Anda di halaman 1dari 9

PENGERUSI MAJLIS MAAL HIJRAH 1430H 28 DIS 2008

YANG DIHORMATI
________________________________
TIMBALAN _________________
YANG DIKASIHI ____________________
TUAN HAJI ______________________________

YANG DIHORMATI
KETUA-KETUA__________________________________
YANG DIKASIHI DIF-DIF JEMPUTAN,TUAN-TUAN, PUAN-PUAN DAN MUSLIMIN MUSLIMAT
SEKALIAN.




BERSYUKUR KITA KEHADRAT ILAHI DENGAN LIMPAH RAHMATNYA DAPAT KITA BERKUMPUL
DAN BERJUMPA DALAM MAJLIS YANG MULIA INI SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH
1430 HIJRIYYAH PERINGKAT _________________.
YDH TUAN PUAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN
SECARA RINGKASNYA HIJRAH BERMAKSUD BERUBAH DARI SESUATU PERKARA YANG
MUNGKAR KEPADA YANG MAARUF, BERUBAH SIKAP KEPADA YANG BAIK, BERUBAH KEPADA
KETAATAN, KESETIAAN, KEPATUHAN, BERTANGGUNGJAWAB, BERTOLAK ANSUR,
BERTIMBANGRASA, BERUBAH DARI SIFAT MAZMUMAH KEPADA SIFAT MAHMUDAH.
HIJRAH PERLUKAN PENGORBANAN DARIPADA SESEORANG UNTUK MEMPERTINGKATKAN
KEPERIBADIAN YANG MULIA.
SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH TAHUN 1430 HIJRIAYYAH INI, MARILAH SAMA-
SAMA KITA KITA BANGKIT DAN BANGUN BAGI MEMPERTINGKATKAN LAGI AMALAN KITA
SERTA MENGINSAFI DAN MENILAI KEMBALI SEGALA PERBUATAN YANG TELAH KITA LAKUKAN
SELAMA INI. SAMA-SAMA KITA MENANAMKAN AZAM DAN ILTIZAM AGAR KITA DAPAT
MENJADI INSAN YANG KAMIL SEBAGAI SEORANG MUSLIM.
UNTUK MAKLUMAN YDH TUAN PUAN MAJLIS PADA PETANG INI AKAN DIMULAKAN DENGAN
BACAAN YASIIN, TAHLIL DAN DOA AKHIR TAHUN 1429HIJRAH YANG AKAN DIPIMPIN OLEH
AL-FADHIL TUAN HAJI______________________________.
DIIKUTI DENGAN AZAN MAGHRIB. MUAZZIN PADA MALAM INI AL-FADHIL USTAZ
_______________________________.
SETERUSNYA BACAAN DOA AWAL TAHUN 1430 HIJRAH YANG AKAN DIPIMPIN OLEH AL-
FADHIL TUAN HAJI ______________________________ .
SELESAI BACAAN DOA AWAL TAHUN, SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH AKAN DIIMAMKAN OLEH
ALFADHIL USTAZ ____________________________ .
SELEPAS SOLAT MAGHRIB MAJLIS DITERUSKAN DENGAN CERAMAH AGAMA OLEH TUAN HAJI
MOHD ___________________________________________ .
SELESAI CERAMAH, SOLAT ISYAK BERJAMAAH AKAN DIIMAMKAN OLEH AL-FADHIL
________________________________ .
MAJLIS DENGAN HORMATNYANYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN TUAN HAJI
_________________________________ UNTUK MEMULAKAN MAJLIS BACAAN YASIIN.
DIPERSILAKAN.

























SKRIP PENGACARA MAJLIS- SOLAT HAJAT LETAK KERJA PMR
PROGRAM SOLAT HAJAT LETAK KERJA PROJEK PMR 2011

(1)


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En Abdul Rahim b. Abdullah Guru Penolong kanan Pentadbiran

En Amran bin Ibrahim, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid

En Wan Pauzi bin Wan Mohd, Guru penolong kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, R akan Kaunselor, rakan-rakan guru
dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

(2)
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah kurniaNya, maka kita diberikan kelapangan waktu untuk sama-sama
berkumpul di Dewan Gemilang ini untuk Program soalat hajat letak kerja Projek PMR
2011. Semoga kerja buat kita akan berada dalam lindungan Allah SWT.

Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

(3)
Memulakan bingkisan ucapan, majlis mempersilakan Pn. Siti Ruhana bt Ab. Lah,
Penyelaras Projek PMR untuk memberi sepatah kata.
Dipersilakan.

....................

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Siti Ruhana Ab. Lah.

(4)

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj
Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMKPNZ untuk memberikan ucapan. Majlis
mempersilakan.

............................

Majlis merakamkan ucapan teruma kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua.

(5)

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan Surat Aku janji Calon PMR 2011.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En Abdul Rahim bin
Abdullah, GPK Pentadbiran untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Pengetua untuk
menyerahkan Surat Aku Janji Calon PMR 2011.
Dipersilakan.

Dijemput;

Ketua atau penolong setiap kelas:

3A
3B
3C
3D
3E
3F
3G
3H

............

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua.

(6)
Seterusnya majlis diserahkan kepada Pn. Norain Daud untuk urusan pendaftaran PMR
2011.

Guru-guru dijemput ke kantin untuk makan pagi.
Manakala para pelajar, sebaik selesai urusan pendaftaran PMR, juga dijemput ke kantin
sekolah untuk jamuan.
Selesai jamuan, para pelajar perlu ke kelas untuk proses P&P seterusnya.


Sekian, wassalamualaikum w.b.t











UCAPAN PERASMIAN SOLAT HAJAT PERDANA DAN TITISAN ILMU TAHUN 6
Dicatat oleh KEMBARA SUFI on Rabu, 27 Ogos 2008
Segala puji-pujian kepada tuhan semesta alam. Selawat dan salam untuk junjungan Rasulullah S.A.W
dan para sahabat

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul dalam majlis yang amat bermakna ini, iaitu Majlis Solat
Hajat Perdana dan Titisan Ilmu Untuk Pelajar Tahun 6, pada tahun ini.

2) Sempena majlis ini, saya bagi pihak Puan Guru Besar ingin menyampaikan salam takzim daripada
beliau yang tidak dapat hadir bersama dalam majlis yang diberkati ini. Bagi pihak sekolah pula, saya
ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada ibu bapa kerana dapat meluangkan masa
untuk bersama-sama dalam Program Solat Hajat Perdana dan Titisan Ilmu kali ini. Sesungguhnya,
kehadiran kita semua mencerminkan iltizam dan sikap prihatin beliau kemajuan akademik anak-anak
yang kita kasihi ini..

3) Syabas dan terima kasih juga saya hulurkan kepada para ibu bapa yang sanggup berkorban serta
sentiasa memberi dorongan, bimbingan dan didikan kepada anak-anak sehingga mereka menggapai
kejayaan yang cemerlang dalam sesi persekolahan di sekolah ini. Tidak dilupakan kepada para pendidik
yang tidak pernah jemu meneruskan perjuangan dalam membentuk generasi muda yang mempunyai
pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif.


Hadirin dan hadirat sekalian,

4) Anak-anak adalah permata berharga anugerah ALlah. Saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap
generasi anak-anak kita, kerana bagi saya, anak anak ialah aset kepada pembangunan negara. Tanpa
anak-anak kita yang mempunyai minda kelas pertama, segala perancangan yang tidak mungkin akan
menjadi realiti. Bagi saya, keutuhan sesebuah negara bergantung kepada kecekapan pelajar-pelajar kita,
yang suatu hari nanti akan menjadi barisan pemimpin negara. Oleh itu, generasi hari ini hendaklah
dilengkapkan dengan bukan sahaja ilmu akademiknya yang tinggi tetapi juga tinggi dengan kebolehan,
kemahiran dan kecekapan dalam pelbagai bidang dan lapangan. Imam Al Ghazali pernah menegaskan
dengan katanya, Anak-anak bagaikan permata yang boleh dibentuk mengikut kehendak
pengukirnya



Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

5) Dalam usaha menjamin kecemerlangan pendidikan, para ibubapa sewajarnya berganding bahu
bersama guru-guru mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan lagi prestasi pelajaran anak-anak kita di
sekolah, kerana usaha-usaha untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani
dan intelek selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara tidak akan berjaya tanpa dokongan
para ibubapa.

6) Para ibubapa seharusnya lebih bermotivasi, bervisi dan berikhtiar untuk membentuk falsafah hidup
yang baik kepada anak-anak mereka. Masyarakat ilmu di sekolah yang dipimpin oleh guru yang penuh
berdisiplin, berdedikasi dan penyayang akan menjadi pemangkin kepada pembentukan diri dan sahsiah
pelajar. Didikan terhadap murid merangkumi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek secara
menyeluruh dan bersepadu supaya murid memperoleh kesejahteraan diri dan dapat memberi
sumbangan positif terhadap bangsa, agama dan negara.

7) Anak-anak kita perlu dididik sejak dari kecil lagi. Jangan sudah menjadi buluh, barulah kita ingin
melenturnya. Inilah pesanan yang berharga penuh diungkapkan oleh tokoh ilmuwan Nusantara yang
dikagumi iaitu Dr. Hamka yang berpesan kepada kita ibubapa dengan katanya,hendaklah adab sopan
anak-anak dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum
dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan

8) Untuk mencapai matlamat ini, semua pihak yang berkepentingan dalam pendidikan di sekolah iaitu
guru, ibu bapa dan masyarakat perlu bekerjasama memahami, menghayati, dan melaksanakan pelbagai
program dan aktiviti sekolah yang selaras dengan matlamat pendidikan negara dan juga mencari
penyelesaian terhadap sebarang masalah yang dihadapi secara positif kerana pendidikan adalah
tanggungjawab bersama.


Hadirin sekalian,

9) Permulaan untuk mendapat hikmah dalam kehidupan ialah pada hati. Hati yang bersih dan suci
membuatkan pelajar lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai rintangan hidup pada masa hadapan.
Penglibatan ibu bapa dan penjaga dalam aktiviti serta kegiatan yang dianjurkan oleh sekolah juga amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, amat wajar semua pihak
bekerjasama membina minda berasaskan kepada hati yang suci dan mulia. Dalam konteks mendidik
secara positif, kreatif dan inovatif ke arah kecemerlangan perlu berasaskan kepada niat dan hati yang
bersih dan mulus supaya tidak berlaku sesuatu yang negatif dan merosakkan.

10) Mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu tetapi mendidik anak apabila dewasa
umpama mengukir di atas air, yang mana kesannya tidak kelihatan. Menyedari hakikat itu, kita semua
bertanggungjawab mendidik anak-anak supaya menjadi generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan
mampu memberi sumbangan yang positif kepada keluarga, masyarakat, dan negara. Kementerian
Pelajaran juga telah menggubal dasar, mengadakan program dan mengambil pendekatan yang wajar
bagi memastikan sistem pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa.

11) Pelaburan paling indah yang dapat kita berikan kepada anak-anak kita adalah waktu dan mutu
komunikasi yang berpatutan. Kerana itulah, seorang cendekiawan, Zig Ziglar pernah berkata,
Kehadiran dan percakapan anda dalam kehidupan anak-anak adalah lebih baik daripada seribu hadiah.
Bekerja tidak memberikan pelaburan yang kekal berbanding dengan meluangkan ,masa yang cukup
untuk anak-anak dan keluarga.

12) Dalam majlis yang penuh berkat ini juga, saya menyeru semua palajar tahun 6 supaya
menggunakan masa yang berbaki ini untuk kita melipatgandakan usaha-usaha terakhir kita untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Solat hajat, munajat, doa dan amal-amal soleh yang
kita lakukan adalah pemangkin kepada kejayaan yang cemerlang. Teruskan mengulangkaji pelajar di
samping menjaga hubungan kita dengan ALLah untuk kejayaan yang cemerlang.

13) Kepada ibu bapa sekalian, berilah sokongan, dokongan, belaian dan semangat kepada anak-anak
kita di saat-saat akhir ini sebagai pemacu dan penguat semangat kepada anak-anak kita dalam
menghadapi saat getir setelah enam tahun berpenat lelah dalam pelajaran mereka.

14) Kepada ibu bapa dan anak-anak yang dikasihi, setelah kita berusaha dan berikhtiar, kita serahkan
segalanya kepada Allah. Apa sahaja yang bakal dikurniai Allah kepada kita nanti, kita sambut dengan
penuh lapang dada dan redha. Itulah sifat hamba kepada Tuhannya. Jangan cepat berputus asa kerana
perjalanan anak-anak dalam pelajaran masih jauh dan banyak lagi ranjau yang perlu ditempuhi.

15) Sama-sama lah kita berdoa kepada Allah agar majlis kita malam ini diberkati Allah dan diterima
segala amal kita. Bagi kami para pendidik, segala ilmu yang telah kami curahkan telah kami halalkan
dan menjadi harapan kami agar ianya dapat digunakan sepenuhnya oleh murid-murid semasa menjawab
soalan UPSR nanti.

16) Akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan
sumbangan dalam menjayakan program kita pada malam ini. Jika ada sebarang kekurangan mohon
dimaafkan.

Kata orang lama-lama, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Kita ambil yang
jernih, namun yang keruh usah dibuang begitu sahaja, sulingkan, ia pasti akan jadi jernih jua

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai