Anda di halaman 1dari 1

PUTERA KATAK

Suatu petang, seorang puteri bersiar-siar di dalam hutan. Apabila terlihat sebuah kolam kecil, dia
pun berhenti berehat. Dia mempunyai bola emas pada tangannya. Dia melambung-lambungkan bola emas
itu.
Ketika asyik melambungkan bola tersebut, secara tidak sengaja bola itu melantun dan jatuh ke dalam
sebuah perigi. Puteri itu pun menangis.
Ketika mengelap air matanya, seekor katak muncul lalu bertanya, “Mengapakah puteri menangis?”
“Bolehkah kamu membantu saya, wahai katak? Bola emas saya terjatuh ke dalam perigi,” katanya sambal
menangis.
Katak itu pun berkata, “Saya tidak mahu emas, berlian, ataupun pakaian yang mahal daripada puteri.
Namun, jika puteri boleh menyayangi saya, membenarkan saya tidur dan makan bersama puteri, saya
akan membawakan bola emas puteri kembali.”
“Mengarut betul katak ini. Dia pasti tidak dapat membawakan saya bola emas itu,” fikir puteri.
“Baiklah kalau kamu berjaya membawakan bola emas saya, saya akan tunaikan permintaan kamu,” kata
puteri.
Katak itu pun segera melompat ke dalam perigi. Tidak lama kemudian, dia keluar bersama bola emas
puteri.
Sebaik sahaja melihat bola emasnya, puteri segera mengambilnya dan berlari sekuat hati kerana terlalu
gembira dan terlupa akan katak yang telah menolongnya. Katak itu memanggil-manggil puteri, “Puteri,
bawa saya bersama kamu.” Namun, puteri tidak mengendahkan rayuan katak itu.
Keesokkan hari, ketika makan malam, puteri mendengar bunyi yang aneh seperti bunyi orang yang
sedang menaiki tangga. Tidak lama kemudian, pintu dewan makan diketuk dan terdengar suara dari luar.
“Buka pintu ini wahai puteriku. Kekasih sejatimu sudah tiba! Dan jangan lupa janji puteri ketika di kolam
semalam.”
Puteri segera berlari ke arah pintu dan membukanya. Kelihatan katak yang ditemuinya semalam. Dia
ketakutan lalu menghempas pintu tersebut dan kembali ke meja makan. Puteri pun menceritakan apa yang
berlaku dan mengapa katak itu berada di sini. Raja berkata ,”Kamu harus kotakan janji kamu. Bawa katak
itu masuk ke sini.”
Katak itu menceritakan kepada puteri bagaimana dirinya disumpah oleh seorang ahli sihir. Dia disumpah
menjadi seekor katak. Sumpahan itu hanya berakhir apabila datang seorang puteri yang akan
membawanya ke istana.
“Kamu,” kata putera raja itu, “telah mematahkan sumpahan tersebut dan kini saya ingin mengahwini
kamu serta membawa kamu tinggal di kerajaan ayahanda saya.” Puteri itu bersetuju setelah diberi
keizinan oleh ayahandanya. Mereka pun berkahwin dan hidup bahagia.

Anda mungkin juga menyukai