Anda di halaman 1dari 6

Lencana Wajib – Penunggang Basikal

Peraturan semasa menunggang basikal

1. Pastikan basikal berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.


2. Beri isyarat yang jelas semasa menunggang basikal
3. Tunggang dalam satu baris sekiranya menunggang secara berkumpulan
4. Guna lorong basikal yang telah disediakan.
5. Pastikan tangan sentiasa berada pada pemegang dan kaki berada pada pedal sepanjang
masa
6. Memahami dan tahu isyarat-isyarat jalan raya
7. Gunakan kedua-dua brek hadapan dan belakang.
8. Sentiasa memberi jalan kepada kenderaan di sebelah kanan
9. Sentiasa menunggang di sebelah kiri jalan.

Isyarat tangan semasa berbasikal

Perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.

1. Menggunakan basikal yang tidak sempurna.


2. Tidak memberi isyarat dengan jelas
3. Membawa penumpang atau barang yang berat.
4. Mengikuti kenderaan lain pada jarak yang dekat.
5. Menunggang secara beriringan.
6. Membawa haiwan semasa menunggang
7. Bergurau atau bercakap
8. Memotong dan melintasi kenderaan lain
9. Menunggang basikal yang tidak sesuai
10. Pemegang dan tempat duduk yang tidak selaras dengan penunggang.

Bahagian-bahagian basikal.
UNDANG-UNDANG LALULINTAS JALANRAYA
A. PEJALAN KAKI
1. Mendengar nasihat guru dan pemimpin pengakap.

2. Jangan berlari / bermain di jalan raya.

3. Menggunakan tempat yang disedia khas seperti jejantas untuk melintas jalan raya.

4. Melintas jalan selepas bas bergerak jauh.

5. Jangan berebut-rebut menaiki bas atau apa-apa kenderaan.

B. KESELAMATAN PEJALAN KAKI


Isu keselamatan pejalan kaki hebat diperkatakan di media-media baik media cetak mahu pun media
elektronik.

Antaranya adalah kadar kematian pejalan kaki iaitu pada kadar 562 kematian setahun. Jumlah ini
telah menjadikan pejalan kaki merupakan golongan ke-3 tertinggi di dalam statistik kematian akibat
kemalangan jalan raya.

Untuk itu, beberapa kaedah keselamatan bagi pejalan kaki telah dikongsi agar dapat dimanfaatkan
oleh semua.

1. MEMAKAI PAKAIAN CERAH


1. Supaya mudah dilihat oleh kenderaan lain

2. Penggunaan jaket keselamatan dengan pemantul cahaya juga boleh membantu

2. JANGAN MEMBELAKANGI KENDERAAN


1. Jalan menghadap lalu lintas (supaya mudah melihat keadaan lalulintas yang berdekatan)
2. Jangan berjalan terlalu rapat dengan jalan raya (gunakan laluan pejalan kaki)

3. GUNAKAN KEMUDAHAN UNTUK MELINTAS


1. Lebih 70% kemalangan melibatkan pejalan kaki adalah berpunca daripada sikap mereka yang tidak
menggunakan kemudahan untuk melintas yang telah disediakan atau pun melintas di tempat yang
salah

2. Lintasan pejalan kaki

3. Lintasan berisyarat/lintasan undan (lintasan pejalan kaki yang mempunyai set lampu isyarat dan
butang serta dua lampu berwarna merah dan hijau {orang merah dan orang hijau} di mana apabila
hendak melintas pengguna jalan raya perlu menekan butang

4. Jejantas

4. BERHATI-HATI SEMASA MELINTAS


1. Pastikan keadaan adalah benar-benar selamat sebelum melintas

2. Jangan sekali-kali berdiri di tengah-tengah jalan sewaktu hendak melintas

3. Pimpin anak-anak semasa hendak melintas jalan

5. SENTIASA AWASI ANAK-ANAK


1. 40% daripada kemalangan pejalan kaki melibatkan golongan kanak-kanak berumur 6 hingga 10
tahun.

2. Anak-anak perlu sentiasa ditemani oleh orang dewasa apabila berada di atas jalan raya kerana orang
dewasa lebih berkemahiran untuk menganggar jarak dan membuat keputusan
Kerjasama pengguna jalan raya yang lain iaitu pemandu kenderaan dan penunggang motosikal untuk
bersikap lebih prihatin dengan memberhentikan kenderaan di lintasan pejalan kaki sekiranya terlihat
ada pejalan kaki yang menunggu untuk melintas jalan.

C. PENUNGGANG BASIKAL
1. Basikal sentiasa berada dalam keadaan baik.

2. Menunggang di kiri jalan.

3. Menunggang basikal dalam satu barisan.

4. Pastikan belakang anda tidak ada kenderaan lain sebelum membelok ke kanan atau ke kiri.

5. Jangan berbual-bual, berlumba dan melakukan apa-apa yang tidak sepatutnya semasa menunggang
basikal.

6. Memahami dan mengetahui isyarat-isyarat jalan raya.

7. Tidak menunggang basikal secara berkumpulan.

8. Berikan isyarat tangan sebelum melintas jalan raya.

D. KESELAMATAN KETIKA MENUNGGANG BASIKAL

Pelbagai alat pelindungan direka khas bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius jika berlaku
sesuatu yang tidak diingini. Pemakaian topi keselamatan yang betul dan menepati piawaian dapat
melindungi kepala daripada kecederaan yang teruk jika terjatuh daripada basikal. Gambar di bawah
menunjukkan topi keselamatan bagi penunggang basikal.

1. TOPI KESELAMATAN PENUNGGANG BASIKAL


Alat-alat keselamatan yang lain termasuklah pelindung siku dan lutut. Ia juga tidak kurang penting
berbanding topi keselamatan. Pemakaian pelindung siku dan lutut dapat mengelakkan kecederaan
serius terhadap kedua-dua anggota tersebut. Anggota ini mudah tercedera apabila terjatuh di tempat
yang keras dan penggunaan pelindung siku dan lulut amatlah digalakkan ketika menunggang basikal.
Gambar di bawah menunjukkan pelindung siku dan lutut yang sesuai bagi penunggang basikal.
Pelindung Lutut

2. PELINDUNG SIKU
Kasut yang sesuai juga diperlukan ketika menunggang basikal. Melindungi kaki harus menjadi
keutamaan kerana kaki adalah anggota yang sangat penting penting ketika menunggang basikal. Kasut
yang sesuai bersifat melindungi. Gambar di bawah menunjukkan kasut yang sesuai digunakan oleh
penunggang basikal. Elakkan pemakaian selipar ketika menunggang basikal.

3. KASUT SUKAN
Antara alat keselamatan lain termasuklah jaket pemantul cahaya. Jaket ini sangat penting
terutamanya ketika menunggang pada malam hari atau cuaca yang gelap. Ini untuk menyedarkan
pengguna jalan raya lain kehadiran kita di jalan raya. Pemakaian pakaian yang terang juga penting,
sama penting seperti pemakaian jaket keselamatan bagi menyedarkan kehadiran kita si bahu jalan.
Gambar di bawah menunjukkan jaket keselamtan yang sesuai bagi seorang penunggang basikal.
Jaket Pemantul Cahaya

Anda mungkin juga menyukai