Anda di halaman 1dari 2

Resepi: Ayam Percik Terengganu

Ayam Percik Terengganu Bahan-bahan: 5 ketul ayam 200 ml santan pekat (1 kotak kecik santan) 4 ulas bawang merah (dikisar) 1 inci setengah halia (dikisar) 2 batang serai (diketuk) 1 sudu besar cili giling 1 sudu teh ketumbar (ditumbuk) 2 sudu teh jintan manis (ditumbuk) 1 sudu teh lada hitam (ditumbuk) 2 keping asam keping Sedikit belacan Garam dan gula secukup rasa Cara memasak: 1. Panaskan santan di atas periuk. 2. Masukkan pula bahan kisar dan tumbuk; bawang, halia, cili giling, belacan, serai, ketumbar, jintan manis dan lada hitam. 3. Kacau sebentar sehingga sebati. 4. Masukkan ayam. Dan biarkan sehingga empuk. 5. Keluarkan ayam dan asingkan sebentar. Teruskan memasak kuah ayam. 6. Masukkan asam keping, gula dan garam. 7. Kacau sehingga bahan-bahan sebati. Biarkan sehingga kuah pecah minyak dan kuah pekat. 8. Tutupkan api apabila sudah masak. 9. Sapukan pula sedikit garam pada ayam tadi dan panggangkan sebentar. 10. Apabila ayam sudah masak, hidangkan dan curahkan kuah tadi ke atas ayam. 11. Sedia untuk dinikmati. PS: Jika tidak boleh memanggang, ayam tadi boleh digaul garam dan sedikit kunyit dan digorengkan sebentar. Selepas itu barulah curahkan semula kuah tadi pada ayam goreng itu.

Ayam Percik Pasar Malam

Ayam percik yang biasa kita lihat di pasar malan Bahan-bahan ( Anggaran 2 ekor ayam )

500 gm bawang besar 50 gm halia - diblender 50 gm lengkuas - diblender 50 gm bawang putih - diblender 5 batang serai - diblender 2 cawan gula 3 sudu stok ayam serbuk 5 senduk cili mesin 5 senduk cili sos 1/2 kg santan Cara-cara Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti Bakar dan siap untuk menjamu selera

1. 2. 3. 4.

Anda mungkin juga menyukai