabilan politik menjadi tarikan dan dorongan kepada firma untuk beroperasi dengan lancar tanpa sebarang
gangguan di dalam sesebuah negara.
 Peruntukan undang-undang yang melindungi hak pengeluar seperti akta hak cipta dan cukai yang tidak
membebankan akan menjadi tumpuan firma untuk mengembangkan operasi pengeluaran.
 Contohnya kawasan kilang terletak di kawasan yang aman dan terkawal dibantu dengan system perundangan
yang baik di bawah kawal selia pihak Bandaraya Johor Bahru.
e) Sekiranya Syarikat Hang Jebat ingin menghasilkan produk baharu, terangkan dua cabaran yang bakal ditempuhi oleh pengurus pengeluaran syarikat itu
[4 markah]
(i) Keperluan untuk memenuhi citarasa pengguna yang pelbagai
 Kejayaan sesuatu produk bergantung kepada keupayaannya untuk memenuhi citarasa pengguna.
 Kitaran hayat produk dalam pasaran semakin pendek
 Pihak pengurusan perlu mengambil beberapa langkah tertentu misalnya mengeluarkan pelbagai jenis produk bagi memenuhi citarasa
pengguna yang pelbagai.
 Pengurus pengeluaran SHJ menghadapi cabaran terhadap perubahan citarasa pengguna terhadap produk kopi yang halal dan baik
untuk kesihatan.
(ii) Menekankan peningkatan kualiti produk secara berterusan
 Jangkaan pengguna terhadap kualiti produk semakin meningkat
 Pengurus pengeluaran perlu memastikan kualiti produk kopi dan perkhidmatan sentiasa ditambah baik untuk memenuhi jangkaan
pengguna.
 Pengurus pengeluaran SHJ memastikan kualiti produk kopi yang dihasilkan dipertingkatkan selaras dengan kehendak pelanggan dan
lebih berdaya saing berbanding pesaing seperti Kopi Cap Kapal Api, Ali Café dll.
(iii) Perubahan teknologi yeng berterusan
 Penggunaan teknologi terkini mempercepat proses pengeluaran
 Pengeluar harus bersedia untuk menerima sebarang perubahan teknologi yang drastik dan mengatur strategi pengeluaran yang efisien
 Penggunaan komputer, jentera dan robot dalam aktiviti pengeluaran
 Pengurus pengeluaran SHJ berdepan dengan cabaran dalam perubahan dalam penggunaan teknologi terkini dalam penghasilan coklat
yang lebih tahan lama, bersih dan menjimatkan kos
(iv) Kepekaan terhadap isu alam sekitar
 Mengambil kira kebersihan dan keindahan alam sekitar supaya kualiti alam sekitar tidak tercemar kesan aktiviti pengeluaran yang
dijalankan bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang.
 Pengurus pengeluaran SHJ perlu sentiasa peka dengan isu alam sekitar dan mengambil tindakan melupuskan bahan buangan mengikut
undang-undang.
(v) Modal dan buruh
 Memilih sama ada orentasikan buruh atau modal yang mana lebih menjimatkan kos.
 Pengurus pengeluaran SHJ berdepan dengan cabaran pusing ganti buruh yang tinggi maka memilih modal untuk menjimatkan kos
pengeluaran.

Anda mungkin juga menyukai