Anda di halaman 1dari 21

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN MELUKIS DAN


MEWARNA PERINGKAT SEKOLAH
2014

Tarikh

: 24 Februari 2014

Hari

: Isnin

Tempat

: Dewan Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu

Masa

: 8.00 pagi 1.30 petang

1.0 PENGENALAN
1

Pertandingan Melukis dan Mewarna Tahap 1 dan 2 merupakan salah satu aktiviti sekolah
yang dirancang dalam takwim sekolah pada setiap tahun . Ia bertujuan meningkatkan
kecenderungan dan minat murid mengambil bahagian untuk menonjol dan mencungkitl
kebakatan sendiri. Guru juga akan memilih 3 hasilan karya yang terbaik bagi setiap kelas.
Pemenang peserta pertandingan akan diberi hadiah sebagai galakan mereka juga akan
dicadangkan nama ke pertandingan peringkat daerah. Melalui pertandingan ini, diharap
dapat memupuk minat, bakat murid dan terus menonjolkan kreativiti mereka dalam
penghasilan karya dalam bidang Seni. Bagi pengajaran dan pembelajaran seni visual ,
murid-murid yang kurang berminat adalah disebabkan tiada motivasi dan galakkan bagi
mereka untuk mengembangkan tahap kognitif .
Setelah mengkaji dan menemubual dengan beberapa orang guru di sekolah ini dan di
dapati murid tidak mempunyai motivasi dan juga ganjaran diberikan. Oleh itu, saya
mencadangkan ganjaran dapat meningkatkan tahap motivasi dan galakan dalam seni
visual. Ia juga dapat menarik minat murid dan seterusnya memotivasikan murid itu sendiri.
Guru berperanan memberi motivasi dan galakan kepada murid-murid pada setiap masa.
Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk
tujuan membolehkan murid-murid menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini.Murid
adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang
diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif
ianya secara tidak langsung dapat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat
penilaian pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri
sendiri. Ia boleh dikaitkan dengan Teori B.F. Skinner di mana ganjaran diberi akan dapat
memotivasikan seseorang murid melakukan sesuatu perkara. Motivasi intrinsik berkaitan
dengan aktiviti-aktiviti yang memberi ganjaran apabila melakukannya. Motivasi ini
berpunca daripada faktor dalaman seperti keperluan, minat, perasaan ingin tahu dan
kegembiraan.Manakala motivasi ekstrinsik adalah dibina oleh faktor-faktor luaran sebagai
ganjaran, tekanan , sosial atau hukuman .

2.0 LATARBELAKANG
Walaupun bidang seni visual berkembang pada masa sekarang tetapi kita perlu mengambil
kira serta memainkan peranan yang penting pada era millenium pada masa kini. Ia juga
2

meliputi bidang industri dan teknologi terutamanya dalam reka cipta industri. Dalam
menjayakan program ini terdapat juga beberapa faktor yang perlu diambil kira iaitu
faktor diri pelajar. Setiap murid mempunyai kemahiran-kemahiran yang berbeza, maka
minat mereka juga berbeza. Oleh sebab itu, bakat seni bukanlah tidak boleh diasah dan
dibina. Ia memerlukan latihan yang gigih dan menganggap mereka boleh melakukannya.
Apakah yang menyebabkan murid tidak minat matapelajaran Pendidikan Seni Visual ialah
mereka tiada keyakinan diri serta kekurangan motivasi. Sekiranya murid ditawarkan
ganjaran maka murid dapat menonjolkan karya mereka dengan penuh kreatif. Muridmurid akan bersaing dalam menghasilkan karya yang bermutu serta berkualiti untuk
mendapatkan ganjaran tersebut.
Faktor yang kedua ialah faktor atau cara pendekatan guru dimana guru
memainkan peranan yang paling penting dalam membentuk sahsiah murid. Dalam
pengajaran dan pembelajaran seni visual terdapat empat faktor atau kaedah penyampaian
iaitu penerokaan, penghayatan, penzahiran idea dan penghargaan seni. Sekiranya guru
mencadangkan ganjaran dalam pengajaran dan pembelajaran, maka guru perlu
menganjurkan pelbagai jenis program atau aktiviti yang dapat menarik minat mereka
terhadap matapelajaran seni visual.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memotivasikan murid dengan memberi dorongan dan galakkan ke arah
meminati belajar bidang seni lukis.
3.2 Memberi peluang kepada murid-murid mencungkil kebakatan melukis dan mewarna
hingga ke peringkat yang lebih tinggi secara menyeluruh dalam bidang seni.
3.3 Melahirkan murid-murid yang berpotensi tinggi untuk menampilkan hasil kreatif ,
inovatif,berfikiran kreatif , berkualiti dan berpengetahuan dalam bidang seni.
3.4 Mengaplikasikan seni dalam kehidupan seharian murid.
3.5 Mewujudkan semangat kekitaan di bawah nama Pendidikan Seni Visual
3.6 Memupuk semangat setia,bekerjasama dan bertolak ansur.

4.0 RASIONAL
3

Pendidikan seni pada masa kini adalah satu matapelajaran yang sangat penting seperti
mana-mana subjek teras yang lain terutama sekali dalam gelombang pendidikan era
kini. Kita juga tahu bahawa seni juga boleh diaplikasikan dalam setiap bidang
pekerjaan. Ilmu dalam bidang seni yang dipelajari oleh murid dapat membantu mereka
dengan dalam kehidupan seharian. Dengan adanya sumbangan dan dorongan daripada
pihak sekolah, guru, murid serta ibubapa sedikit sebanyak dapat menjayakan program
seumpama ini. Sokongan moral serta motivasi murid itu sendiri dapat melahirkan
murid yang berpotensi tinggi secara menyeluruh dari segi akademik mahupun bidang
seni. Program ini juga dilaksanakan adalah dengan harapan dapat memupuk semangat
kerjasama di samping dapat meningkatkan keyakinan individu .Motivasi dan galakan
perlu secara berterusan demi mewujudkan dan memenuhi potensi mereka.

KAEDAH DAN PROSEDUR


STRATEGI:
Pertandingan Seni Visual di kalangan murid-murid diadakan untuk menerapkan
pengetahuan sedia ada murid.Aktiviti itu dirancang dan dijalankan secara kumpulan agar
dapat mewujudkan suasana pembelajaran seni dengan lebih berkesan.
PERANCANGAN AKTIVITI:
Penerapan nilai-nilai murni seperti keyakinan kendiri, nilai-nilai positif, tidak berputus
asa,mengasah bakat, berinteraksi, bertanggungjawab serta keinginan yang tinggi dapat
mencapai kejayaan dalam bidang seni. Selain itu, penekanan tentang kesahsiahan yang
menitikberatkan disiplin diri dan memberi perhatian dari aspek moral dan menghormati
masa. Ia juga menekankan keagamaan melalui aktiviti santapan rohani yang terancang.

MAKLUMAT PROGRAM
4

NAMA PROGRAM

: Pertandingan Melukis dan Mewarna Peringkat Sekolah

PENGELOLA

: Panitia Pendidikan Seni Visual

KUMPULAN SASARAN

: Semua murid Tahun 1,2 3,4,5 dan 6

TARIKH

: 24 Februari 2014

HARI

: Isnin

MASA

: 8.00 pagi 1.30 petang

TEMPAT

: Dewan sekolah

5.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM


5.1 JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT

1. PUAN ZAITUN BINTI YAHAYA


(Guru Besar)

PENGERUSI

1. PUAN ROSMILA BT CHE ROSE


(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )

NAIB PENGERUSI

1. PUAN HJH JEMILAH BT MAT


(Guru Penolong Kanan 1)
2. PUAN NORASHAH BT AHMAD SHAH
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

SETIAUSAHA
BENDAHARI

1. PUAN ZUMILDA BT SAAD


2. PUAN ROZINA BINTI KECHIK
1. PUAN ASRULNISHA BT HJ AHMAD
(Ketua Pembantu Tadbir)

5.2 JAWATANKUASA PELAKSANA


PENGERUSI

ENCIK. MOHAMMAD HASAN BIN MOHAMAD YASIN

JAWATANKUASA KERJA

SEMUA GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL / DUNIA


SENI VISUAL

TENTATIF PROGRAM
PROGRAM MOTIVASI DAN GALAKAN DALAM PERTANDINGAN SENI
VISUAL
Isnin 24.2.2014
BIL

MASA

PERKARA

8.00 8.30 pagi

-Pendaftaran murid-murid

8.30 9.00 pagi

-Pemberian goodies(makanan)
-Ucapan Guru Besar Puan Zaitun binti Yahya
-Taklimat Pertandingan Melukis dan Mewarna- Ketua Panitia
Pendidikan Seni Visual Puan Norzihan binti Ahmat

9.00-12.00 tengah hari

-Pertandingan melukis poster untuk murid Tahun 3, 4 ,5 dan 6.


-Pertandingan mewarna poster untuk murid Tahun 1 dan 2.

12.00- 12.30 tengah hari -Pameran hasil karya murid-murid yang terbaik di Dewan
Sekolah.

12.35-1.00 petang

-Penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Guru Besar


Sekolah

1.00 1.30 petang

- Jamuan
- Bersurai

7.0 PERALATAN
7.1 Kertas lukisan dan warna poster
7.2 Papan kenyataan pameran
6

7.3 Laptop/Lcd projektor


7.4 Meja pameran

IMPLIKASI KEWANGAN
8.0

PENDAPATAN

a) Sumbangan daripada pihak PIBG sekolah

: RM 1000.00

b) Sumbangan ikhlas daripada Yang Berhormat Doktor Aziz :RM 1112. 50


JUMLAH

: RM 2112. 50

PERBELANJAAN
BIL

PERKARA

BILANGAN

1.

Hadiah Pertandingan
Melukis dan Mewarna
Poster

Tempat Pertama 30 x RM10.00


Tempat Kedua 30 x RM 7.50
Tempat Ketiga -- 30x RM5.00

RM 300.00
RM 222.50
RM 150.00

2.
3.

Goodies
Banner

360 orang x RM2


1 x RM100.00

RM 720.00
RM 100.00

4.

Jamuan ringan

RM2.00 seorang (360 orang x RM2)

RM 720.00

JUMLAH

PERBELANJAAN

RM 2112.50

9.0 KESIMPULAN

Melalui pertandingan ini, matlamat utamanya adalah untuk memotivasi dan galakkan di
kalangan murid sekolah agar dapat mempertingkatkan tahap penguasaan dan menghayati
seni dalam bidang seni visual.Untuk menjayakan program pertandingan melukis dan
mewarna ini,didapati ia memberi input yang bermanfaat dan kesan yang mendalam kepada
murid-murid, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung. Diharap program sebegini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang
serta memberi kebaikan yang bermakna dalam diri setiap murid . Ini bermotif untuk
menarik minat murid dan mengembang potensi murid untuk menampilkan hasil kreatif
inovatif, berfikiran kreatif serta mencungkil bakat murid sehingga ke peringkat yang lebih
tinggi. Jadi, besarlah harapan kami agar mencapai matlamat dan objektifnya dengan secara
optimum.
Disediakan oleh,

_______________________
(Puan Ng Lee May)
Setiausaha,
Panitia Pendidikan Seni Visual

Disahkan oleh

___________________
( Puan Zaitun Bt. Yahaya )
Guru Besar Sekolah Kebanngsaan Jalan Baharu

Rujukan
1. http://noorafizan.blog spot.com/2012/kertas kerja pameran.html?m=1
2. http://www.slideshare.net/syuhada/kertas kerja bulan kemerdekaan2013
3. http://norazlanahmad.blogspot.com/2011/07/kertas-konsep-karnival-seni-visualzon.html
4. Modul UPSI- Teori Pendidikan Seni

ESEI MSL 3073 : TEORI


PENDIDIKAN KANAK-KANAK
TAJUK: MEMAHAMI APAKAH ITU
TEORI DAN KEPENTINGAN TEORI
PERLU DIAPLIKASI DALAM
PENDIDIKAN SENI VISUAL
DALAM KELAS

10

ISI KANDUNGAN
1. Pengenalan Teori
Definisi Teori
2. Teori Behaviorisme :i.

Teori pelaziman Klasik

ii.

Teori pelaziman Operan

Aplikasi Teori dalam pengajaran dan pembelajaran


3. Teori Kognitivisme dan aplikasinya dalam pengajaran dan
pembelajaran
4. Teori Konstruktivisme dan aplikasinya dalam pengajaran dan
pembelajaran.

11

PENGENALAN
Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang seni
visual. Teori - teori seni dalam seni visual memberi fokus kepada aspek aspek
pembelajaran perlu diaplikasi di dalam kelas. Ini kerana seperti subjek-subjek lain,
pengajaran dan pembelajaran pendidikan Seni Visual haruslah memahami perkara-perkara
yang menjadi asas kepada aspek pengajaran dan pembelajaran tersebut.
DEFINISI TEORI
Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka , teori bermaksud pendapat yang
dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan asas-asas kasar yang menjadi dasar
pembentukan serta pendapat mengenai cara-cara membuat sesuatu perkara. Manakala
dalam Wikipedia, teori merupakan satu sistem idea yang bertujuan untuk menerangkan
sesuatu, terutama berdasarkan idea-idea umum yang bebas daripada perkara yang
dijelaskan. Teori dalam bidang sains (Berbeza dengan teori dari segi orang biasa.) adalah
"logik, set sistematik prinsip atau penjelasan yang telah disahkan-dan telah mampu
mematahkan percubaan untuk membuktikan teori itu palsu.Teori ertinya Scientific
Stanovich(1992) telah memberi satu definisi tentang teori iaitu set konsep-konsep
yang saling berkait, yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data dan untuk meramal
keputusan kajian-kajian akan datang. Selain itu, Cohen,R pula mendefinisikan teori
sebagai satu set pernyataan sejagat yang ada pertalian antara satu sama lain. Ia
mengandungi definisi dan pernyataan yang menggambarkan pertalian antara dua perkara
yang dianggap benar. Ia juga mengandungi ayat-ayat yang menggambarkan peraturan bagi
membentuk satu pernyataan benar.
Sebagai seorang Pendidikan Seni Visual, kita perlu ambil berat terhadap teori
terutama dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Ini adalah kerana
teori dapat membantu kita mengklasifikasikan dan memahami perkara yang melibatkan
pemahaman tentang sesuatu entiti, pelbagai proses dan hubungan serta sebab yang
munasabah perhubungan yang melibatkan entiti tersebut. Teori dapat membantu kita
memahami bagaimana dan kenapa sesuatu keadaan yang berlaku secara berulang-ulang itu
berlaku seperti bagaimana proses pembelajaran boleh berlaku. Selain itu, teori juga
membantu kita meramalkan hubungan yang belum dikaji,menjadi panduan asas yang

12

berguna dalam situasi pekerjaan seharian contohnya dalam menghadapi situasi dalam
kelas. Tambahan lagi ,ia merupakan asas untuk sesuatu tindakan .
Sekiranya kita tidak jelas dengan teori yang ada dan kita gunakan dalam konteks
pembelajaran , kita mungkin tidak jelas atau faham bagaimana untuk penambahbaikan
pengajaran kita supaya menjadi lebih berkesan, menarik dan mudah difahami.Seperti data
Bracey (2003,p.183), jika pendidik tidak jelas dengan epistemologi yang berkaitan dengan
seni, tidak mungkin ilmu yang disampaikan kepada murid-murid itu adalah pengetahuan
yang berkaitan dengan seni. Maka teori adalah penting dan ia dapat memberikan inspirasi
kepada intelek dan nilai estetika yang kita pegang. Dengan ini pemikiran yang
diinspirasikan daripada pengetahuan tentang beberapa teori dan mengaplikasikannya dalam
kelas dapat menukarkan suasana dan kurikulum pembelajaran lebih menarik.
Teori-teori yang berkaitan dengan bidang pendidikan seni ada pelbagai. Namun
di dalam Teori Pembelajaran, terdapat tiga pandangan utama iaitu Behaviorisme,
Kognitivisme dan Konstruktivisme.
Teori Behaviorisme mengkaji pembelajaran yang didapati melalui perubahan
perlakuan yang dapat diperhatikan. Oleh itu, penggunaan teori behaviorisme menekankan
perubahan paten perlakuan yang baru dan ia adalah satu falsafah pembelajaran yang hanya
memberi tumpuan objektif kepada tingkah laku tanpa mengambil kira aktiviti mental.

Menurut ahli teori behavourisme ini mentakrifkan bahawa pembelajaran sebagai


tidak lebih daripada perolehan tingkahlaku yang baru.Mereka menekankan hubungan
persekitaran dengan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja. Tingkah laku merujuk kepada
peristiwa yang konkrit pada organisma yang nyata. Proses pembelajaran yang berlaku
secara berulang dan menekan latih tubi. Pembelajaran berlaku apabila ia ada rangsangan
dan gerak balas. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner
13

berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan,
dikawal dan diramal.
Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya
tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan
jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai sama ada peneguhan positif atau negatif
sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk
dan dikekalkan.
Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan
pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses
penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan
yang membangkitkan tingkahlaku serta tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada
dorongan ini dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat yang utama
pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum atau pun prinsip-prinsip yang
mengawal pembelajaran.
Eksperimen-eksperimen yang tokoh behavioris jalankan menjadi asas kepada
prinsip dan idea dalam pembelajaran sumbangan mereka dibahagikan kepada 2 kategori :a) Pelaziman klasik: Tokoh-Ivan Pavlov dan J.B.Watson
b) Pelaziman operan: Tokoh E.L Thorndike dan B.F. Skinner
Experimen Pelaziman Klasik Pavlov
Teori Pelaziman klasik adalah tingkah laku pembelajaran yang telah diperolehi oleh Ivan
Pavlov (1849-1936) . Pada tahun 1980 an . Pavlov mengkaji fungsi penamaan pada anjing
dengan melakukaan pemerhatian pada kelenjar air liur . Dengan cara itu , beliau dapat
mengumpulkan menyukat dan menganalsis air liur haiwan itu dan bagaimana ia diberikan
makanan pada keadaan yang berbeza . Beliau sedar anjing akan mengpengaruhi proses ini .
Oleh itu . contoh paling awal dan terkenal bagi pelaziman klasik menglibatkan pelaziman
air liur pada anjing kajian Pavlov.
Seterusnya dalam eksperimen ini juga Pavlov membunyikan loceng terlebih
dahulu sebelum memberikan makanan pada anjing. Anjing itu tidak memberikan sebarang
gerak balas terhadap bunyi loceng. Kemudian Pavlov memberikan makanan kepada anjing
itu dan menghasilkan gerak balas rembesan air liur . Makanan ini disebut sebagai
rangsangan tak terlazim kerana menghasilkan gerak balas rembasan air liur secara
14

automatik . Tiada pembelajaran atau pelaziman terlebih dahulu menghubungkaitkan


makanan perembasan. Bunyi loreng hanya satu rangsangan neutral kerana tidak
menghasilkan sebarang gerak balas.
Oleh itu , eksperimen ini diulangi berkali-kali iaitu bunyi loceng terlebih
dahulu sebelum anjing itu diberikan makanan. Akhirnya anjing itu mengeluarkan air liur
sebaik mendengar bunyi loceng walaupun belum menerima makanan. Oleh itu bunyi
loceng disebut rangsangan terlazim kerana ia boleh menyebabkan perembasan gerak balas
terhadap bunyi disebut gerak balas terlazim kerana dapat menghasilkan gerak balas yang
sama seperti makanan .
Selain itu , tindak balas manusia terhadap berbagai situasi dipelajari melalui
pelaziman klasik . Contohnya , seorang guru sentiasa memarahi muridnya , maka
kehadiran guru tersebut membangkitkan perasaan takut pada diri murid tersebut . Gerak
balas terlazim ini timbul disebutkan rangsangan neutral . Selain itu , balas positif juga
dapat dipupuk melalui teori pelaziman klasik . Misalnya guru sentiasa memberi pujian
kepada murid yang menyiapkan tugasan. Lama- kelamaan , murid tersebut akan bergerak
balas positif walaupun tanpa pujian.
Oleh itu keputusan yang diperolehi dari kajian kelaziman klasik ini menpunyai
implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual dalam bilik darjah iaitu
pembelajaran boleh berlaku dengan mengantikan rangsangan dengan rangsangan yang
lain . Justeru, Ivan Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada
rangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Setiap rangsangan yang diterima pula akan
menimbulkan suatu gerak balas . Dari teori ini . guru perlu sedar bahawa rangsangan dan
gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.
Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan.
Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan suatu gerak balas , semakin kukuh gerak
balas terlazim itu. Sebagai contoh , apabila guru member i pujian (rangsangan)setiap kali
murid akan membuat hasil karya seni yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut
(hasil karya yang baik) akan dapat diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru . Guru
boleh memotivasikan muridnya dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal
tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai
contoh , guru boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian ,hadiah dan kata kata
perangsang untuk membentuk tingkah laku yang diingini .
15

Guru yang boleh meningkatkan motivasi murid-muridnya dengan menyediakan


suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokan seperti memulakan pengajaran
dan pembelajaran dengan induksi yang dapat menarik perhatian murid seperti menayang
contoh karya seni yang menarik dalam LCD . Selain itu guru juga perlu melibatkan murid
murid dalam proses pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti berkumpulan,
pertandingan , projek seni dan sebagainya.
Melalui aktiviti seperti ini murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan kerana
pembelajaran berlaku melalui latihan, kebiasaan dan pengalaman. Dalam proses
pembelajaran juga , generalisasi boleh berlaku di mana murid dapat melakukan tingkah
laku yang sama di dalam situasi yang berlainan . Dalam pembelajaran juga penghapusan
boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna sekiranya sesuatu tingkah laku
tidak diperkukuhkan melalui ganjaran tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu
sahaja.Konsep pemulihan serta-merta juga boleh membantu seseorang guru meningkatkan
keberkesanan pembelajaran.
Dalam Teori Pelaziman Operan mempunyai dua pengasas utama iaitu Edward Lee
Thorndike yang mengasaskan Teori Pelaziman Operan Thorndike dan Burhrus Frederic
Skinner ynag mengasaskan Teori Pelaziman Operan Skinner.
Skinner pernah menekankan bahawa setiap gerakbalas adalah dihasilkan daripada
sesuatu rangsangan yang diketahui. Ahli-ahli teori ini berpendapat bahawa tingkah laku
manusia adalah pasif dalam kata lain, individu tidak dapat mengawal tingkahlakunya.
Sebaliknya dari pemerhatian Skinner, tingkahlaku yang terhasil tidak mengikut
urutan kemunculan tingkahlaku selepas rangsangan, sama ada terlazim atau tak terlazim,
tetapi ianya berlaku kerana kesan daripada rangsangan yang berkenaan. Kesimpulannya,
Skinner berpendapat manusia dapat mengawal tingkah laku dirinya. Bagi membuktikan
hipotesisnya,Skinner telah mereka bentuk sebuah kotak yang dikenali dengan Kotak
Skinner. Tingkah laku tikus di dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya
boleh diperhatikan dan direkodkan.
Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner iaitu peneguhan
positif, peneguhan negatif, dendaan, Prinsip Premack dan pelupusan.
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu
ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Peneguhan
16

ini adalah sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Peneguhan yang positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan
kerja yang bermutu tinggi.
Peneguhan negatif adalah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau
menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
Dendaan adalah satu proses atau cara untuk mengurangkan atau melemahkan
tingkah laku yang tidak diingini agar tidak berulang. Cara ini membawa kesan negatif yang
membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
Konsep utama Prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati
kepada aktiviti yang lebih diminati untuk mengekalkan tingkah laku terhadap aktiviti yang
kurang diminati. Premack dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan
kamu boleh bermain selepas selesai memakan sayur-sayuran ini. Sebagai guru, kita boleh
menggunakan kaedah ini dengan menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan yang
kurang menarik untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.
Pelupusan pula bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus
dengan sendirinya. Keadaan ini dapat diatasi jika peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu
dikenal pasti. Peneguhan itu tidak lagi digunakan. Guru bersabar dalam menghadapi proses
pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.
Untuk mengukuhkan sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari, guru
hendaklah memberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti secara berkala.Berbanding
peneguhan negatif yang membawa kesakitan, penggunaan peneguhan positif yang
membawa keseronokan adalah lebih berkesan dalam kelas seni visual.. Prinsip
penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah lebih sesuai digunakan untuk
memodifikasikan tingkah laku murid yang tidak diingini, misalnya menghentikan
peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau peneguhan negatif.
Selain itu, konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan membantu murid
untuk memperolehi ilmu serta kemahiran dengan tepat. Peneguhan Skinner juga dapat
digunakan untuk merancang serta melaksanakan peneguhan berterusan dan peneguhan
berkala yang berpatutan agar menjamin tingkah laku operan dapat dikekalkan.Tambahan
lagi, ganjaran hendaklah sesuai dengan usia murid. Maka guru harus berhati-hati dalam
memberi peneguhan kepada murid-murid di dalam kelas seni visual.
17

Teori Kognitivisme mengkaji pemikiran di sebalik sesuatu perlakuan tersebut. Ia


adalah satu teori pembelajaran yang menekankan pemprosesan mental yang aktif dalam
menerima maklumat. Ia menolak pandangan pembelajaran yang pasif yang dijelaskan oleh
behaviorisme dan mencadangkan bahawa proses pembelajaran melibatkan lebih daripada
proses input dan ouput. Proses pembelajaran berlaku apabila minda terlibat dalam
mengsinstesisi dan menganalisis maklumat dan merumuskan idea-idea tanpa mana-mana
input. Maka proses pembelajaran berlaku apabila individu menambah maklumat baru
kepada skema atau struktur maklumat lyang telah disimpan di dalam otak. Dalam Teori
Kognitivisme, minda disamakan dengan komputer di mana maklumat disampaikan dan
diproses membawa hasil dan pengetahuan baru. Jadi, guru perlu mengetahui jenis unsur
yang diperlukan dalam pembentukan struktur kognitif murid-murid, menggunakan strategi
yang sesuai dan berkesan untuk membantu murid-murid memperolehi ilmu,seterusnya
memindah dan menilai terhadapnya.
Menurut ahli psikologi kognitif, Bruner (1973) memberi definisi pembelajaran
adalah satu proses aktif di mana murid membina idea baru atau konsep-konsep yang
berasaskan pengetahuan sedia ada mereka.
Menurut Teori Pembelajaran Mazhab Kognitif pula, pembelajaran merupakan satu
proses pembentukan struktur kognitif dan perwakilan minda yang aktif. Pembelajaran
kognitif menekankan cara belajar seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian
masalah, penemuan dan persepsi. Sekiranya seseorang tidak dapat mengenal pasti
hubungan perkara dan ertinya yang dipelajari, maka pembelajaran tidak akan berlaku
walaupun diberikan latihan berulang-ulang.
Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gauge dan Ausubel
berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses mental yang berlaku dalam akal
fikiran, di mana tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia.
Dalam kebanyakan situasi, penyelesaian suatu masalah kompleks melibatkan proses
pemahaman dan pemikiran kognitif yang menyeluruh.
Kepentingan teori ini di dalam dunia pembelajaran ialah fokus yang diberikan
dalam melihat sesuatu entiti secara keseluruhan.Konsep ini amat signifikan di dalam
penyelesaian masalah. Dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt memberikan
penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu sendiri. Di dalam seni visual,
elemen ini amat penting kerana aplikasi proses mestilah betul untuk sampai kepada
18

penghasilan produk yang baik. Oleh itu , guru haruslah memberi penekanan kepada proses
di dalam pengajaran dan menggalakkan para pelajar agar tidak mementingkan hasil kerja
semata-mata. Penilaian hasil karya para pelajar juga haruslah dimasukkan elemen proses
dan bukanlah hanya menilai hasil karya yang telah siap.
Di dalam konteks pengajaran, guru haruslah sedar bahawa setiap rangsangan
yang diperkenalkan mungkin akan mendapat penerimaan yang berbeza daripada para
pelajar, terutamanya apabila pelajar berdepan dengan rangsangan baru atau pengalaman
baru. Contohnya, apabila guru menayangkan rakaman video tentang budaya sesuatu suku
kaum, sekiranya budaya kaum tersebut bertentangan dengan budaya yang diamalkan oleh
pelajar, mereka mungkin ada persepsi negatif terhadap kaum tersebut dan mempengaruhi
hasil karya yang mungkin dihasilkan tentetan daripada tayangan video.
Mengikut Kohler ,beliau menekankan penggunaan celik akal dan pengetahuan
sedia ada pada pelajar dalam penyelesaian masalah. Guru perlu membimbing murid-murid
menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran
secara turutan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
Teori Konstruktivisme menegaskan bahawa pengetahuan dibina melalui
perhubungan dan saling berkaitan di antara pengetahuan yang sedia ada dan pengalaman
baru individu seseorang.Maklumat-maklumat baru yang diterima dikaitkan dengan
pengetahuan yang telah sedia ada di dalam diri seseorang murid. Oleh itu murid belajar
dengan membina maklumat tersebut dengan membina representasi dan realiti di dalam
minda.
Menurut J. Bruner proses belajar memerlukan penglibatan aktif pelajar dalam
membina idea-idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan sedia ada. Murid-murid
memilih dan menterjemah maklumat, membuat andaian, membuat keputusan dan proses
proses ini juga bergantung kepada kebolehan kognitif seseorang. Pengalaman amat
membantu di dalam menterjemah persekitaran ini. Dalam persekitaran ini, sebagai seorang
guru seni, perlulah lebih aktif memainkan peranan sebagai pemudahcara. Pengalaman ini
juga membantu individu melihat permasalahan tertentu daripada perspektif yang berlainan.
Justeru itu, dalam pengajaran dan pembelajaran , guru perlu menitikberatkan
pengalaman murid serta mengikut konteks kesanggupan murid untuk belajar. Selain itu ,
pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh murid iaitu dari
konkrit kepada abstrak. Pengetahuan yang sedia adalah diadaptasi dengan apa yang baru
19

diajar oleh guru. Guru bertindak sebagi pembimbing di dalam memberikan maklumatmaklumat yang terbatas.
Di samping itu, guru harus bijak memilih maklumat yang wajar diketengahkan
untuk merangsang murid-murid untuk berfikir dengan sendiri dan menyelesaikan masalah
dengan sendiri. Ketika guru menyampaikan sesuatu topik, guru perlu menimbang terlebih
dahulu pengalaman dan tahap ilmu yang dimiliki oleh murid agar pengajaran serta aktiviti
dalam kelas dapat disesuaikan dengan tahap murid. Kemudian tumpuan diberikan di dalam
pembinaan kurikulum sekolah agar murid dapat menjalinkan pengetahuan sedia ada
dengan ilmu mengikut aturan spiral supaya murid akan terus membina maklumat baru
daripada apa yang mereka pelajari. Dalam Pendidikan Seni Visual,murid-murid
sememangnya digalakkan sentiasa mengembangkan idea utama kepada pecambahan ideaidea baru agar dapat menghasilkan karya yang lebih kreatif, estetika dan berkualiti.
Kesimpulannya ialah walaupun terdapat pelbagai teori dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang seni, hanya terdapat tiga pandangan utama iaitu Teori
Behaviorisme, Kognitivisme dan Konstruktivisme yang sesuai dapat diaplikasikan di
dalam bidang Pendidikan Seni Visual. Di dalam konteks pengajaran seni visual kepada
kanak-kanak, pengetahuan tentang teori-teori ini amat penting kerana ianya bukan sahaja
dapat membantu guru secara langsung di dalam pengajaran, tetapi juga membantu guru
memahami proses perkembangan kognitif dan bagaimana maklumat perkembangan di
dalam setiap peringkat proses dapat dimanipulasikan oleh guru di dalam pembelajaran
secara berkesan. Guru didedahkan kepada pelbagai jenis teori dan memahami
latarbelakang sosial murid itu juga dapat membantu guru memahami pelbagai keupayaan
pembelajaran dan tahap-tahap pembelajaran mereka. Ini akan membantu pendidik seni
mengubahsuai strategi pedagogi mengikut kesesuaian pelajar dalam meningkatkan kualiti
pembelajaran di dalam kelas seni visual.

20

Rujukan
1. Modul USM Teori Pendidikan Kanak-kanak
2. Ab. Fatah Hasan1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran.
Skudai Penerbit UTM
3. Kreativiti Seni dalam PendidikanNor Anuwar B Halimanuakrai@ipkb.edu.my.
Jabatan Kajian Sosial
4. Brunner,J.B (1974) The Process of Education, New York: Vintage Books
5. Gagne,R.M.& M.P (1988) Essential of Learning for instruction

21

Anda mungkin juga menyukai