Anda di halaman 1dari 3

Hormat Pengakap

Hormat Pengakap dilakukan apabila:


Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan
penghormatan.
Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.
Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.
Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.
Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.

CARA HORMAT PENGAKAP


Hormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jari telunjuk, hantu &
manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari menindih jari kelingking.

1.Kalau membuat hormat pengakap, tangan kanan diangkat seperti hormat dalam tentera atau polis.
Sentuhkan hujung kening.
2.Semasa memegang tongkat berdiri dalam keadaan sedia, tangan kiri menyentuh tongkat dengan
tapak tangan terlangkup.

3.Semasa berjalan pantas atau perlahan bertongkat, angkat sedikit tangan dan sentuh tongkat
dengan tangan kiri.

MAKNA HORMAT PENGAKAP


Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu:

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara


Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-undang Pengakap.
Ibu jari membawa maksud Undang-Undang Pengakap. Jari kelingking membawa maksud ahli
pengakap. Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud sebagai seorang ahli pengakap,
kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 Undang Undang Pengakap.

Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan pengakap tanpa
mengira pangkat, darjah maupun keturunan.

Anda mungkin juga menyukai