Anda di halaman 1dari 41

KANDUNGAN

PERKARA
BIODATA SAYA
LOGO DUNIA
LOGO PANDU
PUTERI MALAYSIA
LENCANA PANDU
PUTERI TUNAS
KUMPULAN
BERENAM
PRA - PERSETIAAN
CALIT EMAS
TANGGA EMAS
TANGAN EMAS
Nama:

ID Ahli

No.Mykid:
Tarikh lahir

Alamat rumah

No. Telefon Rumah -

No. Telefon Bimbit

Nama dan Alamat Sekolah


Bagaimanakah Brownie Mendapat Nama
Pergerakan Pengakap dimulakan oleh Lord Baden-Powel pada
tahun 1908. Pergerakan Pandu Puteri pula dimulakan pada tahun
1911. Sejak itu, kanak kanak perempuan juga sangat ingin
menyertai segala kegiatan Pandu Puteri yang dinikmati oleh
abang-abang mereka. Mereka juga ingin memakai pakaian seragam
seperti yang dipakai oleh abang-abang mereka kerana pakaian
tersebut kelihatan sangat cantik.

Umur mereka terlalu muda. Bagaimanapun, oleh kerana keinginan


dan desakan mereka itu, maka Lord Baden-Powel pun memulakan
satu kumpulan baru yang diberi nama Rosebuds. Kumpulan ini
diadakan khas untuk kanak-kanak perempuan daripada kumpulan
Rosebuds. Kumpulan ini diadakan khas untuk kanak-kanak
perempuan yang berumur antara tujuh hingga sebelas tahun.

Rosebuds diibarat seperti sekuntum bunga yang berkembang dari


kecil hingga menjadi besar. Begitu jugalah halnya dengan kanak-
kanak perempuan daripada kumpulan Rosebuds ini. Mereka akan
dididik untuk menjadi seorang Pandu Puteri yang cekap di kemudian
hari kelak.
Walaupun segala kegiatan yang dilalui oleh mereka sangat
menarik, tetapi mereka tidak begitu gemar dengan gelaran yang
diberi kepada kumpulan mereka. Berbagai-bagai cadangan telah
dikemukakan, tetapi semuanya tidak dapat memuaskan hati ahli-
ahli kumpulan ini.

Akhirnya, pda tahun 1915, Lord Baden-Powel telah mencadangkan


nama baru bagi mereka, iaitu "Brownie". Beliau mencipta nama itu
berdasarkan satu cerita lagenda Brownie oleh Mrs. Ewing yang
pernah didengar oleh beliau. Pada fikiran beliau segala kegiatan yang
dilakukan oleh kumpulan Rosebuds amat bersesuaian dengan nama
dan tingkah laku yang terdapat dalam cerita tersebut.

Nama baru itu telah diterima dengan sebulat suara. Sejak itu,
kegiatan dan pe rjumpa an kumpula n Brownie menjadi le bih
teratur dan mena rik.
CERITA BROWNIE

Dalam sebuah rumah kecil di tepi sebuah hutan, tinggal sepasang


suami isteri yang miskin bersama dua orang anak mereka; seorang
lelaki bernama Tommy dan seorang lagi perempuan bernama Betty.
Ibu kanak-kanak itu sangat sayang kepada mereka. Bagaimanapun,
ibu itu selalu juga berasa tidak senang hati melihat perangai anak-
anaknya yang pemalas, pelupa dan pengotor.
Selain daripada itu, mereka juga sangat nakal. Mereka selalu
berkejar-kejaran di dalam rumah sambil bermain dan menjerit-jerit
sehingga segala perkakas rumah habis tunggang-langgang. Pakaian
mereka pula sentiasa menjadi kotor. Mereka sentiasa mementingkan
diri sendiri. Asalkan dapat bermain dan bersuka-sukaan, mereka
langsung tidak bertimbang rasa terhadap orang lain.
Pada suatu petang, ibu kanak-kanak itu bercerita kepada mereka.
Kata ibu kanak-kanak itu, beberapa lama dahulu, sebelum Tommy
dan Betty ada, rumah itu didiami oleh beberapa orang Brownie.
Keadaan di dalam rumah tersebut pada masa itu sentiasa aman dan
damai.
"Siapakah Brownie itu, mak?" tanya mereka.
"Brownie itu ialah pari yang kecil," jawab ibu mereka. "Dia datang ke
rumah orang sebelum sesiapa di dalam rumah itu bangun tidur. Sebaik
sahaja sampai di rumah itu dia segera menyapu lantai, menyalakan
api, mengambil air, menjerang air dan menyediakan sarapan pagi."
"Dia juga mengemas bilik, memotong rurnput di kebun,
membersihkan kasut dan sebagainya," tambah ibu mereka lagi.
"Pendeknya dia membuat segala kerja yang berfaedah, walaupun tidak
ada sesiapa pun pernah berjumpa dengannya kerana dia selalu
meninggalkan rumah sebelum orang di dalam rumah itu bangun daripada
tidur."
Tommy dan Betty sangat seronok mendengar cerita itu. Mereka ingin
mendapat seorang Brownie supaya dia selalu datang ke rumah dan
menolong ibu mereka membuat segala kerja. Pada fikiran mereka, jika
sudah ada Brownie, tidak p a y a h l a h m e r e k a membuat segala kerja itu
lagi.
Mereka pun bertanya kepada ibu mereka bagaimana caranya
boleh mereka b e r j u m p a dengan Brownie. Ibu mereka menyuruh
m e re ka be rj u m p a d a h u l u dengan seekor burung hantu yang tinggal
di tepi hutan kerana burung hantu itulah yang mengetahui segala
perkara tentang peri-peri itu.
Malam itu, mereka pun pergi ke tepi hutan. Pada mulanya, Tommy
berjalan dahulu di hadapan dengan berani, tetapi apabila jalan itu
semakin gelap, langkahnya semakin perlahan.
Bagaimanapun, Betty tetap berkeras hati, walaupun dia sendiri
agak takut. Dia memimpin tangan abangnya sambil terus berjalan
sehingga akhirnya mereka terdengar bunyi burung hantu itu. Mereka
terhenti dengan tiba-tiba kerana bunyi burung hantu itu amat
menakutkan. mereka. Oleh sebab terlalu takut, pada mulanya mereka
ingin lari sekuat hati balik ke rumah.
Sekali lagi, Betty berkeras hati. Dia tetap ingin mengetahui siapa
Brownie itu. Jadi dia memimpin tangan abangnya sambil berdiri tegak
di situ. Burung hantu itu terus berbunyi. Lama-kelamaan mereka tidak
berasa takut lagi kerana telah biasa dengan bunyi itu.
Mereka pun berjalan lagi sehingga akhirnya sampai ke pangkal pokok
tempat burung hantu itu hinggap.Burung hantu! Burung hantu! Kami
datang untuk berjumpa dengan kamu” seru Betty.
"U-hu-huuu! U-hu-huuu! Baguslah. Panjatlah pokok ini dan mari
duduk di sebelah saya di atas dahan inir jawab Burung Hantu.
Mereka pun memanjat pokok itu dan duduk di sebelah Burung
Hantu di atas dahan. Mereka menceritakan kesusahan mereka
kepadanya. Mereka bercerita bagaimana mereka terpaksa membuat
berbagai-bagai kerja sedangkan mereka ingin bermain.
"Kami sudah mendengar cerita tentang peri Brownie yang baik itu.
Jadi kami ingin mendapatkan seorang daripada peri-peri itu untuk
tinggal di rumah kami supaya dig boleh membuat segala pekerjaan
itu untuk kami," kata Betty.
"U-hu-huu-huuu!" Burung Hantu ketawa. "Nampakkah kamu paya itu?
Pergilah ke tebing sebelah utaranya ketika bulan mengambang
penuh. Pusingkan badan kamu tiga kali di situ sambil berseru:
Pusingkan saya, dan tunjukkan rupa peri
Saya lihat dalam air
rupa..
"Untuk mendapatkan perkataan yang akhir, pandanglah ke
permukaan air itu. Di situ, kamu akan nampak seorang Brownie dan
namanya ialah perkataan yang kamu pilih untuk mengisi perkataan
akhir dalam rangkap tadi."
Apabila bulan telah mengambang penuh. Betty pun pergi ke tepi
sebelah utara paya itu. Dia memusingkan badannya tiga kali di situ
sambil berseru:
Pusingkan saya,
Dan tunjukkan rupa peri;
Saya lihat dalam air,
Rupa……..

Bagaimanapun, apabila Betty memandang ke permukaan paya itu,


dia tidak nampak apa-apa kecuali bayangnya sendiri.
Dengan hati yang hampa Betty pun balik semula berjumpa
dengan Burung Hantu. Dia menceritakan bahawa dia tidak nampak
apa-apa di permukaan paya itu kecuali bayangnya sendiri.
Betty melihat mukanya sendiri
"Jadi kamu tidak nampak sesiapa yang namanya boleh mengisi
perkataan akhir rangkap yang saya berikan itu?" tanya Burung
Hantu.
"Tidak. Saya tidak nampak sesiapa pun," jawab Betty.
"Jadi, siapakah yang kamu nampak di permukaan paya itu?" tanya
Burung Hantu pula.
"Saya cuma nampak diri saya sendiri," jawab Betty.

"U-hu-huuu! Bukankah `saya sendiri' sama bunyinya dengan .


'peri dalam rangkap itu?" tanya Burung Hantu dengan gembira.
Betty berfikir seketika. Memang, `peri' sama bunyinya dengan `saya
sendiri', fikirnya. Kemudian dia berkata, "Tapi saya bukannya seorang
Brownie!"
"Memang betul," jawab Burung Hantu. "Tetapi tiada siapa pun
yang boleh menjadi Brownie kecuali diri kamu sendiri kalau kamu
mencubanya Karnu boleh menyapu _lantai dan menghidupkan api;
kamu boleh mengemaskan bilik dan menyediakan sarapan; kamu
boleh membersihkan bilik tidur, mencuci kasut dan melipat pakaian
kamu sendiri. Kamu boleh membuat segala kerja ini sebelum bapa
dan ibu kamu bangun tidur, supaya mereka menyangka peri telah
datang ke rumah dan membuat segala kerja itu."
Keesokkan harinya, Tommy dan Betty keluar senyap-senyap dan bilik
mereka sebelum bapa dan ibu mereka bangun tidur. Mereka menyapu
sampah,
berkemas, menyedia dan menghidangkan sarapan. Kemudian,
mereka masuk semula ke bilik dengan senyap.
Tidak lama kemudian bapa dan ibu mereka bangun tidur dan keluar
dari bilik mereka untuk membuat segala kerja rumah seperti biasa.
Alangkah terperanjatnya mereka apabila mendapati segala kerja itu
sudah selesai. Oleh sebab Tommy dan Betty masih ada di dalam bilik
tidur, mereka menyangka peri Brownie benar-benar telah datang ke
rumah mereka.
Setiap hari Tommy dan Betty berbuat begitu. Lama-kelamaan
mereka semakin rajin dan bertanggungjawab seperti Brownie.
Setelah beberapa lama kemudian, barulah bapa dan ibu mereka
tahu bahawa anak-anak mereka sendirilah yang menjadi Brownie
dan menolong mereka membuat kerja-kerja di rumah itu.

Anda mungkin juga menyukai