Anda di halaman 1dari 5

Kepercayaan orang Melayu

Bangsa Melayu dahulu banyak meninggalkan bermacam-macam kepercayaan


yang mana dalamnya mengandungi pelbagai pantang larang, tunjuk ajar yang
halus dan nasihat yang berguna kepada anak cucunya yang masih mentah
dalam kehidupan harian mereka

Duduk atas bantal

Masyarakat Melayu pantang duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik
bisul. Sebenarnya dilarang berbuat demikian adalah kerana hendak menjaga
bantal daripada dipecah atau dikoyak. Tambahan lagi adalah tidak baik benda
untuk melapek kepala diletakkan di bawah punggung.

Bergendang dalam rumah

Mendengar anak cucu mereka bergendang dalam rumah, seperti memukul


dinding, lantai atau sebagainya, maka dilarang oleh orang tua-tua, ¡°dengan
berkata "tidak baik bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang.
¡±
Larangan ini sebenarnya untuk mengelakkan bunyi bising di rumah, tambahan
lagi bergendang itu akan merosakkan barang, terutamanya barang-barang yang
bergantung di dinding itu akan jatuh dan pecah.

Menjahit pada waktu senja

Apabila ibu melihat anaknya menjahit atau menyulam pada waktu senja dengan
segeranya akan berkata, ¡°Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata guru
engkau akan buta.¡± Apabila si anak mendengar larangan itu, tentunya akan
berhenti perbuatan tersebut. Ini kerana mereka tidak suka melihat gurunya buta
atau cacat kerana segala pengetahuan yang didapatinya itu adalah daripada
guru yang disayanginya.

Pengajaran disebalik larangan itu adalah untuk menjaga kesihatan mata anak
supaya tidak menjadi kabur dan rosak atau jarum tercucuk tangan.

Makan dengan menggunakan bekas retak atau sumbing

Apabila si isu melihat anaknya makan dengan menggunakan bekas yang retak
atau sumbing, maka si ibu itu akan melarang dengan berkata, ¡°Siapa makan
menggunakan bekas yang retak akan dapat isteri atau suami yang telah
berkahwin dua atau tiga.¡±

Nasihat ini sebenarnya untuk mengelakkan supaya anaknya tidak terkena luka
dari bekas yang digunakan itu.

Bersiul atau bernyanyi di dapur

Seseorang anak gadis yang suka bersiul dan bernyanyi ketika memasak
dikatakan akan mendapat suami tua. Apabila anak gadis mendengar nasihat itu
tentunya akan berhenti berbuatan tersebut. Ini kerana anak gadis tentunya tidak
mahu bersuami dengan seorang lelaki yang tua.

Larangan ini adalah mengelakkan berlakunya kecelakaan supaya sebarang kerja


di dapur mesti dibuat dengan sempurna dan tambahan pula adalah tidak manis
sekiranya anak gadis bersiul dan bernyanyi di dapur.
Tikus tidak boleh di seranah

Mengikut kepercayaan tikus tidak boleh di seranah. Sekiranya disumpah kerana


perbuatannya merosakkan barang-barang di dalam rumah, ia akan lebih
mengganas lagi. Biasanya tikus-tikus tidak memusnahkan sesuatu benda, yang
dilakukannya ialah merosakkan sedikit di sana sini yang menyebabkan benda-
benda yang dirosakkan itu tidak boleh digunakan lagi.

Perbuatan tikus ini dapat memberi didikan kepada diri agar jangan mudah
mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain. Perbuatan ini
amat tidak disukai oleh masyarakat. Unsur pengajarannya ialah manusia
mestilah berfikir dahulu sebelum bercakap agar tidak menyinggung perasaan
orang lain.
Lawatan dan Kunjungan

Masyarakat Melayu menggalakkan kunjung-mengunjung di antara jiran


tetangga, sahabat-handai dan saudara-mara. Ini telah menjadi sebahagian
daripada budaya kita.

Semasa melawat ke rumah seseorang, pelawat biasanya menanggalkan kasut


di depan pintu atau di panggal tangga. Jika dihidangkan jamuan adalah tidak
elok ia menolaknya walaupun ia kenyang. Ia hendaklah menjamah sedikit
hidangan itu. Lawatan ke rumah orang Melayu tidak harus dilakukan pada
waktu senja kerana ketika itu waktu sembahyang maghrib.

Seseorang yang duduk di atas kerusi hendaklah duduk dengan tertib dan
sopan. Adalah dianggap tidak sopan jika ia bersilang kaki sehingga nampak
tapak kakinya. Semasa sampai dan apabila hendak balik ia harus bersalam
dengan tuan rumah dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan
dan selepas itu menyapu ke muka atau ke dada.

Anda mungkin juga menyukai