Anda di halaman 1dari 2

AYAM MASAK LENGKUAS

Bahan-bahan: 1 ekor ayam, Santan kelapa 1/2 kg, Kerisik kelapa 1/2 biji, Kunyit serbuk secukupnya, Garam dan gula secukup rasa. Bahan untuk dihiris: Lengkuas 250 gram, 15 batang Serai, Bahan-bahan untuk dikisar: Halia 2 inchi, Bawang merah 6 ulas, Bawang Putih 1 labu. Cara untuk memasak Ayam Masak Lengkuas: Panaskan santan kelapa pekat hingga naik minyak dalam api yang perlahan, selepas itu masukkan serbuk kunyit dan bahan yang dihiris lalu gaulkan sebati hingga naik wangi dan berminyak. Masukkan ayam yang telah dipotong dan gaulkannya sehingga separa kering. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan gaulkannya sehingga ayam masak. Hidangkan bersama Buras Bugis dan Tumbu Bugis. AYAM PERCIK

Bahan-bahan ( 4 orang )

1 sekor ayam yang dipotong 4 1 1/2 cawan santan pekat 2 biji bawang putih 1 labu bwg besar 2 cm halia 2 batang serai 1 camca kecil ketumbar 1/2 camca kecil jintan putih 1/2 cawan tepung beras sedikit air asam jawa@asam keping cili kering (optional... kalau nak kuah merah) garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam. 2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat. 3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar. 4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan. 5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2

Mee Rojak

Bahan-Bahannya 1 bungkus mee kuning yang kecil 1/2 biji timun Tauhu goreng kentang goreng Telur Rebus dan digoreng Daun Salad Tauge kuah rojak 1/2 cawan kacang tanah 2 sudu besar cili kisar Sebiji bawang besar - dikisar 2 ulas bawang putih - dikisar 2 ketul keledek di rebus dan di blender gula garam minyak untuk menumis untuk jemput-jemput 2 cawan tepung gandum 1 biji telur 1 sudu kecil baking powder sedikit kunyit serbuk garam

Anda mungkin juga menyukai