Anda di halaman 1dari 6

BAGAIMANA ‘BROWNIE’ MENDAPAT NAMA

Pergerakan pengakap dimulakan oleh Lord Baden-Powel pada tahun 1908.


Pergerakan Pandu Puteri pula dimulakan pada tahun 1911. Sejak itu, kanak-
kanak perempuan juga sangat ingin menyertal segala kegiatan Pandu Puteri
yang dinikmati oleh kakak-kakak mereka. Mereka juga ingin memakai pakaian
seragam seperti yang dipakai oleh kakak-kakak mereka kerana pakaian
tersebut kelihatan sangat cantik.
Umur mereka terlalu muda. Bagaimanapun, oleh kerana keinginan dan
desakan mereka itu maka Lord Baden-Powel pun memulakan satu kumpulan
barn yang diberi nama Rosebuds. Kumpulan ini diadakan khas untuk kanak-
kanak perempuan daripada kumpulan Rosebuds. Kumpulan ini diadakan khas
untuk kanak-kanak perempuan yang berumur antara tujuh hingga sebelas
tahun.
Rosebuds diibarat seperti sekuntum bunga yang berkembang dari kecil
hingga menjadi besar. Begitu jugalah halnya dengan kanak-kanak perempuan
daripada kumpulan Rosebuds ini. Mereka akan dididik untuk menjadi seorang
Pandu Puteri yang cekap di kemudian hari kelak.
Walaupun segala kegiatan yang dilalui oleh mereka sangat menarik, tetapi
mereka tidak begitu gemar dengan gelaran yang diberi kepada kumpulan
mereka. Berbagai-bagai cadangan telah dikemukakan kemudiannya, tetapi
semuanya tidak dapat memuaskan hati ahli-ahli kumpulan ini.
Akhimya, pada tahun 1915, Lord Baden-Powel telah mencadangkan nama
barn bagi mereka, iaitu Brownie. Beliau mencipta nama itu berdasarkan satu
cerita lagenda Brownie oleh Mrs. Ewing yang pernah didengar oleh beliau.
Pada fikiran beliau segala kegiatan yang dilakukan oleh kumpulan Rosebuds
amat bersesuaian dengan nama dan tingkah laku yang terdapat dalam cerita
tersebut.
Nama barn itu telah diterima dengan sebulat suara. Sejak itu, kegiatan dan
perjumpaan kumpulan Brownie menjadi lebih teratur dan menarik.
CERITA
BROWNIE
Dalam sebuah rumah kecil di tepi sebuah hutan, tinggal sepasang suami
isteri yang miskin bersama dua orang anak mereka; seorang lelaki bemama
Tommy dan seorang lagi perempuan bernama Betty.
Ibu kanak-kanak itu sangat sayang kepada mereka. Bagaimanapun, ibu itu
selalu juga berasa tidak senang hati melihat perangai anak-anaknya yang
pemalas, pelupa dan pengotor.
Selain daripada itu, mereka juga sangat nakal. Mereka selalu berkejar
kejaran di dalam rumah sambil bermain dan menjerit-jerit sehingga segala
perkakas rumah habis tunggang-langgang. Pakaian mereka pula sentiasa
menjadi
kotor.
Mereka sentiasa mementingkan diri sendiri. Asalkan dapat bermain dan
bersuka-sukaan, mereka langsung tidak bertimbang rasa terhadap orang lain.
Pada suatu petang, ibu kanak-kanak itu bercerita kepada mereka. Kata ibu
kanak-kanak itu, beberapa lama dahulu, sebelum Tommy dan Betty ada,
rumah
itu didiami oleh beberapa orang Brownie. Keadaan di dalam rumah tersebut
pada masa itu sentiasa aman dan damai.
Siapakah Brownie itu, mak?” tanya mereka
“Brownie itu ialah peri yang kecil,” jawab ibu mereka. ‘Dia datang ke
rumah
orang sebelum sesiapa di dalam rumah itu bangun tidur. Sebaik sahaja sampai
di rumah itu dia segera menyapu lantai, menyalakan api, mengambil air,
menjerang air dan menyediakan sarapan pagi.
“Dia juga mengemas bilik, memotong rumput di kebun, membersihkan
dankasut
sebagainya,” tambah ibu mereka lagi. “Pendeknya dia membuat segala
kerja yang berfaedah, walaupun tidak ada sesiapa pun pernah berjumpa
dengannya kerana dia selalu meninggalkan rumah sebelum orang di dalam
rumah itu bangun daripada tidur.
Tommy dan
Betty seronok
sangat
mendengar cerita
itu. Mereka ingin
mendapat seorang
Brownie supaya
dia
selalu datang k
rumah dan
e
menolong ibu bapa
mereka membuat
segala kerja Pada
fikiran mereka, jika
sudah ada
Brownie, payahlah
tidak
mereka membuat segala kerja itu lagi.
Mereka pun bertanya kepada ibu mereka bagaimana caranya boleh mereka
berjumpa dengan Brownie. Ibu mereka menyuruh mereka berjumpa dahulu
dengan seekor burung hantu yang tinggal di tepi hutan kerana burung hantu
itulah yang mengetahui segala perkara tentang peri-peri itu.
Malam itu, mereka pun pergi ke tepi hutan. Pada mulanya, Tommy berjalan
dahulu di hadapan dengan berani, tetapi apabila jalan itu semakin gelap,
langkahnya semakin perlahan.
Bagaimanapun, Betty tetap berkeras hati walaupun dia sendiri agak takut. Dia
memimpin tangan abangnya sambil terus berjalan sehingga akhirnya mereka
terdengar bunyi burung hantu itu.
Mereka terhenti dengan tiba-tiba kerana bunyi burung hantu itu amat
menakutkan mereka. Oleh sebab terlalu takut, pada mulanya mereka ingin lari
sekuat hati balik ke rumah.
Sekali lagi Betty berkeras hati. Dia tetap ingin mengetahui siapa Brownie itu.
Jadi dia memimpin tangan abangnya sambil berdiri tegak di situ. Burung hantu
itu terus berbunyi. Lama-kelamaan mereka tidak berasa takut lagi kerana telah
biasa dengan bunyi itu.
Mereka pun berjalan lagi sehingga akhirnya sampai ke pangkal pokok tempat
burung hantu itu hinggap.
“U-hu-huu-huuu!” Burung Hantu ketawa. “Nampakkah kamu paya itu?
Pergilah ke tebing sebelah utaranya ketika bulan mengambang penuh. Pusingkan
badan kamu tiga kali di situ sambil berseru:

Pusingkan saya,
Dan tunjukkan rupa peri;
Saya lihat dalam air,
Rupa.....

“Untuk mendapatkan perkataan yang akhir, pandanglah ke permukaan air itu,


Di situ kamu akan nampak seorang Brownie dan namanya ialah perkataan yang
kamu pilih untuk mengisi perkataan akhir dalam rangkap tadi.”
Apabila bulan telah mengambang penuh, Betty pun pergi ke tepi sebelah utara
paya itu. Dia memusingkan badannya tiga kali di situ sambil berseru:

Pusingkan saya,
Dan tunjukkan rupa peri;
Saya lihat dalam air,
Rupa.....

Bagaimanapun, apabila Betty memandang ke permukaan paya itu, dia tidak


nampak apa-apa kecuali bayangnya sendiri.
Dengan hati yang hampa Betty pun balik semula beijumpa dengan Burung
Hantu. Dia menceritakan bahawa dia tidak nampak apa-apa di permukaan paya
itu kecuali bayangnya sendiri.
“Jadi kamu tidak nampak sesiapa yang namanya boleh mengisi perkataan
akhir rangkap yang saya berikan itu?” tanya Burung Hantu.
‘Tidak. Saya tidak nampak sesiapapun,” jawab Betty.
“Jadi, siapakah yang kamu nampak di permukaan paya itu?” tanya Burung
Hantu pula.
“Saya cuma nampak diri saya sendiri,” jawab Betty.
“U-hu-huuu! Bukankah ‘saya sendiri’ sama bunyinya dengan ‘peri’ dalam
rangkap itu?” tanya Burung Hantu dengan gembira.
Betty berfikir seketika. Memang, ‘peri’ sama bunyinya dengan ‘saya sendiri’,
fikimya. Kemudian dia berkata, “Tapi saya bukannya seorang Brownie!”
“Memang betul,” jawab Burung Hantu. ‘Tetapi tiada siapa pun yang boleh
menjadi Brownie kecuali diri kamu sendiri kalau kamu mencubanya. Kamu
boleh menyapu lantai dan menghidupkan api; kamu boleh mengemaskan bilik
dan menyediakan sarapan; kamu boleh membersihkan bilik tidur, mencuci kasut
dan melipat pakaian kamu sendiri. Kamu boleh membuat segala keija ini
sebelum bapa dan ibu kamu bangun tidur, supaya mereka menyangka peri telah
datang ke rumah dan membuat segala keija itu.”
Keesokkan harinya, Tommy dan Betty keluar senyap-senyap dari bilik
mereka sebelum bapa dan ibu mereka bangun tidur. Mereka menyapu sampah,
berkemas, menyedia dan menghidangkan sarapan, dan kemudian masuk ke bilik
mereka semula dengan senyap.
Tidak lama kemudian bapa dan ibu mereka bangun tidur dan keluar dari bilik
mereka untuk membuat segala kerja rumah seperti biasa. Alangkah
terperanjatnya mereka apabila mendapati segala kerja itu sudah selesai. Oleh
sebab Tommy dan Betty masih ada di dalam bilik tidur, mereka menyangka peri
Brownie benar-benar telah datang ke rumah mereka.
Setiap hari Tommy dan Betty berbuat begitu. Lama-kelamaan mereka
semakin rajin dan bertanggungjawab seperti Brownie.
Setelah beberapa lama kemudian, barulah bapa dan ibu mereka tahu bahawa
anak-anak mereka sendirilah yang menjadi Brownie dan menolong mereka
membuat keija-keija di rumah itu!
BAGAIMANA PANDU PUTERI TUNAS BERMULA

Pergerakan Pandu Puteri telah ditubuhkan di negara ini pada tahun 1917.
Sejak itu nama Brownie digunakan bagi kumpulan kanak-kanak perempuan
yang berumur di antara tujuh hingga sebelas tahun. Nama ini kekal digunakan
sehingga tahun 1984.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah membuat kesimpulan bahawa nama
Brownie patut ditukarkan kepada satu nama yang lebih sesuai dengan
keperluan negara, mengikut peredaran masa, kemajuan dan perkembangan
bahasa di negara ini. Oleh itu dalam suatu persidangan pada 30 November
1984 yang berlangsung di Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur, Jawatankuasa
keija Kebangsaan telah bersetuju menukarkan nama Brownie kepada
PANDU PUTERI TUNAS
Perkataan Tunas’ memberi erti pucuk yang mula tumbuh, yang bakal
menjadi sebatang pokok. Pokok ini nanti akan menghasilkan buah yang
baik ]ika dipupuk dan dibaja, sejak masih tunas lagi.
Perkataan ‘Puteri’ pula beerti gadis bangsawan yang lemah lembut, yang
membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri.
Puteri Tunas jika mereka diberi
bimbingan dan didikan yang baik dan teratur. Mereka akan menjadi gadis-
gadis yang rupawan, bersopan santun dan berbudi bahasa. Akhimya, mereka
akan membesar menjadi ahli masyarakat dan warganegara yang baik dan
berguna.
Huruf-huruf yang menggabungkan Pandu Puteri Tunas juga mempunyai erti yang mendalam
dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna

P- Persetiaan jadi panduan A- Amalan mulia


berterusan N- Nama pasukan dihormati D- Diri
teguh berbakti U- Untuk menambah jati diri

P- Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri


U- Utamakan tanggungjawab sendiri
T- Tabah menghadapi cabaran
E- Erat dalam perpaduan
R- Rela berkhidmat untuk masyarakat
I - Indah budi dan Bahasa

T- Tolong orang selalu


U- Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan
Negara N- Nilai hidup yang murni A- Akhlak yang utuh S- Selalu
senyum tanda persahabatan

Anda mungkin juga menyukai