Anda di halaman 1dari 21

Aktiviti Sampingan

Aktiviti yang dicadangkan boleh


digunakan dalam aktiviti kokurikulum
seperti Kelab Keselamatan Jalan Raya.
Guru boleh memilih aktiviti yang
dicadangkan untuk membantu murid-
murid membina dan mengukuhkan
pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap
berkaitan keselamatan jalan raya dan
perjalanan yang selamat.

39
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

Aktiviti Penilaian Diri


1
1. Murid mengimbas kembali pengetahuan tentang • Senarai Semak
keselamatan jalan raya yang telah dipelajari dan menjadi “Penilaian Diri”
pengguna jalan raya yang selamat. Gunakan senarai
semak “Penilaian Diri” bagi menentukan sejauh manakah
anda seorang pengguna jalan raya yang selamat.

2. Sebagai aktiviti kelas, murid mengenal pasti beberapa


kemahiran PKJR yang perlu dipertingkatkan. Soal jawab
dengan murid:
• Bagaimanakah anda dapat membaiki kemahiran
tersebut?
• Apakah tindakan yang perlu diambil untuk membaiki
kemahiran tersebut?

3. Murid menetapkan matlamat sebagai pengguna • Pelan Tindakan


jalan raya dan menulis pelan tindakan keselamatan Keselamatan Jalan Raya
jalan raya untuk mencapai matlamat tersebut
(termasuk individu yang boleh dirujuk oleh mereka atau
mendapatkan bantuan).

40
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Penilaian Kemahiran Keselamatan Jalan Raya


Penilaian Diri
Sejauh manakah anda seorang pengguna jalan raya yang selamat?

Pernyataan di bawah mempunyai 3 skala. Bulatkan skala yang sesuai berdasarkan


pernyataan di bawah.

Skala
Kurang Mahir Mahir Sangat Mahir
Saya memerhatikan tanda jalan.
1 2 3

Saya mengamalkan lima langkah melintas


dengan selamat. 1 2 3

Saya melintas di tempat melintas yang


selamat. 1 2 3
Pejalan Kaki

Saya sentiasa memastikan isyarat orang


hijau bernyala sebelum melintas. 1 2 3

Saya merancang laluan perjalanan untuk


mengelakkan bahaya. 1 2 3

Saya dengar dan patuh arahan warden lalu


lintas. 1 2 3

Jumlah

Saya keluar dari kereta di bebendul jalan.


1 2 3

Saya sentiasa memakai tali pinggang


keledar. 1 2 3

Saya berdiri jauh daripada bebendul jalan


semasa berada di hentian bas. 1 2 3
Penumpang

Saya beratur untuk menaiki bas.


1 2 3

Saya meletakkan beg dengan rapi semasa


duduk di dalam bas. 1 2 3

Saya menggunakan pemegang tangan


semasa berdiri di dalam bas. 1 2 3

Jumlah

41
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Skala
Kurang Mahir Mahir Sangat Mahir
Saya memakai topi keledar dan mengikatnya
dengan kemas. 1 2 3

Saya menunggang basikal yang bersesuaian


dengan ketinggian saya. 1 2 3

Saya merancang laluan perjalanan untuk


1 2 3
Penunggang Basikal

mengelakkan bahaya.

Saya memilih basikal yang mempunyai


lampu dan alat pemantul cahaya. 1 2 3

Saya memakai ves keselamatan semasa


berbasikal. 1 2 3

Saya berbasikal mengikut arus trafik di sebelah


kiri jalan. 1 2 3

Saya memberi isyarat tangan untuk


memberitahu pemandu dan pengguna jalan 1 2 3
raya yang lain samasa saya ingin berhenti,
membelok ke kiri atau ke kanan.

Jumlah

Saya memakai topi keledar yang dan


mengikatnya dengan kemas. 1 2 3
Pembonceng Motosikal

Saya memeluk pinggang penunggang


dengan erat. 1 2 3

Saya naik atau turun daripada motosikal di


bebendul jalan. 1 2 3

Saya memilih membawa beg yang sesuai


ketika membonceng. 1 2 3

Jumlah

Jumlah Keseluruhan Markah

Pengguna Pejalan Kaki Penumpang Penunggang Pembonceng Jumlah


Jalan Raya Basikal Motosikal Keseluruhan

Jumlah

Pemarkahan
Periksa markah anda.
Kurang daripada 25 Kurang Mahir – Anda perlu memberi lebih perhatian terhadap keselamatan
jalan raya.
25 - 48 Mahir – Anda agak selamat dan teruskan usaha untuk menjadi
pengguna jalan raya yang berhemah.
Lebih daripada 48 Sangat Mahir – Tahniah, anda ialah pengguna jalan raya yang lebih
selamat. Pastikan anda sentiasa mengutamakan kemahiran
keselamatan jalan raya.

42
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Pelan Tindakan -
Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Lebih Selamat
Berdasarkan hasil penilaian kemahiran keselamatan jalan raya anda, sediakan pelan
tindakan anda dengan menggunakan borang di bawah.

Jenis Pengguna Jalan Raya: Pejalan Kaki

Tiba di destinasi dengan selamat.


Matlamat

1. Memilih tempat melintas yang selamat.


2. Mengamalkan lima langkah melintas.
Tindakan

1. Tiada tempat melintas yang selamat.


2. Kenderaan yang bertali arus.
Kekangan
3. Perlu berdikari.

Siapakah atau 1. Orang dewasa.


apakah yang 2. Lampu isyarat/isyarat undan.
boleh membantu 3. Laluan pejalan kaki.
saya?

Sebagai pejalan kaki, kita mesti berhati-hati.


Rumusan
daripada * Pandangan lain diterima.
tindakan

43
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

Aktiviti Lawatan ke Sekolah Menengah


2
1. Murid mengenal pasti sekolah menengah yang bakal
dihadiri pada tahun depan. Mereka merancang untuk
melakukan satu perjalanan ke sekolah menengah pada
luar waktu persekolahan. (Mereka boleh menjalankan
aktiviti ini secara berpasangan dengan murid yang akan
hadir ke sekolah menengah yang sama atau aktiviti
Kelab Keselamatan Jalan Raya.)

2. Murid mengenal pasti cara perjalanan mereka ke


sekolah tersebut. Contoh: berjalan kaki, berbasikal atau
menggunakan pengangkutan awam.

3. Arahkan murid untuk memerhatikan persekitaran


sekolah tersebut. Contoh:
• Bagaimanakah keadaan trafik di persekitaran sekolah?
• Apakah kemudahan yang disediakan untuk pejalan
kaki dan penunggang basikal?
• Adakah tempat melintas yang selamat di persekitaran
sekolah tersebut?
• Di manakah hentian bas? Adakah tempat melintas
yang selamat disediakan di kawasan itu?
• Adakah terdapat warden lalu lintas di sekolah tersebut
untuk membantu murid melintas?

4. Murid mengenal pasti perbezaan persekitaran jalan raya


antara sekolah rendah dengan sekolah menengah
daripada aspek keselamatan jalan raya. Contohnya,
kawasan mengambil dan menurunkan penumpang.
Apakah kesannya terhadap keselamatan mereka?
Bolehkah mereka melakukan perjalanan ini tanpa
bantuan orang dewasa?

44
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

Aktiviti Lawatan ke Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)


3
1. Mengatur lawatan ke pejabat JKJR negeri.

2. Sebelum lawatan:
• Murid mencari lokasi pejabat JKJR berpandukan peta
yang terdapat dalam laman web JKJR atau
jabatan-jabatan yang lain.
• Murid mengenal pasti laluan perjalanan yang paling
selamat dan menyediakan pelan perjalanan ke
destinasi tersebut.

3. Semasa lawatan, murid mengenal pasti:


• Maksud program kesedaran.
• Jenis-jenis program kesedaran yang dikendalikan oleh
JKJR negeri.
• Tujuan dan cara JKJR mengendalikan program
kesedaran kepada masyarakat.
• Kesan program kesedaran ini.

4. Selepas lawatan:
• Murid memilih salah satu program kesedaran dan
menulis laporan mengenai tujuan, cara dan
keberkesanannya.

45
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

Aktiviti Ceramah Keselamatan Jalan Raya


4
1. Jemput penceramah daripada organisasi berkaitan
keselamatan jalan raya seperti di bawah untuk
mengadakan ceramah keselamatan jalan raya kepada
murid-murid, guru, ibu bapa atau komuniti setempat.
1. Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)
2. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
(MIROS)
3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
4. Innovate Solutions Systems
5. Toyota
6. Proton
7. Shell
8. Petrosains

2. Dapatkan kebenaran daripada guru besar untuk


menjemput penceramah daripada organisasi di atas dan
pastikan semua prosedur diikuti.

3. Membentuk jawatankuasa dan membahagikan tugasan


untuk memastikan ceramah berjalan dengan lancar.

4. Sedia dan agihkan risalah kepada murid-murid atau ibu


bapa.

5. Dapatkan maklum balas selepas ceramah sama ada


berjalan lancar atau terdapat perkara-perkara lain yang
boleh dibaiki untuk ceramah yang akan datang.

46
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

Aktiviti Lagu Keselamatan Jalan Raya


5
1. Perkenalkan satu contoh lagu keselamatan jalan raya • Lagu Keselamatan Jalan
kepada murid-murid. Raya

2. Murid menggubah lagu untuk sekolah atau kelab


keselamatan jalan raya mereka.

3. Murid boleh menyanyikan lagu tersebut semasa


perhimpunan atau acara-acara sekolah yang lain.

47
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Lagu Keselamatan Jalan Raya


Dendang Jalan Raya
(Tahap 1)

Kalau berjalan di tempat sunyi


Jalan yang jarang ada kenderaan
Boleh dengar angin bertiup
Burung berkicau, oh indahnya

Berjalan pula di tempat sibuk


Jalan yang penuh kenderaan
Boleh dengar bunyi kereta
Dan juga bunyi motosikal

Oleh itu jika nak berjalan


Guna mata dan juga telinga
Dengar dan lihat kiri kanan
Selalu waspada itulah caranya

Irama lagu: Ikan Kekek

48
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Lagu Keselamatan Jalan Raya


Seloka Jalan Raya
(Tahap 2)

Pergi ke pekan bersama Cik Kiah,


Jangan lupa membawa raga;
Selalu kita berpakaian cerah,
Nampak segak keselamatan terjaga.

Anak ayam baru menetas,


Mari dijual di pekan Meru;
Jangan cemas tika melintas,
Dengar dan patuh arahan guru.

Ikan percik si ikan panggang,


Ada dijual di gerai Mamat;
Tangan adik mesti dipegang,
Baru melintas dengan selamat.

Pak Lan pergi mengail udang,


Mengail udang di tepi paya;
Kalau kita patuhi undang-undang,
Pasti selamat di jalan raya.

Irama lagu: Trek Tek Tek

49
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

Aktiviti Kesan Memandu dengan Laju


6
1. Murid menghasilkan puisi untuk menerangkan bahaya
memandu dengan laju dan akibat perbuatan tersebut.
Contoh:

Basikal Ali merah dan baharu,


Hati berkata kukayuh laju,
Ali bertindak dengan melulu,
Terus mengayuh terburu-buru.

Dikayuh laju bagai berlumba,


Takut dirinya terlambat tiba,
Hilang keseimbangan seperti diduga,
Ali terjatuh badannya luka.

Cikgu Yee datang menjenguk,


Kasihan Ali lukanya teruk,
Basikal baru sudahlah remuk,
Kini menjadi basikal buruk.

50
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

Aktiviti Pulang ke Rumah dengan Selamat


7
1. Lima minit sebelum waktu persekolahan tamat,
guru memberikan beberapa peringatan keselamatan
jalan raya.
Contoh:
• Anda mesti dengar dan patuhi arahan warden lalu
lintas.
• Jangan lupa beratur sebelum menaiki bas.
• Jangan bermain di tepi jalan.
• Anda mesti sentiasa mengamalkan lima langkah
melintas.
• Anda akan lebih selamat sekiranya memakai topi
keledar semasa berbasikal.

51
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

Aktiviti Kalendar Keselamatan Jalan Raya


8
1. Murid menghasilkan kalendar keselamatan jalan raya.
Mereka merancang aktiviti dan mencipta pesanan
keselamatan jalan raya berdasarkan peraturan dan
undang-undang yang telah dipelajari dari Tahun 1 hingga
Tahun 5 untuk setiap bulan.

Contoh:

Bulan Aktiviti Pesanan

Januari Lukis poster Pakai tali


berkaitan dengan pinggang keledar
A 1 8 15 22 29
kepentingan depan dan
I 2 9 16 23 30 memakai tali belakang untuk
pinggang keledar. mengelakkan
3 10 17 24 31
anda daripada
S

R 4 11 18 25 tercampak keluar
apabila berlakunya
K 5 12 19 26 nahas jalan raya.
J 6 13 20 27

S 7 14 21 28

Februari

Mac

52
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

Aktiviti Lihat dan Beritahu


9
1. Murid mengumpulkan maklumat mengenai pengguna
jalan raya yang berisiko dengan:
• Merakam video atau mengambil gambar.
• Mengumpul gambar daripada surat khabar, laman
web dan majalah.
Contoh:
• Pejalan kaki – tidak melintas di tempat yang selamat
seperti lintasan berisyarat undan, lintasan belang dan
jejantas.
• Penunggang motosikal – tidak memakai topi keledar.
• Pemandu – menggunakan telefon bimbit semasa
memandu.
• Penumpang kereta – tidak memakai tali pinggang
keledar.

2. Murid membentangkan hasil dapatan dalam bentuk


persembahan multimedia semasa perhimpunan sekolah
atau aktiviti kelab keselamatan jalan raya.

3. Murid mengenal pasti kesalahan pengguna jalan raya


dan akibat daripada sikap.

4. Murid mengenal pasti peraturan dan undang-undang


jalan raya yang perlu dipatuhi.

53
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

Aktiviti Pertandingan Membuat Papan Tanda


10
1. Murid menghasilkan papan tanda tentang undang-
undang dan peraturan jalan raya dengan menggunakan
bahan-bahan kitar semula seperti botol, tin, surat khabar
dan lain-lain.

2. Pamerkan papan tanda tersebut di kawasan sekolah


untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa demi
menjamin keselamatan murid-murid sekolah.

54
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

Aktiviti Bersama-sama dengan Pasukan Keselamatan


11 Jalan Raya Sekolah

1. Murid belajar dan mengenal pasti peranan warden lalu


lintas sekolah dengan:
• Memerhatikan tugas warden lalu lintas semasa
membantu murid melintas sebelum dan selepas waktu
persekolahan.
• Memahami kepentingan mematuhi undang-undang
dan peraturan jalan raya yang diarahkan oleh warden
lalu lintas.
• Memahami tugasan dan tanggungjawab warden lalu
lintas.

2. Murid menghasilkan risalah untuk mempromosikan


kepentingan mematuhi arahan warden lalu lintas
sekolah.

Nota:
Murid perlu memakai ves atau alat pemantul cahaya
untuk meningkatkan kebolehlihatan dan keselamatan
mereka semasa aktiviti pemerhatian.

55
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

Aktiviti Polis Trafik: Tugas dan Peranan


12
1. Murid memahami peranan dan tugas polis trafik melalui:
• Ceramah - menjemput polis trafik untuk memberikan
ceramah. (Membimbing murid untuk menghasilkan
soalan-soalan yang ingin ditanya sebelum ceramah
tersebut.)
• Menulis esei atau rumusan tentang peranan polis
trafik.
• Membuat simulasi tentang tugas polis trafik.

56
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

Aktiviti Jadi Seorang Mentor


13
1. Galakkan murid tahun 5 dan 6 untuk menganjurkan
aktiviti keselamatan jalan raya kepada murid yang lebih
muda (tahun 1-4).

Contoh:
• Bimbing adik anda menjadi pejalan kaki yang lebih
selamat.
• Berkongsi tip keselamatan.
• Menjadi pengguna pengangkutan awam yang
bertanggungjawab dan bersopan.
• Menulis cerita mengenai keselamatan jalan raya dan
bacakan cerita kepada murid-murid di tahap yang
lebih rendah.

57
Aktiviti Sampingan Tahun 6

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

Aktiviti Bengkel Keselamatan Berbasikal


14
1. Menganjurkan bengkel keselamatan berbasikal
di sekolah dengan menjemput agensi kerajaaan atau
swasta untuk memberikan penerangan mengenai:
• Kepentingan undang-undang dan peraturan jalan
raya.
• Kepentingan mematuhi papan tanda jalan dan lampu
isyarat.
• Penggunaan peralatan keselamatan seperti topi
keledar, pad lutut atau siku.
• Penyelenggaraan basikal.
• Cara dan teknik menunggang basikal yang betul.
• Isyarat tangan dengan rujukan gambar dan
mengaplikasikan undang-undang antarabangsa
sebagai panduan.

58
Disediakan oleh

Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia

Anda mungkin juga menyukai