Anda di halaman 1dari 1

Aku seekor rama-rama

Aku seekor rama-rama yang cantik. Aku mempunyai sepasang sayap


yang berwarna-warni dan sepasang sesungut. Makanan kegemaran
aku ialah madu bunga. Setiap hari, aku terbang ke sana ke mari
untuk mencari madu bunga.

Kini, aku sudah menjadi seekor rama-rama yang dewasa. Aku


mula mencari pasangan untuk bersenyawa. Proses ini amat penting
untuk memastikan spesies aku tidak pupus.

Kemudian, aku akan mula bertelur. Aku bertelur di belakang


daun-daun muda supaya lebih selamat daripada musuh. Telur-telur
aku akan menetas menjadi ulat beluncas.

Ulat beluncas makan daun-daun muda. Selepas beberapa


waktur, ulat beluncas akan bertukar menjadi kepompong.
Kepompong yang telah matang akan menjelmakan seekor rama-rama
yang cantik seperti aku.

Selepas bertelur, aku akan menjadi lemah kemudian mati.


Namun, aku tidak susah hati kerana zuriat aku akan meneruskan
kitaran hidup yang aku alami. Begitulah kisah hidup aku sebagai
seekor rama-rama.

Anda mungkin juga menyukai