Anda di halaman 1dari 1

ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG

Pada suatu hari, seekor anjing yang kelaparan merayau-rayau di


sebuah lorong umtuk mencari makanan.
Laparnya perutku, katanya di dalam hati sambil kepalanya
melingas-lingas kiri dan kanan. Ia terus berjalan sambil matanya
liar memerhati kalau-kalau ada makanan. Akhirnya ia berjumpa
seketul tulang di dalam sebuah tong sampah. Anjing itu terus
menggonggong tulang tersebut dan berlari menuju kerumahnya.
Dalam perjalanan pulang ia melalui sebuah jambatan di atas
sebatang anak sungai. Ketika meniti jambatan, tiba-tiba ia
terpandang bayang-bayangnya di permukaan air. Ia menyangka
ada seekor anjing lain yang menggonggong tulang sepertinya.
Ia mula berfikir, kalau aku dapat tulang yang ada padanya pasti
aku juga yang untung. Perasaan tamak mula menguasai dirinya.
Ia ingin merampas `tulang` dari `anjing` itu. Tanpa berlengah ia
pun menyalak garang, dengan harapan `anjing` itu akan merasa
takut. Sebaik sahaja ia membuka mulut, tulang yang
digonggongnya pun jatuh ke dalam sungai lalu tenggelam. Ia
hanya mampu memerhatikan sahaja dan merasa amat menyesal
kerana sifat tamaknya itu telah merugikannya. Ia melangkah lesu
dengan perut yang masih berbunyi.

Anda mungkin juga menyukai