Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN LAWATAN KE PUTRAJAYA

Pada 30 Oktober 2011,rombongan pelajar SMK Abu Bakar Al-Baqir telah menyertai lawatam ke Putrajaya.Rombogan ini disertai 76 orang pelajar beserta 5 orang guru pengiring. Pada pukul 1.00 tengah hari,rombongan ini telah tiba di Putrajaya.Di sana,rombongan singgah di Masjid Putra untuk menunaikan solat zohor serta menjamakkannya dengan solat asar.Masjid Putra bukan sahaja menjadi tempat beribadah ianya juga menjadi tempat tarikan pelancongan. Di situ juga,rombongan diberi masa sehingga pukul 3 petang untuk membeli cenderamata untuk kenang-kenangan dan mengisi perut.Selain itu ,rombongan turut meronda-ronda di kawasan Bangunan Putrajaya. Selepas itu,rombongan meneruskan perjalanan ke Taman Botanikal Putrajaya.Di sana,rombongan berkesempatan ntuk melihat ikan-ikan di tasik Putrajaya.Semua ahli rombongan sungguh teruja melihat kejinakan ikan-ikan tersebut. Di Taman Botanikal itu,terdapat pelbagai aneka tumbuhan dan flora yang cantik.Pada pukul 6 petang,kami bertolak pulang ke asrama.Walaupun penat,tetapi hati sungguh gembira dan berat untuk meninggalkan tempat tersebut. (MOHD HAZWAN HANIF) Pelajar SMK Abu Bakar Al-Baqir.

Anda mungkin juga menyukai