Anda di halaman 1dari 7

NOVEL PANTAI KASIH : Plot 

PLOT

1. Permulaan
2.

Permulaan novel ini menceritakan kerisauan Raiha terhadap peristiwa hitam yang melanda dirinya. Dia
masih menganggap semua kejadian yang berlaku adalah disebabkan kegagalan bekas suaminya Doktor
Sadiz menjadi suami yang baik.

Raiha juga berasa hairan dengan keadaan pesakit yang bernama Unong Siron yang terpaksa menjalani
pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali disebabkan oleh infeksi dan komplikasi selepas
pembedahan sedangkan pembedahan itu dilakukan oleh seorang pakar ortopedik yang terkenal. Selepas
dia diberi kepercayaan untuk menjalankan pembedahan yang keenam, Raiha berusaha agar pesakit itu
dapat sembuh dan tidak perlu menjalani pembedahan lagi.

3. Perkembangan
4.

Raiha sering terbayang-bayang peristiwa hitam dalam hidupnya iaitu kematian tragis anak
perempuannya. Peristiwa itu sering menghantui hidupnya sama ada ketika sedar mahupun dalam
mimpi. Gambaran tentang anaknya yang rentung dan meminta pertolongan ketika disambar oleh api
sukar dipadamkan dalam ingatan. Apa-apa sahaja yang direnung atau dilihat tidak semena-mena
dikaitkan dengan kematian anaknya itu.
Sister Felicia Landosi telah melakukan kesalahan dengan mengambil ubat batuk bagi melupakan
peristiwa hitam dalam hidupnya. Latar belakangnya yang kurang sahih akibat dilahirkan secara luar
nikah dan dididik dengan disiplin yang ketat oleh ibunya menyebabkan sikap memberontak apabila
sering diejek oleh jiran tetangga dan rakan sekelas tentang statusnya itu. Dia juga melihat kejadian
sebenar kematian anak Raiha dan merahsiakannya. Sikapnya itu membuatkan dia tidak senang dan
sentiasa dibayangi dosa ketidakjujurannya itu. Sikapnya yang memarahi ibu Unong Siron dan
memanggilnya sebagai ‘sapi tua’ ditegur oleh Raiha dan menjadikan peristiwa itu sebagai dendam dan
rasa kebencian yang amat terhadap Raiha walaupun sebenarnya mereka itu rakan persekolahan sejak di
bangku sekolah rendah lagi.

Doktor Uwang juga sering berasa bersalah atas kematian anak pak ciknya yang disembunyikan daripada
pengetahuan sebenar Raiha. Pada malam kejadian dia menyaksikan sendiri bagaimana anak pak ciknya
itu disambar oleh api akibat rasa marah pak ciknya terhadap Raiha yang membawa lari anak ‘orang
Mongolia’ itu apatah lagi kereta mewahnya turut dibawa tanpa izin dan pengetahuannya. Dia juga ego
dengan status pekerjaannya dan pertanyaan ibu Unong Siron menambahkan kekusutan fikirannya. Dia
juga sering terbayang anak pak ciknya yang rentung dalam jaga dan tidurnya.

Raiha juga sering teringat peristiwa dia diminta oleh Doktor Sadiz untuk menggugurkan kandungannya
setelah diketahui bahawa anak yang bakal lahir itu kelebihan kromosom. Keengganan Raiha
menggugurkan dan memelihara anaknya dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap anaknya itu
menjadikan dia berdendam kerana dua orang anaknya dengan bekas isterinya yang lama adalah normal.

Doktor Uwang dan doktor-doktor lain terpaksa menghadapi penceroboh pusat rawatan yang menyamar
sebagai doktor. Keadaan itu berlaku sebanyak dua kali dan berakhir apabila penceroboh itu Berjaya
diperdaya oleh Raiha dengan bantuan Ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda
berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang perubatan.

Panggilan telefon yang menyatakan ada kecemasan akibat penceroboh pusat rawatan menyebabkan
Doktor Uwang datang walaupun lutut kakinya dan pergelangan tangannya kebas dan kejang.
Kegagalannya mengawal kenderaan akibat kengiluan melampau pada pergelangan tangan dan lutut
kakinya di samping terjahan wajah anak perempuan pak ciknya yang mati secara tragis di hadapan
matanya sendiri menyebabkan dia melanggar tembok pusat rawatan itu.
Akhirnya Doktor Uwang dibedah untuk diselamatkan kerana mengalami kecederaan teruk pada
pergelangan tangan dan tempurung lututnya yang hancur menyebabkan pembedahan penggantian
sendi perlu dilakukan segera. Walaupun semua peralatan yang digunakan untuk pembedahan dibeli
khusus untuk pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan namun akhirnya dengan tanpa
kerelaan dia dibedah tanpa menghiraukan ego dan statusnya.

Raiha mengetahui bahawa punca kematian anaknya adalah disebabkan disambar api ketika bekas
suaminya membakar kereta mewah akibat perasaan marah. Kebetulan anaknya itu berada di situ secara
tiba-tiba. Raiha akhirnya pasrah dan menganggap mereka adakan mangsa keadaan.

3.         Konflik

Konflik dengan diri sendiri

a. Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminya


b.

Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila sentiasa dibayangi dengan
kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria disebabkan peristiwa
hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan kematian anaknya itu dan tetap
menyalahkan bekas suaminya atas kematian itu.

c. Konflik Doktor Uwang dengan dirinya.


d.

Pergaulan hidup yang bebas menyebabkan Doktor Uwang sentiasa menjadi buruan ramai wanita.
Walaupun sudah mempunyai isteri tetapi dia mahu mencari kebebasan hidup dengan menemui isteri-
isteri tidak sahnya tanpa dihalang oleh sesiapa.
c.         Konflik Sister Felicia dengan maruah dirinya

Sister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya adalah anak luar nikah. Kekecewaannya
itu menyebabkan dia berasa rendah diri dan maruahnya tercalar. Berkat usaha gigihnya dalam pelajaran
telah mengikis sikap negatif terhadap dirinya itu.

e. Konflik Doktor Uwang dengan Ayu


f.

Doktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati akibat disambar api yang dinyalakan oleh pak
ciknya sendiri. Gambaran anak pak ciknya yang rentung dan meminta diselamatkan  sentiasa terbayang-
bayang sehingga menyebabkan dia sendiri tidak dapat mengawalnya. Bayangan tersebut datang pada
bila-bila masa sehingga waktu sebelum dia mengalami kemalangan dia turut terbayang akan anak pak
ciknya itu.

Konflik dengan orang lain

a. Konflik antara Raiha dengan Doktor Sadiz


b.

Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca kematian anak
perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah yang menyebabkan kematian anaknya
itu dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu hingga ke mahkamah dan akhirnya Doktor Sadiz
menang dalam perbicaraan itu kerana saksi utama tidak muncul dan menceritakan kisah yang sebenar.

c. Konflik antara Sister Felicia dan Raiha


d.

Sister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila Raiha memarahi sikap Felicia yang keterlaluan terhadap
emak Unong Siron. Raiha berpendapat bahawa sepatutnya Sister Felicia lebih menghormati pelanggan
pusat rawatan tersebut dan tidak meninggi atau menengking ibu Unong. Teguran Raiha itu telah
menyebabkan Sister Felicia berasa bengang dan tidak menerima teguran tersebut.

C.        Konflik antara Raiha dengan ayahnya

Raiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya tetapi hasratnya itu tidak dipersetujui oleh ayahnya.
Namun dia berkeras juga hendak menjadi pakar bedah dan akhirnya cita-citanya itu tercapai.

e. Konflik antara Doktor Uwang dengan Emak Unong


f.

Doktor Uwang berasa bahawa dia tidak perlu mengambil tahu dari mana datangnya wang untuk
membayar perkhidmatannya membedah Unong Siron. Kredibiliti Doktor Uwang tercabar apabila emak
Unong menganggapnya sebagai Doktor Mata Duitan. Namun, sikap emak Unong itu telah menyebabkan
dia berasa dia tidak sepatutnya kalah dengan prinsip hidupnya bahawa wang bukan urusannya.

e.         Konflik antara Sister Felicia dengan Emak Unong

Sister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong Siron menuduhnya sebagai punca anaknya tidak
sembuh-sembuh. Emak Unong menuduhnya sengaja berbuat demikian untuk kepentingan peribadi dan
mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut. Emak Unong mengagak bahawa sekiranya anaknya
masih dirawat tentu dia masih mendapat komisen dan sikap Sister Felicia menggambarkan dia tidak
prihatin dan simpati dengan nasib anaknya sebaliknya mencadangkan pusat rawatan tersebut sebagai
cara mendapatkan keuntungan peribadi.

g. Konflik antara Sister Felicia  dengan Doktor Uwang


h.

Sister Felicia ditegur oleh Doktor Uwang kerana melakukan kesalahan memarahi pesakit. Doktor Uwang
yang memberikan kepercayaan tinggi dan menaikkan pangkat Sister itu berharap agar dia sentiasa
mengingati sumpah setia sebagai jururawat. Dia kurang senang ditegur oleh Doktor Uwang.
5. Klimaks / Puncak
6.

Klimaks novel ini ialah kemalangan Doktor Uwang dalam kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat
lutut kakinya yang kejang dan pergelangan tangannya yang kebas.

 Doktor Uwang yang mendapat panggilan kecemasan mengatakan bahawa Pusat


Rawatan Pantai Kasih telah sekali lagi dicerobohi oleh seorang lelaki yang menyamar
menjadi doktor telah bergegas ke pusat rawatan tersebut.

 Dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih, Doktor Uwang dibayangi lagi dengan
kemunculan wajah anak saudara perempuannya yang mati akibat disambar api setelah
kereta yang disimbah minyak petrol oleh pak ciknya itu tiba-tiba menyambar anak
perempuan itu. Anak perempuan itu yang meminta bantuan dan telah menyebabkan
Doktor Uwang tidak fokus ketika memandu. Kesakitan lutut kaki dan pergelangan
tangannya yang kebas kembali pada saat itu dan menyebabkan dia tidak dapat
mengawal kenderaan yang sedang dipandu seterusnya melanggar tembok Pusat
Rawatan Pantai Kasih.

 Kemalangan tersebut menyebabkan Doktor Uwang terpaksa dibedah di hospital
miliknya itu walaupun pada hakikatnya hospital tersebut dikhususkan untuk golongan
menengah bawah dan pertengahan sahaja dan bukan setaraf dengan dirinya.

 Pembedahan terpaksa dilakukan dengan segera untuk penggantian sendi kerana
kecederaan teruk yang dialami oleh Doktor Uwang pada pergelangan tangan dan
tempurung lututnya.

5.         Peleraian

 Raiha menjadi doktor bedah yang membedah Doktor Uwang yang cedera akibat
kemalangan itu kerana pembedahan harus dilakukan segera bagi menyelamatkan nyawa
Doktor Uwang dan penggantian sendi pada anggota pergelangan tangan yang cedera
teruk dan lutut kakinya yang hancur.

 Akhirnya Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya
menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada malam kematian
anak perempuannya itu.

 Sister Felicia juga memaklumkan bahawa sebenarnya Doktor Sadiz yang melepaskan
geram dengan membakar kereta mewah mereka.

 Sister Felicia juga menyatakan rasa terkejut kerana dengan tiba-tiba muncul anak
perempuan Raiha di situ lalu disambar oleh api yang sedang membakar kereta mewah
tersebut.

 Sister Felicia juga menyatakan bahawa dia tidak tampil di mahkamah sebagai saksi
kerana takut.

 Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka adalah mangsa
keadaan.

Anda mungkin juga menyukai