Anda di halaman 1dari 1

GOLDILOCKS DAN KELUARGA BERUANG

Ada seorang gadis kecil bernama Goldilocks tinggal di pinggir sebuah hutan bersama ayah dan
ibunya. Dia digelar Goldilocks kerana rambutnya berkilau seperti emas. Suatu hari, dia bersiar-siar
seorang diri di dalam hutan.

Dia berjalan sehingga jauh ke dalam hutan dan tersesat. Dia semakin takut. Sewaktu mencari
jalan pulang, dia menemui sebuah rumah. Rumah itu didiami oleh sebuah keluarga beruang yang terdiri
daripada bapa, ibu dan anak beruang.

Pagi itu, keluarga beruang bercadang untuk bersiar-siar di dalam hutan. Goldilocks mengetuk
pintu rumah itu beberapa kali namun tiada sahutan. Dia pun memberanikan diri membuka pintu rumah itu
dan masuk ke dalamnya. Dia terlihat tiga buah mangkuk yang berisi bubur di atas meja makan.

“Bubur ini masih panas lagi!” teriaknya yang dalam kelaparan.

“Bubur ini pula telah sejuk!” katanya sambil menjamah bubur tersebut.

“Oh, bubur ini sudah suam dan enak untuk dimakan,” katanya lalu memakan bubur tersebut
sehingga habis.

Selepas kekenyangan, Goldilocks pun ingin berehat. Dia melihat kerusi lalu mencubanya. Dia
pun duduk di kerusi yang paling kecil. Tiba-tiba, kerusi tersebut patah. Dia pun mencuba dua buah kerusi
yang lain. Kerusi itu terlalu besar dan sebuah kerusi lagi terlalu kecil untuknya. Goldilocks segera naik ke
atas untuk mencari bilik tidur.

Keluarga beruang pun pulang ke rumah mereka. Mereka sangat terkejut apabila mendapati rumah
mereka berselerak. Kelihatan bubur tumpah di serata tempat. Malah, salah sebuah kerusi mereka juga
patah.

“Siapakah yang melakukan ini?”.

Mereka pun naik ke atas menuju ke arah bilik tidur. Goldilocks sedang tidur lena di salah sebuah
katil. Katil yang pertama terlalu keras manakala katil yang kedua terlalu lembut. Goldilocks memilih
untuk tidur di katil yang ketiga.

“Siapakah yang tidur di atas katil saya?” jerit anak beruang.

Jeritannya itu mengejutkan Goldilocks yang sedang tidur. Dia segera melompat turun dan berlari
keluar.

“Tunggu, kami tidak berniat untuk menakutkan kamu.”

Goldilocks pun berhenti lalu meminta maaf kepada mereka. Dia juga memberitahu mereka
bahawa dia telah tersesat. Bapa beruang pun membawa Goldilocks pulang ke rumahnya.

Sejak itu, mereka menjadi sahabat baik. Goldilocks juga kerap ke rumah keluarga beruang dan
bermain bersama anak beruang.

Anda mungkin juga menyukai