Anda di halaman 1dari 3

PEMARKAHAN [8 markah isi : 1 bahagian plot; 1 markah + 2 markah bahasa ]

Permulaan
o Permulaan novel ini menceritakan kerisauan Raiha terhadap peristiwa hitam yang melanda
dirinya. Dia masih menganggap semua kejadian yang berlaku adalah disebabkan kegagalan
bekas suaminya Doktor Sadiz menjadi suami yang baik.
o Raiha juga berasa hairan dengan keadaan pesakit yang bernama Unong Siron yang terpaksa
menjalani pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali disebabkan oleh infeksi dan
komplikasi selepas pembedahan sedangkan pembedahan itu dilakukan oleh seorang pakar
ortopedik yang terkenal. Selepas dia diberi kepercayaan untuk menjalankan pembedahan yang
keenam, Raiha berusaha agar pesakit itu dapat sembuh dan tidak perlu menjalani pembedahan
lagi.

Perkembangan
o Raiha sering terbayang-bayang peristiwa hitam dalam hidupnya iaitu kematian tragis anak
perempuannya. Peristiwa itu sering menghantui hidupnya sama ada ketika sedar mahupun
dalam mimpi. Gambaran tentang anaknya yang rentung dan meminta pertolongan ketika
disambar oleh api sukar dipadam dalam ingatan. Apa-apa sahaaa yang direnung atau dilihat
tidak semena-mena dikaitkan dengan kematian anaknya itu.
o Sister Felicia Landosi telah melakukan kesalahan dengan mengambil ubat batuk bagi
melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya. Latar belakangnya yang kurang sahih akibat
dilahirkan secara luar nikah dan dididik dengan disiplin yang ketat oleh ibunya menyebabkan
sikap memberontak apabila sering diejek oleh jiran tetangga dan rakan sekelas tentang
statusnya itu. Dia juga melihat kejadian sebenar kematian anak Raiha dan merahsiakannya.
Sikapnya itu membuatkan dia tidak senang dan sentiasa dibayangi dosa ketidakjujurannya itu.
Sikapnya yang memarahi ibu Unong Siron dan memanggilnya sebagai ‘sapi tua’ ditegur oleh
Raiha dan menjadikan peristiwa itu sebagai dendam dan rasa kebencian yang amat terhadap
Raiha walaupun sebenarnya mereka itu rakan persekolahan sejak di bangku sekolah rendah
lagi.
o Doktor Uwang juga sering berasa bersalah atas kematian anak pak ciknya yang disembunyikan
daripada pengetahuan sebenar Raiha. Pada malam kejadian dia menyaksikan sendiri
bagaimana anak pak ciknya itu disambar oleh api akibat rasa marah pak ciknya terhadap Raiha
yang membawa lari anak ‘orang Mongolia’ itu apatah lagi kereta mewahnya turut dibawa tanpa
izin dan pengetahuannya. Dia juga ego dengan status pekerjaannya dan pertanyaan ibu Unong
Siron menambahkan kekusutan fikirannya. Dia juga sering terbayang anak pak ciknya yang
renting dalam jaga dan tidurnya.
o Raiha juga sering teringat perstiwa dia diminta oleh Doktor Sadiz untuk menggugurkan
kandungannya setelah diketahui bahawa anak yang bakal lahir itu kelebihan kromosom.
Keenganan Raiha menggugurkan dan memelihara anaknya dan memberikan tumpuan yang
lebih terhadap anaknya itu menjadikan dia berdendam kerana dua orang anaknya dengan
bekas isterinya yang lama adalah normal.
o Doktor Uwang dan doktor-doktor lain terpaksa menghadapi penceroboh pusat rawatan yang
menyamar sebagai doktor. Keadaan itu berlaku sebanyak dua kali dan berakhir apabila
penceroboh itu Berjaya diperdaya oleh Raiha dengan bantuan Ibu Unong Siron yang secara
kebetulan mengenali pemuda berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang
perubatan.
o Panggilan telefon yang menyatakan ada kecemasan akibat penceroboh pusat rawatan
menyebabkan Doktor Uwang datang walaupun lutut kakinya dan pergelangan tangannya kebas
dan kejang. Kegagalannya mengawal kenderaan akibat kengiluan melampau pada pergelangan
tangan dan lutut kakinya di samping terjahan wajah anak perempuan pak ciknya yang mati
secara trajis di hadapan matanya sendiri menyebabkan dia melanggar tembok pusat rawatan
itu.
o Akhirnya Doktor Uwang dibedah untuk diselamatkan kerana mengalami kecederaan teruk pada
pergelangan tangan dan tumpurung lututnya yang hancur menyebabkan pembedahan
penggantian sendi perlu dilakukan segera. Walaupun semua peralatan yang digunakan untuk
pembedahan dibeli khusus untuk pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan namun
akhirnya dengan tanpa kerelaan dia dibedah tanpa menghiraukan ego dan statusnya.
o Raiha mengetahui bahawa punca kematian anaknya adalah disebabkan disambar api ketika
bekas suaminya membakar kereta mewah akibat perasaan marah. Kebetulan anaknya itu
berada di situ secara tiba-tiba. Raiha akhirnya pasrah dan menganggap mereka adakan
mangsa keadaan.

Klimaks / Puncak

· Klimaks novel ini ialah kemalangan Doktor Uwang dalam kawasan Pusat Rawatan
Pantai Kasih akibat lutut kakinya yang kejang dan pergelangan tangannya yang kebas.
o Doktor Uwang yang mendapat panggilan kecemasan mengatakan bahawa Pusat Rawatan
Pantai Kasih telah sekali lagi diceroboh oleh seorang lelaki yang menyamar menjadi doktor
telah bergegas ke pusat rawatan tersebut.
o Dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih, Doktor Uwang dibayangi lagi dengan
kemunculan wajah anak saudara perempuannya yang mati akibat disambar api setelah kereta
yang disimbah minyak petrol oleh pak ciknya itu tiba-tiba menyambar anak perempuan itu. Anak
perempuan itu yang meminta bantuan dan telah menyebabkan Doktor Uwang tidak fokus ketika
memandu. Kesakitan lutut kaki dan pergelangan tangannya yang kebas kembali pada saat itu
dan menyebabkan dia tidak dapat mengawal kenderaan yang sedang dipandu seterusnya
melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.
o Kemalangan tersebut menyebabkan Doktor Uwang terpaksa dibedah di hospital miliknya itu
walaupun pada hakikatnya hospital tersebut dikhususkan untuk golongan menengah bawah
dan pertengahan sahaja dan bukan setaraf dengan dirinya.
o Pembedahan terpaksa dilakukan dengan segera untuk penggantian sendi kerana kecederaan
teruk yang dialami oleh Doktor Uwang pada pegelangan tangan dan tempurung lututnya.

Peleraian
o Raiha menjadi doktor bedah yang membedah Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan
itu kerana pembedahan harus dilakukan segera bagi menyelamatkan nyawa Doktor Uwang dan
penggantian sendi pada anggota pergelangan tangan yang cedera teruk dan lutut kakinya yang
hancur.
o Akhirnya Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya
menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada malam kematian anak
perempuannya itu.
o Sister Felicia juga memaklumkan bahawa sebenarnya Doktor Sadiz yang melepaskan geram
dengan membakar kereta mewah mereka.
o Sister Felicia juga menyatakan rasa terkejut kerana dengan tiba-tiba muncul anak perempuan
Raiha di situ lalu disambar oleh api yang sedang membakar kereta mewah tersebut.
o Sister Felicia juga menyatakan bahawa dia tidak tampil di mahkamah sebagai saksi kerana
takut.
o Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka adalah mangsa
keadaan.
Keistimewaan Novel (berdasarkan skema percubaan Kelantan)
4 markah isi (2 sebab + 2 contoh) + 3 markah bahasa

Tema yang menarik


 Tema tentang ketabahan wanita yang mengalami konflik dalaman akibat peristiwa hitam
yang pernah dialaminya
 Raiha merupakan seorang doktor pakar yang mengalami konflik dalaman akibat kematian
anaknya. Beliau tabah menghadapi dugaan hidup.
 Pembaca tertarik untuk mengetahui nasib wanita yang telah kematian anak dan suaminya

Latar tempat
 Latar yang menarik. Latar di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang serba mewah dan
ekslusif.
 Dr Uwang berjaya memajukan PRPK dan mendapat keuntungan berlipat ganda.
 Pembaca pasti berminat untuk mengetahui susasana kerja di sebuah hospital yang serba
mewah dan ekslusif itu

Watak dan perwatakan


 Watak terdiri daripada kumpulan doktor pakar yang menjalani kehidupan serba mewah
serta kakitangan hospital manakala kumpulan pesakit yang menderita
 Dr uwang, Dr Sadiz, Dr Raiha, tinggal di rumah yang besar dan berkereta mewah,
manakala keluarga pesakit seperti ibu unong siron berhabis-habisan wangnya untuk
mengubati unong siron
 Pembaca tertarik untuk mengetahui kehidupan sebenar kehidupan doktor yang dikatakan
berpendapatan lumayan, tetapi tidak dapat menikmati kebahagiaan dalam kehidupan

(jawapan lain yang sesuai boleh diterima)


Terima semua sebab dan contoh yang berkaitan

Perwatakan
Memaparkan watak yang ..
Contoh

Pengajaran
Novel ini banyak memberi pengajaran tentang ..
Contoh:

Nilai
Novel memaparkan nilai
Contoh:

Teknik Plot
Teknik plot yang digunakan menarik
Contoh:

Latar Masyarakat
Memaparkan pelbagai latar masyarakat yang
contoh

Anda mungkin juga menyukai