Anda di halaman 1dari 6

Modul 4.

1. Tajuk : Rukun Negara yang ke empat - Kedaulatan undang-undang.

2. Pengenalan
Program ini dianjurkan untuk memantapkan lagi pemahaman murid-murid tentang
Rukun Negara yang ke empat iaitu Kedaulatan Undang-Undang. Ianya selaras dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam usaha untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu dan bertanggungjawab serta tahu menghormati dan mematuhi
peraturan dan undang-undang.

Apakah yang dimaksudkan dengan Kedaulatan Undang-undang?


Ianya membawa maksud keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap
rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu
kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat
dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi
kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk
mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan
undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan
teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat.
Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang
serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari
kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan
sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

3. Jenis aktivitia) Pameran undang-undang di Malaysia- contohnya undang-undang


Jalanraya- denda atau hukuman yang dikenakan sekiranya melanggar peraturan.
b) Pertandingan melukis poster bertemakan Kedaulatan Undang-Undang .

4. Langkah-langkah pelaksanaan:
Sebelum:
i) Meminta kebenaran dari pihak pentadbiran sekolah untuk menjalankan aktiviti pameran dan
melukis poster.
ii) Memberi penjelasan kepada pihak pentadbiran tentang rasional mengadakan program
tersebut.
iii) Meminta bantuan/kerjasama Panitia Sivik untuk bersama menjayakan Program Rukun
Negara.
iv) Menetapkan hari dan masa / menyediakan tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
sebagaimana yang telah dirancangkan.
v)Perancangan bajet / hadiah untuk aktiviti-aktiviti tersebut.
vi) Pemilihan AJK untuk memastikan program berjalan dengan lancar.
vii) Pengumuman kepada semua murid tentang pelaksanaan Program tersebut.

Semasa:
Guru-guru akan menjaga kawalan murid sewaktu program dijalankan.
Guru-guru akan memantau murid-murid dan memberi penjelasan sewaktu murid-murid melihat
pameran.
Guru perlu memberi penekanan tentang kepentingan mematuhi undang-undang/peraturanperaturan Negara kita berdasarkan prinsip Rukun Negara yang ke 4 iaitu Kedaulatan UndangUndang
Murid-murid membuat catatan tentang pameran yang dilihat.
Memberi penerangan tentang pertandingan melukis poster yang bertemakan Kedaulatan
Undang-Undang.
Menggalakkan murid untuk melukis menggunakan imaginasi dan kreativiti mereka masingmasing.

Selepas:
i) Sesi soal-jawab / kuiz dengan murid-murid berkaitan dengan pameran yang telah dilihat oleh
mereka.
ii)Memberi peluang kepada murid untuk bertanya tentang pameran atau soalan-soalan tentang
kedaulatan undang-undang.
iii)Menyuruh murid-murid melafazkan Rukun Negara.
iv) Memastikan Kebersihan tempat selepas aktiviti dijalankan.
v) Pengumuman pemenang pertandingan melukis poster dan penyampaian hadiah/cenderahati

Sedikit taklimat berkenaan pertandingan

Anda mungkin juga menyukai